Professional Documents
Culture Documents
HASIL PEMBELAJARAN
ISI KANDUNGAN
PBM ialah kaedah pembelajaran di mana pelajar bekerja secara kolaboratif bagi
menyelesaikan masalah yang agak rumit berkaitan dengan kehidupan seharian dengan
menghasilkan beberapa penyelesaian kepada masalah tersebut. Ia merupakan salah satu
daripada pembelajaran berpusatkan pelajar di mana pelajar belajar secara berdikari mengikut
keperluan mereka untuk mencapai beberapa hasil pembelajaran yang dikenalpasti dengan
bimbingan seorang fasilitator. Melalui PBM pelajar bukan sahaja membina kefahaman
mendalam bahkan juga kemahiran yang diperlukan dalam menjalani kehidupan seharian.
Dengan lain perkataan, proses ini menyerupai proses secara sistematik dalam menyelesaikan
masalah atau menangani cabaran yang biasa dihadapi dalam kehidupan dan kerjaya (Barrows
& Kelson, 1993). Rajah 5.1 menunjukkan model PBM.
44
Penyelesai masalah
masalah
Penyelesai masalah
Pemudah cara
Penyelesai masalah
MODEL PBM
CIRI PBM
Masalah yang agak rumit dijadiakn titik tumpuan dan stimulus bagi pembelajaran
Pembelajaran berpusatkan pelajar di mana pelajar mempunyai tanggungjawab yang
besar dalam menentukan hala tuju pembelajaran mereka sendiri (pembelajaran terarah
kendiri atau self-directed learning). Ini bermakna pelajar mempunyai kebebasan yang
lebih tinggi dalam mengenal pasti apa, bagaimana, bila dan di mana pembelajaran
berlaku. Rajah 5.2 menunjukkan elemen-elemen pembelajaran terarah kendiri
Knowles (1975)
Pendidik sebagai pemudah cara dan jurulatih kognitif ( kognitive coach ) iaitu secara
berterusan membimbing pelajar bagi memastikan pelajar berada di landasan yang akan
membawa mereka ke arah hasil pembelajaran yang diharapkan.
Pelajar bekerja secara kolaboratif dalam kumpulan kecil untuk mencari beberapa
penyelesaian kepada masalah yang diberi.
Penaksiran kendiri dan kumpulan menjadi sebahagian daripada penaksiran yang
dilakukan.
45
Kenalpasti
Menilai hasil keperluan
pembelajaran pembelajaran
PBM boleh dilaksanakan melalui pelbagai cara. Di sini dihuraikan salah satu daripada cara
yang boleh dijalnkan (Barrows & Tamblyn, 1980). Terdapat lapan langkah utama seperti
berikut:
1. Penentuan kumpulan
a. Memperkenalkan diri (pelajar dan pemudah cara)
b. Menentukan peratusan asas bekerja dalam kumpulan
2. Mengenal pasti masalah
a. Membaca dan memahami senario masalah yang diberi
b. Menyenaraikan fakta yang terkandung dalam senario masalah
c. Merumus masalah yang perlu diselesaikan
3. Menjana idea
a. Menjana hipotesis, penerangan, punca, dan penyelesaian kepada masalah yang diberi
b. Pada peringkat ini semua idea diterima tanpa dinilai
4. Menjana isu pembelajaran
a. Isu pembelajaran digubal dalam bentuk soalan di mana jawapan kepada soalan-
soalan ini nanti membantu pelajar menjawab atau menyelesaikan masalah
b. Isu-isu pembelajaran dibahagi-bahagikan di mana setiap ahli bertanggungjawab
mencari maklumat dan memahami dengan mendalam isu pembelajaran yang
diagihkan kepadanya.
5. Menyediakan pelan tindakan bagi mencari dan mengumpul bahan
6. Mencari dan mengumpul bahan
Bekerja secara individu atau berpasanagan bagi mencari maklumat dan mengumpul
bahan mengikut pelan tindakan
46
7. Mensistesis dan mengaplikasikan
a. Bergabung kembali dalam kumpulan dan setiap pelajar melapor dapatan
masing-masing, diikuti dengan perbincangan kritis maklumat yang dikumpul
b. Menilai semula masalah berdasarkan maklumat yang dikumpul
c. Menjana isu pembelajaran baru (jika perlu)
d. Merumuskan apa yang dipelajari dan membuat keputusan secara berkumpulan
penyelesaian terbaik kepada masalah yang diberi
8. Membuat refleksi dan memberi maklum balas
Pelajar membuat refleksi tentang:
a. Konsep baru yang dipelajari
b. Bagaimana pembelajaran dapat meningkatkan pengetahuan dalam mata
pelajaran yang berkaitan
c. Bagaimana masalah diselesaikan berkait dengan pembelajaran lepas
d. Bagaimana pembelajaran dapat membantu masalah masa hadapan
e. Proses menyelesaikan masalah setiap pelajar
f. Penyelesaian dan penerangan masalah
Pelajar kemudian digalakkan membina peta konsep bagi mensintesis pengetahuan yang
diperolehi. Setiap pelajar memberi maklum balas dan/atau menaksir prestasi mereka sebagai
ahli kumpulan dan menyelesaikan masalah dan juga prestasi pemudah cara dalam membantu
mereka menyelesaikna masalah dan bekerja secara kolaboratif. Pemudah cara juga memberi
maklum balas kepada pelajar dan menaksir mereka dari aspek kerja kumpulan dan
penyelesaian yang dihasilkan. Rajah 5.3 menunjukkan langkah-langkah di atas secara ringkas.
1. Penentuan
kumpulan
8. membuat refleksi dan 2. mengenalpasti
memberi maklum balas masalah
47
Pelajar dapat dibantu melalui proses PBM ini dengan menggunakan templatberfikir yang
dinamai carta FILA. Jadual 5.1 menunjukkan carta FILA (Facts, Ideas, Learning issues,
Action plan)
Oleh sebab PBM dimulai dengan senario masalah, senario masalah ini perlu dijana dahulu
oleh guru atau pendidik. Penjanaan senario masalah memerlukan kemahiran dan melibatkan
langkah-langkah tertentu. Walau bagaimanapun, selain daripada mencipta sendiri senario
masalah, pensyarah juga boleh mendapatkannya daripada beberapa sumber seperti internet,
artikel majalah, keratan surat akhbar, artikel kajian dan sebagainya.
Terdapat dua pendekatan utama dalam menjana senario masalah seperti dalam rajah 5.4.
namun kedua-dua pendekatan ini boleh digabungkan untuk mereka bentuk senario masalah
seperti yang ditunjukkan dalam rajah 5.5.
Pendekatan 1 Pendekatan 2
Pendekatan 1 Pendekatan 2
48 Senario
Padankan jenis Aplikasi prinsip utama masalah/trigger
pengetahuan dengan mereka bentuk masalah
jenis masalah
Rajah 5.5 Menggabungkan dua perkataan dalam mereka bentuk senario masalah
Jenis pengetahuan dan masalah beserta contoh soalan yang boleh dijana ditunjukkan dalam
jadual 5.2.
Prinsip utama dalam mereka bentuk masalah PBL adalah seperti berikut:
Masalah seharusnya:
49
Memerlukan pembelajaran pengetahuan teras yang baru
Sejajar dengan hasil pembelajaran yang diharapkan
Diadaptasi kepada pengetahuan sedia ada pelajar
Dipersemba dalam konteks yang releven dan autentik kepada tugas dan kerjaya
semasa dan akan datang pelajar
Meransang elaborasi melalui kiu yang terdapat dalam masalah
Menggalakkan pengintegrasian pengetahuan
Meransang pembelajaran terarah kendiri dengan menggalakkan penjanaan isu
pembelajaran dan penyelidikan
Menggalakkan perbincangan dan eksplorasi isi kandungan pelajaran
50
Untuk membantu pelajar memahami PBM sesi pengajaran boleh dijalankan menggunakan
PBM sendiri. Sediakan senario masalah dan dalam menyelesaikan masalah itu, pelajar
diminta bekerja mengikut langkah-langkah PBM. Senario masalah haruslah menjerumus
kepada penyelesaian masalah yang melibatkan pelajar mencari dan mensintesis maklumat
tentang bagaimana menjalankan PBM. Di bawah ini diberikan satu contoh senario masalah
yang boleh digunakan bagi tujuan ini. Namun pensyarah perlu memberi sedikit input
gambaran keseluruhan pelaksanaan PBM, misalnya dengan menggunakan video simulasi
proses PBL
Cara yang sama juga boleh digunakan bagi pengajaran sub-tajuk penjanaan senario masalah.
Hanya perlu tukarkan persoalan di atas kepada “apakah yang dimaksudkan dengan senario
masalah dan bagaimana ia boleh dijanakan?”
Cara alternatifnya, pelajar bekerja bekerja dalam kumpulan di mana setiap kumpuln
disediakan soalan tertentu tentang PBM dan masing-masing mencari dan mensintesis
maklumat berdasarkan soalan yang diberi. Contoh soalan: “Huraikan dengan ringkas apa
maksud PB serta ciri-cirinya?” dan “Bagaimanakah melaksanakan PBM?’ apakah yang
dimaksudkan dengan senario masalah dan bagaimanakah menjana senario masalah yang baik?
51
Rujukan seperti nota, artikel journal, akses kepada internet dan sebagainya diperlukan apabila
menggunakan kaedah PBM di sekolah, minta pelajar menjana senario masalah berdasarkan
tajuk-tajuk dalam huraian sukatan pelajaran masing-masing. Kaedah PBM boleh digunakan
bagi tujuan ini.
Penaksiran kemahiran insaniah sesuai dijalankan semasa pelajar bekerja dalam kumpulan jika
hasil pembelajaran kemhiran insaniah di masukkan sebagai salah satu daripada hasil
pembelajaran yang diharapkan bagi sub-tajuk ini. Kemahiran insaniah yang sesuai
termasuklah kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran pembelajaran sepanjang hayat
dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Untuk tujuan ini satu rubrik perlu disediakan.
Pautan berikut mengandungi beberapa contoh rubrik yang boleh terus digunakan atau
diubahsuai.
http://www.rp.edu.sg/symposium/download/PBL%20ASSESSMENT%20RUBRIC.pdf
52