You are on page 1of 18

KANDUNGAN

Penghargaan 2

Pengenalan 3

Kesedaran tentang bangsa dan negara 4 -6

Idea awal tentang bangsa dan negara 7 -9

Dasar luar Malaysia 10

Matlamat dasar luar Malaysia 11

Pertubuhan negara – negara asia tenggara 11 – 12

Kecermerlangan sektor pertanian 13

Dasar pertanian negara ketiga 14

Negara perindustrian 15

Negara model 16

Rumusan 17
PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah swt tuhan yang menciptakan alam ini yang

penuh dengan keajaiban dalam mencipta segala kejadian dan kenikmatan.

Selawat serta salam buat junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w yang

diutuskan Allah sebagai rahmat kepada Alam ini.

Setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan

kepada En Hj Azmi Bin Mat yang banyak membimbing dan memberikan

peluang kepada kami menjalankan tugas kami sebagai pelatih di Institut ini,

sehingga berjaya menyiapkan folio ini.

Jutaan terima kasih juga ucapkan kepada rakan- rakan seperjuangan

yang memberikan kerjasama yang jitu lagi padu kepada kami dalam usaha

menjalankan kewajipan sebagai pelatih di Institut ini.

Seterusnya saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua

yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak di dalam

menjayakan tugasan ini .

Sekian Terima Kasih.


PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Usaha untuk menyatupadukan kaum melalui proses pembinaan bangsa
perlu dilaksanakan. Proses tersebut bertujuan menyedarkan warga negaranya tentang
harga diri sebagai bangsa yang merdeka dan berdaulat serta mampu membangunkan
sebuah negara yang rnaju. Oleh itu. pembinaan bangsa merupakan usaha bersama seluruh
rakyat bagi meletakkan bangsa dan negaranya setaraf dengan bangsa dan negara lain
yang maju di dunia.
Dalam proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia, terdapat empat konsep
yang perlu difahami terlebih dahulu. Konsep tersebut ialah negara, bangsa, kerajaan dan
perlembagaan.Pada dasarnya negara adalah satu wilayah tertentu yang didiami oleh
sesuatu bangsa dan mernpunyai institusi pemerintahan yang berkesan. Negara kita
dikenali sebagai Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak. Negeri-negeri ini merupakan sebahagian daripada Gugusan
Kepulauan Melayu. Bangsa pula ditaknfkan sebagai kumpulan manusia yang menetap di
satu wilayah, mempunyai tamadun yang dapat dilihat dari segi budayanya seperti bahasa,
adat resam, kesenian dan agama serta sistern politiknya yang tersendiri.
Kerajaan pada masa ini merujuk kepada tiga badan yang terlibat dalam
pemerintahan sesebuah negara demokrasi, iaitu badan perundangan, badan pelaksana, dan
badan kehakiman. Bidang kuasa ketiga-tiga badan tersebut dinyatakan dalam
perlembagaan negara kita. Pada zaman tradisi, konsep kerajaan di negara kita berbeza
dengan konsep yang digunakan sekarang. Pada zaman itu, kerajaan itulah raja dan
raja itulah kerajaan.
Malaysia yang paling aktif dan dinamik yang boleh menentukan corak dan arah
kemajuan sesebuah masyarakat. Sumbangan mereka kepada Negara yang membantu
kepada kekebalan kedaulatan Negara amatlah dihargai. Semua sumbangan ini seterusnya
dapat dijadikan kekuatan untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang amat disegani
oleh setiap Negara di pelusuk dunia.

Kesedaran Tentang Bangsa dan Negara


Zaman Kesultanan Melayu berkuasa dikenali sebagai zaman kerajaan tradisional.
Pada zaman itu, raja adalah pemerintah yang mempunyai kuasa membuat dan
melaksanakan undang-undang serta mempunyai kuasa kehakiman. Keadaan seperti ini
dinamakan pemerintahan raja berkuasa mutlak - disebut juga sebagai sifat monolithic
Walau bagaimanapun, raja memerintah dengan bantuan pembesar-pembesar negeri.
Sesetengah pembesar negeri diberi kuasa mentadbir jajahan takluk atau daerah di bawah
kuasa seseorang raja itu di samping kuasa kehakiman.
Di Gugusan Kepulauan Melayu dahulu terdapat beberapa buah kerajaan Melayu
yang kebanyakannya terdiri daripada beberapa kerajaan yang kecil. Kerajaan tersebut
biasanya tertakluk kepada kerajaan pusat. Antara kerajaan pusat yang kuat ialah empayar
Kesultanan Melayu Melaka yang menaungi Tanah Melayu, sebahagian Sumatera dan
Borneo sejak ahad ke- 15 dan kemudiannya diwarisi oleh empayar Johor yang
mengandungi Johor, Pahang dan Kepulauan Riau-Lingga. Johor adalah empayar Melayu
yang terakhir.
Selepas tahun 1824, penjajah British dan Belanda membahagikan Gugusan
Kepulauan Melayu kepada dua, iaitu kawasan di bawah pengaruh British dan Belanda.
Filipina pula dikuasai oleh Sepanyol dan kemudiannya Amerika Syarikat. Penjajah Barat
telah melemahkan kuasa Raja-Raja Melayu. Sejak itu, kerajaan-kerajaan Melayu di
Gugusan Kepulauan Melayu telah beransur pupus satu derni satu. Di Tanah Melayu,
Sultan dan Temenggung Johor terpaksa melepaskan Singapura kepada penjajah British
dalam satu helah politik Stamford Raffles pada tahun 1819. Sebelum itu. Sultan Kedah
telah terpedaya dengan janji Francis Light yang telah menduduki Pulau Pinang pada
tahun 1786, manakala Sultan Perak pula melalui muslihat politik James Low telah
meletakkan Dinding di bawah pentadbiran British. Mulai tahun 1826, Singapura, Pulau
Pinang, Melaka dan Dinding dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Kemudiannya,
Lahuan, Pulau Cocos serta Pulau Christmas juga dimasukkan ke dalam pentadbiran
Negeri-Negeri Selat. Sarawak dikuasai oleh keluarga Brooke sejak tahun 1841. Sahah
yang pernah menjadi jajahan Brunei dan Sulu telah diambil oleh Syarikat Berpiagam
Borneo Utara mulai bulan November 1881.

Negeri-negeri Melayu telah mengalami perubahan pentadbiran berikutan


penjajahan British. Johor dan Terengganu adalah dua buah negeri Melayu yang terakhir
dikuasai oleh pihak British. Perak pula merupakan negeri Melayu yang pertama ditadbir
oleh pihak British iaitu selepas Perjanjian Pangkor. Berbeza dengan Negeri-Negeri Selat,
negeri-negeri Melayu ini diperintah secara tidak langsung oleh pihak British. Walau
bagaimanapun, institusi kesul-tanan Melayu, termasuk juga adat istiadat Melayu dan
agama Islam terus kekal. Pihak British menguasai semua bidang pentadbiran negeri
kecuali agama Islam dan adat istiadat Melayu, dan menjalankan pemerintahan atas nama
sultan. Semua undang-undang adalah dikuatkuasakan hanya setelah mendapat
tandatangan sultan. Itulah sebahnya negeri Melayu ini disebut Negeri Naungan British,
manakala Negeri-Negeri Selat menjadi Tanah Jajahan Mahkota British, iaitu diperintah
secara langsung oleh kerajaan British.
Pihak British yang menguasai negeri-negeri Melayu telah menetapkan sempadan
negeri-negeri. Berdasarkan kepentingan ekonomi dan politik, pihak British telah
menggahungkan pentadbiran negeri-negeri Melayu. Pada tahun 1896, Perak, Selangor,
Negeri Sembilan d,tn Pahang telah diletakkan di bawah satu pentadbiran yang dinamakan
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Negeri-negeri Melayu yang lain dikenali sebagai
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu diketuai oleh
seorang Residen Jeneral yang bertanggungjawah kepada Gahenor Negeri -Negeri Selat
(bergelar Pesuruhjaya Tinggi Bagi Negeri-negeri Melayu), manakala Negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu pula dinaungi secara langsung oleh Gahenor Negeri-Negeri
Selat
Penjajahan bukanlah faktor wajib bagi kemajuan sesebuah negara. Buktinya.
sebelum dikuasai oleh pihak British, Johor teIah maju sebagai sebuah negeri Melayu
yang moden Pemerintahan Johor teratur dan lengkap dengan mempunyai perlembagaan
bertulis yang dikenali sebagai Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor Perlembagaan ini
dikuatkuasakan mulai tahun 1895. Johor menjadi negeri Melayu yang pertama
mempunyai perlembagaan negeri yang bertulis. Langkah tersebut dikuti oleh kerajaan
Terengganu pada tahun 1911 dan perlembagaannya dikenali sebagai Ittiqan-ilmuluk hi-ta
'dii il-suluk yang bermaksud keyakinan kepada pemerintah yang berdasarkan keadilan.

Ciri-ciri penting dalam perlembagaan Johor ialah mengiktiraf orang Melayu


sebagai rakyatnya dan agama Islam sebagai agama negeri. Di samping itu, perlembagaan
Johor mengukuhkan keturunan sultan sebagai pewaris takhta negeri. Perlembagaan itu
juga memperuntukkan dua badan pemerintahan negeri iaitu Mesyuarat Negeri dan
Jemaah Menteri yang diketuai oleh Menteri Besar. Satu badan kehakiman atau
mahkamah juga diperuntukkan. Perlembagaan negeri seperti ini menandakan telah pun
wujud unsur-unsur demokrasi dan pemerintahan Raja Berperlembagaan.
Idea Awal Tentang Bangsa dan Negara Malaysia
Idea awal tentang bangsa dan negara bermula apahila penjajah British
memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946. Orang Melayu telah bangun
menentang gagasan ini kerana Malayan Union merupakan satu tindakan politik penjajah
British yang boleh membinasakan bangsa Melayu. Malayan Union bukan sahaja
melenyapkan kekuasaan Raja-Raja Melayu, agama Islam, dan adat resam Melayu, malah
pemberian kerakyatan secara jus soli kepada orang bukan Melayu adalah dianggap
sebagai satu percubaan nekad menghapuskan hak dan kepentingan, serta masa depan
orang Melayu.
Pada tahun 1946 orang Melayu masih belum dapat melupakan penderitaan semasa
di bawah pemerintahan Jepun, serta peristiwa keganasan Bintang Tiga yang ditaja oleh
Parti Komunis Malaya. Pemerintahan zalim selama 14 han di sesetengah tempat oleh
Bintang Tiga menjadi satu pengajaran bagi orang Melayu. Oleh itu, orang Melayu pada
masa itu tetap mempertahankan haknya dan tidak mahu berkongsi negeri dengan kaum
pendatang.
Di Semenanjung Tanah Melayu, orang Melayu telah bangun menentang Malayan
Union bukan sahaja kerana tidak bersetuju dari segi kandungan perlembagaannya, tetapi
juga membantah tentang cara Harold MacMichael memperdayakan Raja-Raja Melayu
untuk bersetuju melaksanakan Malayan Union. Dalam keadaan yang terdesak dan
tertekan, Raja-Raja Melayu tidak menyedari kesan buruk Malayan Union yang boleh
menghapuskan kuasa dan kedaulatan baginda semua. Oleh itu, orang Melayu bangkit
mempertahankan Raja-Raja Melayu, iaitu satu-satunya lambang maruah bangsa.
Asas pemikiran dan perjuangan untuk mewujudkan satu bangsa dan sebuah
negara yang bermaruah dan berdaulat telah dicetuskan oleh seorang pejuang agung
negara iahu Dato' Onn bin Jaafar. Beliau telah mengetuai bangsa Melayu menentang
pentadbiran Malayan Union yang hendak diperkenalkan oleh penjajah British. Beliau
telah berjaya membangkitkan kesedaran di kalangan orang Melayu tentang maruah,
identiti, kebudayaan dan peradaban bangsa Melayu. Dato' Onn telah menghadap dan
mengesa Raja-Raja Melayu supaya memulaukan upacara perlantikan Edward Gent
sebagai Gahenor Malayan Union. Pengaruh beliau yang bertambah kuat dengan
sokongan padu daripada orang Melayu telah menimbulkan rasa takut dan bimbang di
kalangan pihak British sekiranya Dato' Onn akan terus berjuang menuntut kemerdekaan.
Malah beberapa orang bekas pegawai tinggi penjajah British yang pernah berkhidmat di
Tanah Melayu juga turut menyuarakan bantahan mereka terhadap dasar Malayan Union
itu yang diisifatkannya tidak akan membawa perubahan.
Dalam usaha untuk membina bangsa dan negara, ada pihak yang mahukan Tanah
Melayu merdeka dan bersatu dengan Indonesia, supaya orang Melayu menjadi kuat dan
dapat menentang segala caharan. Rancangan ini disuarakan dengan lantang oleh Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang meneruskan perjuangan Kesatuan Melayu
Muda sebelum Perang Dunia Kedua. Penyatuan kedua-dua buah negara itu dikenali
dengan nama Republik Indonesia Raya. Konsep Indonesia Raya ini ditentang oleh
kebanyakan orang Melayu terutamanya pemimpin UMNO. Abmad Boestamam yang
mengetuai Angkatan Pemuda Insaf (API) pula menyuarakan perjuangannya untuk
mewujudkan sebuah negara yang merdeka menerusi revolusi. Beliau mahukan amalan
demokrasi tulen dan negara menguasai ekonomi sepenuhnya di samping mewujudkan
keadilan sosial.
Di Sarawak, utusan kerajaan British yang bernama MacBryan juga
memutarbelitkan kenyataan untuk mempengaruhi pembesar-pembesar Melayu Sarawak
supaya bersetuju menjadikan Sarawak sebagai tanah jajahan British. Pembesar Melayu
Sarawak yang menjadi ahli Majlis Tertinggi ditawarkan wang yang dikatakan sebagai
tanda ikhlas tetapi akhirnya pembesar itu, khususnya Datu Patinggi Abang Haji Abdillah
sedar mereka tertipu. MacBryan telah meminta mereka menandatangani dokumen yang
dikatakan meminta Raja Brooke berkuasa semula di Sarawak. Tetapi dokumen itu
sebenarnya ialah untuk menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Pada umumnya,
ahli Council Negeri juga tidak bersetuju menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.
Orang Melayu Sarawak dan diikuti oleh pemimpin kaum Iban telah bangun membantah
dan menuntut kerajaan Brooke diteruskan di negeri itu. Datu Patinggi Abang Haji
Abdillah telah mengetuai gerakan menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan
British dengan disokong kuat oleh Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS).
Manakala kumpulan bumiputera lain yang ikut serta menentang penyerahan itu ialah
Persatuan Dayak Sarawak (SDA). Walaupun timbul penentangan, kerajaan British tetap
mengisytiharkan Sarawak menjadi Tanah Jajahan Mahkota British pada tahun 1946.
Dengan itu juga, gerakan. menentang penyerahan Sarawak yang di-gerakkan oleh
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak dan Kesatuan Dayak Sarawak jadi semakin
memuncak. Gerakan menentang penyerahan ml berakhir dengan peristiwa pembunuhan
Duncan Stewart. Gahenor Sarawak yang kedua pada tahun 1949
Di Tanah Melayu, Malayan Union telah mencetuskan gagasan pembinaan negara
kita. Penjajah British telah cuba membentuk satu pentadbiran yang amat berbeza dengan
dasarnya sebelum Perang Dunia Kedua iaitu me-nukarkan taraf dan negeri naungan
menjadi negeri tanah jajahan. Perubahan itu dilakukan bukan secara penaklukan tetapi
melalui perjanjian yang dimeterai pada tahun 1946. Kerajaan British ingin memastikan
supaya pelaburan eko-nomi dan kepentingan mereka di negeri ini terus terkawal, iaitu
melalui pembentukan kerajaan pusat yang kuat. Bagi mewujudkan negeri berbilang kaum
yang bersatu padu, pihak British merancang memberi hak kerakyatan yang sama kepada
semua bangsa. Ini bererti kedudukan istimewa orang Melayu sebagai penduduk asal yang
selama ini dinikmati oleh mereka turut berakhir. Selain itu, pihak British juga bertujuan
menyatukan sistem pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu, kecuali Singapura, di
bawah pentadbiran Malayan Union. Dengan itu Tanah Melayu akan menjadi Tanah
Jajahan Mahkota British dan Raja England sebagai ketua negara. Penyatuan ini
menyebabkan Raja-Raja Melayu akan hilang kuasanya dan menggugat kedaulatan bangsa
Melayu. Orang Melayu telah bersatu dan menentang gagasan Malayan Union. Walau
bagaimanapun, kerajaan British memaksa orang Melayu menerima pentadbiran Malayan
Union.
Dasar Luar Malaysia

Perbezaan matlamat, kepentingan dan arah nasional selalunya membawa kepada


ketegangan hubungan diantara negara-negara di arena politik antarabangsa terutama
negara jiran. Namun sejarah telah membuktikan bahawa kebijaksanaan mengendalikan
dasar luar, kepekaan terhadap kepentingan nasional dan serantau dengan semangat
setiakawan, merupakan syarat awal perhubungan harmoni serumpun.
Dasar luar merupakan polisi menjalani perhubungan antarabangsa dengan negara
lain. Dasar luar merupakan tindakan yang diambil oleh pembuat dasar sesuatu kerajaan
membentuk dan menyelesaikan sesuatu masalah. Ia merupakan strategi atau tindakan
menghapus, mengurang, mengekal atau memperluaskan kerjasama antara negara.
Objektif utama Dasar Luar Malaysia adalah :

i) Pengiktirafan yang merujuk kepada keinginan sesebuah negara untuk diterima oleh
negara lain sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat serta mempunyai sistem
pentadbiran sendiri.Dasar luar ini perlu terkawal serta berjaya membawa pembangunan
dan keamanan kepada rakyat.

ii) Keselamatan mempunyai hubung kait yang rapat dengan pengiktirafan. Negara perlu
wujud sebagai satu kesatuan. Sesebuah negara akan dapat mempertahankan diri dari
ancaman luar pada bila-bila masa walaupun terpaksa melalui kekerasan atau peperangan

iii) Kesejahteraan didalam sesebuah negara adalah tanggungjawab yang dipikul oleh
pembuat dasar. Kesejahteraan dalaman akan membolehkan kemajuan serta kepesatan
pembangunan sejajar dengan pembangunan negara lain. Untuk mencapai matlamat ini
perlulah program-program yang sesuai serta dimanafaati oleh rakyat.

Matlamat Dasar Luar Malaysia

Matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk menjalinkan kerjasama dua hala erat
dikalangan negara jiran dan serantau serta meningkat kerjasama dikalangan negara lain
yang mempunyai matlamat yang sama.
Malaysia juga berkerjasama dalam meningkat pertahanan dan keselamatan samada di
didalam mahupun luar negara dan wilayah-wilayah sempadan serta membantu negara
serantau menjaga keamanan dan mengekalkan kestabilan ekonomi negara dam kestabilan
harga barang mentah dipasaran antarabangsa.
Keputusan yang diambil dalam hal dasar luar juga mengikut kesesuaian dan
kesinambungan dalam politik antarabangsa. Diantara langkah yang diambil adalah seperti
Penubuhan ASEAN 1967. ASEAN adalah Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara
yang menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

Apabila tamat konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia pada 1 Jun 1966, dan
hubungan Filipina dengan Malaysia pulih, satu azam baru untuk membentuk satu
pertubuhan serantau yang baru, teguh dan dinamik telah diadakan. Deklarasi ASEAN
telag ditandatangani di Bangkok pada 8 Ogos 1967. ASEAN telah diisytiharkan dengan
Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Tun Adam Malik (Menteri Luar
Indonesia), S.Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Thanat Koman (Menteri Luar
Thailand) dan N.Ramos (Setiausaha Luar Filipina) menandatangani Deklarasi tersebut.
Malaysia menyertai ASEAN dengan tujuan menyelesaikan dan mengurangkan masalah
politik dengan Filipina dan Indonesia. Tujuh matlamat telah digariskan dalam Deklarasi
ASEAN iaitu mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi, kemajuan
sosial dan pembangunan serta kebudayaan serantau,mengekal keamanan dan kestabilan
kawasan serantau dengan menghormati dan mematuhi peraturan,undang-undang dan
keadilan negara kawasan serantau serta mematuhi prinsip Carter Bangsa-Bangsa Bersatu
serta memupuk kerjasama yang aktif dan mengembangkan kepentingan bersama dalam
ekonomi, sosial, ebudayaan, teknikal, saintaifik dan pentadbiran.
Pada ketika ini Malaysia telah mampu membekalkan bantuan dan latihan, penyelidikan
dan pembangunan dikalangan negara anggota disamping mewujudkan kerjasama lebih
berkesan dalam pengunaan sumber yang lebih banyak dalam industri , pertanian,
memperluaskan perdagangan dan kajian masalah perdagangan komoditi antarabangsa,
Malaysia bersama sama negara- negara angota berkerjasama dalam meningkatkan
kemajuan bidang pengangkutan dan perhubungan serta bekerjasama menaikkan taraf
hidup rakyat negara anggota melalui bidang pengajian dan pendidikan yang lebih maju di
Asia Tenggara.
Malaysia mengekal kerjasama erat dan berfaedah menerusi pertubuhan serantau
dan pertubuhan antarabangsa yang telah wujud dan matlamat yang sama. Peranan
ASEAN lebih bermakna dengan Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971
dengan melulukan beberapa ketetapan iaitu kawasan Asia Tenggara hendaklah menjadi
sebuah zon yang aman dan selamat serta ASEAN hendaklah mengamalkan Dasar
Berkecuali dan mengadakan hubungan baik dengan semua kuasa termasuk kuasa-kuasa
besar tanpa mengira ideologi politik.
Kecermerlangan Sektor Pertanian

Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam pembangunan sosial


dan ekonomi Malaysia dan negara serantau. Di peringkat awal, penanaman tanaman
makanan seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan serta kegiatan menangkap ikan dan
menternak telah menyediakan sumber makanan, mewujudkan peluang pekerjaan dan
pendapatan pada penduduk-penduduk tempatan negara negara jiran. Kegiatan pertanian
pada masa itu adalah pertanian sara diri dan tradisional. Tanaman industri iaitu getah
mula diperkenalkan pada tahun 1887 apabila benih getah ditanam di Kuala Kangsar,
Perak. Penubuhan Institut Penyelidikan Getah pada tahun 1926 telah mengorak langkah
menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama getah asli di dunia untuk beberapa abad
sehinggalah akhir tahun 1980an. Tanaman kelapa sawit mula diperkenalkan dan
dimajukan pada awal 1960an diikuti dengan koko pada tahun 1970an. Seterusnya
penubuhan Institut Penyelidikan Kelapa Sawit (PORIM) pada tahun 1979 telah
menjadikan kelapa sawit sebagai satu tanaman strategik kepada ekonomi Malaysia.
Sumbangan terhadap Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) telah meningkat kepada
RM6.8 bilion pada tahun 1995, berbanding RM3.6 bilion pada tahun 1985 iaitu
peningkatan sebanyak 5.6 peratus. Jumlah kawasan tanaman sawit telah meningkat
daripada 1.5 juta hektar pada tahun 1985 kepada 2.5 juta hektar pada tahun 1995.
Penubuhan Lembaga Koko Malaysia pada tahun 1988 untuk menjalankan penyelidikan
mengenai pengeluaran pemerosesan, penyimpanan dan penggunaan mengukuhkan lagi
kedudukan tanaman koko sebagai tanaman selingan dalam sektor pertanian Malaysia.

Semenjak pertengahan tahun 1980an, Malaysia telah mengalami pertumbuhan


ekonomi yang amat pesat sekali di mana ia telah mencapai pertumbuhan KDNK
melebehi 8 peratus setahun selama sembilan tahun berturut-turut. Pertumbuhan yang
pesat ini yang telah diterajui oleh sektor pembuatan dan perkhidmatan sementara sektor
pertanian telah mengalami kadar pertumbuhan yang kecil dan sederhana 2-3 peratus
setahun. Pada tahun 1987 sektor pembuatan telah mengatasi sektor pertanian dari segi
sumbangan kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), peluang pekerjaan dan
pendapatan eksport akibat daripada dasar menggalakkan perindustrian.

Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) 1998-2010

Objektif utama DPN3 adalah untuk memaksimakan pendapatan melalui


penggunaan sumber secara optima dalam sektor ini. Ia meliputi usaha memaksimakan
sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan
eksport serta pendapatan petani, penternak dan nelayan. Secara spesifik, objektif DPN3
adalah untuk meningkatkan sekuriti makanan (food security) serta meningkatkan
produktiviti dan daya saing sektor pertanian dan mengukuhkan pertalian dengan sektor-
sektor lain dikalangan negara serantau. Disamping itu ia juga bertujuan mewujudkan
sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian dikalangan negara serantau dan
memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampan.

Semua ini memerlukan pendekatan dan teras strategik yang baru untuk
mempertingkatkan sumbangan sektor pertanian dan perhutanan kepada petumbuhan
ekonomi. Justeru itu, DPN3 memperkenalkan dua pendekatan strategik yang baru iaitu
pendekatan perhutani (agroforestry approach) dan pendekatan berasaskan produk
(product-based approach).

Sektor pertanian dijangka memperolehi sumber pertumbuhan yang baru daripada


hasil pelbagai inisiatif untuk menggalakkan pertumbuhan kumpulan industri baru seperti
perhutani, produk asli istimewa, buluh dan rotan, produk bioteknologi, florikultur dan
ikan hiasan. Sektor kecil makanan juga dijangka mengalami pertumbuhan bersama ketara
berikutan langkah-langkah intensif yang telah diambil untuk mengatasi kekangan-
kekangan yang dihadapi berkaitan dengan pengeluaran, serta daya usaha lain untuk
memperkukuhkan asas ekonomi sektor kecil ini.
Negara Perindustrian
Negara yang telah berjaya mengubah corak  ekonomi  dan kehidupannya
daripada pertanian kepada  perindustrian  adalah mempunyai  status  negara  maju.  
Wawasan 2020 berkehendakkan  rakyat   Malaysia   meneruskan  proses transformasi ini
yang telah  dimulakan  sejak  merdeka lagi kerana pencapaian  sekarang   masih  lagi di
pertengahan jalan. Ini adalah kerana proses ini  bukan sahaja   melibatkan  transformasi
daripada  kehidupan bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan perubahan
teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.Masyarakat negara  maju adalah masyarakat
yang didokong oleh  kemahiran  dan kepakaran sains dan teknologi yang tinggi  yang  
bukan   setakat  boleh mencedok  atau mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah boleh
mencipta, menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf  negara perindustrian
pertumbuhan ekonomi  yang amat  pesat adalah penting. Ia  sudah  tentunya  berkait
dengan  sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang  secara langsung melibatkan
soal modal, pelaburan,  daya saing,kualiti   tenaga    kerja,  berdikari   dan  kekentalan     
menghadapi cabaran-cabaran.  Di peringkat  ini  peranan sektor  swasta   amatlah  besar
kerana ia akan  menjadi jentera Pertumbuhan. Penwujudan  satu  kerjasama yang adil
dalam  bidang ekonomi  dikalangan negara negara jiran akan dapat mengukuhkan lagi
ekonomi dan meningkatkan kepesatan kemajuan negra maju  dan bersatu. Ini ialah kerana
dalam  sebuah negara  maju  tidak  patut  wujud keadaan di mana satu negara mempunyai
segala galanya sedangkan satu negara lagi tercicir.Pernyataan   Wawasan   ini  adalah
mempakan penegasan semula  keatas  isu  yang  sentiasa diberi dan meminta perhatian  
utama   iaitu    pembasmian    kemiskinan, keseimbangan ekonomi di antara  negara
anggota.
Negara Model
Negara  Malaysia  yang bersatu mempunyai matlamat  yang  serupa dan dikongsi
bersama. Ia mesti menjadi negara  yang  aman,berintegrasi di peringkat wilayah dan
kaum, hidup  dalam  harmoni,  berkerjasama     sepenuhnya,  secara adil dan didokong
oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi telah menjadi
model dan contoh kepada negara membangun yang lain.
Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju  dengan  keyakinan terhadap
diri sendiri,  bangga dengan  apa  yang  dicapai  serta  gagah menghadapi pelbagai
masalah.  Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai
kecemerlangan,  sedar  semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa,
dandihormati oleh rakyat negara lain.
Mewujudkan   masyarakat   saintifik   dan   progresif,   mempunyai  daya
perubahan  tinggi  dan  memandang  ke depan, yang bukan sahaja  menjadi pengguna  
teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun  saintifik  dan teknologi masa depan
Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi,iaitu  sistem  sosial
yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan  insan
tidak berkisar kepada  negara  atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang
kukuh. Konsep –konsep yang telah diamal oleh negara kita ini telah banyak dijadikan
panduan untuk membangunkan negara -negara luar yang lain dan seterusnya menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani.
Rumusan

Wawasan  2020  bukanlah  merupakan  satu  dasar  khas tetapi merupakan


tindakbalas kepada  perkembangan  ekonomi,  sosial dan   politik   yang   berlaku  di
peringkat nasional  dan  antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara.  
Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu  garis  panduandan  rangka  kerja
mengenai  pendekatan  yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi  perjalanan
jauh  yang  akan ditempuh oleh negara. Matlamat  terakhir  yang  dicita-citakan  ialah
pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020.
Telah banyak sumbangan yang dapat dilihat yang telah dilakukan bagi membantu dan
memajukan bersama negara jiran amnya. Sumbangan ini dapat dilihat dari segi dasar
dasar yang dibuat dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad  kepada  bidang ekonomi   sahaja
malah  ia akan  merangkumi  segala  aspek  kehidupan: ekonomi, politik,
sosial, kerohanian, kejiwaan  dan kebudayaan.  Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai
sebuah negara merdeka    akan  menjadi  negara  yang benar-benar maju, bersatu,
mampu  berdikari, progresif  dan  makmur.  Rakyat  akan  menikmati kehidupan   yang  
sempurna   dalam   satu  masyarakat  yang  demokratik, bertoleransi, bermoral,  adil,
mampu  bersaing,dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Ini   bermakna  
Wawasan  2020 bertujuan  mewujudkan  negara  bermatlamat iaitu Malaysia akan
menjadi negara  maju dengan caranya  tersendiri  tanpa  terikut  kepada  cara  dan corak  
negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang  dicita-citakan ialah  kemajuan  yang
sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal
semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan  satu  masyarakat  yang  sempurna
dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.
  

You might also like