You are on page 1of 8

ISI KANDUNGAN

 TEMUBUAL BERSAMA BAPA

 TEMUBUAL BERSAMA IBU

 GAMBAR KELUARGA
TEMUBUAL BERSAMA BAPA

NAMA BAPA

BAHAR NIZAM BIN HAJI BAHARUDIN


Saya : Di manakah ayah dilahirkan?

Ayah : Untuk pengetahuan kamu,ayah telah dilahirkan di


Kampung Sungai Buaya, Nibong Tebal Pulau Pinang.

Saya : Pada tahun berapakah ayah telah dilahirkan?

Ayah : Ayah telah dilahirkan pada 11 Mei 1971.

Saya : Berapa orangkah adik beradik ayah? Ayah anak


yang ke berapa? Bolehkah ayah ceritakan tentang mereka?

Ayah : 3 orang sahaja dan ayah anak yang ketiga. Kakak sulong ayah
Baidatul Azam. Kini dia bekerja sebagai pembantu tadbir di Pusat
Latihan Penyiaran, Angkasapuri Kuala Lumpur. Sementara abang
ayah pula bekerja sendiri di Pulau Pinang. Kedua-duanya sudah
berkahwin. Masing-masing mempunyai dua cahayamata seorang
lelaki dan seorang perempuan.

Saya : Oh begitu! Bagaimana pula dengan pendidikan ayah mulai sekolah


rendah dan sehingga kini?

Ayah : Mula-mula ayah mendapat pendidikan rendah di Sekolah


Kebangsaan Sungai Kechil Ilir di Pulau Pinang. Selepas itu ayah ke
Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang di Perak sehingga
Tingkatan Lima.
Setelah mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia ayah
ditawarkan untuk mengikuti kursus Perguruan di Maktab Perguruan
Kinta di Ipoh Perak selama tiga tahun.
Setelah itu ayah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana
Muda dalam pengkhususan Sains selama empat tahun dan kini
ayah melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
TEMUBUAL BERSAMA IBU

NAMA IBU
NORKHAIRIAH BINTI HJ SULAIMAN
Saya: Ibu,boleh saya tanya sesuatu?

Ibu: Boleh,soalan apakah yang kamu ingin bertanyakan kepada ibu?

Saya: Boleh saya tahu bilakah ibu dilahirkan dan dimanakah ibu telah dilahirkan?

Ibu: Ibu telah dilahirkan pada 31 mei 1973 di Kuantan,Pahang.

Saya: Dimanakah pula tempat ibu mendapatkan pendidikan awal?

Ibu: Ibu telah mendapatkan pendidikan awal di SK Assunta Convent dan SMK Teknik
Kuantan.

Saya: Apakah aktiviti yang selalu dibuat dan disukai oleh ibu?

Ibu: Oh begitu,sebenarnya ibu suka memasak di dapur.

Saya: Apakah masakan yang selalu dimasak oleh ibu?

Ibu: Maskan yang selalu dimasak oleh ibu ialah Nasi Ayam.

Saya: Sukan apakah yang ibu minat?

Ibu: Ibu sangat berminat dan aktif dalam sukan bola jaring.

Saya: Oh begitu.Terima kasih ibu kerana sudi meluangkan masa bersama saya.

Ibu: Sama-sama.
PENGHARGAAN

BAPA SAYA

SAYA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA BAPA SAYA,BAHAR


NIZAM BIN HJ BAHARUDIN KERANA TELAH SUDI MELUANGKAN
MASANYA UNTUK BERKONGSI SEDIKIT SEBANYAK MAKLUMAT
TENTANG DIRINYA UNTUK MENJAYA KAN FOLIO SEJARAH INI.

IBU SAYA

SAYA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA IBU


SAYA,NORKHAIRIAH BINTI HJ SULAIMAN KERANA SUDI BERKONGSI
SEDIKIT MAKLUMAT DAN MENDORONG SAYA UNTUK
MENYELESAIKAN FOLIO SEJARAH INI.

GURU SEJARAH

SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA GURU SEJARAH SAYA


KERANA SUDI MENUNJUK AJAR KEPADA SAYA UNTUK
MENYIAPKAN FOLIO SEJARAH INI.
DISEDIAKAN OLEH

…………………………
(MUHAMMAD BASYAR AIMAN BIN BAHAR NIZAM)

DISEMAK OLEH

…………………………
(CIK SITI WAN ROHANI)

You might also like