You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TRUSAN

98850 LAWAS, SARAWAK

PELAN OPERASI
PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN
KESIHATAN
2010
DISEDIAKAN OLEH:

SAIFUL BAHARI BIN SEMAN


KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN
SMK TRUSAN 2010
PELAN OPERASI TAHUN 2010
MISI : Melahirkan Bestari Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
VISI : SMK Trusan Menjadi Sekolah Cemerlang Peringkat Daerah Menjelang 2014
BIDANG : Kemanusian (Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan)
MATLAMAT : Meningkatkan Peratusan Mata Pelajaran PJPK Pada PPT dan PAT 100% Menjelang Tahun 2014

Projek 1 Program Perkembangan Staff.

Objektif Meningkatkan kemahiran pedagogi semua guru mata pelajaran PJPK supaya P&P lebih berkesan.

Tempoh Mac, Mei dan Ogos.

Kumpulan Semua guru mata pelajaran PJPK.


Sasaran

Guru Terlibat 1. Penolong Kanan Pentadbiran


2. Ketua Bidang.
3. Ketua Panitia PJPK.
4. Semua guru mata pelajaran PJPK.
Kos RM 250.00 (Panitia PJK)

Proses Kerja 1. Perbincangan :


1.1 Taklimat daripada Ketua Panitia.
1.2 Penerangan tentang Program Perkembangan Staf.
1.3 Pelantikan penyelaras program.
2. Perbincangan bersama guru-guru mata pelajaran PJPK :
2.1 Tetapkan aktiviti.
2.2 Tetapkan bagaimana pelaksanaan program Perkembangan Staf.
3. Program Perkembangan Staf akan dijalankan sebanyak 3 kali setahun.
4. Pelaksanaan aktiviti :
4.1 Sesi ceramah dan bimbingan membuat persediaan mengajar.
4.2 Bengkel persediaan P&P mata pelajaran PJPK.
4.3 Bimbingan pengajaran mikro.
4.4 Penjelasan etika / tatcara menjalankan P&P PJPK.
Kekangan 1. Pihak pentadbiran sekolah biasanya kurang memberi keutamaan kepada subjek PJPK khasnya guru-guru yang akan
mengajar PJPK.
2. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran PJPK biasanya dari kalangan guru sandran tidak terlatih.
3. Guru-guru yang mengajar bukan dari opsyen, kurang minat dan kurang pengetahuan berkaitan PJPK.
Penilaian Dijalankan setelah selesai sesuatu program yang dilaksanakan bagi mengenal pasti keberkesanan program berkenaan.

Penambahbaikan Berdasarkan penilaian, penambahbaikan akan dilakukan bagi meningkatkan keberkesanan program.

Projek 2 Ujian Topikal.

Objektif 1. Meningkatkan peratus pelajar yang menguasai topic-topik yang diajar di dalam Sukatan Pelajaran.
2. Meningkatkan pemahaman pelajar tentang topic yang diajar.
3. Membantu meningkatkan pencapaian dalam PPT dan PAT.
Tempoh Mac, Mei dan Oktober.

Kumpulan Semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.


Sasaran

Guru Terlibat 1. Ketua Bidang.


2. Ketua Panitia PJPK.
3. Semua guru mata pelajaran PJPK.
Kos Ditanggung oleh sekolah.

Proses Kerja 1. Taklimat tentang Ujian Topikal :


1.1 Ucapan Ketua Panitia.
1.2 Penerangan tentang program.
1.3 Pelantikan Penyelaras Program setiap tingkatan.
2. Kenalpasti kumpulan sasaran :
2.1 Analisis hasil ujian lepas.
2.2 Pembahagian kelompok pelajar mengikut tahap kebolehan.
3. Perbincangan antara guru mata pelajaran untuk melaksanakan program :
3.1 Dilaksanakann semasa P&P.
3.2 Pada akhir sesi P&P.
4. Pelaksanaan aktiviti :
4.1 Pelajar akan diberikan soalan-soalan menikut aras kebolehan.
4.2 Latihan bertulis di dalam buku latihan.
4.3 Disemak, dinilai dan direkod dalam rekod pencapaian pelajar.
Kekangan 1. Tumpuan pelajar terhadap mata pelajaran PJPK rendah disebabkan subjek ini tidak ada dalam peperiksaan umum.
2. Tahap kehadiran pelajar ke sekolah rendah.
Penilaian Penilaian dibuat untuk mengenal pasti keberkesanan program.
Penambahbaikan Dibuat dari semasa ke semasa bagi meningkatkan keberkesanan program ini pada masa hadapan.

PPT = Peperiksaan Pertengahan Tahun

PAT = Peperiksaan Akhir Tahun

Projek 3 Ujian Kecergasan ( SeGak)

Objektif 1. Meningkatkan peratus pelajar yang menepati tahap kecergasan peringkat kebangsaan.
2. Meningkatkan tahap kecergasan pelajar dari semasa ke semasa.
3. Pelajar sentiasa pada tahap kecergasan yang maksimum.
Tempoh April dan Ogos.

Kumpulan Semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.


Sasaran

Guru Terlibat 1. Ketua Bidang.


2. Ketua Panitia PJPK.
3. Semua guru mata pelajaran PJPK.
Kos Peralatan diperolehi daripada stor PJK.

Proses Kerja 1. Taklimat Program SeGAK :


1.1 Ucapan Ketua Panitia.
1.2 Penerangan tentang program.
1.3 Tatacara pelaksanaan.
1.4 Pelantikan penyelaras setiap tingkatan.
2. Pelaksanaan :
2.1 Dilaksanakan semasa P&P.
2.2 Pelajar didedahkan dengan 4 jenis bateri ujian.
2.3 Ujian dijalankan oleh seorang pelajar secara berterusan dengan melakukan keempat-empat bateri ujian.
2.4 Pencapaian akan direkodkan.
2.5 Pelajar yang gagal melepasi tahap akan diberi masa untuk berlatih bagi ujian ulangan.
Kekangan 1. Motivasi pelajar untuk melakukan yang terbaik agak rendah.
2. Kurang serius dalam melakukan aktiviti pada setiap stesen.
Penilaian Penilaian akan dibuat untuk mengesan sebarang kelemahan yang ada pada program ini.

Penambahbaikan Penambahbaikan akan dibuat berdasarkan analisis kelemahan yang ada untuk meningkatkan keberkesanan program pada masa
hadapan.

You might also like