You are on page 1of 6

HBAE3103_SEM SEPT09/F_AH

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN Markah

1. Seni kraf Melayu adalah melambangkan Seni Islam.


Nyatakan EMPAT ciri Seni Islam yang biasa digunakan dalam Seni Kraf
Melayu.
(4)

2. “Motif seni Batik Malaysia terhasil melalui penyatuan masyarakat


Malaysia dengan alam”.

Terangkan maksud pernyataan di atas serta berikan DUA unsur ragam hias
tradisional yang biasa digunakan sebagai corak batik.
(4)

3. Jelaskan DUA struktur ragam hias songket. Berikan contoh bagi setiap
struktur.
(4)

1…
HBAE3103_SEM SEPT09/F_AH

4. Lengkapkan matrik di bawah ini :-

Jenis-Jenis Anyaman

Jenis Bahan-bahan Hasil Anyaman


Anyaman

Mengkuang Daun Mengkuang Tikar,tudung Saji, bekas pakaian


dan lain-lain.

Pandan Daun Pandan Duri Tikar sembahyang, hiasan


dinding

Buluh Jenis Buluh yang Bakul, bekas pakaian, beg dan


sesuai lain-lain.

Rotan Rotan yang Bakul, bekan pakaian, tempat


diproses buaian anak dan lain-lain.

Lidi

Ribu-ribu

(4)

5. Ragam hias merupakan aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif


yang sering digunakan terdiri daripada unsur persekitaran tempatan
berdasarkan motif geometri dan organik.

Terangkan apakah ciri-ciri geometri itu serta senaraikan dua contoh ragam
hias bermotifkan geometri.
(4)
[Jumlah: 20]

2…
HBAE3103_SEM SEPT09/F_AH

BAHAGIAN B

ARAHAN
Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN Markah
1. Tekat digolongkan dalam seni sulaman tekstil iaitu proses menyulam
benang emas ke atas kain dasar iaitu baldu. Ada juga yang menamakan
seni ini sebagai seni hias permukaan kain secara timbul atau suji timbul di
kalangan pengusaha tekatan.

(a) Senaraikan alatan yang digunakan dalam proses sulaman tekat atau
suji timbul. (4)

(b) Nyatakan contoh-contoh kegunaan tekatan yang digunakan dalam


kehidupan harian pada masa kini. (6)

(c) Terangkan proses membuat tekatan. ( 10 )


[Jumlah: 20]

2. Wau diertikan sebagai layangan iaitu rangka kayu yang dibaluti kertas dan
diterbangkan dengan tali layang-layang dan dijadikan aktiviti untuk tujuan
tertentu terutamanya sebagai aktiviti rekreasi. Wau juga merupakan alat
permainan yang dimainkan dengan mengharapkan angin supaya ianya
berterbangan di udara.

(a) Terangkan teori asal perkataan ‘Wau’. (4)

(b) Huraikan perbandingan antara ‘Wau Tradisional’ dengan ‘Wau


Hiasan’. ( 16 )
[Jumlah: 20]

3…
HBAE3103_SEM SEPT09/F_AH

3. Gasing atau nama asalnya daripada suku kata ‘ka’ dan ‘sing’. ‘Ka’ iaitu
singkatan kayu sementara ‘sing’ daripada perkataan pusing. Gasing
merupakan permainan tradisional yang terkenal di kalangan penduduk
kampong di Malaysia terutama di Pantai Timur Semenanjung. Gasing juga
mempunyai bentuk yang unik sesuai dengan cara memainkannya
memerlukan pembuatan yang seimbang. Setiap bahagian pula mempunyai
maksud tertentu.

(a) Bagaimanakah falsafah gasing boleh dikaitkan dengan kehidupan? (4)

(b) Huraikan bahagian-bahagian tubuh gasing dan berikan maksud setiap


( 16 )
bahagian gasing tersebut.
[Jumlah: 20]

4. Amalan menghias diri telah bermula sejak zaman primitif lagi tanpa
mengira gender. Faktor kepercayaan dan kebudayaan menentukan cara
perhiasan diri bagi sesuatu kumpulan manusia.

(a) Tunjukkan kepentingan cucuk sanggul kepada wanita Melayu pada


zaman dahulu. (4)

(b) Jelaskan peranan hiasan kepala dalam aspek kecantikan seseorang (8)
wanita.

(c) Bincangkan tentang amalan penggunaan hiasan diri di zaman


dahulu. (8)
[Jumlah: 20]

4…
HBAE3103_SEM SEPT09/F_AH

5. Ukiran kayu tradisional adalah hasil kreativiti orang Melayu yang unik.
Bentuknya mementingkan sifat gerak yang bermula dari satu punca dan
terus timbul perlahan serta berliku-liku. Bentuk dan motifnya terkawal
dengan keadaan yang sederhana serta tiada unsur berlebihan.

(a) Huraikan perbezaan antara teknik mengukir ukiran tebuk tembus


dan ukiran larik. (4)

(b) Janakan faktor-faktor yang menyumbang kepada keunikan hasil seni


ukiran orang Melayu. ( 16 )
[Jumlah: 20]

5…
HBAE3103_SEM SEPT09/F_AH

BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN Markah

1. Bincangkan bagaimana idea, kreativiti dan penjelmaan unsur-unsur


semulajadi diterjemahkan dalam proses penghasilan kraf tradisional.
[Jumlah: 20]
2.
"Songket pernah dinobatkan sebagai ratu fabrik satu ketika dahulu
dan terbukti cukup unik dan berkualiti. Keindahan dan ketinggian
nilai seninya sentiasa digunakan dalam majlis-majlis keraian
seperti perkahwinan, musim perayaan dan majlis diraja.”

Berdasarkan kenyataan di atas dan dengan mengambil kira ciri-ciri


keunikan yang ada pada kesenian songket, berikan hujah-hujah anda agar
seni ini tidak lupus di telan zaman dan terus menarik perhatian semua
golongan masyarakat.
(Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like