You are on page 1of 3

Assalam..

kum wbt,

Butiran agenda yang dikeluarkan oleh KT hendaklah dipakai sebagai panduan oleh
semua daerah, jzzk kepada akh Cikgu Jalal. Berikut sedikit panduan semoga semua
Mesyuarat Agung Penubuhan IKRAM Daerah (MAPD) berjalan lancar :-

1. SU daerah sediakan senarai ahli terkini & ahli yang boleh dipilih untuk AJK Ikram
Daerah.
2. Kuorum cukup bila ada 20 ahli atau 50% dari ahli daerah berdaftar mana yang
kurang.
3. Undi secara rahsia, SU kena sedia borang undi yg telah siap dengan jawatan AJKD
dll.
4. MAPD kena undi untuk pencalunan Wakil MPN, Pecalunan AJK Negeri & 3 Wakil
DPN.
5. Sekali lagi wakil ke MPN, Besut (7), KT (10), Dungun (9) dan KMN (9).
6. Dalam MAJK Kita bersetuju hanya ahli teras sahaja untuk memegang jawatan YDP,
TYDP,
    SU, Bendahari & Ketua Wanita dan mereka juga menjadi wakil ke MPN, jadi kena
pilih
    mereka kerana bukan automatik.
7. Penyelarasan kepimpinan daerah amatlah diminta supaya Mesyuarat Penaja Daerah
atau
    melalui Usrah Ahli Teras hendaklah diadakan sebelum MAPD bagi memastikan
pemilihan
    dan mereka yang dipilih adalah yang benar-benar amanah dan layak.

Wassalam

SU Penaja Negeri

From: jalaluddin Adam <jalal_adam@yahoo. com>


To: ikram jamaah <IKRAMTRG@yahoogroup s.com>
Cc: jimtrg@yahoogroups. com
Sent: Fri, April 16, 2010 3:05:25 PM
Subject: [JIMTRG] NOTIS MESYUARAT PENUBUHAN Pertubuhan IKRAM KT [2 Attachments]

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)


DAERAH KUALA TERENGGANU
    
                                                                                                                          Rujukan Kami :
IKRAMKT/01(002)
                                                                                                                              Tarikh           : 
12 April 2010
           27 Rabiul Akhir 1431H    
 
Ahli IKRAM yang dirahmati Allah.
 
Assalamualaikum wbt.
 
NOTIS MESYUARAT PENUBUHAN :
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) DAERAH KUALA TERENGGANU
 
Perkara di atas adalah dirujuk dengan hormatnya.
 
2.            Adalah dimaklumkan bahawa Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan penubuhan
IKRAM Daerah Kuala Terengganu.  Sehubungan itu mesyuarat penubuhan perlu diadakan, dan
saudara-saudari sebagai ahli IKRAM diharapkan  dapat menghadiri mesyuarat ini.
 
3.            Butir-butir mesyuarat adalah seperti berikut:
                i- TARIKH : 23 April 2010 bersamaan 8 Jamadil-Awal 1431H.
                ii- HARI  : Jumaat
                iii- MASA: 8.30 pagi
                iv- AGENDA:
1.      Ucapan Aluan Pengerusi Penaja.
2.      Bacaan Al-Quran.
3.      Pencalonan dan Pemilihan Pengerusi Mesyuarat.
4.      Pengumuman perlantikan 2 orang pencatat minit mesyuarat.
5.      Ucapan Perasmian Mesyuarat Penubuhan Cawangan.
6.      Perlantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Daerah.
7.      Taklimat Proses Pencalonan dan Pemilihan.
8.      Pencalonan dan Pemilihan Pengerusi Tetap Daerah.
9.      Pencalonan dan Pemilihan Jawatankuasa Daerah.
10.  Pencalonan dan Pemilihan Pemeriksa Kira-kira.
11.  Pengisytiharan Ahli Jawatankuasa Daerah.
12.  Pencalonan dan Pemilihan Wakil Daerah ke MPN (9 orang)
13.  JKD mengambil tempat.
14.  Pencalonan JKN untuk dibawa ke MPN.
15.  Pencalonan Anggota DPN untuk dibawa ke MPN.
16.  Ucapan Penangguhan YDP Daerah.
17.  Doa Kifarah dan bersurai.
 
JKD = jawatan kuasa Daerah                     JKN = Jawatankuasa Negeri
MPN = Majlis Perwakilan Negeri                             DPN= Dewan Perwakilan Nasional
 
4.            Bersama ini disertakan senarai nama ahli-ahli (sheet1/sheet2) yang boleh menghadiri
mesyuarat ini dan memilih jawatankuasa IKRAM daerah.  Bagaimanapun, nama-nama ahli pada
sheet 1 sahaja yang layak untuk dicalon dan dipilih sebagai jawatankuasa daerah.
 
 5-           Semoga semua ahli IKRAM mengambil maklum tentang perkara ini dan maju ke depan
untuk perjuangan menegakkan Islam dan mencari keredhaan Allah. Sama-sama kita mencipta
Sejarah Penubuhan IKRAM Daerah Dungun untuk penerusan dakwah ilalLah.
 
Sekian. Terima Kasih.
 
“UKHWAH  TERAS  KEGEMILANGAN”

You might also like