You are on page 1of 15

BOLA BALING

FAZREEN
YAZID
FARHANA
FAHLIHIN
Mengikut sejarah bola baling, permainan ini telah
mula dimainkan sebelum kurun ke-6 lagi. Ianya mula
dikenali sebagai “urania” pada Zaman Kerajaan
Greek, “harpaston” pada Zaman Kerajaan Rom dan
“fangballspiel” pada Zaman Pertengahan di Jerman.
Pada kurun ke-19 pula, telah wujud tiga permainan
yang mirip dengan permainan bola baling yang
dipanggil “haandbold” berasal dari Denmark,
“hazena” berasal dari negara Bohemia dan Slovakia
dan “torball” berasal dari Jerman. Ketiga-tiga
permainan ini bolehlah dianggap pencetus kepada
permainan bola baling masa kini.
Haandbold
Permainan ini mula dicetuskan oleh Helger Nilson iaitu
seorang ketua pengawas sekolah yang cuba mencari dan
mencipta sukan yang seakan sama dengan permainan bola
sepak. Idea ini timbul setelah permainan bola sepak telah
banyak menyebabkan kerosakan pada tingkap-tingkap di
sekolahnya. Sebagai langkah mengurangkan kerosakan
tingkap di sekolahnya dan juga untuk kawalan bola yang
lebih baik dia telah memperkenalkan permainan bola
dengan menggunakan tangan kepada rakan-rakannya dan
akhirnya berjaya dikembangkan sebagai sukan baru
sehinggalah ke seluruh negara Denmark.
Hazena
Permainan ini mula diperkenalkan oleh Vraclac Karas
dan Antonin Kristof. Ia buat pertama kalinya telah
dimainkan di Prague, Republik Czech dengan saiz
gelanggangnya (48m x 32m), bentuk kawasan gol
(6m lengkung), saiz gol (2m x 2.4m) dan masa
permainan (2 x 25 minit) yang hampir sama dengan
bola baling moden. Mereka juga membahagikan
kawasan gelanggang kepada tiga kawasan yang terdiri
daripada kawasan penjaga gol, pertahanan dan
penyerang yang hanya boleh bermain terhad di
kawasan mereka.
Torball
Hermann Bachmann merupakan orang pertama yang
telah memperkenalkanya di Jerman. Saiz kawasan
gelanggang ialah 40m x 20m dan kawasan
lengkungan di kawasan gol diukur 4m. Hanya dalam
tempoh masa yang singkat, permainan ini telah
menjadi popular di seluruh Eropah. Namun,
disebabkan oleh setiap negara mempunyai peraturan
permainan yang berbeza, penganjurannya di peringkat
antarabangsa menjadi agak sukar. Justeru itu,
penyelarasan peraturan pertandingan telah dilakukan
oleh Karl Schelenz pada 1917 di Berlin.
Bola Baling Padang
Merupakan permainan dan juga nama baru bagi permainan
yang dimainkan di kawasan padang bola sepak dengan
kekuatan 11 pemain setiap pasukan. Saiz gol, kawasan gol
dan beberapa peraturan telah ditukar dan digubal sedikit
demi sedikit sehinggalah permainan ini telah
dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Walau
bagaimanapun, kepesatan perkembangan dalam sukan bola
baling ini memerlukan satu organisasi di mana organisasi
ini dapat mempromosikan sukan bola baling, menganjurkan
kejohanan di peringkat dunia, dan menyediakan program
bagi membolehkan sukan ini dipertandingkan di sukan
Olimpik.
Justeru itu, International Amateur Handball Federation
(IAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1928 di Amsterdam
dan dalam tempoh masa yang singkat pada tahun 1936,
sukan bola baling telah dipertandingkan di sukan Olimpik
di Berlin. Pada waktu itu juga, Austria dan Jerman
merupakan kuasa besar bagi sukan ini. International
Handball Federation (IHF) merupakan satu organisasi baru
yang telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark pada tahun
1946 di mana satu arah baru dalam evolusi sukan bola
baling telah wujud. Disebabkan keadaan cuaca yang tidak
menentu dan menghadkan permainan ini, saiz kawasan
permainan dan perubahan peraturan telah dilakukan bagi
membolehkan sukan ini dimainkan di dalam dewan
Bola Baling Dewan
Sukan bola baling telah dimainkan di padang
terbuka dan juga di dalam dewan, bahkan
kejohanan dunia bola baling juga dianjurkan
untuk kedua-duanya. Namun, bola baling dewan
lebih popular berbanding bola baling padang
kerana ia dapat dimainkan dengan pantas dan
pertandingan boleh dilangsungkan tanpa
gangguan cuaca. Pelbagai pergerakan serta
kemahiran dapat dilakukan dengan lebih
berkesan.
Sejak tahun 1966 lagi, IHF hanya menganjurkan
kejohanan tertutup dan di dalam dewan sahaja dan
ini menyebabkan perkembangan bola baling di
dalam dewan menjadi semakin berkembang dan
maju. Satu lagi perkembangan dalam bola baling di
mana disebabkan oleh popularitinya, bola baling
lelaki telah diperkenalkan di sukan Olimpik Munich
pada tahun 1972. Pada tahun 1976 pula, acara bola
baling wanita telah diperkenalkan di sukan Olimpik
Montreal dan menjadi salah satu sukan berpasukan
yang paling popular di sukan Olimpik.
Sukan bola baling bermula di Malaysia pada tahun 1976. Sukan ini
mula diperkenalkan oleh Encik Lim Hock Han, iaitu Pengarah Unit
Sukan Universiti Malaya, setelah sekembalinya beliau dari Sukan
Olimpik pada tahun 1976. Beliau juga telah membawa balik
rakaman permainan bola baling dari Temasya Sukan Olimpik itu.
Beliau telah memberi kursus asas permainan ini kepada
sekumpulan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di negeri
Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun itu.
Pada tahun 1978, kursus pengadil bola baling yang pertama
diadakan untuk 60 orang guru seluruh Malaysia di Selangor. Pada
tahun yang sama juga, sempena meraikan Hari Anugerah
Olahragawan dan Olahragawati kebangsaan pada tahun 1978,
permainan bola baling telah diadakan di Stadium Negara sebagai
acara pertunjukan pada waktu itu.
Satu jawatankuasa penaja telah dibentuk untuk penubuhan Persatuan
Bola Baling Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur pada September 1979 di Morib, Selangor. Pada 7 Disember
1985, buat julung kalinya telah berlangsung Kejohanan Bola Baling
peringkat kebangsaan di padang SMK Sri Aman, Petaling Jaya,
Selangor. Pada tahun 1987 pula, permainan ini telah menjadi acara
sukan tahunan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Kejohanan
yang pertama telah diadakan di Kelang, Selangor bagi kategori umur
bawah 12 tahun dan 15 tahun lelaki dan perempuan. Terdapat
beberapa kejohanan seperti MSSN (peringkat negeri), MSSM
(peringkat kebangsaan), KAGUM (peringkat Maktab Perguruan),
MASUM (peringkat universiti) dan yang terbaru SIKMA (Sukan
Antara Institusi Kementerian Pelajaran Malaysia) yang telah
menjadikan pemainan bola baling sebagai acara rasmi dalam
kejohanan-kejohanan tersebut.
Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF) telah ditubuhkan pada
tahun 1985 dan En. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai
Presiden MAHF yang pertama manakala En. Kan Tong Leong
sebagai Setiausaha Kehormatnya. Pada tahun 1986, Presiden
MAHF telah menjadi salah seorang ahli gabungan bersama Asia
Handball Federation (AHF). Pada tahun 1990 pula, beliau
menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Baling Komanwel
(CHF) dan pada tahun 1994 beliau menjadi ahli gabungan
International Handball Federation (IHF). MAHF telah
menyertai Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF)
pada Mei 2004. Persekutuan Bola Baling Malaysia telah
berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Akta
Sukan Kebangsaan 1997, pada 27 Mei 2000.
Presiden MAHF yang memegang jawatan ini sejak tahun 2000
sehingga kini ialah Y. Bhg. Dato’ Haji Suhaimi bin Haji Yacob. Beliau
juga memegang beberapa jawatan di peringkat antarabangsa seperti:
(a) Naib Presiden Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF)
(b) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Promosi Bola Baling
Persekutuan Bola Baling Asia (AHF)
(c) Timbalan Presiden Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara
(SEAHAF)
(d) Ahli Majlis Persekutuan Bola Baling Asia (AHF)

Pihak AHF telah meletakkan kepercayaan kepada Malaysia untuk


menganjurkan satu kejohanan di peringkat antarabangsa, iaitu 1st
Martyr Sheikh Fahad Al- Ahmad Al-Sabah Cup Championship untuk
negara-negara yang baru dalam pembangunan bola baling.
STRUKTUR
ORGANISASI
PERSATUAN

You might also like