You are on page 1of 4

Berikan tiga faktor dan dua kesan pembentukan Negara Bangsa di  

Eropah

Pengenalan :

Konsep Negara – Bangsa sebuah negara yang berdaulat dan bebas dengan penduduknya
mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah milik bersama berasaskan bahasa, adat dan tradisi
yang sama, mempunyai pemerintah tersendiri, sempadan wilayah dan hak untuk menggubal
undang-undang sendiri.

Sejarah- lahir seawal abad ke-15 khusunya selepas berlakunya perubahan politik di Eropah kesan
daripada berlakunya Zaman Renaissance dan Zaman Revolusi secara mendadak. Contoh Negara
Bangsa ialah England, Perancis dan Sepanyol.

Isi-isi penting :

Faktor Pembentukan Negara Bangsa :

Kemerosotan Kuasa Golongan Feudal :

Golongan feudal (bangsawan, Penguasa Autonomi Tempatan, golongan adatLandlord, gereja)


merupakan golongan yang sangat berpengaruh dari segipolitik pada zaman
pertengahan.Pengaruh golongan ini merosot kerana timbul kesedaran politik, idea kedaulatan 
bangsa dan penyatuan negara bangsa dan keinginan supaya wujud kuasa autoriti tunggal dalam
sesebuah negara. Kesannya sistem feudal tidaklagi diterima oleh masyarakat Eropah. Contohnya
di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang-undang baru yang melarang
golongan feudal memakai pakaian khas, melarang menubuhkan tentera sendiri, melarang
mempunyai lambang kuasayang khas dan lain-lain.

Perkembangan Zaman Renaissance :

Akibat berlakunya zaman Renaissance telah mengubah sikap dan pemikiran orang Eropah
tentang perasaan kebangsaaan dan kesetiaan kepada negara mereka. Sebelum ini masyarakat
Eropah memberi kesetiaan kepada golongan bangsawan yang menguasai wilayah dan kawasan
tertentu Zaman Renaissance telah berjaya menyatukan semua bangsa di Eropah dalam sebuah
negara yang sebelum ini mengamalkan undang-undang, cara hidup, sikap, pemikiran, bahasa dan
sebagainya.

Kemunculan Kerajaan Monarki Kebangssaan :

Kemunculan kerajaan-kerajaan monarki baru pada abad ke-16 melalui sokongan rakyat dan
golongan pertengahan melahirkan raja berkuasa mutlak dan membawa kepada pembentukan
sesebuah negara bangsa. Kebanyakan raja Monarki ini mengekalkan kuasa melalui pemerintahan
berpusat, sistem dinasti, perkahwinan, peperangan, komplot dan penaklukan. DiEropah wujud
zaman monarki mutlak yang berkuasa melalui dinasti-dinasti agong seperti Romanoff,
Hohanzollern, Bourbon dan Habsburg. Contoh-Pemerintahan negara bangsa Perancis oleh Louis
Xi dari Dinasti Volois yang melakukan pemusatan kuasa di Paris. Begitu juga Raja Henry VII di
England melalui Dinasti Tudor yang melakukan pemusatan kuasa di London.

Kemajuan Ekonomi :

Perkembangan ekonomi yang pesat selepas zaman Renaissance melahirkan golongan kapitalis
seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah, pelombong dan lain-lain.Golongan ini
memerlukan perlindungan daripada kerajaan yang besar dan kuat.Untuk itu meraka sanggup
membayar wang perlindungan dan cukai kepada raja. Golongan pemerintah pula dapat
mengumpul wang yang banyak dan mengukuhkan ekonomi mereka serta dapat membayar gaji
tentera. Secara tidaklangsung melemahkan golongan feudal.

Bahasa Kebangsaan  :

Muncul golongan cerdik pandai selepas zaman Renaissance. Penulisan dan penerbitan karya
berkembang dibantu oleh penciptaan mesin cetak. Karya yang dihasilkan menggunakan bahasa
kebangsaan bukannya bahasa dialek tempatan. Ini berjaya menarik minat membaca rakyat dan
memudahkan lagi usaha menyatukan rakyat dan penubuhan Negara bangsa.

Kesan Pembentukan Negara Bangsa :

Golongan Bangsawan Hilang kuasa dan pengaruh :

Penubuhan negara bangsa membawa kesan besar ke atas golongan bangsawan kerana mereka
mula hilang kuasa dan pengaruh di wilayah masing-masing kepada raja dan rakyat. Golongan
bangsawan tidak lagi mendapat sokongan daripada rakyat. Raja mula menggubal undang-undang
baru bagi menghadkan kuasa dan pengaruh golongan bangsawan.

Kemerosotan Golongan Gereja :

Penubuhan negara bangsa menyebabkan golongan agama semakin hilang pengaruh. Raja mula
mengawasi perkembangan agama disampingmenggunakan gereja  untuk mengukuhkan
kekuasaan masing-masing. Perlantikan ahli agama dilakukan sendiri oleh golongan raja.

Pemusatan kuasa :

Pembentukan negara bangsa mewujudkan pemusatan kuasa di bawah seorang pemerintah.


Pemerintah mempunyai kuasa penuh terhadap semua bidang. Sekaligus mengenepikan kuasa
golonga gereja dan golongan bangsawan.

Kesimpulan :

Pembentukan negara bangsa yang berlaku di Eropah telah menghapuskan sistem feudal dan
seterusnya telah menyebabkan kuasa pemerintahan terletak di bawah seorang pemerintah. Zaman
Renaissance telah mengubah corak pemerintahan sesebuah negara di Eropah.
Negara Satu Bangsa; Negara Pelbagai Bangsa; Negara Satu
Rakyat?
Oleh HASSAN AHMAD

Ada orang yang mengatakan bahawa matlamat gagasan Satu Malaysia ialah membina “negara
satu bangsa Malaysia”. Setahu saya, matlamat itu tidak pernah disebut secara rasmi oleh Perdana
Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, yang mencetuskan gagasan Satu Malaysia.

Sering kali juga kita mendengar orang menggunakan istilah lain, iaitu “negara-bangsa Malaysia”
untuk merujuk konsep yang sama, iaitu negara “satu bangsa Malaysia”.

Konsep negara-bangsa (nation-state) wujud daripada sejarah politik nasionalisme Barat sejak
akhir abad ke-18. Konsep ini merujuk kesatuan sosiopolitik-legalistik yang penduduknya terdiri
daripada satu bangsa sahaja. Yang dimaksudkan dengan “bangsa” ialah bangsa kulit putih
Eropah atau bangsa Caucasus.

Konsep ini tidak sama maksudnya dengan ras atau suku kaum dari segi takrif sosiobudaya atau
takrif antropologi. Sesuatu “bangsa” itu belum dapat dianggap sebagai nation jikalau bangsa itu
belum mempunyai “negeri” atau negara.

Hal ini bererti bahawa bangsa bukan Eropah di Asia dan di Afrika, misalnya, yang masih dijajah
oleh kuasa Barat, tidak boleh dianggap sebagai nation (atau “bangsa” dari segi makna politiknya)
kerana mereka kononnya belum mempunyai “negara”.

Konsep politik bangsa Eropah cuba diterapkan secara ekstrem oleh Nazi Hitler apabila dia
memimpikan suatu negara Jerman yang terdiri daripada satu bangsa Jerman kulit putih yang
tulen, asli, dan super race. Bagi mencapai matlamat itu, dia melancarkan gerakan menghapuskan
semua penduduk bukan keturunan Jerman yang tulen. Sasarannya ialah kaum Yahudi di Jerman,
dan juga kaum Gipsi yang dianggap sebagai kaum merempat yang tidak bernegeri, sama
keadaannya dengan kaum Yahudi.

Tindakan Hitler itu mencetuskan peperangan di Eropah bukan kerana bangsa Eropah yang lain
(terutama bangsa Inggeris dan Perancis), menentang semangat nasionalisme Hitler itu, tetapi
oleh sebab Hitler cuba menjadikan seluruh Eropah sebagai kawasan takluk Jerman dengan
melancarkan peperangan terhadap Britain dan Perancis.

Itulah yang dimaksudkan dengan konsep negara-bangsa. Ini konsep rasis bangsa Eropah. Hari ini
tidak ada negara di Eropah yang penduduknya terdiri daripada satu bangsa sahaja, iaitu bangsa
kulit putih atau bangsa Caucasus Eropah.___

Datuk Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan. Beliau juga bekas wakil
tetap Malaysia ke UNESCO dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kolum ini diambil daripada Dewan Masyarakat Disember 2010.

You might also like