You are on page 1of 1

BAHAYA PHISING

Orang ramai diminta berhati-hati dengan kegiatan "phishing" atau penipuan siber melalui laman web
palsu dengan menyamar sebagai entiti yang boleh dipercayai seperti laman web perbankan.

Peringatan tersebut diberikan oleh CyberSecurity Malaysia hari ini berikutan pendedahan bahawa aktiviti
cubaan "phishing" semakin meningkat di negara ini.

Kegiatan "phishing" merupakan proses jenayah penipuan dalam cubaan memperoleh maklumat peribadi
seperti nama pengguna, nombor akaun, nombor PIN (nombor pengenalan peribadi), kata laluan serta
butiran kad kredit dengan menyamar entiti boleh dipercayai menerusi komunikasi elektronik.

"Pusat Bantuan Cyber999 telah menerima banyak aduan dari pengguna internet di negara ini berhubung
laman web "phishing" yang dihoskan di luar negara yang nampak sama seperti laman web e-perbankan
bank tempatan utama," kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt.Kol. Husin Jazri. -
Bernama

Sumber : Majalah PC (Karangkraf Sdn. Bhd.)

You might also like