You are on page 1of 1

Kaherah - Stesen televisyen MSNBC merakamkan imej hantu dipercayai seorang lelaki yang menunggang

kuda dalam rusuhan bagi menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan di sini pada
Khamis lalu.

Gambar: SATU lembaga penunggang kuda (dalam bulatan) berada di sebatang jalan raya dekat
Dataran Tahrir di Kaherah pada Khamis lalu.

Imej misteri itu disiarkan dalam lintasan berita mengenai situasi yang berlaku dekat Dataran Tahrir di
sini pada awal pagi.

Dalam imej tersebut, bayang penunggang kuda yang berwarna hijau dan bercahaya itu seolah-olah
melihat gelagat para penunjuk perasaan membaling batu dan kebakaran kereta di tepi sebatang jalan
raya dalam rusuhan itu.

Kuda yang dinaiki lelaki itu kemudian bergerak perlahan-lahan sebelum ia berlari ke langit dan lenyap
ditelan kegelapan.

Imej tersebut kini menjadi perdebatan hangat dalam beberapa laman web di Internet mengenai
kejadian misteri itu.

Beberapa pengguna Internet yang menyaksikan rakaman video itu menyatakan ia disebabkan oleh
cahaya kilat kamera atau pantulan cahaya.

Imej misteri itu juga boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi.

You might also like