You are on page 1of 3

Tip UPSR : Bahasa Melayu Pemahaman

BAGI membantu calon mendapat markah maksimum, beberapa petua diberikan bagi menjawab
soalan kertas ini dengan baik. Seperti yang diketahui, kertas 1 mempunyai dua bahagian iaitu
tatabahasa dan pemahaman. Kedua-dua bahagian ini mempunyai teknik menjawab yang
berbeza.

1.1 Tatabahasa

Pastikan anda sudah menguasai kesemua bahagian tatabahasa. Ini penting kerana kesemua
pilihan jawapan yang diberikan perlu difahami terlebih dahulu sebelum anda menjawab soalan.
Di bawah ini merupakan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh calon sewaktu hendak
menjawab soalan bahagian tatabahasa.

1.1.1 Faham
Calon perlulah memahami kesemua pilihan jawapan yang disediakan. Kesalahan memilih
jawapan berlaku kerana calon tidak memahami pilihan jawapan yang diberikan. Calon hanya
cuba mengagak maksud jawapan berkenaan. Kebiasaannya akan wujud satu atau dua
pengganggu jawapan yang paling dekat dengan jawapan yang tepat. Oleh itu, calon perlu
benar-benar memahami pilihan jawapan yang disediakan. Catatlah secara ringkas maksud
pilihan jawapan berkenaan. Contoh:

A memberi menyampaikan sesuatu


B mengirim menghantar menerusi sesuatu
C membalas menjawab surat
D menerima mendapat sesuatu

1.1.2 Baca

Bacalah ayat yang disediakan. Fahami betul-betul ayat tersebut dan kesesuaiannya dengan
pilihan jawapan. Kadang-kadang ada pilihan jawapan yang seolah-olah boleh dipilih sebagai
jawapan. Pilihan jawapan yang sebeginilah yang biasanya menjadi perangkap utama.
Contoh:
Ayah ._____ sepucuk telegram dari kampung.

1.1.3 Kesan

Anda perlu mengesan klu yang terdapat dalam ayat atau gambar. Bulat atau gariskan klu
berkenaan. Ini penting kerana klu inilah yang akan membantu dan memudahkan anda memilih
jawapan yang tepat.

(Bulatkan perkataan ‘dari’ sebagai klu jawapan yang menunjukkan ayah menerima)

Ayah _____ sepucuk telegram dari kampung.

1.1.4 Pilih

Peringkat ini adalah peringkat paling penting. Pilihlah jawapan yang paling tepat dan mengikut
kehendak soalan. Pengganggu yang diberikan sudah pasti akan mengelirukan adik-adik. Oleh
itu, fahamilah betul-betul kesesuaian ayat dengan pilihan jawapan.
Ayah _____ sepucuk telegram dari kampung.

A memberi menyampaikan sesuatu


B mengirim menghantar menerusi sesuatu <-- Pengganggu yang hampir tepat
C membalas menjawab surat
D menerima mendapat sesuatu <-- Jawapan yang paling tepat

Calon-calon, pastikan:

* 1 soalan hanya ada 1 - 1 1/2 minit sahaja.


* Jangan membuang masa dengan cuba menjawab soalan yang susah.
* Jawab soalan Bahagian Tatabahasa (Soalan 1 hingga Soalan 30) terlebih dahulu.
* Peruntukan masa antara 15 hingga 20 minit untuk Bahagian Tatabahasa.
* Jawab soalan yang lebih mudah dahulu.
* Segera jawab soalan Bahagian Petikan.
* Peruntukan masa 10 minit untuk setiap petikan.
* Baki masa untuk tujuan menyemak semula jawapan.

1.2 Pemahaman

Calon-calon hanya perlu menjawab 10 soalan sahaja dalam bahagian pemahaman. Namun
begitu setiap soalan amat berkait rapat dengan petikan yang disediakan. Untuk menjawab
soalan pemahaman, calon perlulah memperbanyakkan latihan menjawab kerana bahagian ini
memerlukan kemahiran yang tinggi dalam hal memahami petikan. Antara langkah-langkah yang
perlu dilakukan sewaktu hendak menjawab soalan petikan ialah:

1.2.1 Baca dan faham

Calon-calon perlu membaca petikan dan memahaminya terlebih dahulu. Selepas itu, barulah
membaca soalan dan memahami pilihan jawapan yang disediakan. Jangan sesekali menjawab
soalan tanpa membaca petikan terlebih dahulu.

1.2.2 Cari pembayang jawapan

Kebiasaannya klu atau pembayang jawapan berada dalam petikan. Calon perlu menggariskan
klu tersebut. Pastikan klu berkenaan berkait rapat dengan soalan.

…Lawatan tersebut diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid proses
membuat kerepek di kilang.

1.2.3 Penyesuaian

Sesuaikan pembayang yang anda garis dengan pilihan jawapan yang diberikan. Teliti dan
fahami betul-betul sebelum memilih jawapan.

Apakah tujuan utama program lawatan diadakan? (soalan)

… bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid proses membuat kerepek... (pembayang


jawapan)

1.2.4 Memilih
Jika calon sudah jumpa pilihan jawapan yang sesuai dengan pembayang yang digaris, pilihlah
jawapan tersebut mengikut kehendak soalan. Jangan sesekali memilih pilihan jawapan yang
tidak ada pembayangnya dalam petikan.

Berdasarkan catatan di atas, apakah tujuan utama program lawatan diadakan?

A Menyedarkan murid-murid betapa susahnya mencari rezeki.


B Meraikan sambutan dan hari terbuka yang diadakan oleh pihak kilang.
C Menggalakkan murid-murid agar menyertai industri membuat kerepek.
D Menambahkan pengetahuan murid berkenaan proses membuat kerepek.

Langkah-langkah diatas perlu dilakukan dengan penuh teliti. Namun begitu, beberapa
kelemahan perlulah diatasi agar calon-calon tidak melakukan kesilapan. Antara kelemahan-
kelemahan tersebut ialah:

* Tidak membaca arahan untuk setiap soalan.


* Menjawab soalan dengan tergesa-gesa.
* Kurang memberi tumpuan kepada kata kunci pada setiap soalan.
* Membuang masa dengan soalan yang susah.
* Keliru dengan pengganggu yang hampir sama ejaannya atau maknanya.
* Tersalah menanda jawapan yang sepatutnya pada kertas jawapan.
* Menghabiskan masa terlalu lama membaca petikan.
* Tidak memadam jawapan yang salah dengan bersih pada kertas OMR.

Ingat!

Kira jumlah tanda hitam adalah cukup 40. Jika kurang, ini bermakna ada soalan yang belum
berjawab, tetapi jika lebih, mungkin ada soalan yang ditanda dengan dua jawapan. Selamat
menghadapi UPSR. Semoga berjaya!

You might also like