You are on page 1of 3

Penghargaan

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat
menyiapkan kerja kursus Geografi Tingkatan 3 ini. Tanpa izin-Nya mustahil untuk saya
menyiapkannya pada masa yang ditetapkan.

Tidak lupa juga penghargaan saya kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Bandar Tun Hussein Onn 2 iaitu Puan Sri Datin Mazlilah Binti Ahmad Mansur dan guru
Geografi Tingkatan 3 iaitu Puan Wan Asmah Faliza Binti Wan Talib yang telah memberi
saya tunjuk ajar dan panduan dalam proses melaksanakan tugasan ini.

Ribuan terima kasih saya tujukan kepada ibu bapa saya iaitu Zulkafli Bin Kasim dan
Zarina Binti Mohamad yang telah membetulkan kesilapan dan memberi sokongan kepada
saya sepanjang menyiapkan folio Geografi Tingkatan 3 ini. Tanpa mereka tidak mungkin
saya dapat menyiapkan tugasan saya dalam masa yang ditetapkan.

Sekalung penghargaan juga saya tujukan kepada rakan-rakan saya yang telah banyak
membantu dan memberikan kerjasama yang tinggi dalam pencarian bahan dan maklumat
untuk melengkapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam
menyiapkan folio Geografi Tingkatan 3 ini.
Pendahuluan

Nama saya ialah Muhammad Akmal Izzuddin Bin Zulkafli. Saya belajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 di kelas Tingkatan 3 Kualiti. Untuk
memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi Tingkatan 3, saya diminta untuk membuat
Kerja Kursus Kajian Geografi Tempatan. Saya telah melaksanakan Kerja Kursus ini dalam
masa 8 minggu.

Tajuk tugasan yang telah saya pilih ialah Amalan Kitar Semula di Bandar Tun Hussein
Onn. Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian ini ialah Kawasan ini terletak di lingkungan 5
kilometer persegi dari tempat tinggal dan kawasan sekolah saya dan ini telah menyenangkan
saya dalam melaksanakan Kerja Kursus ini.
Objektif Kajian

Antara objektif kajian yang dapat dikenalpasti ialah :

1. Menyenaraikan konsep kitar semula.


2. Mengkaji jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula.
3. Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula.
4. Mengenalpasti masalah atau halangan daripada melaksanakan amalan kitar semula.
5. Menyatakan langkah atau cadangan yang sesuai dalam mengatasi masalah dalam
melaksanakan amalan kitar semula.
6. Menghuraikan penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

You might also like