You are on page 1of 7

SINOPSIS NOVEL MERDEKA MERDEKA

Novel ini mengisahkan Kudin yang tinggal di Kampung Teras Jernang yang memiliki semangat cinta akan
negara yang tinggi. Beliau berjuang bersama-sama dengan penduduk kampung yang lain untuk menentang
ancaman pihak pengganas komunis. Beliau juga turut menentang penubuhan Malayan Union oleh penjajah
Inggeris.

Kudin menyertai Persatuan Pahlawan Kemerdekaan di kampungnya. Kudin dan rakan-rakannya membina
kubu di kampung mereka untuk mempertahankan diri daripada ancaman komunis. Dalam pada itu, dalam
majlis perhimpunan persatuan-persatuan seluruh Tanah Melayu, Kudin telah dipilih untuk berucap.

Pada masa yang sama, kawan Kudin, Bustam ditangkap oleh pengganas komunis. Kudin berazam untuk
menyelamatkan kawannya itu. Pak Awang pula diugut oleh pihak Inggeris supaya tidak terus bergiat dalam
Persatuan Pahlawan Kemerdekaan. Akhirnya, Pak Awang didapati hilang semasa mencari Bustam.

Perhimpunan yang diadakan di Kuala Lumpur itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Perhimpunan
ini turut disertai oleh beberapa orang tokoh Melayu. Mereka menyampaikan ucapan untuk menaikkan
semangat orang Melayu. datuk Onn berjaya mempengaruhi raja-raja Melayu supaya turut menentang
penubuhan Malayan Union. Sehubungan dengan itu, raja-raja Melayu tidak menghadiri perasmian
penubuhan M

Tema Dalam

Novel ini bertemakan perjuangan bagi menuntut kemerdekaan tanah air.

Contoh:
1. Seluruh rakyat di bawah pimpinan Dato' Onn bersatu membentuk UMNO bagi membebaskan
negara ini daripada belenggu penjajah dan pengganas.
2. Kudin yang merupakan seorang pemuda berusia 15 tahun begitu gigih berjuang demi kedaulatan
kampung dan tanah airnya.
Persoalan

Semangat patriotik
Contoh:
Selain Kudin, rakyat segenap lapisan turut berjuang bagi membebaskan tanah air daripada cengkaman
musuh.

Bersatu dan bermuafakat membuahkan kejayaan


Contoh:
Penduduk Kampung Teras Jernang sama-sama melakukan kawalan di kawasan kampung bagi memastikan
kampung tersebut tidak jatuh ke tangan penjajah.
Selain itu, penduduk kampung turut membina kubu bagi menghalang serangan pihak musuh.

Pemuda harapan bangsa dan negara


Contoh:
Kudin dan rakan-rakannya bersatu tenaga bagi mempertahankan kampung mereka agar kesejahteraannya
terpelihara.

Penjajahan membawa penderitaan


Contoh:
Akibat penjajahan, rakyat hidup terkongkong kerana kebebasan mereka dalam pelbagai perkara disekat.
Selain itu, nyawa mereka terancam dan harta benda turut musnah.

Kecekalan, ketabahan dan keberanian menghadapi cabaran


Contoh:
Semasa zaman penjajahan, pelbagai dugaan dan rintangan silih berganti. Namun begitu, penduduk di
Kampung Teras Jernang tetap cekal, tabah dan berani menghadapi ancaman musuh.

Bertindak mestilah menggunakan kepintaran akal


Contoh:
Pemimpin masyarakat Melayu menggesa setiap rakyat bertindak bijak menggunakan akal dalam
melaksanakan sesuatu tindakan bagi menentang musuh.
PLOT

PERMULAAN
Kudin dan rakan-rakan serta orang-orang Kampung Teras Jernang berjuang untuk mempertahankan
kampung meraka daripada ditawan oleh komunis. Kudin mengetuai pemuda kampung dan sentiasa
bekerjasama dengan penduduk kampung menentang penjajah. Kudin terkejut kerana dipilih mewakili
angkatan pemuda ke Kuala Lumpur untuk menyampaikan ucapan. Kampung Teras Jernang menjadi
sasaran pengganas menyebabkan kehidupan orang kampung tertekan. Penduduk kampung membina kubu
untuk mempertahankan kampung mereka.

PERKEMBANGAN
Kudin menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur mewakili Persatuan Pahlawan Kemerdekaan Gerik. Dia
juga diminta untuk menyampaikan ucapan dalam perhimpunan agung. 

PERUMITAN
Ayah Kudin (Pak Awang) diugut supaya meninggalkan persatuannya itu dan bekerjasama dengan pihak
Inggeris. Namun begitu, dia membuat keputusan untuk berhenti kerja dengan Inggeris. Kisah kehilangan
Bustam di dalam hutan menimbulkan kebimbangan Pak Awang sehngga mendorongnya memasuki hutan
untuk mengesan Bustam. Pak Awang hilang ketika mencari Bustam yang telah dilarikan oleh pengganas
komunis. Akhirnya, Pak Awang telah mati dibunuh oleh pengganas komunis.

KLIMAKS
Kudin berangkat ke Kuala Lumpur walaupun ayahnya masih belum ditemui. Perhimpunan agung yang
berlangsung di Kuala Lumpur mendapat sambutan yang hangat. Perhimpunan yang dihadiri oleh orang-
orang Melayu itu turut disertai oleh pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh Melayu. Penerangan daripada
Dato’ Onn berjaya mempengaruhi Raja-raja Melayu supaya menentang penubuhan Malayan Union dan
bersetuju sebulat suara untuk tidak menghadiri pengisytiharan Malayan Union. Hal ini, menyebabkan
majlis perasmian Malayan Union gagal.

PELERAIAN
Walaupun Malayan Union gagal ditubuhkan, namun Dato’ Onn tetap mengingatkan semua orang bahawa
perjuangan mereka masih belum selesai. Dato’ Onn menyeru orang Melayu agar bersatu untuk meneruskan
perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.
LATAR

Latar Masa
 Kisah dalam novel ini berlaku pada zaman penjajahan Inggeris, iaitu
selepas Perang Dunia Kedua.
 Jangka masa cerita ini berlaku lebih kurang dua bulan sahaja, iaitu
pada awal tahun 1946 hingga 1 April 1946.
 Pada 1 hingga 4 Mac 1946 berlaku perhimpunan raksasa,
Perhimpunan Kongres Kebangsaan.
 1 April 1946 berlaku tunjuk perasaan di kalangan orang Melayu yang
menentang Malayan Union.

Latar Tempat
 -Kampung Teras Jernang – menjadi sasaran pengganas komunis.
Kampung ini didiami oleh penduduk yang bersemangat patriotik.
 Di rumah Pak Awang – didiami oleh Pak Awang, Mak Bibah, dan
Kudin. Rumah ini didatangi oleh Ibrahim, Kassim, dan Osman.
 Di rumah Ketua Kampung – tempat anggota Persatuan Pahlawan
Kemerdekaan mengadakan mesyuarat
 Di tebing sungai – tempat orang kampung mendirikan khemah dan
menggali kubu mempertahankan kampung daripada ancaman
pengganas komunis.
 Bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Padang Kelab Sultan Sulaiman,
Kuala Lumpur merupakan tempat penting yang menghimpunkan
persatuan-persatuan Melayu untuk bermesyuarat dan mengadakan
kongres peringkat kebangsaan.
 Di Hotel Stesen dan kawasan sekitarnya – tempat orang Melayu
mengadakan tunjuk perasaan menentang Malayan Union dan
mencuba memujuk raja-raja untuk memulaukan perasmian Malayan
Union.

Latar Masyarakat
Masyarakat kampung, iaitu Kampung Teras Jernang yang terdiridaripada orang Melayu. Kebanyakannya
adalah pesawah padi,menjual kuih-muih, dan ada juga yang bekerja dengan kerajaanInggeris.
Masyarakat yang hidup bersatu padu dalam menghadapi ancaman
pengganas. Contohnya, golongan pemuda menggali kubu
pertahanan, bergilir-gilir mengawal, dan meronda.
Masyarakat yang berjiwa patriotik yang berjuang untuk
membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah. Contohnya,
Kudin dan Datuk Onn menentang penubuhan Malayan Union
sehingga Malayan Union dibubarkan oleh kerajaan Inggeris.
 Masyarakat yang sanggup berkorban demi tanah air. Contohnya,
Mak Bibah rela menyumbangkan sebahagian hasil jualan kuih-muih
untuk perjuangan Persatuan Pahlawan Kemerdekaan.
 Masyarakat yang gigih berusaha tanpa jemu untuk mencapai cita-
cita. Contohnya, orang Melayu di seluruh negara berusaha
menggagalkan rancangan penubuhan Malayan Union dengan cara
berkabung, mengadakan tunjuk perasaan, dan memujuk raja-raja
Melayu.
 Masyarakat yang berani berjuang menentang pengganas komunis
dan penjajah Inggeris. Contohnya, penduduk Kampung Teras
Jernang berani bertempur dengan pengganas komunis.

GAYA BAHASA
Diksi
1. Aspek
pemilihan kata yang bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan
menjadikan cerita mudah difahami. Contohnya:
• Wajah Pak Awang dan Kudin muladitum buhi rasa gelisah.
• Rasabe r pas ir tekaknya. Diam e lem pa r k a n pandangannya
melalui tingkap yang terbuka. Alamme nghija u di bawah cahaya
matahari petang.

2.Pemilihan
kata istana. Contohnya, beta, baginda, bertitah, berangkat, berdatang
sembah,d an daulat tuanku
Penggunaan Bahasa Asing
1.Bahasa
Inggeris. Contohnya, Malayan People anti Japanese Army, British Military
Administration, Malayan Uniondan United Malays National Organisation.
2.Bahasa
Arab. Contohnya, Insya-Allah, Allahu-akbar, Qul Hua Allah danAl h a mdu l il l a h .

Repitisi
Banyak terdapat pengulangan kata yang digunakan. Contohnya:
• “Tuk Ketua memang nak jumpa denganka u, Kudin. Tapikau tak ada.
Kau lama di khemah tu. Buat kubu.”

Sinkof
• Pengarang menggunakan sinkof atau singkatan kata, bersesuaian dengan
gaya bahasa dialog. Contohnya, dah, kau, tak, tu, nak, tau, dan

NILAI
a.Nilai berani
•Contohnya, Budin dan kawan-kawannya berani mempertahankan Kampung
Teras Jernang daripada ancaman komunis.

b.Nilai ketabahan
•Contohnya, Budin tabah menghadapi berita kematian bapanya.

c.Nilai bertanggungjawab
•Contohnya, Pak Awang dan penduduk Kampung bertanggungjawab mencari
Bustam yang hilang.

PENGAJARAN
a.Kita hendaklah cinta akan tanah air sendiri
•Contohnya, Budin bersama-sama Datuk Onn menentang
penubuhan Malayan Union.

b.Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran


•Kudin bersabar menerima berita kematian bapanya, Pak Awang dan tetap
meneruskan perjuangannya.
c.Kita hendaklah bekerjasama dan tolong-menolong
•Contohnya, penduduk Kampung Teras Jernang bekerjasama membina kubu
dan berkawal bagi menjaga keselamatan kampung

You might also like