You are on page 1of 17

Kemahiran : Menghantar

Nama permainan : Bawa bola ping pong dalam sudu

Jumlah Pemain : 12 orang pemain (6 dalam satu kumpulan)

Kawasan : Kawasan Grid 3 m × 4 m

KAWASAN PERMAINAN

Kumpulan A

Kumpulan B

Peralatan : Bola ping pong, sudu

Peraturan : Pemain peratam dalam kumpulan A akan membawa bola


ping pong dengan sudu yang dikepit di mulut dan
menyerahkannya kepada pemain pertama kumpulan B.
pemain pertama kumpulan B juga membawa bola ping
pong dengan sudu yang dikepit di mulut dan
menyerahkannya kepada pemain kedua kumpulan A.
sekiranya bola yang dibawa terjatuh, peserta yang
membawa bola tersebut dikehendaki mengulang aktiviti
daripada barisan masing- masing.
Aspek Keselamatan : Kawasan yang sesuai dan selamat dari bahaya seperti
batu, kaca atau bahan lain atas padang, kuku pelajar,
menolak rakan.

Variasi : Tambah bilangan pemain


Kemahiran : Menghantar

Nama permainan : bola terowong

Jumlah Pemain : 8 orang pemain (4 dalam satu kumpulan)

Kawasan : Kawasan Grid 3 m × 4 m

GURU

Pemain

Peralatan : bola

Peraturan : pemain berdiri dalam bentuk barisan mengikut pasukan


masing- masing di antara kedua- dua garisan itu.
Pemain pertama yang berdiri di depan barisan
memegang sebiji bola dengan kakinya dikangkang.
Pemain- pemain di belakangnya dalam
barisan juga berdiri dengan kaki di kangkang. Bola
dihantar melalui kaki yang dikangkang ke tangan
pemain di belakang. Pemain yang menerima bola,
akan menghantar bola melalui kakinya yang dikangkang ke
tangan pemain di belakang. Apabila pemain di hujung
barisan menerima bola, pemain itu berlari dengan bola ke
depan barisan.
Aspek Keselamatan : Kawasan yang sesuai dan selamat dari bahaya seperti
batu, kaca atau bahan lain atas padang, kuku pelajar,
menolak rakan.

Variasi : Tambah bilangan pemain


Kemahiran : Menghantar

Nama permainan : lari berganti- ganti membaling dan menyambut bola

Jumlah Pemain : 6 orang pemain

Kawasan : Kawasan Grid 3 m × 4 m

2 3 4 5
KAWASAN PERMAIANAN

Pemain

Arah larian

Pergerakan bola

Peralatan : bola

Peraturan : Apabila isyarat mula diberi pemain pertama membaling


bola kepada pemain kedua. Pemain kedua
menyambut dan membaling bola seula kepada pemain
pertama. Apabila peserta terakhir mendapat bola, dia terus
berlari membawa bola mengelilingi barisan segiempat. Dia
datang menganti semula tempat pertama. Nombor 1 pula
menganti tempat nombor 2 dan semua peserta beralih tempat.
Aspek Keselamatan : Kawasan yang sesuai dan selamat dari bahaya seperti
batu, kaca atau bahan lain atas padang, kuku pelajar,
menolak rakan.

Variasi : Tambah bilangan pemain


Kemahiran : Menangkap

Nama permainan : Lompat seperti katak dan menggelungsur

Jumlah Pemain : 3 orang pemain

Kawasan : Kawasan yang sesuai

Pemain

Kucing

Melantun bola

Peralatan :Bola

Peraturan :Pemain di tengah akan menjadi kucing dan cuba


merampas bola yang dilantun oleh pemain A kepada
pemain B. sekiranya pemain di tengah dapat
menangkap bola, pemain yang melantunkan bola tersebut
akan menggantikan tempatnya dan berada di
tengah- tengah barisan.

Aspek Keselamatan : Kawasan yang sesuai dan selamat dari bahaya seperti
batu, kaca atau bahan lain atas padang, kuku pelajar,
menolak rakan.

Variasi : Tambah bilangan pemain dan bilangan bola


Kemahiran : Menangkap

Nama permainan : Perangkap lalat

Jumlah Pemain : 16 orang pemain (8 dalam satu kumpulan)

Kawasan : Kawasan Grid 3 m × 4 m

KAWASAN
PERMAINAN

Pemain A

Pemain B

Pemain lain

Peralatan : Tiada

Peraturan : Kumpulan A adalah penangkap (trappers). Penangkap


duduk berselerak di atas lantai. Kumpulan B adalah
lalat. Apabila isyarat mula diberi oleh guru lalat bergerak di
mana- mana mengikut suka hati tetapi masih berada dalam
kawasan permainan.apabila isyarat beku
dilaungkan, semua lalat mesti berhenti serta- merta.
Aspek Keselamatan : Kawasan yang sesuai dan selamat dari bahaya seperti
batu, kaca atau bahan lain atas padang, kuku pelajar,
menolak rakan.

Variasi : Tambah bilangan pemain


Kemahiran : Menangkap

Nama permainan : musang dengan ayam

Jumlah Pemain : 10 orang pemain (5 dalam satu kumpulan)

Kawasan : Kawasan Grid 3 m × 4 m

KAWASAN
PERMAINAN

Musang

Anak

Ibu ayam

Peralatan : tiada

Peraturan : Setiap barisan mempunyai lima atau enam orang pelajar,


setiap barisan akan memilih seorang murid menjadi
musang. Pelajar yang berada di hadapan barisan menjadi ayam dan
mendepakan tangannya serta menahan si musang
dari memakan anak ayam.
Aspek Keselamatan : Kawasan yang sesuai dan selamat dari bahaya seperti
batu, kaca atau bahan lain atas padang, kuku pelajar,
menolak rakan.

Variasi : Tambah bilangan pemain


Kemahiran : Menjaring

Nama permainan : Hoki Tolak

Jumlah Pemain : 10 orang pemain (5dalam satu kumpulan)

Kawasan : Kawasan Grid 12 m × 6 m

KAWASAN PERMAINAN

Skital

Pasukan A

Pasukan B

Peralatan : Bola, kayu hoki.

Peraturan : Pemain-pemain hanya dibenarkan mengekecek dan


membuat hantaran cara menolak bola itu. Memukul,
mencedok, dan menguis bola tidak dibenarkan. Percubaan
hanya boleh dibuat dari luar kawasan ‘D’. Hanya penjaga
gol dibenarkan berada dalam kawasan D’ dan tidak boleh
berada di luar kawasan D’. kalau bola keluar di garisan tepi,
tolakan ke dalam hendaklah dilakukan. Tolakan sudut
dibuat dari sudut gelanggang permainan jika bola keluar
melalui garisan gol.

Aspek Keselamatan : Kawasan yang sesuai dan selamat dari bahaya seperti
batu, kaca atau bahan lain atas padang, kuku pelajar,
menolak rakan.

Variasi ; Tambah bilangan pemain dan bilangan bola atau


banyakkan tiang gol.
Kemahiran : Menjaring

Nama permainan : Serang Lantun

Jumlah Pemain : 16 orang pemain (8 dalam satu kumpulan)

Kawasan : Kawasan Grid 12 m × 6 m

KAWASAN PERMAIANAN

Skitel

Pasukan A

Pasukan B

Peralatan : Skitel, bola

Peraturan : percubaan mesti dibuat dari lusr kawasan D’. Penjaga gol
sahaja dibenarkan bergerak di dalam kawasan ‘D’
dan menggunakan kakinya untuk menahan bola.
Tidak dibenarkan menyepak bola. Kalau
penjaga gol menyepak bola, lantunan penalti
diberikan kepada pihak lawan. Pemain-
pemain tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan
‘D’. pemain tidak dibenarkan menghantar bola tanpa
melantun, berlari dengan bola, mengelecek atau melakukan
sebarang kekasaran. Gol dikira apabila masuk ke dalam gol.

Aspek Keselamatan : Kawasan yang sesuai dan selamat dari bahaya seperti
batu, kaca atau bahan lain atas padang, kuku pelajar,
menolak rakan.

Variasi ; Tambah bilangan pemain dan bilangan bola atau


banyakkan tiang gol.
Kemahiran : Menjaring

Nama permainan : Lari berganti-ganti menjaring bola

Jumlah Pemain : 4 orang pemain

Kawasan : Kawasan Grid 3 m × 4 m

Pemain

Arah Larian

Menjaring

Peralatan : Bola

Peraturan : nombor 1 akan tunduk dan menghantar bola ke belakang


melalui antara kaki peserta-pesertanya sehingga bola
sampai kepada nombor 6. Apabila mendapat bola,
nombor 6 berlari ke hadapan sambil memantul bola itu
dan cuba menjaringkan bola ( sekali percubaan
sahaja).kemudian, dia dikehendaki berlari
balik ,membawa bola itu dan berdiri di hadapan
nombor 1, untuk meneruskan permainan.

Aspek Keselamatan : Kawasan yang sesuai dan selamat dari bahaya seperti
batu, kaca atau bahan lain atas padang, kuku pelajar,
menolak rakan.

Variasi : Tambah bilangan pemain dan bilangan bola atau


banyakkan tiang gol.

You might also like