You are on page 1of 2

Membezakan Pengajaran untuk Murid Berkeperluan Khas

oleh Dr Lee Lay Wah

Salah satu cara untuk menyesuaikan pengajaran mengikut keperluan dan keupayaan murid adalah untuk
membezakan tugasan yang diberikan kepada mereka. Contohnya lembaran kerja boleh dibezakan mengikut
keupayaan murid berdasarkan tingkah laku yang perlu ditunjukkan oleh murid. Lembaran kerja Kemahiran
Membaca Jam adalah salah satu contoh lembaran kerja yang telah dibezakan untuk murid berdasarkan
tahap keupayaan masing-masing. Isi kandungan yang diajar adalah sama, tetapi keperluan tingkah
laku daripada murid adalah berlainan.
Sebagai contoh, murid yang lemah boleh menunjukkan bahawa mereka sudah faham dengan memadankan
masa dengan gambar jam.

Murid yang sederhana dikehendaki melaksanakan tugasan yang berperingkat lebih tinggi, iaitu untuk
menulis masa berdasarkan gambar jam.

Murid yang berperingkat lebih tinggi pula perlu melukiskan jarum jam untuk menunjukkan masa.
Sebagai guru pendidikan khas, tugas kita adalah untuk (i) memahami tahap keupayaan sedia ada murid kita
supaya kita boleh membezakan tugasan bersesuaian dengan kemampuan mereka. Seterusnya, tugas kita
adalah untuk (ii) mengajar mereka supaya mereka dapat meningkat ke tahap keupayaan yang seterusnya. 

Kita selalu perlu mengajar mereka untuk mencapai ke peringkat keupayaan yang seterusnya dan tidak
menghadkan mereka hanya kepada peringkat sedia ada sahaja. Pepatah 'sedikit demi sedikit, lama-lama
menjadi bukit' sesuai digunakan di sini. Selamat maju jaya dalam membezakan pengajaran anda untuk
murid dalam kelas anda.

http://epkhas.ses.usm.my/content/membezakan-pengajaran

You might also like