You are on page 1of 43

MODEL PERLEMBAGAAN

BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN


FASAL 1. NAMA

Badan Sukan ini dikenali dengan nama _____________ atau


ringkasnya disebut sebagai_________ di dalam Perlembagaan ini.

FASAL 2. ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN


2.1 Alamat Berdaftar
Alamat berdaftar (termasuk alamat tempat urusan, surat
menyurat dan operasi badan sukan) Persatuan_____________
ialah di ________________

2.2 Alamat berdaftar tidak boleh diubah tanpa kelulusan


Jawatankuasa Induk Persatuan dan hanya boleh dikuatkuasakan
setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pesuruhjaya.
FASAL 3. DEFINISI
3.1 PERSATUAN bermakna Persatuan _________
3.2 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN bermakna mesyuarat yang
diadakan oleh persatuan ini pada tiap-tiap tahun seperti yang
disebutkan dalam Fasal 14 perlembagaan ini.
3.3 MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA bermakna mesyuarat
yang diadakan oleh persatuan ini seperti yang disebut dalam
Fasal 16 perlembagaan ini.
3.4 JAWATANKUASA INDUK bermakna jawatankuasa tertinggi
yang mentadbir perjalanan persatuan dan hendaklah mempunyai
kuasa eksekutif dalam menggubal dan melaksanakan dasar-dasar
persatuan yang disebut dalam Fasal 17 perlembagaan ini.
3.5 JAWATANKUASA bermakna Jawatankuasa yang sah dibentuk
atau dilantik di bawah Perlembagaan ini mengikut Fasal 21.
3.6 PEGAWAI bermakna semua ahli jawatankuasa induk,
jawatankuasa dan mana-mana orang yang diberikan kuasa untuk
menjalankan tugas dan fungsi Persatuan.
3.7 PEMEGANG JAWATAN bermakna mana-mana orang yang
dipilih atau dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan atau
dilantik oleh Jawatankuasa Induk Persatuan.

3.8 BADAN PENGELOLA (Governing Body) bermakna badan


sukan kebangsaan yang mendapat pengiktirafan dari badan
antarabangsa untuk mewakili badan sukan berkenaan di
Malaysia.
3.9 PEJABAT bermakna alamat berdaftar persatuan seperti yang
ditetapkan dalam Fasal 2 Perlembagaan ini.
3.10 AHLI PERSATUAN bermakna ahli yang disebutkan dalam
Fasal 6 Perlembagaan ini.
3.11 PESURUHJAYA bermakna Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di
bawah Seksyen 10 Akta Pembangunan Sukan 1997.

FASAL 4. OBJEKTIF DAN FUNGSI


4.1Objektif Persatuan antaranya seperti berikut:
(a) untuk membangun, menggalak dan mempromosi sukan
_______di seluruh negara;
(b) untuk merancang dan membangunkan atlet, pegawai,
,jurulatih dan mencungkil bakat-bakat baru;
(c) untuk memilih atlet bagi mewakili negara dalam mana-mana
pertandingan sukan ________ peringkat antarabangsa;
(d) untuk mewakili Malaysia dalam badan antarabangsa yang
diiktiraf bagi mewakili sukan _________;
(e) untuk bergabung dengan badan pengelola antarabangsa; dan
(f) untuk menggalakkan pembangunan sukan di peringkat akar
umbi melalui penubuhan / penerimaan ahli gabungan
peringkat negeri.
4.2 Fungsi Persatuan antaranya seperti berikut:
(a) bertindak sebagai badan pengelola di peringkat kebangsaan
bagi sukan_________;
(b) membangun, mengendali, mempromosi dan mengurus sukan
_______ di Malaysia;
(c) mentafsir dan melaksana peraturan dan undang-undang
melalui kuasa, tugas dan hak yang diperuntukkan oleh badan
sukan ini di peringkat antarabangsa;
(d) mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan peraturan dan
undang-undang sukan __________ di kalangan ahli yang
terbabit;
(e) mengendalikan kursus, latihan, pembangunan atlet,
kejurulatihan, kepegawaian dan sukarelawan;
(f) menganjur atau membantu penganjuran dan menjadi tuan
rumah pertandingan bagi sukan________ di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa;
(g) menyelesaikan apa-apa isu atau konflik yang melibatkan
ahli-ahlinya termasuk pegawai dan pemegang jawatan
dalam persatuan;
(h) mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan
badan antarabangsa dan badan-badan sukan atau agensi di
peringkat kebangsaan;
(i) memastikan prosedur pemilihan bagi ahli sukan, pegawai,
jurulatih dan mana-mana orang untuk mewakili negara
dalam sukan ________ adalah terbuka dan adil;
(j) memastikan setiap program dan aktiviti dilaksanakan
berlandaskan perlembagaan ini dan peraturan-peraturan di
bawahnya;
(k) memastikan bahawa perlembagaan dan peraturan persatuan
dipatuhi oleh semua ahli;
(l) memastikan laporan aktiviti dan akaun kewangan yang
diaudit bagi tahun kewangan sebelumnya disediakan;
(m) memastikan kegiatan amal atau perniagaan yang dijalankan
bagi menambah kewangan persatuan tidak bercanggah
dengan undang-undang negara; dan
(n) memastikan semua keuntungan yang diperolehi oleh
Persatuan melalui apa-apa perniagaan atau pelaburan akan
digunakan semata-mata untuk meningkatkan, memajukan
dan menjalankan objektif dan matlamat Persatuan ini.
Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang
pembayaran gaji atau perbelanjaan kepada ahli atau pekerja
persatuan ini. Persatuan juga boleh menubuhkan badan
perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat
keuntungan hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung
Kewangan Persatuan.

FASAL 5. LOGO / LAMBANG


Logo/lambang Persatuan ini ialah seperti berikut: ___________
(terangkan secara ringkas bentuk dan makna logo)

FASAL 6. KEAHLIAN
Keahlian Persatuan ini terbahagi kepada kategori seperti berikut:
6.1 Ahli Gabungan
Terdiri dari persatuan-persatuan sukan __________ di peringkat
negeri yang sah berdaftar di Pejabat Pesuruhjaya Sukan.

6.2 Ahli Individu


Terdiri daripada ahli-ahli individu yang tidak melebihi lima (5)
orang yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk Persatuan.
6.3 Ahli Bersekutu
Terdiri daripada persatuan, kelab dan pertubuhan yang
menjalankan berbagai kegiatan sukan selain dari sukan
______dan berdaftar secara sah di sisi undang-undang.
6.4 Ahli Kehormat
Terdiri daripada Individu-individu yang pernah berjasa kepada
Persatuan atau individu-individu yang boleh memberi
sumbangan kepada Persatuan yang dilantik oleh Jawatankuasa
Induk.

FASAL 7. YURAN KEAHLIAN

7.1 Setiap ahli hendaklah membayar yuran pendaftaran dan tahunan kepada
Persatuan seperti berikut :

JENIS YURAN YURAN


BIL
KEAHLIAN PENDAFTARAN TAHUNAN
Ahli
1 RM RM
Gabungan
2 Ahli Individu RM RM
Ahli
3 RM RM
Bersekutu
Ahli
4 RM RM
Kehormat

7.2 Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1 Februari


tiap-tiap tahun kepada Bendahari. Sekiranya yuran itu tidak
dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat
Agung Tahunan
7.3 Kegagalan untuk menjelaskan yuran tahunan dalam tempoh
_______ tahun menyebabkan keahliannya terbatal.
7.4 Mana-mana ahli yang telah dibatalkan keahliannya dan ingin
menjadi ahli semula, hendaklah mengemukakan permohonan
baru dengan menyertakan bayaran yuran pendaftaran, yuran
tahunan dan penalti sebanyak RM______. Penerimaan keahlian
ini tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk.

FASAL 8. PERMOHONAN MENJADI AHLI


8.1 Permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dengan
mengisi borang dan dikemukakan kepada Setiausaha.
Jawatankuasa Induk boleh meluluskan atau menolak sebarang
permohonan.
8.2 Sekiranya permohonan menjadi ahli ditolak, sebab-sebab
penolakan hendaklah dikemukakan kepada pemohon secara
bertulis.
FASAL 9. KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI
9.1 Semua ahli mempunyai hak dan kesitimewaan seperti berikut:
(a) berhak untuk menyertai segala kegiatan yang
dianjurkan oleh Persatuan ini;
(b) berhak menerima dengan percuma satu salinan
perlembagaan Persatuan semasa pendaftaran dan diberi
sekali sahaja; dan
(c) berhak menggunakan kemudahan dan premis
badan sukan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.

9.2 Tiap-tiap ahli hendaklah mengakui dan bersetuju untuk


mematuhI:
(a) perlembagaan, undang-undang dan peraturan-peraturan
termasuk peraturan-peraturan kecil, amalan-amalan terbaik
yang diterimapakai oleh badan sukan di peringkat tempatan
dan antarabangsa;
(b) segala bidang kuasa badan sukan ini; dan
(c) segala peraturan dan undang-undang berkaitan dengan
sukan ini.

FASAL 10. HAK MENGUNDI DALAM MESYUARAT AGUNG


10.1 Ahli Gabungan
Semua ahli gabungan yang membayar yuran sebelum atau
pada 1 Februari berhak untuk mengundi dan diundi dalam
Mesyuarat Agung.
10.2 Ahli Individu
Semua ahli individu yang membayar yuran tahunan sebelum 1
Februari tahun tersebut adalah berhak untuk menghadiri
Mesyuarat Agung Tahunan tetapi tidak boleh mengundi dan
diundi dalam Mesyuarat tersebut.
10.3 Ahli Bersekutu
Ahli bersekutu tidak berhak mengundi dan diundi tetapi boleh
menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan sebagai pemerhati.
10.4 Ahli Kehormat
Ahli Kehormat tidak berhak mengundi dan diundi tetapi
boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan sebagai
pemerhati.

FASAL 11. PERWAKILAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN


11.1 Setiap ahli berhak untuk hadir dalam Mesyuarat Agung
Tahunan.
11.2 Perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dipilih
oleh badan yang diwakilinya.
11.3 Setiap ahli gabungan berhak menghantar ____ orang wakil ke
Mesyuarat Agung Tahunan.
11.4 Setiap ahli bersekutu berhak menghantar ____ orang wakil ke
Mesyuarat Agung Tahunan.
11.5 Nama-nama wakil yang dipilih hendaklah disampaikan secara
bertulis kepada Setiausaha sekurang-kurangnya tujuh (7) hari
sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

11.6 Jika ahli hendak menukar perwakilannya ke Mesyuarat Agung


Tahunan, nama perwakilan yang baru hendaklah disampaikan
kepada Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya tiga (3) hari
sebelum Mesyuarat Agung Tahunan.

FASAL 12. DISIPLIN AHLI, PEGAWAI DAN PEMEGANG JAWATAN


Jawatankuasa Tatatertib setelah mendapati mana-mana ahli, pegawai
dan pemegang jawatan:
(a) telah melanggar, gagal, enggan, atau tidak peduli untuk
mematuhi mana-mana peraturan dan undang-undang termasuk
gagal memenuhi komitmen sebagai ahli seperti mana terkandung
dalam Fasal 9.2;
(b) bertindak secara tidak wajar atau memudaratkan kepada badan
sukan dan kepentingannya; dan tidak selari dengan matlamat
badan sukan dan sukan itu sendiri; dan
(c) membawa keaiban kepada ahli, badan sukan, sukan itu sendiri
dan negara.
boleh memulakan prosiding disiplin terhadap ahli, pegawai atau
pemegang jawatan tersebut tertakluk kepada kuasa dan prosedur
disiplin yang ditetapkan oleh Jawatnkuasa Induk. Ahli, pegawai dan
pemegang jawatan yang terlibat berhak untuk mendapat keadilan
semulajadi (natural justice ).

FASAL 13. PEMBERHENTIAN, PENGGANTUNGAN DAN


PEMECATAN AHLI / PEGAWAI DAN PEMEGANG
JAWATAN

13.1 Mana-mana ahli atau pemegang jawatan yang membuat


permohonan bertulis untuk berhenti dan permohonannya itu
diluluskan oleh Jawatankuasa Induk adalah dianggap sebagai
telah berhenti menjadi ahli persatuan.
13.2 Penggantungan atau pemecatan ahli atau pemegang jawatan
boleh dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib setelah melalui
proses keadilan semulajadi.
13.3 Pemberhentian atau pemecatan mana-mana pegawai atau
pemegang jawatan yang dilantik oleh Presiden atau
Jawatankuasa Induk adalah tertakluk kepada syarat-syarat
dalam perlantikannya.
13.4 Setiap ahli atau pemegang jawatan yang didapati menjalankan
sesuatu kegiatan yang bertentangan dengan perlembagaan
Persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya atau
jawatannya bagi tempoh sebagaimana yang difikirkan
munasabah. Surat tunjuk sebab hendaklah dikemukakan
kepada ahli atau pemegang jawatan tersebut sebelum tindakan
pemecatan atau penggantungannya dibuat.
13.5 Penggantungan atau pemecatan itu hendaklah berkuatkuasa
pada tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib.
13.6 Mana-mana ahli, pegawai atau pemegang jawatan yang
keahliannya dipecat atau jawatannya digantung boleh
mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Induk dalam
tempoh empat belas (14) hari dari tarikh keputusan
Jawatankuasa Tatatertib.
13.7 Jawatankuasa Induk mempunyai kuasa sama ada untuk
menerima, menolak atau membuat apa-apa keputusan lain yang
telah dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib dan keputusan
Jawatankuasa Induk adalah muktamad.
FASAL 14. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
14.1 Mesyuarat Agung Tahunan ialah mesyuarat yang dihadiri oleh
semua ahli persatuan. Ia merupakan kuasa perundangan
tertinggi untuk membuat keputusan.
14.2 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan tidak lewat dari
tarikh_____ (nyatakan tarikh/bulan) tiap-tiap tahun.
14.3 Jika Persatuan gagal mengadakan Mesyuarat Agung
Tahunannya mengikut tempoh yang ditetapkan dalam fasal
14.2 dan 14.7, Persatuan hendaklah merujuk kepada
Pesuruhjaya untuk perlanjutan masa bagi mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan itu.
14.4 Notis Mesyuarat Agung Tahunan
(a) Dua (2) notis Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah hantar
secara bertulis sama ada melalui fax, e-mail, surat berdaftar
atau serahan tangan.

(b) Notis pertama hendaklah dihantar kepada setiap ahli


sekurang-kurangnya empat puluh (45) hari sebelum tarikh
Mesyuarat Agung Tahunan yang menyatakan perkara-
perkara berikut:
(i) Tarikh
(ii) Hari
(iii) Masa
(iv) Tempat mesyuarat diadakan

(c) Notis kedua hendaklah dikeluarkan kepada setiap ahli


sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari sebelum tarikh
Mesyuarat Agung Tahunan yang menyatakan perkara-
perkara berikut;

(i) Agenda
(ii) Laporan aktiviti
(iii) Laporan kewangan
(iv) Borang maklumat perwakilan ke Mesyuarat Agung
(v) Borang pencalonan (jika berkenaan)
(vi) Borang permintaan usul kepada ahli untuk dibawa
dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

(d) Borang pencalonan (jika berkenaan) dan borang maklumat


perwakilan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan
kepada Setiausaha sekurang-kurangya empat belas (14) hari
sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.
14.5 Usul
(a) Semua usul yang hendak dibawa ke dalam Mesyuarat
Agung Tahunan perlu dikemukakan secara bertulis kepada
Setiausaha sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari
sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.

(b) Jika usul ditolak oleh Jawatankuasa Induk, usul tersebut


atau usul baru yang mempunyai maksud yang sama tidak
boleh dikemukakan semula. Usul tersebut hanya boleh
dikemukakan semula selepas enam (6) bulan dari Mesyuarat
Agung Tahunan tersebut.
14.6 Korum
(a) Korum bagi Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak
kurang dari satu perdua (1/2) daripada bilangan keahlian
yang layak mengundi.
(b) Sekiranya korum tidak mencukupi selepas satu (1) jam
dari masa yang ditetapkan, maka Mesyuarat itu hendaklah
ditunda kepada tarikh baru dalam tiga puluh (30) hari dari
tarikh mesyuarat itu.
(c) Sekiranya korum masih tidak mencukupi pada mesyuarat
yang ditunda itu, maka ahli-ahli yang hadir bolehlah
meneruskan mesyuarat tetapi tidak boleh meminda
perlembagaan dan membuat apa-apa keputusan berkaitan
dengan kepentingan ahli.
14.7 Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan.
(a) Mana-mana Mesyuarat Agung Tahunan yang ditangguhkan
atas alasan selain darpada perkara 14.6 (b), Pengerusi
boleh dengan persetujuan dua pertiga (2/3) daripada ahli
mesyuarat yang berhak mengundi, menangguh mesyuarat
kepada masa dan tempat yang lain.
(b) Sekiranya Mesyuarat Agung Tahunan ditangguhkan dalam
tempoh tidak melebihi tiga puluh (30) hari, mesyuarat itu
boleh disambung tanpa mengeluarkan notis mesyuarat
yang baru. Walau bagaimanapun tiada perkara baru boleh
dibincangkan selain dari apa yang telah dinyatakan dalam
agenda. Ia hanya untuk menyelesaikan agenda mesyuarat
terdahulu yang masih belum selesai.
(c) Jika mesyuarat itu ditangguhkan melebihi daripada tiga
puluh (30) hari, notis mesyuarat baru hendaklah
dikeluarkan sama seperti notis asal menurut fasal 14.4.
Walau bagaimanapun tiada perkara baru boleh
dibincangkan selain dari apa yang telah dinyatakan dalam
agenda. Ia hanya untuk menyelesaikan agenda mesyuarat
terdahulu yang masih belum selesai.
14.8 Pengendalian Mesyuarat Agung Tahunan
Apa-apa perkara yang berbangkit semasa Mesyuarat Agung
Tahunan berkaitan dengan agenda mesyuarat, prosedur dan
tatacara pengendalian mesyuarat hendaklah dirujuk kepada
pengerusi Mesyuarat yang keputusannya adalah muktamad.
14.9 Kaedah Mengundi Dan Keputusan
14.9.1 Apa-apa keputusan yang memerlukan pengundian,
pengundian hendaklah dibuat dengan cara:
(a) mengangkat tangan; atau
(b) jika diminta oleh:
(i) Presiden dengan persetujuan majoriti ahli
mesyuarat; atau
(ii)satu perdua (1/2) daripada ahli Mesyuarat
yang berhak mengundi.
menggunakan kertas undian tertutup.
14.9.2 Keputusan undian tersebut hendaklah diisytiharkan
oleh Presiden sebaik sahaja proses pengiraan selesai
dan keputusan itu hendaklah direkodkan dalam minit
mesyuarat.
14.10 Penghantaran Dokumen dan Minit Mesyuarat Agung
Tahunan
(a) Setiausaha hendaklah menghantar setiap minit
Mesyuarat Agung Tahunan yang belum disahkan kepada
ahli-ahli dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh
Mesyuarat itu diadakan.
(b) Setiausaha hendaklah menyerahkan kepada Pesuruhjaya
dokumen-dokumen yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya
dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Mesyuarat
Agung Tahunan. Dokumen-dokumen tersebut ialah:

(i) Minit Mesyuarat Jawatankuasa Induk yang


menetapkan Mesyuarat Agung Tahunan
(ii) Minit Mesyuarat Agung Tahunan
(iii) Laporan Aktiviti Tahunan;
(iv) Laporan Kewangan Tahunan;
(v) Senarai Ahli Jawatankuasa Induk terkini; dan
(vi) dokumen-dokumen lain seperti yang diarahkan oleh
Pesuruhjaya.

FASAL 15. AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN


Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi antara
lain perkara-perkara seperti berikut :
(a) menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan
sebelumnya;
(b) menerima dan meluluskan Laporan Jawatankuasa berkenaan
kegiatan Persatuan sepanjang tahun sebelumnya;
(c) menerima dan meluluskan laporan Bendahari dan Penyata
Kewangan yang telah diaudit bagi tahun sebelumnya;
(d) pemilihan Ahli Jawatankuasa Induk (jika berkenaan); dan
(e) hal-hal lain yang berkaitan.

FASAL 16. MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA


16.1 Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh diadakan dalam keadaan
berikut:
(a) dengan kehendak Presiden;
(b) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Induk; atau
(c) atas permintaan bertulis oleh tidak kurang daripada satu
perdua (1/2) jumlah ahli yang berhak mengundi dengan
menyatakan tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya.
16.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diminta hendaklah
diadakan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan
permintaan mesyuarat itu.
16.3 Setiausaha hendaklah mengedarkan notis pemberitahuan dan
agenda untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa kepada semua
ahli sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh
yang ditetapkan untuk bermesyuarat.
16.4 Korum Mesyuarat Agung Luar Biasa adalah sama dengan
korum Mesyuarat Agung Tahunan. Sekiranya korum tidak
mencukupi selepas setengah (1/2) jam dari waktu yang telah
ditetapkan bagi mesyuarat itu maka mesyuarat itu hendaklah
ditangguhkan pada hari, masa dan tempat yang sama pada
minggu berikut atau pada hari, masa dan tempat yang
ditetapkan oleh Presiden dan jika korum masih tidak
mencukupi pada mesyuarat yang ditangguhkan itu selepas
setengah jam daripada masa yang ditetapkan maka mesyuarat
itu terbatal.
16.5 Tiada pemilihan Jawatankuasa Induk boleh diadakan semasa
Mesyuarat Agung Luar Biasa.

FASAL 17. JAWATANKUASA INDUK


17.1 Jawatankuasa Induk Persatuan hendaklah terdiri daripada :
(a) Seorang Presiden ;
(b) seorang Timbalan Presiden;
(c) ______ orang Naib Presiden,
(d) seorang Setiausaha
(e) seorang Bendahari
(f) ______ orang Ahli Jawatankuasa .
17.2 Jawatankuasa Induk hendaklah dipilih dalam Mesyuarat
Agung Tahunan dan memegang jawatan untuk tempoh
selama ______ ( ) tahun
17.3 Pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Induk dan
dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa yang lain hendaklah:
(a) Warganegara Malaysia
(b) berumur lapan belas (18) tahun ke atas;
(c) bukan seorang yang muflis;
(d) tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh mana-mana
badan sukan dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu;
(e) tidak disabitkan kesalahan jenayah atau sivil dengan
denda tidak kurang daripada RM2,000 dalam tempoh
lima (5) tahun yang lalu; dan
(f) sempurna akal.
17.4 Mana-mana pemegang jawatan yang disabitkan dengan suatu
kesalahan di Mahkamah atas pertuduhan jenayah hendaklah
terlucut jawatannya dengan serta-merta.
17.5 Sekiranya terdapat kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa
Induk yang disebabkan pemegang jawatannya telah
melepaskan jawatan atau telah meninggal dunia, calon yang
mendapat undi kedua terbanyak semasa pemilihan
Jawatankuasa Induk yang lepas adalah dengan sendirinya
layak untuk memegang jawatan tersebut. Jika tiada calon
yang sedemikian atau calon itu menolak tawaran jawatan itu,
pemilihan bagi mengisi kekosongan tersebut perlu dibawa ke
dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang.

FASAL 18. TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA INDUK


18.1 Tugas-tugas Jawatankuasa Induk antara lain seperti berikut:
(a) menubuh Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil;
(b) melantik Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil;
(c) menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat
Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa;
(d) mengurus dan mentadbir persatuan secara teratur;
(e) merancang, melaksana dan menilai program Persatuan;
(f) mengkaji dan mencadang program-program dan
perbelanjaan yang berkaitan;
(g) meluluskan atau meminda peraturan-peraturan untuk
dibahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau
Mesyuarat Agung Luar Biasa;
(h) menimbang rayuan keputusan Jawatankuasa Tatatertib ;
(i) memantau dan memastikan semua ahli, pegawai dan
pemegang jawatan mematuhi perlembagaan dan
peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh badan ini;
(j) melantik dan mengisi mana-mana jawatan kosong yang
bergaji;
(k) membangun dan merangka pelan strategik pembangunan
sukan ini di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan
kelab;
(l) mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana
pemegang jawatan yang melanggar perlembagaan dan
peraturan persatuan;
(m) menimbang permohonan menjadi ahli persatuan; dan

(n) menyelesaikan apa-apa masalah pelanggaran peraturan,


peraturan kecil, dan disiplin di kalangan pegawai,
pemegang jawatan dan ahli melalui prosedur-prosedur
yang ditetapkan.

FASAL 19. TUGAS AHLI JAWATANKUASA INDUK

19.1 Presiden
Presiden dalam masa jawatannya hendaklah menjadi
Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Induk dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua
mesyuarat.
19.2 Timbalan Presiden
Timbalan Presiden hendaklah membantu Presiden
melaksanakan tanggungjawab menguruskan pentadbiran
persatuan. Dia hendaklah memangku dan melaksanakan
tanggungjawab Presiden selama ketiadaan Presiden.
19.3 Naib Presiden
Naib Presiden hendaklah membantu Presiden dan Timbalan
Presiden dalam menguruskan pentadbiran persatuan. Semasa
ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden, Naib Presiden
yang paling kanan hendaklah memangku jawatan tersebut.
19.4 Setiausaha
Setiausaha bertanggungjawab dalam segala pengurusan dan
pentadbiran persatuan mengikut perlembagaan dan
menjalankan arahan-arahan Mesyuarat Agung atau
Jawatankuasa Induk. Beliau bertanggungjawab mengenai
surat-menyurat, menyimpan apa-apa dokumen seperti buku,
surat dan kertas kecuali buku kira-kira dan buku kewangan.
Dia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat
catatan-catatan mesyuarat.
19.5 Bendahari
Bendahari hendaklah membuat kutipan yuran keahlian dan
menyimpan buku kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.

FASAL 20. MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK


20.1 Jawatankuasa Induk hendaklah bermesyuarat sekurang-
kurangnya sekali dalam masa tiga (3) bulan. Notis bagi tiap-
tiap mesyuarat hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli dalam
tempoh tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. Presiden
dengan bersendirian atau satu pertiga (1/3) ahli jawatankuasa
secara bersama boleh memanggil Mesyuarat Jawatankuasa
Induk pada bila-bila masa.
20.2 Korum mesyuarat Jawatankuasa Induk hendaklah tidak
kurang daripada satu perdua (1/2) daripada bilangan Ahli
Jawatankuasa Induk.
20.3 Mana-mana ahli Jawatankuasa Induk yang tidak hadir dalam
tiga (3) mesyuarat Jawatankuasa Induk berturut-turut boleh
kehilangan jawatannya kecuali Jawatankuasa Induk berpuas
hati terhadap sebab-sebab ketidakhadirannya.
FASAL 21. JAWATANKUASA -JAWATANKUASA KECIL
21.1 Jawatankuasa Induk boleh menubuhkan jawatankuasa kecil
yang dirasakan perlu untuk membantu perjalanan Persatuan
seperti berikut:
(a) Jawatankuasa Kewangan
(b) Jawatankuasa Pembangunan
(c) Jawatankuasa Teknikal
(d) Jawatankuasa Pemilihan
(e) Jawatankuasa Pertandingan
(f) Jawatankuasa Tatatertib
(g) Jawatankuasa Anti-Doping
(h) Jawatankuasa Wanita
(i) Jawatankuasa-Jawatankuasa lain yang difikirkan perlu.

21.2 Tugas Pengerusi Jawatankuasa Kecil


Pengerusi Jawatankuasa Kecil hendaklah menjalankan tugas
seperti yang diarahkan oleh Jawatankuasa Induk

21.3 Tugas Jawatankuasa Kecil


(a) Jawatankuasa Kewangan
Tugas utama Jawatankuasa ini ialah mencari sumber
pendapatan persatuan seperti tajaan, bantuan dari kerajaan,
derma atau cara-cara lain yang sah dari segi undang-
undang persatuan dan undang-undang negara.
(b) Jawatankuasa Pembangunan
Tugas utama Jawatankuasa ini ialah menganjurkan
program-program pembangunan dan latihan serta
termasuk pembangunan pegawai dan jurulatih.
(c) Jawatankuasa Teknikal
Tugas utama Jawatankuasa ini ialah melibatkan hal-ehwal
teknikal sukan ini.
(d) Jawatankuasa Pemilihan
Tugas utama Jawatankuasa ini ialah memilih atlet untuk
diperakukan kepada Jawatankuasa induk bagi mewakili
Persatuan dalam apa-apa pertandingan dalam dan luar
negara.
(e) Jawatankuasa Pertandingan
Tugas utama Jawatankuasa ini ialah mengelolakan
pertandingan-pertandingan di peringkat kebangsaan
(f) Jawatankuasa Tatatertib
Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk memutuskan
kes-kes berhubung salah laku ahli termasuk pegawai dan
pemegang jawatan; dan menentukan peraturan-peraturan
yang perlu dipatuhi oleh pihak yang telah dikenakan
tindakan.
(g) Jawatankuasa Anti-Doping
Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk memantau dan
memastikan bahawa semua ahli sukan atau atlet mematuhi
peraturan anti-doping. Jawantankuasa ini hendaklah
menggunakan peraturan World Anti-Doping Agency
(WADA) dan Institut Sukan Negara (ISN) / Anti-Doping
Agency of Malaysia (ADAMAS) atau mana-mana badan
yang diiktiraf oleh WADA dan pihak berkuasa di
Malaysia.
(h) Jawatankuasa Wanita
Tugas Jawatankuasa ini ialah untuk menjaga kepentingan
wanita dalam badan sukan ini.

FASAL 22. KEWANGAN


22.1 Sumber kewangan Persatuan boleh diperoleh melalui:
(a) yuran tahunan dan penalti kemasukan semula;
(b) derma dan tajaan;
(c) bantuan dari kerajaan atau badan-badan yang dibenarkan;
(d) hasil-hasil perniagaan persatuan; dan
(e) sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh undang-undang
negara.

22.2 Pendapatan yang diperolehi Persatuan hendaklah digunakan


untuk mencapai objektif seperti yang disebut dalam
perlembagaan Fasal 4.1
22.3 Semua cek atau baucer pembayaran Persatuan hendaklah
ditandatangani oleh Bendahari dan Presiden atau Setiausaha.
22.4 Perbelanjaan kurang daripada RM ________ bagi sesuatu
masa boleh dibuat tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh
Jawatankuasa Induk.
22.5 Perbelanjaan yang lebih daripada RM______ bagi sesuatu
masa tidak boleh dibuat tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh
Jawatankuasa Induk.
22.6 Perbelanjaan melebihi daripada RM_____ bagi sesuatu masa
hendaklah mendapat kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan
atau Mesyuarat Agung Luar Biasa .
22.7 Bendahari boleh menyimpan wang tunai tidak lebih daripada
RM _____ dalam sesuatu masa. Wang yang lebih daripada
jumlah itu mesti dimasukkan ke dalam akaun persatuan.
22.8 Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi setahun hendaklah
disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit dalam
tempoh tiga puluh (30) hari setelah tamat tahun kewangan.
Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan yang diaudit hendaklah
dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan
yang berikutnya.
22.9 Tahun kewangan Persatuan ini ialah dari 1 Januari hingga 31
Disember pada tiap-tiap tahun.
FASAL 23. JURU AUDIT
23.1 Dua orang yang bukannya pemegang jawatan dalam
Jawatankuasa Induk boleh dilantik sebagai Juruaudit.
Pelantikan hendaklah dibuat semasa Mesyuarat Agung
Tahunan. Jawatan yang dipegang ialah selama tempoh dua (2)
tahun dan boleh dilantik semula.
23.2 Tugas Juruaudit ialah membuat pemeriksaan terhadap penyata
kewangan persatuan dan membuat laporan dan pengesahan ke
atas penyata kewangan tersebut.
23.3 Mesyuarat Agung Tahunan boleh juga melantik Firma Audit
yang bertauliah bagi menjalankan kerja-kerja auditan
Persatuan.

FASAL 24. DISKRIMINASI, EKSPLOITASI DAN GANGGUAN


SEKSUAL.
24.1 Persatuan dan ahli persatuan ini termasuk individu, pegawai,
pemegang jawatan, jurulatih serta atlet bertanggungjawab
menjamin keadilan dan kesaksamaan tanpa mengira gender,
agama dan bangsa.
24.2 Persatuan hendaklah memastikan tiada ekploitasi, gangguan
fizikal, emosi dan seksual dilakukan terhadap mana-mana
orang dalam Persatuan.
FASAL 25. KESELAMATAN, INSURAN DAN PERUBATAN
25.1 Persatuan bertanggungjawab terhadap keselamatan ahli atau
atlet yang mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan
atau pertandingan sama ada di dalam atau luar negara.
25.2 Ahli persatuan atau atlet yang mengambil bahagian dalam
sebarang kejohanan, pertandingan sama ada di dalam atau di
luar negara hendaklah dilindungi oleh insuran yang dibiayai
dan diuruskan oleh persatuan.
25.3 Persatuan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan
perubatan kepada ahli atau atlet yang mengambil bahagian
dalam sebarang kejohanan atau pertandingan sama ada di
dalam atau luar negara.

FASAL 26. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG


Di antara Mesyuarat Agung Tahunan, Jawatankuasa Induk boleh
memberi tafsiran terhadap perkara-perkara yang tidak terkandung
di dalam perlembagaan ini selagi tafsiran tersebut tidak bercanggah
dengan dasar dan objektif persatuan.

FASAL 27. PERTIKAIAN DALAMAN


Jawatankuasa Induk dengan kerjasama Jawatankuasa Tatatertib
bertangungjawab untuk mewujudkan satu mekanisme bagi
menangani apa-apa pertikaian dalaman yang timbul di kalangan
ahli-ahlinya mengikut prosedur dalaman yang ditetapkan dalam
peraturan-peraturan persatuan itu. Jika pertikaian gagal
diselesaikan, Persatuan tersebut hendaklah merujuk kepada Majlis
Olimpik Malaysia untuk penyelesaian.

FASAL 28. PENAUNG ATAU PENASIHAT


28.1 Jawatankuasa Induk Persatuan boleh juga melantik individu-
individu tertentu untuk menjadi penaung atau penasihat bagi
persatuan ini, sekiranya perlu.
28.2 Penaung atau Penasihat tidak mempunyai kuasa dalam
pentadbiran persatuan dan juga tidak boleh mengundi dan
diundi.

FASAL 29. PINDAAN PERLEMBAGAAN


29.1 Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan
keputusan dua pertiga (2/3) daripada ahli yang layak
mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat
Agung Luar Biasa.
29.2 Apa-apa pindaan kepada perlembagaan hendaklah
dikemukakan kepada Pesuruhjaya dalam tempoh tiga puluh
(30) hari dari tarikh ia diluluskan oleh Mesyuarat Agung
Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa. Pindaan ini tidak
boleh dikuatkuasakan selagi tidak mendapat kelulusan bertulis
daripada Pesuruhjaya.

29.3 Pesuruhjaya boleh mengarahkan persatuan untuk meminda


perlembagaan bila ada keperluan untuk berbuat demikian.
FASAL 30. LARANGAN
30.1 Segala bentuk perjudian dan aktiviti-aktiviti yang
bertentangan dengan undang-undang Malaysia dilarang
dilakukan dalam mana-mana premis persatuan.
30.2 Persatuan tidak boleh terlibat, bergabung atau mengadakan
hubungan dengan apa-apa jua kegiatan politik atau mana-
mana parti politik dan menggunakan nama persatuan dalam
apa jua isu-isu politik.

FASAL 31. PEMBUBARAN


31.1 Persatuan ini boleh dibubarkan dalam Mesyuarat Agung yang
khusus untuk tujuan ini dan dengan keputusan oleh dua
pertiga (2/3) daripada ahli yang layak mengundi.
31.2 Setelah persatuan dibubarkan maka semua baki wang atau
harta benda (aset) yang ada hendaklah diserahkan kepada
Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia.
31.3 Keputusan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada
Pesuruhjaya dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh
pembubaran itu melalui borang-borang yang ditentukan oleh
Pesuruhjaya.

Disahkan betul oleh;


Presiden Setiausaha
Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:

http://www.google.com/search?sourceid=navclient&ie=UTF-
8&q=Pengajaran+dan+pembelajaran+berbantukan+komputer#sclient=psy&hl=
en&q=perlembagaan+dan+pentadbiran+organisasi+badan+sukan+kebangsaan&
aq=f&aqi=&aql=&oq=&pbx=1&fp=f71c9d2b3ccf4dd5
Pendahuluan

         Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar
dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara pada 22 Oktober 1963 (Rujukan 361) pada
mulanya, dan kemudiannya pula didaftarkan kepada Pesuruhjaya Sukan pada 31 Julai 1998 (Rujukan
0149/98). Perubahan ini berlaku apabila kerajaan telah menetapkan dasar melalui Akta
Pembangunan Sukan 1997 supaya semua badan yang menjalankan kegiatan sukan hendaklah
berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan. Badan Pentadbiran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia
dibantu oleh dua organisasi dalaman yang ditubuhkan khusus untuk mengukuhkan pengurusan
pengembangan dan pembangunan Silat Seni Gayong Malaysia, iaitu Lembaga Adat Istiadat dan
Majlis Gurulatih. Penubuhan organisasi ini di peruntukan dalam Perlembagaan Pertubuhan - merujuk
kepada perkara 30 dan perkara 31. Badan Pentadbiran Pertubuhan merupakan badan utama bagi
menggerakkan hal-hal yang berkaitan dengan merancang, melaksana dan mengawal aktiviti-aktiviti
pembangunan dan pengembangan sebagai sebuah Pertubuhan. Badan ini berkait rapat dan
berhubung secara langsung dengan urusan memenuhi keperluan dasar-dasar kerajaan yang
berkaitan. Disamping itu juga ia berperanan sebagai agensi penghubung di antara organisasi luar,
samada dari dalam negara mahu pun luar negara, dengan isu-isu yang berkaitan pentadbiran Silat
Seni Gayong Malaysia.

Rajah1 : Hubungan Pentadbiran, Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih

         Lembaga Adat Istiadat pula memberi fokus kepada merancang, melaksana dan mengawal
pelaksanaan amalan adat-istiadat silat yang diwarisi. Perkara-perkara yang diberi perhatian
termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan penyampaian sandang-sandang kebesaran, adat
perlimau tapak dan seni, tatacara pemakaian serta penampilan dan pelaksanan protokol budaya
warisan. Majlis Gurulatih seterusnya berperanan dalam urusan merancang, melaksana dan
mengawal pembangunan dan pengembangan persilatan dari aspek kurikulum latihan dan
kejurulatihan. Ini termasuklah urusan mengumpul dan menyusun pelajaran-pelajaran yang terdapat
dari guru-guru kanan yang ditauliah atau diketahui menguasai kemahiran yang diperturunkan oleh
Allayarham Dato’ Meor Abdul Rahman.
Pendaftaran Negeri, Daerah, Gelanggang dan Ahli

         Merujuk kepada dasar yang ditetapkan dalam Akta Pembangunan Sukan yang dinyatakan,
badan-badan yang perlu berdaftar kepada Pesuruhjaya Sukan ialah badan daerah, negeri dan
kebangsaan. Gelanggang-gelanggang yang ditubuhkan di dalam sesebuah daerah hanya perlu
mendaftar atau bergabung di bawah pengurusan daerah atau negeri (jika tiada daerah yang
mendapat kelulusan pendaftaran) yang telah diluluskan pendaftarananya oleh Pesuruhjaya Sukan.

         Setiap pendaftaran daerah, atau negeri atau kebangsaan ini adalah secara berasingan.
Kewujudan badan-badan ini tidak ada kaitan di antara satu dengan lain dari aspek penubuhannya.
Pembatalan mana-mana badan di mana-mana peringkat sekali pun tidak akan membabitkan
pembatalan badan-badan lain. Contohnya jika Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia sesuatu
Negeri terbatal pendafatarannya, pendaftaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia daerah-daerah
di negeri berkenaan tidak terjejas. Begitu juga jika berlaku pembatalan pendaftaran badan di
peringkat kebangsaan, badan di peringkat negeri dan daerah boleh meneruskan pentadbiran masing-
masing tanpa sebarang sekatan dari mana-mana pihak berkuasa.

         Setakat ini, kaitan yang jelas di antara daerah, negeri dan kebangsaan ialah penggunaan nama
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Pertubuhan di peringkat kebangsaan telah memohon jasa
baik Pesuruhjaya Sukan supaya hendaklah merujuk kepada badan kebangsaan ini jika terdapat
mana-mana pihak yang memohon untuk mendaftar dengan mengguna nama Gayong. Tujuannya
ialah untuk mengelak lebih banyak badan silat mengguna nama Gayong. Contohnya Gayong Fatani,
Pusaka Gayong, Gayong Warisan, Gayong Sundang, Gayong Ghaib, Gayong Ma’rifat dan
sebagainya. Jumlah yang ada ini pun telah banyak menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat
umum, terutamanya dari aspek kesahihan, asal-usul dan pentadbiran.

         Bagi tujuan mengembang dan membangunkan silat di seluruh negara secara teratur dan kemas
berikut disenaraikan prosidur untuk dijadikan panduan bagi mendaftarkan Pertubuhan di peringkat
daerah, negeri, gelanggang dan ahli:

Pendaftaran Daerah :

1. adakan mesyuarat Jawatankuasa Penaja. Untuk tujuan mendapat sokongan ramai, pastikan
semua gelanggang Silat Gayong yang ada di daerah dijemput hadir.
2. hantar minit mesyuarat, senarai jawatankuasa, senarai kehadiran, perlembagaan, logo dan
lencana kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah, atau Negeri. Sertakan surat sebagai
iringan bagi menjelaskan maksud. Salinkan surat ini kepada PSSGM Kebangsaan, supaya
pihak ini juga akan dapat menghantar surat sokongan permohonan kepada Pesuruhjaya
Sukan di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

3. sila buat panggilan telifon dari semasa ke semasa (dicadangkan sebulan sekali) untuk
bertanyakan status permohonan kepada Pejabat Belia dan Sukan yang berkaitan atau secara
langsung kepada Pesuruhjaya Sukan di Kementerian Belia dan Sukan.

4. setelah mendapat kelulusan, adakan Mesyuarat Agung bagi melantik jawatankuasa untuk
mentadbir Pertubuhan. Penyata hendaklah dihantar kepada Pesuruhjaya Sukan melalui
Pejabat Belia dan Sukan Daerah. Penyata hendaklah mengandungi:

 Minit Mesyuarat Agung

 Laporan Kewangan (mesyuarat agung pertama tidak perlu hantar laporan ini)

 Laporan Aktiviti (mesyuarat agung pertama tidak perlu hantar laporan ini)

 Senarai Jawatankuasa

 Bilangan dokumen-dokumen yang perlu dihantar hendaklah dirujuk dari Pejabat Belia dan
Sukan. Pejabat ini ada menyediakan maklumat panduan

Pendaftaran Negeri :

1. adakan mesyuarat Jawatankuasa Penaja. Untuk tujuan mendapat sokongan semua pihak,
pastikan wakil semua daerah terutamanya daerah-daerah yang telah mendapat kelulusan
pendaftaran dijemput hadir. Dinasihatkan supaya surat jemputan dihantar melalui pos
berdaftar.
2. hantar minit mesyuarat, senarai jawatankuasa, senarai kehadiran, perlembagaan, logo dan
lencana kepada Pejabat Belia dan Sukan Negeri. Sertakan surat sebagai iringan bagi
menjelaskan maksud. Salinkan surat ini kepada PSSGM Kebangsaan, supaya pihak ini juga
akan dapat menghantar surat sokongan permohonan kepada Pesuruhjaya Sukan di
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

3. sila buat panggilan telifon dari semasa ke semasa (dicadangkan sebulan sekali) untuk
bertanyakan status permohonan kepada Pejabat Belia dan Sukan yang berkaitan atau secara
langsung kepada Pesuruhjaya Sukan di Kementerian Belia dan Sukan.

4. setelah mendapat kelulusan, adakan Mesyuarat Agung bagi melantik jawatankuasa untuk
mentadbir Pertubuhan. Penyata hendaklah dihantar kepada Pesuruhjaya Sukan melalui
Pejabat Belia dan Sukan Negeri. Penyata hendaklah mengandungi:

 Minit Mesyuarat Agung

 Laporan Kewangan (mesyuarat agung pertama tidak perlu hantar laporan ini)

 Laporan Aktiviti (mesyuarat agung pertama tidak perlu hantar laporan ini)

 Senarai Jawatankuasa

 Bilangan dokumen-dokumen yang perlu dihantar hendaklah dirujuk dari Pejabat Belia dan
Sukan. Pejabat ini ada menyediakan maklumat panduan

Pendaftaran Gelanggang :

         Seperti mana yang dinyatakan dalam Pendahuluan, pentadbiran gelanggang hanya perlu
berdaftar secara gabungan dengan badan PSSGM Daerah atau PSSGM Negeri jika badan daerah
masih belum berdaftar atau ditubuhkan.

         Penubuhan gelanggang hendaklah atas permintaan atau permohonan badan penaja seperti
sekolah, kolej, Institut Pengajian Tinggi, Jawatankuasa Pendudukan Setempat dan sebagainya.
Permohonan rasmi secara bersurat atau mengisi borang yang disediakan oleh pentadbiran PSSGM
Daerah atau Negeri hendaklah dikemukakan. Apabila permohonan mengemuka gelanggang di
kemukakan, pihak pentadbiran akan bertanggungjawab untuk:

1. memberi makluman terimaan dalam tempuh 3 hari selepas surat atau borang permohonan
diterima
2. mengeluarkan surat kelulusan penubuhan gelanggang kepada pihak pemohon dalam tempuh
5 hari sekiranya permohonan disokong

3. meminta pihak penaja memohon mendaftarkan gelanggang dengan mengisi borang


permohonan Sijil Gelanggang. Permohonan ini hendaklah dipanjangkan kepada pentadbiran
Kebangsaan dengan sokongan pentadbiran Negeri. Sijil ini perlu diperbaharui pada setiap
tahun.

4. Sijil Gelanggang hendaklah dibekalkan oleh pentadbiran pusat dalam tempuh 30 hari
permohonan penubuhan gelanggang diluluskan.

Pendaftaran Gabungan :

         Dasar gabungan di antara daerah dengan negeri dan seterusnya kebangsaan ialah melalui
pendaftaran ahli. Jika gelanggang mendaftarkan ahlinya dengan pentadbiran daerah, maka
gelanggang berkenaan telah bergabung dengan daerah tersebut, jika pula pentadbiran daerah
memanjangkan pendaftaran ahli-ahlinya kepada pentadbiran negeri, maka pentadbiran daerah
berkenaan dianggap telah bergabung dengan pentadbiran negeri tersebut. Sistem gabungan ini
berterusan sehingga ke peringkat kebangsaan. Dalam keadaan-keadaan tertentu, sistem gabungan
ini tidak semestinya melalui peringkat-peringkat yang dinyatakan. Penggabungan mungkin berlaku
secara terus dari gelanggang ke negeri tanpa melalui daerah, atau daerah terus kepada kebangsaan
tanpa melalui negeri. Jumlah ahli minima yang boleh diterima untuk sebarang gabungan ialah tidak
tempuh selama 6 enam bulan, gelanggang, daerah atau negeri yang berkaitan boleh dicadangkan
untuk digugurkan status gabungannya. Perkara ini dinyatakan dalam Perkara 20 fasal 2 ii)
Perlembagaan (1995).

         Dalam menguruskan pendaftaran gabungan, Pentadbiran Kebangsaan menghadapi dua status


pendaftaran. Status pertama ialah apabila terdapatnya keadaan dimana pentadbiran daerah atau
pentadbiran negeri tidak berdaftar. Contohnya bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai pentadbiran
tanah daerah seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Negeri-negeri sebegini, gelanggang akan terus berdaftar dengan pentadbiran PSSGM Negeri.

         Kes begini juga dirujuk apabila sesebuah negeri itu tidak mempunyai pentadbiran PSSGM
Negeri yang sah berdaftar tetapi sebaliknya beberapa pentadbiran PSSGM Daerah telah pun
diluluskan pendaftarannya. Kes seumpama ini berlaku di Johor. Sehingga ke hari ini (Julai 2003),
daerah-daerah Johor Bharu, Segamat, Kluang dan Kota Tinggi, telah mendapat kelulusan
pendaftaran, tetapi dalam masa yang sama negeri ini tidak mempunyai pentadbiran PSSGM
negerinya.

         Status kedua, apabila berlakunya dimana pentadbiran daerah membuat pilihan untuk tidak
bergabung dengan negeri atas sebab-sebab tertentu. Pentadbiran kebangsaan memberi laluan
keadaan ini berlaku kerana menimbangkan agar ruang terus diberi kepada ahli-ahli yang terlibat
untuk mendaftar di peringkat Pentadbiran Kebangsaan. Asas yang dipegang dalam kes-kes ini ialah,
ahli-ahli tidak sepatutnya dihukum atau menjadi mangsa pertelagahan di antara pentadbiran yang
terbabit yang mengakibatkan proses pendaftaran ahli terbantut. Walau bagaimana pun ahli-ahli yang
terlibat ini tidak dapat mewakili daerah untuk menyertai kegiatan di peringkat negeri dan seterusnya
menutupkan peluang mereka untuk menyertai kegiatan di peringkat kebangsaan kerana lazimnya
kegiatan di peringkat kebangsaan menghendaki penyertaan dalam kegiatan anjurannya terdiri dari
kalangan ahli yang mewakili negeri. Kegiatan-kegiatan ini termasuklah pertandingan, kursus, dan juga
Mesyuarat Agung. Mereka hanya boleh bergiat didalam kegiatan di peringkat daerahnya.

Rajah 2 : Peringkat Pentadbiran dan Pendaftaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

         Pendaftaran gabungan melibatkan penerimaan pembayaran yuran gabungan dari ahli-ahli.


Yuran gabungan tidak dikenakan kepada organisasi seperti mana amalan oleh institusi-institusi lain.
Yuran keahlian dipanjangkan dari gelanggang ke daerah, seterusnya ke negeri dan pentadbiran
kebangsaan. Perlembagaan 1995 (Perkara 28 fasal 1) telah menentukan bahawa yuran-yuran yang
diterima dari setiap ahli akan digihkan kepada pentadbiran daerah, negeri dan kebangsaan. Kadar
agihan adalah pada nisbah 1:1:2 (25 % daerah : 25 % negeri : 50 % kebangsaan). Kadar yuran yang
masih terpakai sehingga hari ini (Julai 2003) adalah seperti berikut:

1. Yuran Pendaftaran               = RM 2.00


2. Yuran Tahunan                    = RM 2.00

3. Yuran Seumur Hidup            = RM 50.00

                                                                                                                                                          
Perkara 4, fasal 1(Perlembagaan:1995)

Jadual 2 : Agihan yuran kepada daerah, negeri dan kebangsaan


http://www.angelfire.com/art2/sufishimosawa/Manual.html
Lembaga Beradat Kebangsaan (LBK) terdiri daripada dua entiti yang membentuk Majlis Tertinggi Lembaga Beradat
Kebangsaan, iaitu:

        1. Lembaga Waris Amanah

        2. Jawatankuasa Agung

Lembaga Waris Amanah terdiri daripada mereka yang diwasiatkan oleh Allahyarham Dato' Mahaguru sebagai pewaris amanah
Silat Seni Gayong. Lembaga ini berkuasa mentadbir segala kuasa dan hak Mahaguru. Lembaga ini juga berfungsi sebagai
badan legislatif tertinggi Silat Seni Gayong.

Jawatankuasa Agung pula terdiri daripada ahli eksekutif dan ahli biasa. Jawatankuasa Agung berkuasa untuk mentadbir
kuasa eksekutif Majlis Tertinggi Lembaga Beradat. Fungsi dan bidang kuasa LBK mencakupi segala perkara dan urusan yang
menyentuh adat-istiadat, pelajaran, kegurulatihan dan pentadbiran Silat Seni Gayong secara keseluruhannya.

Ketetapan Jawatankuasa Agung Lembaga Beradat Kebangsaan akan menjadi satu peraturan setelah ianya disahkan oleh
Lembaga Waris Amanah.

Struktur Lembaga Beradat Kebangsaan

 
 

LEMBAGA BERADAT NEGERI

Pengerusi

( bilangan seorang )

Khalifah Besar

( bilangan maksimum empat orang )

Wakil Beradat (Perlimau)

( bilangan maksimum empat orang )

Waris Beradat

( bilangan maksimum empat belas orang )

Ketua Khalifah

( bilangan maksimum lima orang )

Ketua Beradat

( bilangan maksimum empat belas orang )

Khalifah

( tiada had )
Imamah (wanita)

( tiada had )

Khalifah Muda

( tiada had )

Imamah Muda

( tiada had )

Imam Gelanggang

( tiada had )

Naqibah Gelanggang (wanita)

( tiada had )

LEMBAGA WARIS AMANAH

Y.Bhg. Puan Siti Kalsom Dato' Meor Abdul Rahman

Y.Bhg. Datuk Dr Hj Ahmad bin Lazim

JAWATANKUASA AGUNG LEMBAGA BERADAT KEBANGSAAN

Pengerusi Agung

YB Dato' Hj Abdul Samad bin Maharuddin

Pemangku Timbalan Pengerusi Agung

Y.Bhg. Dato' Dr Hj Ahmad bin Lazim


Kipas Emas

En. Nordin bin Abd Rahman

Ketua Khalifah Besar

Y.Bhg. Dato' Mohd Said bin Hj Mat Saman, DSSA

Y.Bhg. En. Zulkifli bin Zainal Azim

Setiausaha Agung

En. Wan Ahmad Fauzi bin Hj Wan Husain

Bendahari Agung

YM Raja Aman Shah bin Raja Idris

Penolong Setiausaha Agung

Tuan Hj Mustapa Kamal bin Hj Sharif

Tuan Hj Zul Faqar bin Hj Muhammad Fadzil

En. Azhar bin Abdul Aziz

Ahli Jawatankuasa Agung

Tuan Hj Abdul Razak bin Mohamed Jalil

En. Ishak bin Hassan

Tuan Hj Harun bin Yusof

Tuan Hj Muhammad bin Mohd Nor

En. Yaakob bin Said

En. Mohd Monir bin Abdul Wahab

En. Mohd Nor bin Hj Abdul Samad

En. Zaudin bin Hj Shahib

En. Abdul Hazis bin Shariff

Tuan Hj Dr. Md Sampul bin Kamaruddin


En. Shuib bin Husin

En. Mohd Amin bin Hamzah

KPT (B) Mohd Zulkifli bin Ahmad

Y.Bhg. Datin Hajjah Feridah bte Abu Johan

En. Ahamad Ayazi bin Ramli

http://gelanggangdatomeor.com/v1/content/view/17/37/lang,en/
Di bawah kuasa Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan, diwujudkan majlis dan badan yang mempunyai fungsi dan
bidangkuasa tertentu bagi mentadbir adat dan istiadat secara khusus dan tersusun. Majlis dan badan yang dimaksudkan ialah
:

  

     a. Majlis Kehakiman Gayong

  

     b.Majlis Istiadat

  

     c. Majlis Perhubungan

  

     d. Majlis Kegurulatihan

  

     e. Majlis Kewangan

  

     f.  Majlis Ibu Gayong

  

     g.  Lembaga Beradat Negeri

  

     h.Badan Penapis Amanah

  

     i.  Badan Ibu Gayong

a. Majlis Kehakiman Gayong

Majlis Kehakiman diketuai seorang Kipas Emas. Majlis ini terdiri daripada dua buah jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Aduan
dan Jawatankuasa Perlimau. Jawatankuasa Aduan terdiri daripada tidak lebih enam orang ahli yang dilantik oleh
Jawatankuasa Agung Lembaga Beradat Kebangsaan.

Perlantikan ahli Jawatankuasa Aduan dibuat untuk meneliti dan membantu Kipas Emas menyelesaikan aduan tertentu.
Apabila aduan yang dibuat diselesaiputuskan maka Jawatankuasa tersebut terbubar dengan sendirinya. Bagaimanapun ahli
daripada Jawatankuasa yang terbubar boleh dilantik semula untuk menangani aduan lain.

Jawatankuasa Perlimau pula terdiri daripada tidak lebih enam orang Ketua Wakil Beradat. Jawatankuasa ini berkuasa
mentadbir hak-hak adat perlimau di seluruh negara.

Ketua Wakil Beradat dilantik oleh Lembaga Waris Amanah bagi tempoh yang ditetapkannya. Ketua Wakil Beradat boleh
menjalankan upacara penerimaan murid Gayong di mana-mana negeri sama ada atas arahan Lembaga Waris Amanah atau
jemputan Lembaga Beradat Negeri tertentu.

Jawatankuasa Perlimau berkuasa ke atas setiap Wakil Beradat yang dilantik oleh Lembaga Waris Amanah di mana-mana jua.
Jawatankuasa ini boleh membuat peraturan atau panduan bagi meningkatkan imej Wakil Beradat dan pengurusan
Jawatankuasa Perlimau.

b. Majlis Istiadat

Majlis Istiadat dipengerusikan seorang Ketua Khlaifah Besar (Istiadat). Keanggotaannya dipilh daripada mana-mana ahli
Lembaga Beradat atau ahli Gayong atas budibicara Pengerusi Majlis Istiadat. Majlis ini bertanggungjawab untuk membangun,
mengurus dan mentadbir Balai Istiadat dan Muzium Silat Seni Gayong.

c. Majlis Perhubungan

Majlis Perhubungan dipengerusikan seorang Ketua Khalifah Besar (Perhubungan). Keanggotaannya dipilih daripada mana-
mana ahli Lembaga Beradat atau individu atas budibicara Pengerusi Majlis Perhubungan. Majlis ini bertanggungjawab untuk
mengurus dan mentadbir Jawatankuasa Pendidikan dan Jawatankuasa Sebaran Am atau sebarang jawatankuasa yang
ditubuhkan untuk pembangunan Silat Seni Gayong. Di bawah Jawatankuasa Pendidikan, diwujudkan Institut Kegurulatihan
Gayong dan Institut Kefahaman Gayong sebagai Institusi Pendidikan yang mengeluarkan sijil, diploma dan ijazah dalam Silat
Seni Gayong.

d. Majlis Kegurulatihan

Majlis Kegurulatihan dipengerusikan seorang Ketua Khalifah Besar (Kegurulatihan) manakala Ketua Pengarah atau Pengarah
Gurulatih dipertanggungjawabkan sebagai Pengarah Pusat Latihan Tertinggi.

Keanggotaannya dipilih daripada mana-mana ahli Lembaga Beradat atau individu atas budibicara Pengerusi Majlis
Kegurulatihan. Majlis ini bertanggungjawab untuk membangun, mengurus dan mentadbir hal ehwal Pusat Latihan Tertinggi
dan Pusat Latihan Negeri. Perkara yang menyentuh pelajaran dan latihan Silat Seni Gayong adalah di bawah bidang kuasa
Majlis Tertinggi Gurulatih.

e. Majlis Kewangan

Majlis Kewangan dipengerusikan seorang Ketua Khalifah Besar (Kewangan). Keanggotaannya dipilih daripada mana-mana
ahli Lembaga Beradat atau individu atas budibicara Pengerusi Majlis Kewangan. Majlis ini bertanggungjawab membangun,
mengurus dan mentadbir sumber pendapatan dan wang adat Silat Seni Gayong.

f. Majlis Ibu Gayong

Majlis ini dipimpin oleh seorang Pengerusi, masing-masin seorang Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari serta
tidak melebihi daripada 17 orang ahli. Keanggotaannya terdiri daripada semua Pengerusi Badan Ibu Gayong dan ahli yang
dilantik oleh Majlis Ibu Gayong. Perlantikan ini ditauliahkan untuk tempoh selama tiga tahun dan boleh dilanjutkan. Antara
tugasnya :

    i. bertanggungjawab secara khusus ke atas hal ehwal murid dan guru wanita;
    ii. membincangkan sebarang perkara yang menyentuh kebajikan dan masa depan ahli wanita;

    iii. mengusul sebarang ketetapan untuk dibincangkan Lembaga Beradat Kebangsaan.

g. Lembaga Beradat Negeri

Lembaga ini dipimpin oleh seorang Imam Khalifah manakala Pengerusi Lembaga Beradat Negeri menjalankan urusan
pentadbirannya. Pentadbiran organisasinya adalah menurut kaedah-kaedah yang diputuskan oleh Lembaga Beradat
Kebangsaan. Perlantikan anggotanya selain daripada Imam Khalifah (jika berkenaan) atas syor Pengerusi Lembaga Beradat
Negeri. Setiap lantikan adalah untuk tempoh selama tiga tahun dan boleh dilanjutkan daripada masa ke semasa. Antara tugas
dan bidangkuasanya ialah :

    i. menjalankan sebarang polisi dan peraturan yang ditetapkan Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan;

    ii. bertanggungjawab ke atas urusan adat dan istiadat di dalam negeri masing-masing;

    iii. mengawasi perjalanan Majlis Gurulatih dan pentadbiran pertubuhan negeri agar tidak bercanggah dengan agama dan
adat.

Lembaga Beradat Negeri boleh menubuhkan sebuah jawatankuasa kerja untuk melicinkan pentadbirannya. Keanggotaan
jawatankuasa kerja ini adalah atas budibicara Waris Beradat.

h. Badan Penapis Amanah

Badan Penapis Amanah ditadbir oleh Majlis Kehakiman Gayong. Badan ini dianggotai oleh panglima-panglima yang dipilih
oleh Jawatankuasa Agung Lembaga Beradat Kebangsaan. Fungsinya ialah sebagai Biro Siasatan Gayong. Majlis Kehakiman
Gayong berkuasa mengarahkan ahli Badan Penapis Amanah untuk menyiasat sebarang aduan kesalahan bagi pihak Kipas
Emas yang berlaku di mana-mana sama ada melibatkan individu atau organisasi.

i. Badan Ibu Gayong

Badan Ibu Gayong dianggotai oleh ahli Gayong yang dilantik sebagai Imamah. Keanggotaannya ialah selama tiga tahun dan
boleh dipanjangkan atas budibicara Lembaga Beradat Negeri. Antara tugasnya ialah :

    i. menjalankan sebarang tugas yang diputuskan oleh Majlis Ibu Gayong;

    ii. memutuskan sebarang masalah, perancangan dan agenda murid dan guru Gayong wanita di peringkat negeri.
http://gelanggangdatomeor.com/v1/content/view/18/37/lang,en/
SANDANG KEBESARAN SILAT SENI GAYONG

Sandang kebesaran ini adalah hak progatif (istimewa) Dato' Mahaguru. Selepas pemergiannya, kuasa untuk
menganugerahkan sandang kebesaran ini terletak kepada Lembaga Waris Amanah.

Sandang kebesaran ini dianugerahkan kepada individu tertentu mengikut kategorinya. Kategori sandang kebesaran terbahagi
kepada:

   1. Sandang Mahaguru
   2. Sandang Protokol

   3. Sandang Berjawatan

   4. Sandang Kegurulatihan

   5. Sandang Kehormat

   6. Sandang Khas

Sandang Mahaguru

Sandang ini hanya layak dimiliki oleh Allahyarham Dato' Mahaguru Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd. Hashim selaku
Pewaris Agung Gayong.

Sandang Protokol

Sandang ini dianugerahkan kepada KDYMM Raja-raja Melayu dan pemimpin-pemimpin negara atau negeri yang menerima
perlantikan dalam jawatan protokol Lembaga Beradat Kebangsaan.

Sandang Berjawatan

Sandang ini dianugerahkan kepada ahli Gayong yang diamanahkan menduduki jawatan samada dalam ahli eksekutif atau ahli
Jawatakuasa Agung Lembaga Beradat Kebangsaan, ahli jawatankuasa Lembaga Beradat Negeri dan ahli Majlis Teringgi
Gurulatih.

Sandang Kegurulatihan

Sandang ini dianugerahkan kepada guru atau jurulatih Gayong yang mencapai tahap pelajaran dan kebolehan tertentu.

Sandang Kehormat

Sandang ini dianugerahkan kepada ahli Gayong atau individu tertentu sebagai satu penghargaan atas jasa atau sumbangan
mereka kepada pembangunan negara dan Silat Seni Gayong.

Sandang Khas
Sandang ini adalah sandang peribadi yang dianugerahkan kepada pemimpin negara dan murid atau guru Gayong yang
mempunyai kebolehan khas tertentu. Corak sandang ini bergantung kepada pemakainya.

Sandang Berjawatan 

 
 

Sandang Kehormat 

 
http://gelanggangdatomeor.com/v1/content/view/19/37/lang,en/
BINA INSAN GURU FASA V 2010, LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS KOTA BHARU

CADANGAN KERTAS KERJA


BINA INSAN GURU FASA V 2010,
LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING)

ANJURAN:
PISMP SEMESTER 5 2010
AMBILAN JANUARI 2008

TARIKH:
11 FEBRUARI 2010

TEMPAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN ZAINAB 2,
KOTA BHARU, KELANTAN

CADANGAN KERTAS KERJA


KHIDMAT PENDIDIKAN BINA INSAN GURU FASA VI 20010
INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan
Kepujian. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan
insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru
harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui
aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan
pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.
` Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional
yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus
globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, “….pendidikan guru
hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk
dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan
oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara”.

2.0 MATLAMAT

Program Bina Insan Guru (BIG) semester 5 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan
dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah
meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga
akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang
berkesan.

3.0 OBJEKTIF
Melalui lawatan penanda aras (benchmarking) dang bengkel ini, diharapkan guru pelatih akan dapat:
1. Didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah.
2. Memahami dan mengenalpasti maklumat- maklumat yang berkaitan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas dan
Arahan Perkhidmatan
3. Mengetahui isu berkaitan dengan perundangan peraturan dan pekeliling ikhtisas pendidikan.
4. Memahami dan melihat sendiri peranan dan fungsi PPD, BTP dan PKG dalam pengurusan pendidikan dalam
memartabatkan bidang pendidikan di Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
5. Memahami dan mengenalpasti bentuk- bentuk pengurusan cemerlang.
6. Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan
seharian.

4.0 SINOPSIS
Program ini mencakupi tiga tugasan iaitu lawatan penanda aras, aktiviti bengkel dan refleksi wajib. Lawatan
penanda aras akan diadakan selama tujuh jam dan yang kedua pula ialah aktiviti bengkel yang mengambil
masa selama tiga jam. Kedua- duanya akan diadakan berlainan tempat.Tujuan lawatan penanda aras ini
memberi peluang kepada pelajar mengenali budaya sekolah dan pengurusan sekolah yang cemerlang. Melalui
program ini, pelajar didedahkan dengan ciri kepimpinan, pengurusan, iklim dan budaya sekolah, infrastruktur
sekolah dan infostruktur kokurikulum. Secara terperincinya, lawatan penanda aras ini ke arah:
Berjiwa merdeka dan perkasa
• Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan.
• Membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Kerohanian dan akhlak keguruan


• Mengenali dan menilai potensi diri insan guru
- Potensi diri
- Personaliti kerjaya
- Citra diri insan guru
• Membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan.

Berilmu, beramal dan berbakti


• Menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dan hidup berbakti.
• Mengamalkan semangat kerja berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab.

Berakauntabaliti dan amanah


• Memahami realiti dan tanggungjawab seorang guru.

5.0 PENGANJUR
- Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu
- Jawatankuasa Kerja Bina Insan Guru Fasa V,
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan,Pendididikan Jasmani 1& 2,
Ambilan Januari 2008

6.0 TEMA :
‘Guru Cemerlang, Negara Gemilang’

7.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Tarikh : 11 Februari 2010
Masa : 7.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Sekolah Kebangsaan Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan

8.0 PENSYARAH
A. Encik Abdul Khabir Bin Mat Dahang – Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
B. Encik Zainol Abidin Bin Zakaria – Penyelaras BIG Sem 6
C. Tuan Haji Salime Bin Abdul Rahman – SUP
D. Tutor setiap kumpulan:
• En. Wan Suhaimi bin Wan Setapa (Pendidikan Jasmani 1)
• En. Khairul Azman Khairuddin (Pendidikan Jasmani 1)
• Miss Foo Ai Peng (Pendidikan Jasmani 2)
• En. Anuwar b. Hamat (Pendidikan Jasmani 2)

9.0 PESERTA
42 orang guru pelatih dari kumpulan PISMP Pendidikan Jasmani 1& 2.
• PISMP Pendidikan Jasmani 1 (21 orang lelaki)
• PISMP Pendidikan Jasmani 2 (14 orang lelaki dan 7 orang perempuan)

10 .0 AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V 2010


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS KOTA BHARU

PENGERUSI
EN. HASHIM B. DERAMAN
Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu

NAIB PENGERUSI
TN. HJ. YAJID BIN YAAKOB
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu

SETIAUSAHA
ENCIK ABDUL KHABIR BIN MAT DAHANG
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

PEGAWAI BINA INSAN GURU


ENCIK ZAINOL ABIDIN BIN ZAKARIA

BENDAHARI
ENCIK YUSOF BIN MAAROF
Pengawai Eksekutif Kanan

TUTOR
EN. WAN SUHAIMI BIN WAN SETAPA
EN. KHAIRUL AZMAN KHAIRUDDIN
MISS FOO AI PENG
EN. ANUWAR B. HAMAT

AHLI JAWATANKUASA KERJA


PENGURUS PROJEK
MOHD NOR IZWAN BIN SULAIMAN
TIMBALAN PENGURUS PROJEK
A'INUL BASIRAH BT. MOKHTAR
SETIAUSAHA
WAN KHAIRULFAIRUZ BIN WAN KHALID
NAIB SETIUSAHA
MOHD HISAAMUDIN BIN SA'ADON
BENDAHARI
MOHD ARIF BIN ISMAIL
NAIB BENDAHARI
ZAIRUDDIN BIN MUHAMMAD NAFI
AHLI JAWATANKUASA
PENGANGKUTAN
NORAZLAN BIN ZAINUDIN
PERALATAN
MUHD IZZAT BIN SHAARI
DOKUMENTASI
SITI NORAISHAH BT.YAHYA
PERSEGARAN
MOHD FADZLY B.ARIFFADZILAH
KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN
MOHAMAD AZLI BIN MOHAMED YUSOF
CENDERAHATI DAN HADIAH
ABDULLAH B.ILIAS
HUBUNGAN LUAR
MOHD NOR RIDZWAN B.DOLLAH

11.0 CARTA ALIRAN KERJA

12 .0 TENTATIF PROGRAM

TENTATIF PELAKSANAAN PROGRAM


LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING)

Masa Agenda
Penceramah
7.00 - 7.30 a.m. - Bertolak dari IPGKKB
7.30 - 8.30 a.m. - Berkumpul di sekolah
- Penerangan daripada Guru Besar SK Zainab Pn. Aidah
8.30 - 10.00 a.m. - Melihat P&P Pendidikan Jasmani berlangsung Panitia Pendidikan Jasmani
10.00 – 10.30 a.m. REHAT
10.30 – 11.30 a.m. - Lawatan ke kelas mengikut kumpulan
11.30 – 12.00 p.m. - Melihat pengurusan dan pentadbiran pejabat sekolah
12.00 – 12.30 p.m. - Taklimat pengurusan sekolah
12.30 – 1.00 p.m. - Menemuramah guru-guru sekolah
1.00 – 1.30 p.m. - Majlis Penutup
1.0 – 2.00 p.m. - Perjalanan pulang ke IPGKKB
• Lawatan ke kelas dalam 4 kumpulan (10 orang setiap kumpulan)
• Perancangan akan dibuat
• Perubahan tentatif program akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
13 .0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

a. Perbelanjaan daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu


PERKARA ANGGARAN SUMBER
1. Alat tulis Seperti dalam senarai Stor IPGKKB
2. Cenderahati 3 Plak Institut Stor IPGKKB
3. Banner 1 helai Stor IPGKKB
4. Air mineral 3 kotak Stor IPGKKB
5. Hamper 3 buah Stor IPGKKB
6. Sijil Penghargaan 3 gulung SUG

b.Makanan
Makanan;
Tutor (4), wakil J. HEP (2), jemputan khas(2), dan pentadbir sekolah (3)
Sarapan:11 orang X RM2.50
Makan Tengah hari:11 orang X RM4.00
PISMP Pendidikan Jasmani1(21orang)
Sarapan: 21 orang X RM2.50
Makan Tengah hari: 21 orang X RM4.00
PISMP Pendidikan Jasmani2(21orang)
Sarapan: 21 orang X RM2.50
Makan Tengah hari: 20 orang X RM4.00

Jumlah =

RM27.50
RM44.00

RM52.50
RM84.00

RM52.50
RM84.00

RM344.00

L.O

13 .0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

a. Perbelanjaan daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu

PERKARA ANGGARAN SUMBER


1. Alat tulis Seperti dalam senarai Stor IPGKKB
2. Cenderahati 3 Plak Institut Stor IPGKKB
3. Banner 1 helai Stor IPGKKB
4. Air mineral 3 kotak Stor IPGKKB
5. Hamper 3 buah Stor IPGKKB
6. Sijil Penghargaan 3 gulung SUG

b.Penajaan perbelanjaan daripada Sekolah Kebangsaan Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan.


- Makan Tengah hari: 42 orang

c. Kutipan daripada pelajar


- 42 orang X RM5.00 = RM210.00

Makanan:
Tutor (4), wakil J. HEP (2), jemputan khas (2) dan pentadbir sekolah (3)
Makan Tengah hari: 11 orang X RM4.00

Cendahati:
Tutor (4), wakil J. HEP (2) dan jemputan khas(2)
Cendahati : 8 orang X RM10.00

Jumlah =

RM44.00

RM80.00

RM124.00

14.0 PENUTUP

Program Bina Insan Guru Fasa VI ini diharapkan dapat memberikan pendedahan awal kepada bakal guru
tentang pengurusan sekolah secara formal. Diharapkan aktiviti ini juga dapat meningkatkan sahsiah diri
melalui protokol dan etika sosial sebagai seorang guru selaras dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan insan
guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi melalui pembinaan
budaya IPG.
Disediakan oleh,

...................................
(WAN KHAIRULFAIRUZ BIN WAN KHALID)
SETIAUSAHA
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 5
IPG KAMUS KOTA BHARU Disemak oleh,

..................................
( MISS FOO AI PENG )
WAKIL TUTOR PISMP PJ1 & PJ2
IPG KAMPUS KOTA BHARU
Melalui,

.......................
(ENCIK ZAINOL ABIDIN BIN ZAKARIA)
PENYELARAS BIG
JABATAN HEP
IPG KAMPUS KOTA BHARU Melalui,

.......................
(EN.ABDUL KHABIR B. MAT DAHANG)
KETUA JABATAN HEP
IPG KAMPUS KOTA BHARU
Melalui,

...................................
(TN. HJ. YAJID BIN YAAKOB)
TIMBALAN PENGARAH
IPG KAMPUS KOTA BHARU Diluluskan oleh,

...................................
(EN.HASHIM B.DERAMAN)
PENGARAH
IPG KAMPUS KOTA BHARU

http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2010/04/bina-insan-guru-fasa-v-
2010-lawatan.html

You might also like