You are on page 1of 4

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KELAMBATAN MURID PEMULIHAN

MENGUASAI KEMAHIRAN 3M

Antara faktor-faktor yang menyebabkan kelambatan murid pemulihan


menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) ialah daripada aspek
keluarga. Peranan keluarga merupakan aspek penting kerana keluarga merupakan
insan-insan yang terdekat dengan pelajar dan kebiasaanya menjadi contoh kepada
pelajar. Dalam dimensi masalah pelajar pemulihan lambat menguasai khususnya,
aspek keluarga dilihat sebagai faktor utama yang mampu mempengaruhi
perkembangan terhadap pembelajaran pelajar-pelajar pemulihan ini. Masalah
keluarga seperti pergaduhan atau perceraian antara ibu bapa merupakan antara
penyebab kelambatan penguasaan kemahiran 3M ini. Perceraian ibu bapa
khususnya memberikan kesan yang cukup mendalam sekiranya ibu bapa yang telah
bercerai ini masing-masing gagal dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap
anak mereka khususnya dalam penekanan aspek pendidikan. Kelalaian ini akhirnya
akan mengakibatkan anak-anak mereka tercicir dalam pelajaran dan seterusnya
membantutkan pencapaian anak-anak dalam penguasaan kemahiran 3M. Sikap ibu
bapa yang tidak mengambil berat tentang pendidikan anak-anak dan hanya
menganggap bahawa peranan mendidik hanya perlu dilaksanakan oleh institusi
sekolah sahaja merupakan antara salah satu punca kelambatan penguasaan
kemahiran 3M. Pendidikan awal yang tidak diberi penekanan yang sepenuhnya oleh
ibu bapa juga antara punca murid pemulihan lambat menguasai kemahiran ini.
Penekanan awal berbentuk pembacaan, pendedahan aspek mengira dan
pengamalan menulis terhadap para pelajar pemulihan sejak dari kecil yang tidak
diaplikasikan oleh ibu bapa pastinya akan menyumbang kepada kelambatan
penguasaan 3M. Selain itu, taraf ekonomi yang rendah dalam sesebuah keluarga
juga menyebabkan ada sesetengah pelajar-pelajar pemulihan ini tidak mendapat
peluang yang terbaik dalam pendidikan khususnya untuk mendapat bahan bacaan
tambahan untuk disediakan di rumah. Taraf ekonomi keluarga yang rendah juga
menyebabkan pemakanan yang disediakan terhadap pelajar-pelajar ini kurang
berzat dan tidak mampu untuk menjana perkembangan minda mereka.
Tambahan pula, faktor persekitaran juga antara yang menyumbang kepada
kelambatan penguasaan kemahiran 3M. Persekitaran hidup di sekeliling pelajar
yang tidak kondusif dan membina semangat untuk belajar juga membantutkan
pencapaian pelajar dalam penguasaan 3M. Kehidupan mereka dalam golongan
masyarakat yang tidak mementingkan ilmu pengetahuan menyebabkan mereka
tidak diberi peluang untuk menerokai ilmu dan menjadi terbiasa dengan sikap malas
dalam menuntut ilmu. Kehidupan ini akan menyebabkan pelajar pemulihan ini
mengambil sikap tidak endah juga dalam pendidikan dan seterusnya menyumbang
kepada kelambatan dalam menguasai 3M. Pengaruh rakan-rakan sebaya yang
negatif antaranya budaya melepak, menghabiskan masa dengan permainan secara
online yang tidak memberikan faedah dan sebagainya antara yang membantutkan
perkembangan pelajar ini dalam penguasaan kemahiran 3M. Implikasinya,
persekitaran yang tidak membina ini akan menyebabkan pelajar pemulihan ini tidak
mempunyai minat untuk belajar dan seterusnya gagal dalam perkembangan
penguasaan 3M.

Faktor yang seterusnya ialah aspek sekolah. Sekolah merupakan tempat


kedua selain rumah para pelajar untu belajar. Peranan guru dalam penguasaan
kemahiran 3M sangat berkait rapat dengan kaedah pengajaran yang digunakan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam bilik darjah. Sikap
guru yang kurang memberikan perhatian kepada pelajar kategori pemulihan ini serta
proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak efektif disertai bahan bantu
mengajar yang kurang berkesan dan menarik antara melemahkan penguasaan
mereka dalam aspek kemahiran 3M ini. Kemudahan dan keperluan pembelajaran
yang kurang sempurna juga dilihat punca yang kurang merangsang perkembangan
pelajar dalam bilik darjah. Persekitaran dalam bilik darjah yang tidak ceria dan
kemudahan di dalam bilik darjah yang usang sememangnya akan membantutkan
lagi usaha untuk mempercepatkan penguasaan pelajar dalam kemahiran 3M. Selain
itu, pentadbiran sekolah yang tidak mengambil inisiatif untuk membantu murid
pemulihan ini juga akan menyebabkan proses pembelajaran mereka akan tercicir
dan terjejas dan seterusnya akan memburukkan prestasi sekolah tersebut.
PERBEZAAN ANTARA MURID PEMULIHAN DENGAN MURID KEPERLUAN KHAS
SEPERTI DISLEKSIA, AUTISM DAN HIPERAKTIF

Perbezaan antara murid pemulihan dengan murid bekeperluan khas dapat


dibandingkan dalam aspek kognitif, fizikal, emosi dan sosial. Dalam aspek kognitif,
iaitu yang berkaitan dengan minda atau pemikiran, murid pemulihan mempunyai
daya pemikiran yang lemah iaitu yang berkait rapat dengan penguasaan kemahiran
3M. Murid pemulihan juga lemah dalam menjalankan atau menghasilkan sesuatu
yang dilaksanakan di dalam atau luar bilik darjah. Contohnya, sekiranya guru
pemulihan menjalankan aktiviti menulis cerita pendek yang mudah kepada murid,
mereka lambat untuk menghasilkan penulisan yang diberikan dan lemah untuk
memberi respon dalam aktiviti yang dilakukan. Berbeza pula dengan murid
keperluan khas kategori disleksia, mereka memiliki masalah lambat dalam membaca
dan kebiasaannya mereka sukar untuk mebezakan huruf ‘b’ dan ‘d’, ‘m’ dan ‘n’ serta
‘p’ dan ‘q’. Manakala melalui kajian tulisan mereka pula boleh dikategorikan buruk
kerana kemahiran motor khususnya masih pada tahap yang lemah. Dalam aspek
mengeja perkataan pula, murid disleksia gemar menambah atau mengurangkan
perkataan kerana keupayaan mengeja huruf KVK adalah lemah. Bagi murid autism
pula, mereka berbeza dengan murid pemulihan kerana dari segi kognitif, mereka
tidak dapat berfikir sepenuhnya dan penumpuan mereka juga adalah terlalu terhad
semasa pembelajaran. Bagi murid hiperaktif, mereka mempunyai tahap penumpuan
yang cukup pendek kerana mudah berasa bosan sekiranya kaedah pengajaran tidak
efektif. Dalam pelaksanaan tugasan, mereka sukar menyiapkan tugasan yang
diberikan dan mudah melakukan kesilapan dalam pelaksanaan tugas tersebut
disebabkan sikap mereka yang tidak sabar.

Dari aspek fizikal pula, murid pemulihan dan murid keperluan khas seperti
disleksia, autism dan hiperaktif memiliki ciri atau sifat fizikal yang sama seperti murid
normal. Namun, terdapat sedikit perbezaannya iaitu murid disleksia dan autism
kebiasaannya dilihat kurang bermaya dan mudah murung serta muram dari segi
luarannya. Manakala, bagi murid hiperaktif, mereka secara fizikalnya amat cergas
dalam pergerakan dan ini menyukarkan guru mengawal mereka seperti murid
bekeperluan khas yang lain.
REFLEKSI

MUNIRAH BINTI MUSA

901101-11-5412

Sepanjang melaksanakan proses menyiapkan tugasan kerja kursus


Pentaksiran dalam Pendidikan Pemulihan, saya dan ahli kumpulan telah berusaha
sepenuhnya bagi memastikan tugasan ini dapat disiapkan dan menepati kehendak
soalan yang dikemukakan.

Dalam tempoh yang diberikan kepada saya, saya berjaya memanfaatkan


waktu tersebut bersama-sama ahli kumpulan dengan mencari dan menerokai
pelbagai maklumat dan bahan tambahan yang berkaitan dengan tugasan. Semasa
tempoh pemilihan bahan dan maklumat yang diperoleh, saya dan ahli kumpulan
memilih idea-idea yang bersesuaian untuk dihuraikan dalam tugasan ini.

Semasa melakukan kerja kursus ini khususnya semasa pemerhatian yang


dijalankan ke atas murid pemulihan di sekolah, aspek yang saya sedari
kepentingannya ialah aspek peranan keluarga khasnya dalam memberikan
penekanan dalam pendidikan terhadap anak-anak mereka. Taraf ekonomi keluarga
yang rendah menyebabkan murid-murid pemulihan tersebut tidak mendapat peluang
untuk menuntut dan menerokai ilmu secara meluas terutamanya dalam penerimaan
bahan bacaan dan input berguna yang berkaitan dengan penguasaan kemahiran 3M
kerana ibu bapa mereka tidak mampu menyediakan kemudahan dan keperluan yang
terbaik untuk pembelajaran anak-anak mereka.

Kesimpulannya, kerja kursus ini banyak menimbulkan kesedaran kepada


saya bahawa pentingnya kita, sebagai guru dalam mengambil inisiatif yang progresif
terhadap murid pemulihan ini bagi membantu dan meningkatkan penguasaan
mereka dalam kemahiran 3M secara berterusan selain menjadi agen penghubung
antara keluarga dan masyarakat di sekeliling murid tersebut dalam memberi dan
menyebarkan kesedaran tentang pentingnya pendidikan yang berterusan dalam
kehidupan masyarakat umumnya.

You might also like