You are on page 1of 2

KESTABILAN POLITIK

Trend pembangunan ekonomi selepas 1990 banyak menyaksikan betapa pentingnya


campurtangan sektor politik dalam memastikan ekonomi negara berjalan dengan lancar
serta dapat menjamin kestabilan sistem sosial masyarakat berbilang kaum di dalam negara
ini. Ini dapat diperhatikan dengan banyak perubahan dalam dasar-dasar kerajaan serta
bagaimana tindakbalas kerajaan terhadap ancaman yang datang menyerang sistem
ekonomi Malaysia sepanjang 1990 hingga kini.

Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama


(RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990),
ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai
cabaran. Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah
satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak kejayaan telah dicapai. Jelas bahawa
proses sosio-ekonomi kejuruteraan ala DEB ini memerlukan masa yang lebih lama daripada
apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil kira kesan-kesan daripada pergolakan
dunia amnya. Objektif untuk membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat
tidak dapat dicapai secara menyeluruh. Jadi, untuk membaiki dasar ini, kerajaan telah
memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B.
Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka
Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar
Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha
untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Melalui dasar ini,
telah menyaksikan transformasi dalam sistem ekonomi Malaysia di mana Malaysia telah
mengubah dari ekonomi berasaskan pertanian kepada perindustrian. Ini selaras untuk
menjayakan Wawasan 2020 yang mahukan Malaysia maju pada tahun itu. Banyak kilang-
kilang yang berasaskan perindustrian dibuka terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor. Ini
telah banyak membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia serta merupakan salah
satu langkah kerajaan untuk memberi perkhidmatan sosial kepada warganegara ini.
Tahun 1997 menyaksikan negara di landa krisis matawang yang teruk di mana
kegawatan yang melanda negara pada tahun 1997 dan 1998 adalah tidak diduga dan
muncul dengan mendadak. Asas ekonomi negara masih kukuh ketika itu. Kegawatan ini
bermula daripada krisis kewangan di Thailand dan kemudiannya di Indonesia. Malaysia
terperangkap dalam krisis kewangan serantau ini. Satu faktor utama ialah serangan ke atas
mata wang negara. Krisis kewangan ini menjadi krisis ekonomi sepenuhnya dalam tahun
1998, di mana pertumbuhan ekonomi merudum 7.5 peratus. Di negara kita, masalah ini
menjadi lebih menyulitkan kerana masyarakat kita adalah masyarakat majmuk dan negara
kita mempunyai agenda sosial untuk mengurangkan perbezaan ekonomi antara kaum dan
wilayah. Kedudukan ekonomi yang lembab menyukarkan usaha untuk mencapai matlamat-
matlamat tersebut. Oleh itu kerajaan, telah bertindak segera menubuhkan Majlis Tindakan
Ekonomi Negara (MTEN) untuk menerajui usaha-usaha bagi mengadakan dasar-dasar yang
bersesuaian dengan hasrat masyarakat kita. Pada hujung bulan Julai 1998, MTEN telah
memperakukan rancangan pemulihan yang berbeza dengan tindakan-tindakan yang
dicadangkan oleh IMF. MTEN telah memperkenalkan kaedah menambat di mana kadar
tukaran ringgit ditetapkan pada RM3.80 bagi setiap dolar AS sebagai sebahagian langkah
kawalan modal berpilih bagi mengelakkan ekonomi negara terus meleset. Akhirnya, pada
2005, kaedah ini telah dimansuhkan oleh kerajaan dan sejak itu nilai ringgit ditentukan
dengan mengapungkannya secara terurus berbanding beberapa mata wang asing terpilih.
Ini telah membuktikan bahawa nilai ringgit kita telah kembali stabil dan juga telah
membuktikan bahawa campurtangan politik dalam menentukan tambatan matawang ini
akhirnya berbaloi.

Selain itu, kerajaan juga telah memikirkan langkah-langkah untuk menjamin


kesejahteraan rakyat negara ini. Ianya untuk menjamin kestabilan sosial masyarakat yang
berbilang kaum di negara ini. Di antara langkah yang diambil kerajaan ialah dengan
meletakkan bajet yang tinggi untuk sistem pertahanan negara ini di mana, pada tahun ini
kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 5.4 bilion untuk mempertingkatkan
keupayaan PDRM iaitu sebanyakRM 4.8 bilion untuk belanja mengurus dan RM 600 juta
untuk belanja pembangunan. Selain itu, kerajaan telah meletakkan RM 200 juta bagi
pembinaan ibu pejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.

You might also like