Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah Ii

You might also like

You are on page 1of 17

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN IDRIS SHAH II, GERIK PERAK.

BENTUK MUKA BUMI DI KAMPUNG KENAYAT DIBANDINGKAN DENGAN


THAILAND

NAMA : NURAMIRAH BT AZID

NO. I/C :941224-10-5528

NAMA GURU :ENCIK ABD AZIZ B ARSHAD

Tajuk: Bentuk muka bumi dan potesinya di


Kampung Kenayat dibandingkan dengan
Thailand.

BI L. ISI KANDUNGAN

01 Penghargaan
02 Pendahuluan
03 Objektif Kajian
04 Kawasan Kajian
05 Kaedah Kajian
06 Dapatan Kajian
07 Rumusan
08 Lampiran
09 Rujukan
PENGHARGAAN

Saya dapat melaksanakan kajian saya dengan sempurna kerana bantuan dan
kerjasama daripada beberapa pihak.Terlebih dahulu saya ingin merakamkan
ucapan
penghargaan kepada pengetua sekolah, Puan Hajjah Hasmah Bt Hashim yang telah
memberikan kebenaran untuk saya menjalankan kajian ini. Saya juga
mengucapkan
terima kasih kepada guru geografi saya, Encik Abdul Aziz B Arshad kerana telah
sudi
memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan Kerja Kursus Geografi.

Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberikan

dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat. Ucapan terima kasih juga saya

tujukan kepada semua rakan-rakan saya yang telah memberikan tunjuk ajar,
cadangan
dan bantuan kepada saya yang telah dikongsikan bersama. Selain itu, saya juga
ingin
mengucapakan ribuan terima kasih kepada pihak responden yang telah sedikit
sebanyak
memberi maklumat di kawasan kajian saya.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini.

PENDAHULUAN

Saya Nuramirah Bt Azid. Saya murid Tingkatan 3RKGS Sekolah Menengah


Kebangsaan
Sultan Idris Shah2, Gerik. Guru geografi saya iaitu Encik Aziz B Arshad telah
member
masa selama tiga bulan untuk menyiapkan kajian ini. Tajuk kajian saya ialah
potensi pelbagai bentuk muka bumi terhadap aktiviti penduduk Kampung Gerik
dan perbandingannya denganThailand. Saya telah mengambil masa selama 1
minggu untuk menyiapkan folio ini. Melalui kajian ini, saya dapat mengenal pasti
pelbagai bentuk muka bumi di bandar ini. Selain itu, saya juga dapat mengetahui
sumbangan dan potensi pelbagai bentuk muka bumi di Kampung Gerik terhadap
aktiviti penduduk tempatan. Saya juga dapat membezakan keistimewaan dan
kelebihan Kampung Gerik dengan negeri negara jiran iaitu Thailand.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya mengkaji Bentuk Muka Bumi Kampung Binjai Rendah di bandingkan dengan
Thailand.

Antara objektif kajian saya:

1. Mengkaji bentuk muka bumi dan cirinya


2. Mengenalpasti potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manuasia
3. Mengenalpasti halangan bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia
4. menerangkan kesan-kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
5. Menerangkan langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam
sekitar.
6. Bersyukur penduduk dapat menjalankan pelbagai pekerjaan di kawasan kajian
saya.

KAWASAN KAJIAN

Dalam kajian ini saya telah memilih Kampung Kenayat yang terletak
di sepanjang jalan Gerik ke Ipoh. Kawasan ini terletak di daerah Gerik iaitu daerah

yang masih mengekalkan konsep kehijauan. Ia bertujuan untuk memelihara


spesis flora dana fauna dari kepupusan. Kawasan yang saya kaji merangkumi
kawasan
perumahan dan sekelilingnya. Hal ini memudahkan kajian saya berjalan dengan
lancar. Kawasan ini menempatkan pelbagai kemudahan untuk kemudahan para
penduduk kampung. Keamanan dan keselesaan Kampung Kenayat menyebabkan
ramai
orang memilih untuk mendiami kawasan ini. Kemudahan asas seperti bekalan
elektrik, air
dan kedai-kedai turut memainkan peranan dalam usaha memajukan kawasan
kampung. Jarak kampung ini kebandar yang terdekat ialah kira-kira 8 km dan
mengambil
masa selama 20 minit.

Kaedah kajian

Kaedah kajian yang telah saya gunakan ialah :

• Kaedah Pemerhatian
= Saya memerhati bentuk muka bumi dan faktor-faktor penarik
ataupun penolak yang mempengaruhi aktiviti penduduk Kampung Kenayat dan
perbandingannya dengan Thailand.

• Kaedah Rujukan
= Saya telah menggunakan kemudahan teknologi masa kini iaitu internet untuk
mengumpul maklumat tentang Thailand sebagai negara perbandingan dalam kajian
saya.

•Kaedah temu bual


=Saya telah menemubual beberapa penduduk kampong untuk mendapatkan data-
data
yang lebih formatif agar dapat menyiapkan kerja kersusu in dengan
lebih baik dan mantap.

Dapatan kajian
8.1 Bentuk muka bumi dan ciri-cirinya Kampung kenayat

Kawasan tanah tinggi :

Tanah tinggi atau kawasan berbukit merupakan salah satu bentuk muka bumi yang
terdapat di
Kampung Kenayat. Kawasan tanah tinggi yang terdapat di kawasan ini membentuk
panaroma yang indah. Pelbagai aktivti dilakukan oleh penduduk kampung.
Antaranya,
berburu hasil hutan atau mencari kayu-kayan dan pelbagai tanaman herba untuk
kesihatan.
Peratusan hidupan liar di kawasan ini juga rendah disebabkan oleh kemajuan yang
semakin
membangun oleh penduduk. Kawasan tanah tinggi ini juga merupakan kawasan
tadahan air
hujan dan jenis tanah yang ada di kawasan ini adalah tanah jenis laterit manakala
batuan
yang terdapat disini pula ialah batuan jenis Igneus, Granit, Batu kelikir dan lain-
lain lagi.
Disini juga terdapat cerun bukit yang landar.

Tanah pamah:

Tanah pamah yang rendah dan rata adalah sangat sesuai untuk petempatan,
pertanian dan
perindustrian. Atau juga dikenali sebagai dataran ini merupakan kawasan tanah
rendah dan
beralun tetapi jarang melebihi beberapa ratus kilometer dari aras laut. Penduduk
kampung sering melakukan pelbagai aktivti seperti bertani.

perbandingan dengan BMB Thailand

Kawasan tanah tinggi :

Di Thailand, kawasan tanah tinggi terdapat di punca sungai Menam Chao Praya.
Malah di
kawasan Phu Singh, Kalasin Province, Phu Phrabard, Udon Thani Province,
Phu Kao-Phu Phan Kham, Khon Kaen Province, dan di wilayah Loei juga merupakan

Kawasan tanah tinggi yang sering mengalami musim hujan dan winter. Ianya
berbukit-bukau
dan terletakdi kawasan yang subur.

Tanah pamah:

Di Thailand, kawasan tanah pamah terdapat di sekitar Bangkok. Bangkok telah


maju sebagai
pusat bandar yang progresif dan ianya salah satu bandar terbesar di Thailand. Ia
juga salah
satu pusat pelancongan yang terpenting dan kemajuannya mampu menandingi
Negara
Singapura dan Hong Kong. Ianya juga dimajukan untuk menampung bilangan
penduduk
yang semakin bertambah.

Saliran :

Sungai Chao Phraya dan Sungai Tha Chin terletak sebelah menyebelah, mengalir ke

Teluk Thailand. Kawasan ini banyak pulau-pulau akibat pembentukan terusan


(khlong).
Mendapan tanah liat aluvium dari hulu menyebabkan tanahnya subur untuk
ditanam dengan padi sawah. Padi sawah yang dikeluarkan oleh petani Thailand
terkenal bermutu tinggi, sedap, bera , bersaiz panjang dan wangi. Oleh itu
Thailand mampu mengeksport padi ke seluruh dunia
terutama ke Malaysia dan Singapura.

Nilai dan Unsur Patriotisme

Nilai yang terdapat pada kajian ini ialah Cinta akan Negara. Kita seharusnya
bersyukur kerana telah menjadi warganegara Malaysia kerana kita mempunyai
bentuk muka bumi yang seimbang.

8.2 Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia


dan pembangunan kawasan kajian.

Kampung kenayat

Kawasan tanah tinggi:


Kawasan tanah tinggi di kampung kenayat banyak memberi faedah kepada
penduduk.
Mereka boleh mengusahakan pelbagai kegiatan seperti pertanian. Pokok durian
adalah antara
pokok yang ditanam secara meluas oleh penduduk. Disini, sumber-sumber seperti
sumber
makanan, air dan tempat perlindungan bagi kehidupan fauna masih dipelihara.

Kawasan tanah pamah:


Kawasan tanah pamah di kampung ini dijadikan petempatan utama penduduk. Ini
kerana
tanahnya yang rata membuatkan kos untuk membina tempat tinggal adalah
rendah. Kira-kira
60 buah rumah terdapat di kampung ini. Jenis-jenis kebanyakan rumah ini adalah
kos rendah
dan rumah kayu mampu dibina untuk didiami. Bekalan elektrik juga disalurkan
untuk
kemudahan penduduk menjalani kehidupan seharian untuk mengelakkan dari
kesukaran pada
waktu malam memandangkan kampung ini terletak sepanjang jalan Gerik ke Ipoh.
Kemudahan yang lain seperti perkhidmatam awan juga diadakan. Ianya
memudahkan para
penduduk berulang-alik ke sekolah ataupun pusat Bandar. Sekolah menengah yang
berhampiran seperti MRSM Bukit Nasah dibina membuktikan kemajuan dalam
pendidikan.
Kawasan tanah pamah sesuai dijadikan kawasan pertanian. Tanam-tanaman yang
sesuai
ditanam ialah sayuran seperti sawi, ubi, kacang panjang dan lain-lain lagi.
Kawasan tanah
pamah juga sesuai dijadikan tempat pembinaan jalan raya dan kemudahan-
kemudahan sosial.
Kemudahan social yang disediakan ialah seperti tempat perhentian bas dan satu
lagi yang
dibina oleh kerajaan ialah Dewan Orang Ramai Kampung Kenayat. Kawasan tanah
pamah
juga dibangunkan untuk membina sebuah masjid iaitu Masjid Al-Hamidiah
Kampung
Kenayat. Dengan masjid ini penduduk lebih senang untuk mengerjakan solat
berjemaah dan
solat jumaat tanpa bersusah untuk ke masjid yang lebih jauh.

Thailand

Kawasan tanah tinggi:

Di Thailand, kawasan tanah tingginya berpotensi untuk memajukan sebagai pusat


pelancongan. Kawasannya yang sejuk dan selalu hujan membuatkan ianya satu
tempat
pelancongan yang terkemuka seperti di gunung Phu Singh Kalasin Province,
Phu Phrabard Udon Thani Province, dan di Phu Kao-Phu Phan Kham Khon Kaen
Province.
Pemandangan yang indah juga menarik para pelancong untuk datang. Bagi
pelancong yang
menyukai aktiviti lasak selalu datang ke sini untuk mengembara. Majoriti
pergunungan disini
terdiri daripada gunung batu granit dan batu kapur yang terbentuk stalaktik dan
stalagmit
didalam nya. Malah para penkaji juga datang kesini. Ini keran, iainya kaya dengan
tempat yang
bersejarah seperti di Gunung Phu Phrabard. Ianya berkaitan batu-batu yang
terdapat disana. Ini kerana, batu-batu tersebut berada dalam kedudukan yang
agak menarik. Mengikut fakta sejarah, terdapat banyak kisah dongeng yang masih
belum dipastikan kesahihannya. Kawasan tanah tinggi ini juga diwartakan untuk
menjadi tempat perlindungan flora dan fauna.

Tanah pamah:

Potensi tanah pamah di Thailand amat membangun. Di Bangkok saja terdapat


banyak tempat
untuk destinasi pelancongan.
HOTEL: Bel Aire Princess
Dazzling temples: Wat Arun

Wat Mahathat
Bangkok market: Patpong Night Market
Shopping malls: Siam Paragon

Gaysorn
Amarin Plaza
Pusat hiburan: Bangkok Say Nightlife

Go go Bars

Tanah pamah di Bangkok merupakan pusat Bandar Thailand. Disana terdapat


Baiyoke Towerll
iaitu bangunan yang tertinggi di Thailand. Malah terdapat juga di sesetengah
kawasan
mengamalkan pertanian. Kemajuannya dalam sektor pertanian membuatkan
Negara Malaysia
sendiri mempelajari keadah-kaedahnya dari Thailand. Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed telah melawat Negara Thailand dan
mendapati rakyat Negara kita perlu mencontohi dari segi kesungguhan, ketekunan
dan kegigihan rakyat Thailand.

Pertanian::::

* Rakyat Thailand mengamalkan konsep pertanian berskala besar yang


menyumbang kepada faktor kejayaan mereka untuk muncul sebagai pesaing di
peringkat antarabangsa.
memajukan sektor pertaniannya sehingga menjadi antara negara pengeluar hasil
pertanian utama Dunia.

* Ladang Tenusu ChokChai. Ia bukan sekadar sebuah ladang, malah diiktiraf


institusi perladangan
tenusu persendirian yang amat berjaya dan satu daripada ladang tenusu yang
paling canggih di Asia Tenggara. Dengan keluasan kira-kira 3,200 hektar dan
terletak 155 km dari Bangkok, ia memberi pengunjung satu pengalaman berada
dalam kehidupan di alam semula jadi. Ia sebuah ladang yang lengkap, mempunyai
tanamam rumput dan jagung sendiri untuk ternakannya, malah mempunyai
simpanan rumput ternakan. agro-pelancongan yang menjalankan aktiviti pertanian
seperti ternakan lembu tenusu dan lembu daging untuk kegunaan tempatan.
Kawasan ini juga dibuka kepada orang ramai bagi tujuan pembelajaran. Dengan
tenusu sebagai asas kegiatan perniagaan, ladang ini telah memperluaskan bidang
kegiatannya seperti pelancongan, hospitaliti, peruncitan, dan khidmat
perundingan. Ia mempunyai jabatan penyelidikan dan pengembangannya sendiri
untuk mempertingkatkan hasil pengeluaran dari ladang dan binatang ternakannya.
Ladang tenusu Chokchai adalah ladang pertama di Thailand yang mengeksport
ternakan tenusunya ke Malaysia, Laos dan Vietnam.

*PASAR BORONG PERTANIAN


Begitu juga dengan Talaad Thai, pasar borong pertanian bersepadu utama di
Thailand yang beroperasi 24 jam. Didirikan pada 1995 dan diuruskan oleh Thai
Agro Exchange Co. Ltd, ia adalah pusat pengedaran bagi produk pertanian
tempatan dan luar negara.
Terletak di kawasan seluas 80 hektar, pasar ini boleh memuatkan 15,000 metrik
tan hasil pertanian sehari dan mempunyai ruang untuk buah-buahan, sayur-
sayuran, daging dan hasil laut, tanaman, bunga dan makanan kering. Pasar ini
menempatkan segala produk pertanian, ternakan dan perikanan yang dihasilkan
petani dari seluruh Thailand, malah juga produk pertanian dari luar negara, untuk
proses jual-beli yang sistematik. Pasar ini merupakan sebuah pusat perdagangan
produk pertanian termoden dan terbesar di Thailand dan Asia.

*PROJEK DIRAJA CHITRALADA

Manakala projek pertanian Chitralada adalah unik kerana ia dipercayai menjadi


projek yang pertama seumpamanya di dunia diilhamkan oleh keluarga diraja.
Projek ini mengambil tempat di Chitralada Palace, yang menjadi kediaman Raja
Bhumibol Adulyadej sejak 1961, telah menjalankan pelbagai aktiviti sebagai kajian
untuk peningkatan mutu dan hasil pertanian sesuai untuk diamalkan oleh petani.
Projek ini hasil keprihatinan istana untuk mengatasi masalah pertanian yang
menjadi tulang belakang ekonomi rakyat negara itu. Maka tidak hairanlah jika
Istana Chitralada ini merupakan satu satunya istana raja di dunia yang dikelilingi
oleh bendang, ladang tenusu, kolam ikan dan puluhan kilang, termasuk bagi
pembuatan lilin, minuman dari buah-buahan dan sayur-sayuran, roti, kertas dan
buah-buahan dalam tin. Apa yang istimewa mengenai projek ini ialah setiap
kegiatan yang dijalankan mendapat perhatian daripada Raja Bhumibol secara
peribadi. Sesuatu yang menarik mengenai projek diraja ini ialah tidak ada sisa
terbuang yang dihasilkan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Misalnya, jika padi
diproses menjadi beras, sekamnya pula tidak dibuang begitu saja dan dijadikan
bahan bakar. Malah kreativiti mereka nyata terserlah apabila minyak masak
terpakai juga dihasilkan menjadi sabun dan lilin. Sememangnya, masih banyak
yang perlu dilakukan Malaysia jika ingin menjadi satu daripada pemain utama
dalam sektor pertanian, apatah lagi untuk menjadi pengeluar bahan makanan
utama dunia. Namun, sebagaimana yang telah dibuktikan Thailand, sesukar
manapun ia, dengan komitmen dan kesungguhan, tidak mustahil Malaysia mampu
mencontohinya. Ia hanya memerlukan komitmen dan ketabahan untuk berjaya.

Perindustrian ::::

Tanah pamah di Thailand juga berpotensi untuk dimajukan dalam sector


perindustrian. Contohnya: Kilang yang beroperasi dibawah nama Cratco Ltd yang
terletak di Rayong kira-kira 100 miles diluar Bangkok dan mempunyai pelanggan di
seluruh dunia. Ia salah sebuah kilang yang terkenal dan kemajuannya
menempatkan diantara pasaran dunia. Ia menjual pelbagai produk seperti kopi
grinder, coffee grinder, coffee & tea grinder, hot powdered beverages, cold drink
dispenser dan frozen beverages. Malah di Bangpakong yang juga terletak luar
Bangkok adalah salah satu kilang terkenal dengan konsepnya. Konsepnya yang unik
iaitu untuk menguruskan alam sekitar di Thailand.

Saliran:

Sungai Chao Phraya atau "Menam Chao Phraya" adalah sungai terpanjang dan
terpenting di
negara Thailand. Panjangnya 372 kilometer mengalir dari utara Thailand menuju
ke
Teluk Thailand (Teluk Siam) di selatan. Sungai ini membentuk Lembah Chao
Phraya atau 'Basin Chao Phraya'. Bangkok pesat membangun seperti sekarang
kerana adanya sungai ini.
Pegairan dan kegunaan domestik:Tebing sungai menjadi daya tarikan untuk
penduduk bersawah padi dan sungai menjadi jalan pengangkutan yang baik dan
murah. Para penduduk amat bergantung kepada sungai ini.

Eko-pelancongan::::::
Terdapat pelbagai daya tarikan di sepanjang sungai ini. Pasar terapung di sungai
ini menjadi
daya tarikan pelancong. Kota purba Ayuthayya terletak di tepian sungai. Air
pasang, limpahan
air hujan dan kawasan air sawah padi dilakukan oleh pintu terusan.

Nilai dan patriotisme

Kita seharusnya melakukan pelbagai perubahan untuk memajukan pelbagai sektor


di Negara kita tanpa menggugat keseimbangan alam sekitar untuk menunjukkan
cinta terhadap Negara. Malah kita perlulah bersatu bersama untuk menerapkan
nilai dan akhlak mulia dalam setiap rakyat. Kita juga perlu mengambil iktibar dan
contoh dari Negara lain tanapa mengubah budaya kita.

8.3 Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia

Kampung Kenayat

Tanah tinggi:

Tanah tinggi di kampung ini menyukarkan para penduduk untuk melakukan


pelbagai kegiatan.
Namun terdapat juga kegiatan yang dijalankan. Antaranya ialah dalam sektor
perindustrian.
Terdapat segelintir penduduk yang menanam pelbagai jenis tanaman seperti pokok
durian,
Manggis dan cempedak. Kedudukannya yang agak terpencil menyukarkan penduduk
untuk
berhubung. Malah tanah tingginya juga agak curam. Disini masih terdapat binatang
buas seperti
babi hutan. Oleh yang sedemikian, penduduk jarang terdapat disini.

Thailand

Tanah tinggi:

Di Thailand, tanah tingginya agak curam. Malah, untuk membina petempatan disini
agak sukar
kerana memerlukan kos yang agak tinggi dan kedudukannya yang agak terpencil
dari kawasan
Bandar. Kadar untuk berkomunikasi amatlah rendah dan selalunya ia dilawati oleh
para
pelancong yang inginkan aktiviti mencabar.

Nilai dan unsur patriotisme

Nilai yang terdapat pada kajian ini ialah Bersyukur Terhadap Apa Yang Ada.
Kita seharusnya bersyukur terhadap bentuk muka bumi yang telah dikurniakan
tuhan
walaupun ia menghalang kita melakukan kegiatan harian kerana ada hikmah
disebaliknya.

8.4 kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar

Kampung kenayat

Pencemaran air:::::

Pencemaran berlaku akibat daripada kegiatan pertanian. Pencemaran air berlaku


apabila petani
menggunakan baja dan racun serangga untuk meningkatkan hasil pertanian
mereka. Apabila
hujan, baja dan racun serangga ini dibawa oleh air hujan ke sungai tali air yang
berhampiran. Akibatnya, hidupan di sungai akan terjejas.

Perubahan pandang darat fizikal/ landskap:::::

Kegiatan ekonomi juga akan mengubah landskap sesuatu kawasan. Kampung


Kenayat yang
dulunya hanya mempunyai tanah yang luas dan tidak digunakan, kini telah menjadi
kawasan
tanaman pokok getah.

Thailand
Pencemaran air:::::

Kesan yang sama juga dialami di Negara Thailand iaitu di Nakhon dan
Songkhala.Lanskap
kawasan tersebut berubah, pencemaran sungai berlaku dan kesuburan tanih
terjejas.

Peningkatan suhu:::::

Peningkatan suhu di Thailand paling tinggi adalah di Bangkok. Kenaikannya amat


mendadak
sekali dari tahun ke tahun.

Nilai dan Unsur Patriotisme

Nilai yang terdapat pada kajian ini ialah cinta akan alam sekitar. Kita
sepatutnya menjaga alam sekitar di negara yang maju ini supaya maruah bangsa
terjaga dan
dipandang tinggi oleh negara lain

8.5 langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia


terhadap alam sekitar.

Kampung kenayat

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Kerajaan Malaysia telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi


alam
sekitar. Undang-undang bertujuan mengawal semua pihak supaya tidak melakukan
perkaraperkara yang dapat menyebabkan pencemaran. Antara akta yang penting
ialah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang merupakan perundangan yang
menyeluruh tentang alam sekitar termasuk pertanian di Kampung Kenayat.

KEMPEN
Penduduk Kampung Kenayat diingatkan tentang kepentingan menjaga alam sekitar
melalui kempen. Mereka digalakkan supaya lebih berwaspada tentang kesan-kesan
amalan mereka terhadap alam sekitar.

PENDIDIKAN

Pendidikan alam sekitar penting bagi mewujudkan kesedaran kepada penduduk


Kampung
Kenayat tentang memelihara alam sekitar, kesedaran ini diwujudkan melalui
pendidikan
diperingkat sekolah rendah (Kajian Tempatan) dan sekolah menengah (Geografi
dan Sains)

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (P&P)

Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) ialah aktiviti menghasilkan teknologi yang


baru atau lebih baik. Melalui P&P pelbagai kaedah pengeluaran dicipta yang tidak
mencemarkan alam sekitar. Teknik ini dikenali sebagai teknologi mesra alam.
Kampung Kenayat juga menggunakan
teknik untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.

Thailand

Antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan kesan


kegiatan manusia terhadap alam sekitar ialah dengan cara tidak menggunakan bom
untuk
menjadikan tanah tinggi ke tanah rata malah menggunakan cara tradisional untuk
melakukan kerjakerja tersebut kerana ia lebih selamat dan tidak mencemarkan
alam sekitar. Mengadakan kempen 'Cinta Akan Sungai’ turut memainkan peranan
yang penting dalam mengurangkan pencemaran sungai di negara tersebut.

NILAI DAN UNSUR PATRIOTISME

Nilai yang terdapat pada kajian ini ialah rasa prihatin terhadap alam sekitar.
Kita sepatutnya mengambil tindakan terhadap pencemaran alam sekitar yang
berlaku di
sekeliling kita.
Bahan grafik

JADUAL DATA KAJIAN


( rujuk kepada repoden)

BILANGAN PEKERJAAN DI Kg. KENAYAT


( buat dalam bentuk carta pai atau graf bar)

BIL. JENIS PEKERJAAN JUMLAH


Peladang 10
Pekedai 8
Buruh 8
Penoreh 7
Lain-lain 5
Jumlah 38

Rumusan

Melalui kajian Geografi yang telah saya buat, rumusan yang dapat dibina ialah
apakah jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Kita mestilah mengetahui
jenis-jenis kegiatan ekonomi di tempat kita. Ini dapat memupuk sifat menghayati
dan merasai kepentingan kegiatan ekonomi yang dijalankan terhadap
pembangunan negara. Kita juga dapat mengetahui apakah sumbangan kegiatan
ekonomi di tempat kita terhadap negara kita yang tercinta. Dengan ini, unsur
patriotisme seperti cinta akan tanah air dan berbangga dengan sumbangan
kegiatan ekonomi setempat terhadap pembangunan negara dapat dicapai.
Pelbagai kesan yang didapati daripada kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.
Contoh kesannya ialah seperti pencemaran air dan udara. Dengan melihat kesan
kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar, sifat bertanggungjawab dapat dilihat
apabila penduduk bersama-sama mengurangkan kesan-kesan tersebut.

Akhir sekali, kita akan dapat mengenalpasti apakah langkah-langkah yang telah
diambil
untuk mengurangkan kesan-kesan kegiatan ekonomi tersebut. Apabila penduduk
melihat
langkah-langkah yang telah diambil, mereka akan turut mengikuti langkah-langkah
tersebut. Unsur patriotisme seperti bertindak wajar dan timbul rasa cinta akan
tanah air dapat dilihat apabila penduduk mengikuti langkah-langkah tersebut. Saya
berasa bangga dengan kegiatan ekonomi di tempat saya yang semakin
berkembang. Ini memberikan saya keyakinan untuk membuat kerja kursus ini di
Kampung Kenayat Saya berharap agar kawasan yang duduki ini semakin
berkembang dengan lebih pesat.

Lampiran
(segala bahan yang diberi)

Rujukan

1. buku teks
2. laman web
3. responden yang ditemuramah

You might also like