You are on page 1of 2

ERA

PERUBAHAN
Lembaga Peperiksaan Malaysia sememangnya terlibat secara langsung dalam apa saja reformasi
pendidikan negara. Ini membawa kepada perubahan konsep, pendekatan dan kaedah pengujian dan
pengukuran yang serasi dengan program KBSR dan KBSM, sehingga kepada pelaporan keputusan
peperiksaan. 

Secara ringkasnya, tahun-tahun kebelakangan ini memperlihatkan beberapa perkara baru yang
diterokai dalam bidang pengujian dan pengukuran negara. Antaranya ialah:

 Pernilaian Berdasarkan Elemen (PBE) - Gagasan bersepadu dalam KBSR dan KBSM
menuntut kepada peralihan paradigma terhadap sesuatu mata pelajaran. Oleh itu, Penilaian
Berasaskan Mata Pelajaran yang digunakan selama ini nyata mempunyai batasannya. Dalam
PBE, elemen yang merupakan konstruk yang di aspirasikan harus dikenal pasti terlebih
dahulu, kemudian alat penilaian yang digubal tertumpu kepada elemen itu.
 
 Mengukur Hasil dan Proses - Falsafah Pendidikan Negara menagih supaya para pelajar
juga dibekali dengan kemahiran di samping ilmu. Justeru, penilaian ke atas proses juga perlu
diberi penekanan dalam sistem peperiksaan.
 
 Pengukuran Berasaskan Kriteria (PBK)- Kurikulum dan sukatan pelajaran selazimnya
terpengaruh dengan matlamat tingkahlaku (behavioural objective). Kaedah pengukuran
yang berasaskan markah semata-mata tidak dapat memberi isyarat sama ada sesuatu objektif
itu tercapai atau tidak. Untuk itu PBK diperkenalkan.
 
 Dimensi Baru dalam Pengukuran Dalaman - Peraturan dan panduan penilaian kerja kursus
yang merupakan pakej Lembaga Peperiksaan dan dilaksanakan oleh guru kini telah diberi
dimensi baru. Para guru sedang dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran untuk
membolehkan mereka menjana maklumat dalam elemen yang dikenal pasti supaya serasi
dengan pengajaran dan pembelajaran.
 
 Pelaporan Positif - Gagal merupakan dilema yang paling digeruni oleh kebanyakan klien
sesuatu institusi peperiksaan (termasuk, ibubapa/penjaga pelajar). Oleh itu, pelaporan positif
diperkenalkan, yang tidak langsung mencatatkan pelajar yang beroleh prestasi rendah
sebagai gagal.
 
 Pelaporan Berasingan - Penilaian kerja kursus bertujuan untuk menilai aspek konstruk yang
perlu disuburkan dalam diri pelajar yang tidak boleh dinilai oleh alat pengukuran yang biasa
digunakan dalam peperiksaan. Mencampurkan prestasi kerja kursus dengan prestasi
peperiksaan tamatan (terminal exam) seseorang pelajar dan melaporkan bersama dalam
bentuk gred mengakibatkan maklumat konstruk yang berharga itu terselindung dan ini
merugikan. Untuk itu, pelaporan berasingan diketengahkan. 

Kesemua perubahan ini dianggap sebagai satu fundamental shift yang perlu dilakukan dalam usaha
untuk mencipta sistem pendidikan negara yang berkualiti dan bertaraf dunia. Dengan itu, lahirlah
perkembangan baru dalam sistem peperiksaan negara.
Last Updated ( Friday, 08 August 2008 )
http://apps2.moe.gov.my/lpm/index.php?option=com_content&task=view&id=120&Itemid=262

ARKIB : 23/06/2010

Sistem pentaksiran sekolah ganti peperiksaan awam


23/06/2010 6:25pm

KUALA LUMPUR 23 Jun - Sistem pentaksiran berasaskan sekolah mungkin akan digunakan
untuk menggantikan sistem peperiksaan awam di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, menerusi sistem itu, Lembaga Peperiksaan
akan menentukan bentuk soalan yang boleh dinilai oleh guru dan kemudian akan diukur
pencapaiannya.

"Kita gantikan sistem peperiksaan awam kepada satu sistem pentaksiran berasaskan sekolah,
ini belum dimaklumkan tetapi sudah dikaji dan didapati mungkin sesuai kerana ia diamalkan
di banyak negara.

"Mungkin ia tidak banyak beza berbanding negara lain, pokoknya ia tidak menjejaskan soal
pembelajaran iaitu cara guru mengajar dan murid belajar adalah sama.

“Bagaimana kita hendak nilai sama ada peperiksaan awam atau sistem penilaian," katanya
ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi
kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga tidak tergesa-gesa dalam melaksanakan sesuatu dasar seperti
cadangan kemungkinan supaya peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm

You might also like