You are on page 1of 9

KENYATAAN ULAMA'-ULAMA' NUSANTARA MENGENAI ALLAH TIDAK

BERTEMPAT
oleh Al-Asyairah Al-Syafii pada pada 05hb Februari 2011 pukul 11.58 ptg
dipetik dari: http://www.facebook.com/?ref=home#!/notes/al-asyairah-al-syafii/kenyataan-ulama-ulama-
nusantara-mengenai-allah-tidak-bertempat/191488760878666

Siri hujjah membungkam mereka yang menyatakan bahawasanya Allah Ta’ala duduk di atas
Arasy, Wahabbi Mujassimah Musyabbihah dan yang seangkatan dengannya.....

ULAMA` NUSANTARA[1]

1. Al-Shaykh Daud ibn Abdullah al-Fatani berkata dalam kitabnya al-Durrur al-Thamin[2]:

“Maka wajib atas mukallaf menafikan daripada Allah Tuhan sekalian alam daripada serupai
akan Dia dengan segala yang baharu seperti jirim dan `arad dan yang melazimkan bagi jirim
dan `arad (dan) lazim bagi jirim itu empat perkara iaitu baharu dan bersusun dan mengambil
lapang (ruang atau tempat) dan qabul bagi `arad seperti maqadir (ukuran dan sukatan) dan
jihah (arah) dan zaman dan hampir dan jauh dan kecil dan besar dan bersentuh dan bergerak
dan diam…”.

2. Al-Shaykh `Abdus-Samad ibn al-Falimbani (W. 1206 H) berkata dalam kitabnya Hidayat
al-Salikin [3]:

“Maha suci Allah ta`ala daripada pindah dan bergerak dan mengambil tempat dan bertempat
yang tertentu pada suatu benua dan berpihak dengan pihak yang tertentu... tiada meliputi akan
Allah ta`ala itu oleh tempat… dan tiada menentukan Allah ta`ala itu oleh zaman… adalah
Allah itu dahulu daripada bahawa Ia menjadikan akan zaman dan tempat dan adalah Allah
ta`ala sekarang atasnya iaitu ada Ia sedia tiada berubah-ubah daripada sedia-Nya”.

3. Al-Shaykh Zayn al-`Abidin bin Muhammad Al-Fatani yang masyhur dengan panggilan
Tuan Minal berkata dalam kitabnya `Aqidah al-Najin fi `Ilm Usul al-Din[4]:

“(Mukhalafatuhu lil-hawadith) ertinya bersalahan Allah ta`ala bagi segala yang baharu;
ertinya tiada bersamaan Allah ta`ala bagi segala yang baharu, maka diketahui daripada yang
demikian itu menafikan jirim dan `arad dan kulliyyah dan juz’iyyah dan segala yang lazim
bagi segala perkara itu. Dan yang lazim bagi jirim empat perkara pertama baharu dan
keduaan bersusun dan ketiga mengambil lapang [ruang atau tempat] dan keempat menerima
bagi `arad…”.

4. Tuan Minal al-Fatani dalam kitabnya Irshadul-`Ibad ila Sabilir-Rashad[5] berkata lagi:

“…Dan bahawasanya Allah ta`ala Maha Suci daripada zaman dan makan yakni tiada lalu
atas-Nya oleh masa dan tiada ditentukan dengan suatu tempat seperti barang yang
diiktikadkan oleh orang yang jahil dan yang sesat bahawasa Allah ta`ala di dalam fu’ad kita
Maha Suci Allah ta`ala daripada demikian itu dan Maha Suci daripada menyerupai bagi
akwan tiada meliputi dengan Dia oleh segala pihak dan tiada mendatangkan Dia segala yang
baharu. Bersamaan Ia atas Arasy atas wajah yang difirman-Nya dan atas makna yang
dikehendaki-Nya akan dia akan sebagai bersamaan yang berpatutan dengan kebesaran-Nya
dan ketinggian kepujian-Nya dan kebesaran-Nya…”.

5. Al-Shaykh Muhammad Zayn ibn al-Faqih Jalal al-Din al-Ashi berkata dalam kitabnya
Bidayah al-Hidayah Sharh Matn Umm al-Barahin[6]:

“…(Dan kelima) mustahil Allah ta`ala itu berhad dengan sesuatu tempat seperti pada Arasy
dan lainnya atau masa seperti lalu atas-Nya siang dan malam…”.

6. Al-Shaykh Muhammad ibn Isma`il Daud al-Fatani berkata kitabnya Matla` al-Badrayn
wa Majma` al-Bahrayn[7]:

“Dan setengah daripada yang mustahil pada hak Allah ta`ala dua puluh sifat dan iaitu segala
lawan dua puluh sifat; pertama dan iaitu (`adam) ertinya tiada (dan huduth) ertinya baharu…..
(dan mumathalah dengan hawadith) ertinya menyerupai dengan yang baharu dengan bahawa
ada Ia berjirim ertinya mengambil Zat-Nya yang maha tinggi akan kadar daripada lapang
atau ada Ia `arad yang berdiri dengan jirim atau ada Ia pihak bagi jirim atau bagi-Nya pihak
atau berhad Ia dengan tempat…”.

7. Sayyid `Ulama’il-Hijaz al-Mutakallim al-Mufassir al-Shaykh Muhammad Nawawi ibn


`Umar al-Bantani (W. 1316 H ) berkata dalam kitabnya al-Thimar al-Yani`ah fi al-Riyad
al-Badi`ah [8]ketika membicarakan sifat persamaan dengan makhluk yang mustahil bagi
Allah taala:

" ْ‫أَوْ يَ ُكوْ ُن تَ َعالَى فِ ْي ِجهَ ِة لِ ْل ِجرْ ِم بِأ َ ْن يَ ُكوْ نَ ع َْن يَ ِم ْينِ ِه أَوْ ِش َمالِ ِه أَوْ فَوْ قِ ِه أَوْ تَحْ تِ ِه أَوْ أَ َما ِم ِه أَو‬
ْ‫ف أَوْ أَ َما ٌم أَو‬ ٌ ‫ت أَوْ خ َْل‬ ٌ ْ‫ق أَوْ تَح‬ ٌ ْ‫خَلفِ ِه أَوْ يَ ُكوْ نَ لَهُ تَ َعالَى ِجهَةٌ بِأ َ ْن يَ ُكوْ نَ لَهُ يَ ِمي ٌْن أَوْ ِش َما ٌل أَوْ فَو‬ ْ
ِ ْ‫ق ْال َعر‬
‫ش‬ َ ْ‫ان بِأ َ ْن يَ ُح َّل فِ ْي ِه بِأ َ ْن يَ ُكوْ نَ فَو‬
ٍ ‫"يَتَقَيَّ َد بِ َم َك‬.
Maksudnya:

“…atau (Allah) ta`ala (itu) (mustahil) di suatu arah bagi jirim dengan keadaan Dia berada di
kanan jirim, atau kirinya, atau atasnya, atau bawahnya, atau depannya, atau belakangnya, atau
(Allah) taala (itu) (mustahil) bagi-Nya ada suatu arah dengan keadaan ada bagi-Nya kanan,
atau kiri, atau atas, atau bawah, atau belakang, atau depan, atau (Allah taala itu mustahil)
bergantung dengan suatu tempat dengan keadaan Dia bertempat padanya dengan keadaan Dia
berada di atas `Arasy”.

8. Al-Shaykh Muhammad Nawawi al-Bantani berkata lagi dalam kitabnya Nur al-Zalam
Sharh Manzumah `Aqidah al-`Awam[9]:

"‫ان‬ َ ‫ص ِّد ْق أَ َّن فِي هللاِ َش ْيئًا ِم ْن َذلِ ْك َولَي‬


ٌ ‫ْس لَهُ َم َك‬ َ ُ‫ث ال ت‬ ِ ‫ت ْال َح َوا ِد‬
ِ ‫صفَا‬ َ ِ‫َو ُكلُّ َما َخطَ َر بِبَال‬
ِ ‫ك ِم ْن‬
‫خَارجًا َع ْنهًا‬
ِ ‫َاخالً فِي ال ُّد ْنيَا َوال‬
ِ ‫ْس د‬ َ ‫"أَصْ الً فَلَي‬.
Maksudnya:
“…dan setiap sifat perkara baharu yang melintasi benak anda maka jangan anda
mempercayai bahawa pada Allah itu ada sesuatu daripada perkara tersebut, dan tiada bagi-
Nya suatu tempat dengan asal. Maka Dia bukan di dalam dunia dan bukan juga di luarnya”.

9. Al-Shaykh Muhammad Mukhtar ibn `Utarid al-Buquri berkata dalam kitabnya Usul al-
Din I`tiqad Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah[10]:

“(Keempat) Mukhalafatuhu li al-hawadith ertinya bersalahan Allah ta`ala bagi sekalian yang
baharu yakni zat Allah ta`ala itu bukan jirim dan bukan jisim yakni bukan barang yang ada
pada diriannya serta memenuhi lapang, dan zat Allah ta`ala tiada ada tempat-Nya; tiada Ia di
langit dan tiada di bumi dan tiada pada lainnya dan tiada Ia pada satu pihak; tiada di bawah
dan tiada di atas dan tiada di utara dan tiada di selatan dan tiada di timur dan tiada di
barat…”.

10. Al-Shaykh Muhammad Mukhtar berkata lagi[11]:

“(Maka) mustahil Allah ta`ala bersamaan dengan sekalian yang baharu yakni mustahil Allah
ta`ala zat-Nya ada berjirim dan berjisim yakni ada perdirian-Nya yang memenuhi lapang dan
mustahil zat-Nya ada tempat-Nya seperti di langit atau lainnya dan mustahil zat-Nya ada di
dalam satu pihak seperti di atas atau lainnya…”.

11. Al-Shaykh Wan Isma`il ibn `Abdil-Qadir Ibn Mustafa al-Fatani yang masyhur dengan
panggilan Pak Da Eil berkata dalam kitabnya Sharh Bakurah al-Amani li-Isharah `Awam
Ahl al-Fatani[12]:

“(Keempat: Mukhalafatuhu ta`ala li al-hawadith;) ertinya menyalahi-Nya ta`ala akan yang


baharu-baharu. Dan dikehendaki dengan dia akan (bersalahan Allah taala) sedia kala lagi
berkekalan (akan yang baharu-baharu ertinya ketiadaan menyamai-Nya) dan ketiadaan
menyerupai-Nya ta`ala (akan sesuatu daripada makhluk) ini (pada zat-Nya) kerana bahawasa
zat makhluk ini jirim yang bertempat dan zat-Nya ta`ala itu bukannya jirim (tiada pula)
menyamaikan dia (pada sifat-sifat-Nya) kerana bahawasa sifat-sifat makhluk ini `arad yang
bertangkup pada jirim dan menu[m]pan[g]kan dia pada bertempat dan sifat-sifat-Nya taala itu
bukannya `arad...”.

12. Al-Shaykh Husayn Nasir Ibn Tayyib al-Mas`udi al-Banjari berkata dalam kitabnya
Hidayah al-Mutafakkirin[13]:

“Ertinya zat Allah ta`ala itu bukan Ia jirim dan jisim dan jawhar fard dan tiada Ia berpihak
dan tiada Ia pada satu pihak bagi jirim dan tiada Ia bertempat dan tiada Ia bermasa dan tiada
Ia bersifat dengan kecil dan tiada Ia bersifat dengan besar dan tiada Ia bersifat dengan segala
sifat yang baharu ini…”.

13. Al-Shaykh `Abdul-`Aziz ibn Isma`il al-Fatani berkata dalam khutbah kitabnya al-Misbah
al-Munir fi Ma`rifatillah al-Qadir[14]:
“Dan aku memohon kepada Allah pula bahawa menjadikan risalah ini perisai yang dapat
mempertahankan dan dapat menolakkan akan segala ajaran-ajaran yang sesat yang
menyesatkan orang awam, yang dibawa akan dia oleh orang-orang yang tidak sangkakan
dengan jahilnya seperti ajaran-ajaran yang mengatakan tidak wajib belajar sifat-sifat dua
puluh yang termasyhur itu dan ajaran-ajaran melihat Tuhan di dalam dunia, dan ajaran-ajaran
yang memegang dengan zahir ayat mutashabihah dan mengatakan Tuhan bertempat dan
sebagainya daripada ajaran-ajaran sesat”.

14. Al-Shaykh `Abdul-`Aziz al-Fatani berkata lagi di tempat yang lain dalam kitabnya yang
sama[15]:

“Dan makna bersalahan itu tiga perkara; bersalahan pada zat dengan makna zat Allah taala
bukannya jirim yang bertempat walaupun di mana tempat dan makhluk ini semuanya jirim
yang bertempat. Kalau begitu tidak boleh dikatakan Allah taala itu bertempat di mana-mana
tempat, maka jika didapati di dalam Quran dan hadith barang yang memberi waham
menyerupai dan bertempat maka dinamakan ayat itu ayat mutashabihah dan hadith
mutashabihah, maka wajib ditakwil akan dia supaya lepas daripada shubhah itu sama ada
takwil itu dengan jalan ijmal seperti takwil ulama salaf atau takwil akan dia dengan jalan
tafsil seperti takwil ulama khalaf”.

15. Al-Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Musthafa bin Muhammad al-Fathani di
dalam kitabnya yang masyhur di tanah jawi iaitu Faridah al-Faraid fi `Ilm al-`Aqaid[16]:

“(Keempat Mukhalafatuhu ta`ala Lilhawadith) ertinya bersalahan Tuhan subhanahu wa ta`ala


bagi yang baharu dan maknanya ketiadaan menyamai Allah ta`ala bagi segala makhluk dan
jika pada suatu wajah sekalipun kerana segala yang baharu ini tiada suci ia daripada bahawa
ada ia jauhar[17] atau ada ia `Aradh dan Allah ta`ala bukannya Jauhar dan bukannya `Aradh
maka tiada ia menyerupai akan sesuatu daripada makhluk sekali-kali”.

16. Al-Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Musthafa bin Muhammad al-Fathani di
dalam kitabnya `Unwan al-Falah Wa `Unfawan al-Falah[18]:

“(Keempat Mukhalafatuhu ta`ala Lilhawadith) ertinya bersalahan Allah ta`ala bagi segala
yang baharu iaitu bahawasa zat Allah ta`ala tiada seperti segala zat yang baharu dan tiada
sifat Allah ta`ala seperti segala sifat yang baharu dan tiada perbuatan Allah ta`ala seperti
segala perbuatan yang baharu (mustahil) lawannya iaitu Mumathilatuhu Lilhawadith ertinya
menyerupai-Nya bagi segala yang baharu (dan dalil) bersalahan Allah ta`ala bagi segala yang
baharu bahawasanya jikalau menyerupai ia akan sesuatu daripada yang baharu nescaya
adalah ia baharu seumpamanya dan iaitu mustahil kerana telah thabit sedia-Nya maka
thabitlah bersalahan bagi segala yang baharu”.

17. Disebutkan di dalam kitab Risalah al-Tauhid pada pindaan Al-Syaikh `Abdul Ghani
Yahya dan `Umar Yusof pada menjelaskan mengenai Mukhalafatuhu Lilhawadith[19]:
“Yang keempat- dalil mukhalafatuhu Lilhawadith iaitu jikalau Tuhan serupa dengan yang
baharu nescaya jadilah Tuhan ini baharu juga kerana barang yang boleh jadi atas salah suatu
daripada dua yang serupa itu harus pula atas lainnya maka baharu Tuhan itu mustahil kerana
telah wajib bagi Tuhan bersifat qidam dan baqa’ yang demikian tetaplah Tuhan itu bersalahan
dengan segala yang baharu bagaiman dalil naqilnya ((‫شيء‬ ‫ ))ليس كمثله‬ertinya tiada
sesuatu jua pun serupa dengan Tuhan”.

18. Al-Syaikh al-Haj `Abdullah bin al-Haj Ibrahim al-Fathani di dalam kitabnya iaitu syarah
bagi kitab Faridah al-Faraid yang berjudul `Umdah al-Thalib al-Mujtahid fi Syarh
Faridah al-Faraid fi `Ilm al-`Aqaid fi Darajat Ibtida’ ta`lim `Ilm al-`Aqaid Targhiban fi
Fauz al-Faraid al-Fawaid[20]:

“(‫ )ليس كمثله شيء وهو السميع البصير‬ertinya tiada seperti umpamanya ertinya umpama
Allah suatu dan ialah ertinya Allah ta`ala yang amat mendengar dan amat ,elihat dan makna
tiada seperti suatu itu tiada suatu daripada zat-zat makhluk dan sifat-sifatnya dan perbuatan-
perbuatannya seumpama Zat Allah ta`ala dan sifat-sifat-Nya dan perbuatan-perbuatan-Nya
kerana zat-Nya ta`ala bukannya daripada bangsa jirim dan sifat-sifat-Nya bukannya bangsa
`Aradh”.

19. Al-Syaikh Ibrahim al-Laqani pengarang Matan Jauharah al-Tauhid dan telah
diterjemahkan oleh seorang ulama’ tanah jawi dengan bahasa melayu[21]:

"‫َان هَ َذا ْالقِ َد ُم‬ ٌ ِ‫ ُم َخال‬، ‫"وإِنَّهُ لِ َما يَنَا ُل ْال َع َد ُم‬.
ُ ‫ف بُرْ ه‬ َ
Maksudnya:

"Yakni bahawa sesungguhnya kerana yang diperolehi dengan `adam itu mukhalafah dengan
wujud Allah subhanahu wa ta`ala dan sifat-Nya dan af`al-Nya (syahdan) wajib atas tiap-tiap
mukalaf itu mengiktiqadkan bahawasanya zat Allah ta`ala dan sifat-Nya dan af`al-Nya itu
Mukhalafah dengan segala wujud yang baharu dan kata setengah ulama’ erti mukhalafatuhu
Lilhawadith itu maka iaitu rajin daripada menafikan barang yang tiada dapat bagi Allah ta`ala
seperti jirim dan `Aradh dan kulliyyat dan juz’iyyat dan barang sebagainya kerana
bahawasanya segala wujud yang baharu itu ada kalanya jisim dan ada kalanya jauhar dan ada
kalanya `Aradh (dan) `Aradh itu bahagi atas empat bahagi pertama zaman kedua makan
ketiga jihah keempat had serta nihayah maka samanya itu tentu baharunya dan muhal qidam-
Nya dan suci Allah ta`ala daripada demikian itu".

20. SULTAN SELANGOR DARUL EHSAN AL-MARHUM AL-SULTANUL-


MU`AZZAM `ALA'UD-DIN SULAYMAN SHAH

Al-Sultanul-Mu`azzam `Ala’ud-din Sulayman Shah berkata di dalam kitab baginda Pohon


Agama; Bahagian Rukun Iman[22]:
“5. “Qiyamuhu bi-nafsi-hi” maka bukan Ia jirim (mengambil lapang) dan bukan Ia `arad
(barang yang berkehendak kepada tempat pendiriannya). Maka tiada Ia di atas sesuatu dan
tiada Ia di bawah sesuatu dan tiada ada kanan sesuatu dan tiada di kiri sesuatu dan tiada di
hadapan sesuatu dan tiada di belakang sesuatu dan tiada bagi-Nya atas dan tiada bagi-Nya
bawah dan tiada bagi-Nya kanan dan [tiada] bagi-Nya kiri dan tiada bagi-Nya hadapan dan
tiada bagi-Nya belakang dan tiada bermasa dan tiada bertempat dan tiada disifatkan zat-Nya
dengan kecil atau besar atau panjang atau pendek dan tiada bersifat zat-Nya dengan warna
putih atau kuning atau hijau atau barang sebagainya dan tiada bermasuk-masukkan dengan
sesuatu dan tiada Ia mengambil manfaat atau kerana menolakkan mudarat”.

21. JAKIM (JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA)

Selanjutnya, Bahagian Hal Ehwal Agama Islam (BAHEIS) [sekarang dikenali sebagai
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)], Jabatan Perdana Menteri telah menerbitkan
sebuah kitab yang berjudul “Mestika Hadis Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam” yang
secara kerjasama ditulis dan disusun oleh Sahibul-Fadilah Dato’ Hj. Muhammad Nor bin Hj.
Ibrahim, Tn. Hj. Ismail bin Hj. Yusuf dan al-Syeikh `Abdullah bin Muhammad Basmeih. Di
dalam jilid 1 kitab tersebut ada dinyatakan aqidah tanzih yang menquduskan Allah dari jisim,
arah, tempat dan masa. Berikut adalah petikannya[23]:

“Dengan thabitnya keesaan yang sebenarnya bagi Allah ta`ala, maka nyatalah bahawa wujud
Dzat-Nya bersih suci daripada tersusun yang membawa kepada berjisim atau berpihak
(bertempat)”.

Kemudian ketika menjelaskan makna Surah Al-Syura ayat 11 ada dinyatakan[24]:

“(4) Menyalahi segala rupa bentuk, segala corak warna dan segala cara dan gaya yang
didapati oleh pancaindera atau yang difikirkan oleh akal, juga berkeadaan tidak diliputi oleh
masa atau tempat ta`alallahu `amma yasifun”.

22. FATWA MUFTI SELANGOR

Nombor Rujukan Jabatan Mufti Selangor: ( 90 ) dlm.mufti.sel 500-1.Jld.3 Bertarikh 13 Ogos


2010 / 03 Ramadhan 1431. Jawapan Fatwa Adalah Seperti Berikut:

i- Kepercayaan Allah berjisim dan bersifat duduk bersila atau Allah bertempat adalah
kepercayaan atau i'tiqad kaum MUSYABBIHAH (MUJASSIMAH). Dinamakan kaum
musyabbih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhlukNya.
Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Di antara
i'tiqad sesat mereka yang bertentangan dengan i'tiqad Ahlusunnah Wal Jamaah ialah seperti
berikut:

a. Allah bermuka dan bertangan.


b. Allah duduk bersila di atas arasy.

c. Allah berada di langit.

d. Allah bertubuh serupa nur.

I'tiqad seperti di atas adalah bertentangan dengan i'tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah lagi sesat
dan menyesatkan kerana Allah tidak boleh sekali-kali diserupakan dengan makhluk (al-Syura
ayat 11). I'tiqad ini membawa kepada syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam.

ii- Amalan bertawassul sama ada dengan nabi atau orang soleh adalah diharuskan kerana
pada hakikatnya mereka yang bertawassul itu beri'tiqad segala usaha ikhtiar dan doa yang
dilakukan oleh manusia hanya Allah sahaja yang memperkenankannya. (al-Maidah 35)

[1] Kami turut menyenaraikan kata-kata ulama’ Melayu Nusantara bagi membuktikan
bahawa apa yang kami nyatakan di sini sebenarnya telah lama dinyatakan oleh ulama’-ulama’
Melayu dahulu. Selain itu, penulis mahu membuktikan bahawa ilmu ulama’-ulama’ Melayu
dahulu bukanlah cetek seperti yang disangka oleh golongan Wahhabi. Golongan Wahhabi
sering mendakwa bahawa dengan mempelajari kitab-kitab kuning ini, ilmu kita tidak akan
sampai ke mana. Bagi mereka mempelajari kitab-kitab kuning akan menjadikan seseorang itu
berfikiran beku dan jumud. Semoga Allah meredhai ulama’-ulama’ kita yang telah menerangi
rantau nusantara ini dengan ilmu-ilmu mereka.

[2] Al-Shaykh Dawud al-Fatani(t.t), al-Durru al-Thamin, Pulau Pinang: Percetakan Almuarif
Sdn Bhd, h. 23.

[3] Al-Shaykh `Abdus-Samad al-Falimbani(t.t), Hidayat al-Salikin, Pulau Pinang: Maktabah


wa-Matba`ah Dar al-Mu`arif, h. 8

[4] Al-Shaykh Zayn al-`Abidin ibn Muhammad al-Fatani (t.t), `Aqidah al-Najin fi `Ilm Usul
al -Din, (t.t.p): Mathba`ah Bin Halabi Press, h. 18 – 19.

[5] Al-Shaykh Zayn al-`Abidin Ibn Muhammad al-Fatani(1343 H), Irshad al-`Ibad ila Sabil
al-Rashad, Singapura: al-Matba`ah al-Ahmadiyyah, h. 4 - 5.

[6] Al-Shaykh Muhammad Zayn Ibn al-Faqih Jalal al-Din al-Ashi(t.t), Bidayah al-Hidayah
Sharh Matn Umm al-Barahin, Thailand, Bangkok: Maktabah wa-Matba`ah Muhammad al-
Nahdi wa-Awladih, Bangkok, h. 13.

[7] Al-Shaykh Muhammad Ibn Isma`il Dawud al-Fatani(t.t), Matla` al-Badrayn wa-Majma`
al-Bahrayn, (t.tp): Maktabah wa-Matba`ah Muhammad al-Nahdi wa-Awladih, h. 6.

[8] Al-Shaykh Muhammad Nawawi al-Bantani(t.t), al-Thimar al-Yani`ah fi al-Riyad al-


Badi`ah, Kaherah: Muhammad al-Kutbi, h. 5.

[9] Al-Shaykh Muhammad Nawawi al-Bantani(t.t), Nur al-Zalam Sharh Manzumah `Aqidah
al-`Awam, Jeddah: Dar al-Hawi, h. 37.
[10] Al-Shaykh Muhammad Mukhtar Ibn `Utarid al-Buquri(t.t), Usul al-Din I`tiqad Ahl al-
Sunnah Wa al-Jama`ah, Pulau Pinang: Percetakan Nahdi, h. 2.

[11] Ibid, h. 3.

[12] Al-Shaykh Wan Isma`il Ibn `Abdil-Qadir ibn Mustafa al-Fatani(1421 H/ 2000 M), Sharh
Bakurah al-Amani li-Isharah `Awam Ahl al-Fatani, Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah, h.
24 - 25.

[13] Al-Shaykh Husayn Nasir Ibn Tayyib al-Banjari(t.t), Hidayah al-Mutafakkirin, Pulau
Pinang: Percetakan Almuarif Sdn. Bhd, h. 6.

[14] Al-Shaykh `Abdul-`Aziz Ibn Isma`il al-Fatani(1414 H/ 1994), al-Misbah al-Munir fi


Ma`rifatillah al-Qadir, (t.tp): (t.p), c. 3, , h. 3.

[15] Ibid. h. 16 – 17.

[16] Al-Shayk Ahmad bin Muhammad Zain bin Musthafa bin Muhammad al-Fathani (t.t.),
Faridah al-Faraid fi `Ilm al-`Aqaid, Fathani Thailand: Mathba`ah Bin Halabi Press, h. 6.

[17] (‫ قوله‬atau ada ia `Aradh) iaitu sesuatu yang maujud yang berhajat pada adanya kepada
tempat yang menempati ia padanya seperti warna dan gerak dan diam dan jauh dan hampir.
Intaha. Muallif. (Kalam Syaikh Ahmad).

[18] Al-Shayk Ahmad bin Muhammad Zain bin Musthafa bin Muhammad al-Fathani (t.t.),
`Unwan al-Falah Wa `Unfawan al-Falah, Fathani Thailand: Mathba`ah Bin Halabi Press, h. 5.

[19] Al-Syaikh `Abdul Ghani Yahya dan `Umar Yusof (t.t.), Risalah al-Tauhid, Fathani
Thailand: Mathba`ah Bin Halabi Press, h. 38.

[20] Al-Syaikh al-Haj `Abdullah bin al-Haj Ibrahim al-Fathani (t.t.), `Umdah al-Thalib al-
Mujtahid fi Syarh Faridah al-Faraid fi `Ilm al-`Aqaid fi Darajat Ibtida’ ta`lim `Ilm al-`Aqaid
Targhiban fi Fauz al-Faraid al-Fawaid, Fathani Thailand: Mathba`ah Bin Halabi Press, h. 46.

[21] Syaikh Ibrahim al-Laqani (t.t), Matan Jauharah al-Tauhid, (t.t.) Fathani Thailand:
Mathbah Bin Halabi Press, h. 16.

[22] Al-Sultanul-Mu`azzam `Ala’ud-Din Sulayman Shah(2005), Pohon Agama; Bahagian


Rukun Iman, Kuala Lumpur: Khazanah al-Fathaniyah hlm. 10.

[23] Muhammad Nor bin Hj. Ibrahim (Dato’ Hj.), Ismail bin HJ. Yusuf (Hj.)dan Abdullah
bin Muhammad Basmieh (1421 H-2000 R), Mestika Hadis Rasulullah sallallahu`alaihi
wasallam, (t.tp): Bahagian Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri, c. 8, h. 181.

[24] Ibid, h. 183.


‫هللا الرَّ حْ َم ِن الرَّ ِحي ِْم‬
ِ ‫ِبسْ ِم‬
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih

‫صحْ ِب ِه‬ َ ‫ َو َع َلى آلِ ِه َو‬, ‫ َوالصَّالةُ والسَّال ُم َع َلى َس ِّي ِد َنا م َُح ْم ٍد ط َه األَ ِمي َْن‬,‫ْال َحمْ ُدهَّلِل ِ َربِّ ْال َعا َل ِميْن‬
ُ‫ َوأَ ْش َه ُد أَن ال إِ َل َه إِال هللاُ َوحْ َده‬, ‫ْن‬ ِ ‫ان إِ َلى َي ْو ِم ال ِّدي‬ٍ ‫ َو َم ِن ا َّت َب َع ُه ْم ِبإِحْ َس‬,‫َ'اه ِِري َْن‬...‫الط‬ ّ ‫الطي ِِّبي َْن‬
َّ
‫الحجْ َم‬ َ ‫ َوال ِجسْ َم َو‬, ‫ َوال َش ِب ْي َه َوال َم ِث ْي َل َل ُه‬, ‫ َوال ضِ َّد َوال ِن َّد َوال َز ْو َج َة َوال َو َلدَ َل ُه‬, ‫ك َل ُه‬ َ ‫ال َش ِر ْي‬
َ ‫الحي َِّز َوال َم َك‬
‫ان‬ َ ‫ َوال أَي َْن َوال ِج َه َة َو‬,‫ات َل ُه‬ َ ‫دَو‬َ َ‫ضا َء َوال أ‬ َ ْ‫ َوال ص ُْو َر َة َوالأَع‬, ‫الج َسدَ َوالج َُّث َة َل ُه‬ َ ‫َو‬
َ‫ َوهَّلِل ِ ْال َم َث ُل األ‬,‫ال‬ ِ ‫ َفال َتضْ ِربُوا هَّلِل ِ األَمْ َث‬, ‫اآلن َع َلى َما َع َل ْي ِه َكان‬ َ ‫ان َوه َُو‬ َ ‫ان هللاُ َوال َم َك‬ َ ‫ َك‬, ‫َل ُه‬
‫ال‬
ِ ‫ص‬ َ ِ‫ال َواال ْنف‬ ِ ‫ص‬ َ ‫ َو َع ِن ْال َح َر َك ِة َوال ُّس ُك ْو ِن َو َع ِن االِ ِّت‬, ‫س َو ْالقُعُو ِد‬ ِ ‫ َت َن َّز َه َربِّيْ َع ِن ْال ُجلُ ْو‬,‫لى‬ َ ْ‫ع‬
,"‫ألَ َّن ُه " َليْس َكم ِْثلِ ِه َشيْ ٌء‬, ‫ َوال َي ُح ُّل ه َُو فِيْ َشيْ ِء‬, ‫ َوال ي َُح ْن ُل ِم ْن ُه َشيْ ٍء‬, ‫ال َي ُح ُّل فِ ْي ِه َشيْ ء‬,
,"‫هللا ِب َمعْ ًنى ِمنْ َم َعانِى ْال َب َش ِر َف َق ْد َك َف َر‬ َ ‫ف‬ َ ‫ " َو َمنْ َو‬,"‫ت ِب َبال َِك َفاهللُ ال ُي ْش ِب ُه َذلِك‬
َ ‫ص‬ َ ْ‫صوَّ ر‬ َ ‫" َم ْه َما َت‬
‫ص ِف ُّي ُه‬َ ‫ َع ْب ُدهُ َو َرس ُْولُ ُه َو َن ِب ُّي ُه َو‬, ‫ َو َقائِدَ َنا وقُرَّ َة أَعْ ُي ِن َنا م َُح َّم ًدا‬,‫َوأَ ْش َه ُد أَنَّ َسيِّدَ َنا َو َن ِب َّي َنا َو َعظِ ْي َم َنا‬
‫صلَّى هللاُ َع َل ْي ِه َو َع َلى ُك ِّل َرس ُْو ٍل أَرْ َس َل ُه‬ َ ,‫ َو َح ِب ْي ُب ُه َو َخلِ ْيلُ ُه‬.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi
Muhammad sallallahu`alaihi wasallam : thaha dan al-amin. Dan ke atas ahli keluarga
baginda, para sahabat baginda yang baik dan suci serta ke atas pengikut mereka dengan
kebaikan sehingga hari akhirat. Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang layak disembah
melainkan Allah jua, Yang Esa dan tiada sekutu bagi-Nya, tiada ada lawan, tiada ada tara,
tiada ada pasangan dan tidak ada anak bagi-Nya, tidak ada penyerupaan dan tidak ada
bandingan bagi-Nya. Dan tidak ada jisim, tidak ada ukuran, tidak ada jasad dan tidak ada
tubuh badan bagi-Nya, tidak ada gambaran, tidak ada anggota besar, tidak ada anggota kecil
bagi-Nya, tidak dikatakan “dimana”, tidak ada arah, tidak mengisi ruang kosong dan tidak
bertempat bagi-Nya. Adalah Allah wujud tanpa bertempat dan Dia pada masa sekarang tidak
bertempat. Janganlah kalian mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah dan bagi
Allah jualah sifat yang Tertinggi. Maha Suci Tuhanku daripada perbuatan duduk, bergerak,
diam, bersambung dan berpisah. Tidak ada sesuatupun yang bersatu pada Dzat-Nya dan tidak
terakstrak (tidak bercerai) sesuatupun dari Dzat-Nya dan Dia tidak menempati di dalam
sesuatu kerana tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya. Segala yang telah digambarkan
tersebut. Barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan suatu ciri dari ciri-ciri manusia
(berjisim, berada di suatu tempat dan sebagainya), maka sesungguhnya ia telah kafir. Aku
bersaksi bahawasanya penghulu kami, nabi kami, kebesaran kami, pemimpin kami, diri yang
menyuruhkan hati kami melihatnya, Muhammad merupakan hamba-Nya, utusan-Nya, nabi-
Nya, pilihan-Nya, kecintaan-Nya dan kekasih-Nya. Selawat dan salam ke atasnya dan juga ke
atas sekalian rasul yang telah diutuskan oleh-Nya.

You might also like