You are on page 1of 3

Hutan di seluruh dunia adalah sebahagian daripada ekosistem global yang menampung serta

memperkayakan kehidupan manusia. Ekosistem hutan mempunyai kitaran yang kompleks yang
melibatkan air, tanah, atmosfera, tumbuhan dan fauna. Hutan yang terdapat di seluruh dunia
dapat diklasifikasikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah hutan hujan tropika, hutan bakau,
hutan pokok tirus, hutan pokok daun luruh dan sebagainya. Di Malaysia, kira-kira 77.2%
daripada luas keseluruhan Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai jenis hutan. Hutan ini
banyak terdapat di Sabah dan Sarawak.

Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan hutan dapat dijumpai di Pahang (37.6%), Kelantan


(15%), Perak (14.4%) dan Terengganu (37.6%). Sebahagian besar daripada hutan di Malaysia
adalah hutan hujan tropika.

Habitat flora dan fauna


Hutan merupakan habitat flora dan fauna.
Terdapat pelbagai jenis hidupan liar dan
burung-burung serta spesis tumbuhan
yang berharga di hutan. Contohnya, hutan
hujan tropika Malaysia mempunyai 14
500 spesis dimana 6 000 spesis
berpotensi menjadi sumber perhutanan.
Hutan juga menjadi habitat kepada 600
spesis burung, 800 spesis tumbuh-
tumbuhanan, 200 spesis binatang liar,
210 spesis mamalia, 150 spesis katak,
140 spesis ular, 80 spesis cicak dan
sejumlah besar spesis serangga serta
hidupan liar.

Pembekal makanan
Hutan juga berfungsi sebagai pembekal makanan kepada haiwan sepanjang tahun. Di hutan
hujan tropika sentiasa terdapat berbagai-bagai jenis bunga, buah, daun dan kacang untuk
dimakan oleh

Pembekal ubat-ubatan
Hutan juga membekalkan herba-herba ubat yang berguna kepada manusia dalam mengatasi
pelbagai penyakit. Hutan bakau memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan herba-
herba ubat. Kulit dari pokok Rhizophora boleh digunakan untuk merawat keretakan tulang,
mengubati ceret-beret dan boleh juga memberhentikan pendarahan. Sementara itu pula, kulit
pokok Tumu / Berus (Bruguiera sp.) biasanya dihancurkan untuk mendemah bahagian luka dan
cecair dari buah pokok Perapat (Sonneratia sp.) juga boleh digunakan pendarahan akibat dari
buasir.

Pembekal bahan mentah


Hutan juga membekalkan pelbagai bahan mentah bagi kegunaan beberapa industri desa.
Contohnya, rotan digunakan dalam industri perabot dan mengkuang pula digunakan untuk
menghasilkan tikar, bakul .Sementara itu, kayu bakau digunakan sebagai arang batu dan tiang
sebagai bahan cerucuk dalam pembinaan. Hasil hutan bakau seperti daun- daun nipah yang
bersaiz besar dan mudah dilentur digunakan dalam penganyaman tikar, atap dan bakul.
Pneumatofor pokok Perapat (Sonnerotia sp.) yang telap air dan lembut digunakan dalam
pembuatan dan hasil ukiran kayu.

Tempat Rekreasi
Hutan juga bertindak sebagai tempat rekreasi. Kebanyakan kawasan hutan kini mula dijadikan
sebagai kawasan-kawasan rekreasi yang terpelihara dan memperolehi keuntungan yang besar. Di
Malaysia, misalnya terdapat beberapa buah taman negara yang menjadi daya tarikan pelancong
dari dalam dan luar negara untuk berinteraksi dengan alam semulajadi.

Sumber penyelidikan
Hutan juga merupakan sumber penyelidikan perubatan farmasi yang amat bernilai.

Sumber Pendapatan
Hutan juga memberi sumber pendapatan kepada negara. melalui aktiviti pembalakan. Kayu-
kayan yang terdapat di hutan adalah amat bernilai dan digunakan dalam beberapa bidang yang
menguntungan.

Di Malaysia, hasil pendapatan dari aktiviti pembalakan telah meningkat dalam jangka masa 10
tahun. Ini dapat dibuktikan oleh jadual berikut :

Tahun Hasil (m3) Pendapatan (RMJuta)


1980 27.9 2500.0
1990 40.0 4200.0
Jadual : Pendapatan dari hasil pembalakan di Malaysia pada tahun 1980 dan 1990.
Mengurangkan pencemaran udara dan mengawal edaran gas
Hutan juga penting sebagai unsur yang boleh mengurangkan pencemaran udara dan mengawal
edaran gas oksigen dan karbon dioksida. Bagi tumbuhan, gas karbon dioksida adalah diperlukan
sebagai alat untuk memproses makanannya. Dalam proses membuat makanan ini tumbuhan hijau
akan menyerap gas karbon dioksida dan melepaskan gas oksigen sebagai hasil sampingan
daripada proses itu. Dengan adanya tumbuhan hijau maka keseimbangan kedua-kedua gas dalam
udara akan dapat dikekalkan.

Mengawal banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh


Hutan juga penting sebagai unsur yang boleh mengawal banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh.
Daun-daun pokok akan mengurangkan kesan titisan air ke permukaan tanah dan akan
mengurangkan kesan hakisan tanah. Akar-akar pokok di dalam hutan yang terdapat di tanah-
tanah tinggi tersebut juga akan mengikat dan menahan sebahagian daripada air hujan itu daripada
mengalir deras turun ke tanah rendah dan ini boleh menghalang daripada tanah runtuh.

Memerangkap nutrien, sedimen dan bahan-bahan toksik


Hutan juga berfungsi dalam memerangkap nutrien, sedimen dan bahan-bahan toksik. Bahan-
bahan organik yang kompleks sama ada dalam bentuk daun atau kayu menjadi sumber makanan
penting bagi serangga dan haiwan-haiwan yang hidup di hutan bakau. Pokok bakau juga boleh
memerangkap sedimen dan bahan-bahan toksik. Disamping itu juga bahan-bahan toksik seperti
racun perosak dan sisa buangan domestik serta perindustrian yang kebanyakannya terlekat
kepada sedimen yang mendap, turut terperangkap.

Pengawal iklim
Hutan juga bertindak sebagai pengawal iklim. Ketebalan hutan yang terdapat di sesuatu kawasan
mempengaruhi ciri-ciri iklim kawasan berkenaan. Kawasan tropika misalnya mempunyai hutan
tebal serta terdiri daripada beberapa lapisan yang berlainan kepentingannya. Lapisan yang
berlainan ini dapat mengawal jumlah kehilangan air dari permukaan hutan melalui proses sejatan
seterusnya menstabilkan kelembapan.

You might also like