You are on page 1of 9

UPSI sejarah Malaysia 1900-sehingga kini (Lsm 3033)

FAKTOR PENUBUHAN MALAYSIA

“Lambat laun Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain dan rakyat-rakyat Singapura, Borneo

Utara, Brunei dan Sarawak. Adalah terlalu awal untuk saya menyebut untuk cara persefahaman itu dapat

dicapai, namun kita perlu mencapai objektif ini dan memikirkan satu rancangan supaya wilayah-wilayah ini

dapat dibawa kepada satu kerjasama politik dan ekonomi yang rapat”

Kenyataan ini merupakan titik permulaan bagi pembentukan Persekutuan

Malaysia 1963.1 Hasrat ini telah dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei

1961. Berdasarkan ucapan tersebut, menunjukkan ajakan itu bersifat halus dan tidak

bersifat memaksa . Selain mendapat reaksi yang baik, cadangan penubuhan Malaysia

juga turut mendapat reaksi yang kurang baik daripada sesetengah pihak yang

mengandaikan bahawa penubuhan Malaysia adalah satu penjajahan bentuk baru iaitu

neokolinialisme. Seorang penulis mengatakan bahawa inisiatif untuk rancangan tahun

1961 itu datang daripada kerajaan British.2 Hal ini menunjukkan penubuhan Malaysia

bersangkut paut dengan kepentingan British. Apakah faktor yang menyebabkan perlunya

penubuhan Malaysia dan kontrovesi yang berlaku akan dikupas dengan lebih lanjut lagi

dalam penulisan ini.

POLITIK

Penubuhan Persekutuan Malaysia ini dilihat sebagai batu loncatan kepada Negara-

negara tertentu seperti Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei untuk mendapatkan

kemerdekaan. Sekiranya ditinjau, Singapura berstatus koloni British. Sementara, Sabah

1
Arkib Negara Malaysia (1994). Malaysia kita, Penubuhan Negara Malaysia.. Kuala Lumpur: Arkib
Negara Malaysia. Hal; 34.
2
Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya (1982). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan
Publisher (M) Sdn. Bhd. Hal;315.

1
UPSI sejarah Malaysia 1900-sehingga kini (Lsm 3033)

dan Sarawak adalah di bawah naungan atau tanah Jajahan British. 3 Dalam akhbar the

People, Singapore People Alliance melaporkan bahawa cara terbaik untuk merdeka ialah

melalui penyertaan dalam Malaysia. Sokongan dari British juga jelas menunjukkan

persetujuan mereka terhadap penubuhan Malaysia dan secara tidak langsung mudah bagi

Singapura, Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan kemerdekaan. Buktinya akhbar The

Times, 11 Februari 1988 menyebut “a tidy solution of British responsibility…” 4 iaitu

melaui penubuhan Malaysia, penyelesaian yang cukup kemas dapat dilakukan terhadap

tanggungjawab British di kawasan itu.

Faktor penubuhan Malaysia adalah membanteras pengaruh komunis di Tanah

Melayu dan Singapura. Menurut Nordin Sopiee, faktor ancaman pengaruh komunis di

Singapura menjadi faktor utama yang mendorong pergabungan antara kedua-dua

negeri. Pada tahun 1963, kerajaan British telah merancang untuk meminda perlembagaan

Singapura dan seterusnya mengadakan pilihan raya. Keadaan ini adalah amat merbahaya

sekiranya pilihan raya tersebut dimenangi oleh parti berhaluan kiri Singapura. Hal ini

kerana, kemungkinan penglebaran pengaruh komunis akan berlaku di Tanah Melayu

daripada Singapura. Kebimbangan ini dapat dilihat dalam penulisan Simanjuntak yang

menyatakan bahawa

“Singapura kemudiannya akan menjadi tapak yang kukuh bagi puak berhaluan kiri di mana

kegiatan-kegiatan subversif yang berterusan dengan mudah dapat dilancarkan Tanah Melayu dan Wilayah-

wilayah Borneo. Ahli-ahli politik Singapura yang condong ke kiri sudah tentu mengalu-alukan perwakilan

3
Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayum A. Jawan (1997). Penubuhan Persekutuan Malaysia Serdang: Pusat
Penerbitan Universiti Putra Malaysia. Hal;62.
4
Nordin Sopiee (1974).. From Malayan Union to Singapore Separation. Kuala Lumpur: Penerbitan
Universiti Malaya. Hal; 132.

2
UPSI sejarah Malaysia 1900-sehingga kini (Lsm 3033)

diplomatik daripada negara-negara blok komunis dan akhirnya melakukan apa yang telah dilakukan oleh

Rusia dan Cuba.”5

Sekiranya keadaan ini berlaku akan berlakunya perpecahan di antara Tanah

Melayu di utara dan Singapura di Selatan. Maka, hubungan Tanah Melayu dengan

Singapura akan terjejas baik dari segi politik ataupun ekonomi.6 Keadaan ini sama

dengan situasi Korea Utara dan Korea Selatan. Hal ini dapat disokong melalui kajian

Simanjuntak yang menyatakan:

“Perkembangan sedemikian bukan sahaja mencetuskan persengketaan ideologi tetapi juga

memutuskan suatu perjuangan bersenjata yang membinasakan antara selatan dan utara Malaya yang

menyerupai corak Korea Utara dan Korea Selatan ataupun Vietnam Selatan dengan Vietnam Utara”.

Pengabungan dengan Tanah Melayu merupakan ‘kunci’ kepada Lee Kuan

Yew dan partinya iaitu People Action Party (PAP) untuk menjamin kedudukan

beliau dan partinya. Sejak tahun 1959, komunis telah merampas pucuk pimpinan PAP

yang telah menguasai Singapura dibawah pimpinan Lee Kuan Yew. Akibatnya wujud

dua golongan dalam parti tersebut iaitu golongan kanan dan golongan kiri berfahaman

komunis (watak yang berlawanan dengan kerajaan dianggap golongan sayap kiri atau

watak antagonis). Pada mulanya, Lee Kuan Yew bekerjasama dengan golongan

berhaluan kiri dalam partinya tetapi akhirnya pertelingkahan berlaku dan ini membawa

kepada kekalahan PAP dalam 2 pilihan raya kecil pada tahun 1961. 7 Kekalahan ini

5
Azmah Abdul Manaf (2003). Kemunculan Malaysia Moden. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd. Hal;110.
6
Zainal Abiddin b. Abd. Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd. Yusof b. Ibrahim & etc. (1992). Malaysia:
Warisan Dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal; 244.
7
Pilihan raya Hong Lim diadakan pada bulan April 1961. Sementara pilihan raya kecil Anson pada bulan
Julai 1961.

3
UPSI sejarah Malaysia 1900-sehingga kini (Lsm 3033)

menimbulkan kegusaran di kalangan pemimpin-pemimpin PAP yang berhaluan kanan,

lebih-lebih lagi apabila di dapati peratus undi yang diperolehi oleh parti itu merosot

daripada 60.7% pada tahun 1959 kepada 36.7% pada tahun 1961. 8 Sekiranya Singapura

jatuh ke tangan kuasa komunis bermakna kuasa beliau dan partinya akan hilang. Oleh

itu, pergolakkan yang terjadi dalam parti inilah menggesa Lee Kuan Yew untuk

bergabung dengan Tanah Melayu. Tambahan pula, Tanah Melayu sememangnya

anti-komunis9 dan mempunyai pengalaman dalam menangani ancaman komunis semasa

zaman darurat 1948-1960.

Penyertaan Sarawak dalam Perseketuan Tanah Melayu adalah disebabkan oleh

ancaman komunis yang berleluasa di Sarawak. Pengaruh komunis turut berkembang dan

mengancam keadaan politik di Sarawak. Di harap melaui penubuhan Malaysia, kestabilan

politik yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis.

Selain itu, ancaman dari Indonesia dan Filipina merupakan salah satu faktor yang

menyebabkan Sabah dan Sarawak mahu menganggotai Persekutuan Malaysia. Penduduk

Sabah dan Sarawak berasa bimbang, ekoran perluasan kuasa oleh Indonesia terhadap

Irian Barat. Setelah menakluk Irian Barat, Indonesia dijangka akan beralih pula kepada

negeri-negeri di Borneo. Keadaan semakin merumitkan apabila Indonesia memberi

sokongan padu terhadap pemberontakan Brunei yang dicetuskan oleh A. M. Azahari. 10

Beliau berharap dapat membawa Indonesia dan Filipina menyertai konsep Melayu Raya

8
Azmah Abdul Manaf (2003). Kemunculan Malaysia Moden. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd. Hal;110.
9
Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayum A. Jawan (1997). Penubuhan Persekutuan Malaysia Serdang: Pusat
Penerbitan Universiti Putra Malaysia. Hal;64.
10
A. M. Azahari merupakan pemimpin Parti Rakyat Brunei yang paling lantang menentang penubuhan
Malaysia. Beliau mencetuskan pemberontakan itu dengan cita-cita mahu mewujudkan mahu mewujudkan
Republik Kalimantan Utara yang meliputi Brunei, Sabah dan Sarawak.

4
UPSI sejarah Malaysia 1900-sehingga kini (Lsm 3033)

yang berpuasat di Brunei.11 Oleh itu penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia

menjadi titik tolak kepada pemimpin Sarawak mengubah pendirian mereka untuk

menyertai Persekutuan Malaysia.

Manakala negeri Sabah pula diancam oleh Filipina. Filipina mendakwa Sabah

adalah sebahagian daripada Filipina berdasarkan sejarah Kesultanan Sulu. Menurut

Filipina, asal pemindahan wilayah Borneo Utara dari Kesultanan Sulu 1978

(sekarang sebahagian daripada Filipina) adalah dalam bentuk pajak dan bukan

jualan.12 Ini nyata dibuktikan dengan adanya pembayaran tahunan secara tetap oleh

Compony kepada Sultan Sulu. Kini sudah sampai masanya, mereka mahu mengambil

kembali Sabah. Namun, tuntutan ini ditolak oleh British. Menurut British, dokumen-

dokumen dahulu menyatakan Sultan Sulu menyerahkan Sabah buat selama-

lamanya kepada British.13 Oleh itu, Filipina tidak mempunyai hak terhadap Sabah.

Walaubagaimanapun, Filipina tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan terus

mengancam Sabah. Jadi dapat disimpulkan di sini bahawa penyertaan Sabah dalam

Persekutuan Malaysia sedikit sebanyak dapat melindungi negeri daripada ancaman

Filipina.

Kemunduran Sabah dan Sarawak juga mejadi salah satu penyebab

penyertaan mereka dalam Malaysia. Semasa pemerintahan British, masyarakat

peribuminya dalam kemunduran walaupun British sedia ada telah membuat pelbagai

perubahan. Walau bagaimanapun, perubahan itu sebenarnya bukanlah untuk masyarakat

setempat tetapi hanya semata-mata untuk kepentingan ekonomi British. British dilihat
11
Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya (1982). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan
Publisher (M) Sdn. Bhd. Hal;318.
12
Ibid. Hal; 319.
13
Azmah Abdul Manaf (2003). Kemunculan Malaysia Moden. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd. Hal;116.

5
UPSI sejarah Malaysia 1900-sehingga kini (Lsm 3033)

lebih memberi layanan istimewa kepada orang luar. Orang luar lebih mendapat tempat

dalam sektor pentadbiran dan pendidikan.14 Sementara masyarakat setempat terus dalam

kemunduran dan tidak berpendidikan. Jesteru itu, adalah perlu untuk memasukkan kedua-

dua negeri tersebut dalam persekutuan Malaysia. Hal ini kerana, kebarangkalian

mendapat layanan yang baik kepada bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih besar

kerana Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah dalam rumpun yang sama.

Ramai orang berpendapat Singapura tidak boleh berdiri sendiri. Hal ini

kerana, Singapura tidak mempunyai ekonomi yang cukup. Selain itu, dari segi

keselamatannya kedudukan Singapura mungkin akan terancam kerana Singapura berada

pada kedudukan strategik dari segi pertahanan. Sekiranya Singapura merdeka secara

bersendirian kemungkinan diancam oleh kuasa besar adalah tinggi umpamanya

ancaman kuasa komunis. Disamping itu juga, penyertaan Singapura dalam persekutuan

Malaysia turut memberi faedah kepada British. British akan terus mengawal keselamatan

Singapura dan kepentingan ekonomi British menerusi perjanjian dengan Persekutuan

Tanah Melayu yang akan diperluaskan meliputi Singapura.15 Dengan galakkan daripada

pihak British ini memudahkan lagi kelancaran penubuhan Persekutuan Malaysia.

Kedapatan juga pihak yang menyatakan bahawa penubuhan Malaysia

adalah berdasarkan kepentingan British secara langsung. Kepentingan ini dapat

dilihat dari segi ekonomi dan politik. Salah satu faktor penubuhan Malaysia adalah

menghapuskan ancaman Komunis. British melihat blok komunis sebagai satu ancaman

kepadanya. Tambahan lagi Britain merupakan blok barat yang bertentangan dengan blok

komunis. Sekiranya negeri-negeri jajahannya jatuh ke tangan blok komunis maka, hal ini

14
Zainal Abiddin b. Abd. Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd. Yusof b. Ibrahim & etc. (1992). Malaysia:
Warisan Dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hal; 245.
15
Ibid. Hal; 246.

6
UPSI sejarah Malaysia 1900-sehingga kini (Lsm 3033)

sangat memalukan Britain sebagai sebuah kuasa yang besar. Oleh itu, penubuhan

Malaysia adalah satu penyelesaiannya. Sekiranya kita tinjau lagi, mengapa ahli-ahli

dalam Persekutuan Malaysia terdiri daripada negeri-negeri jajahan British. Hal ini kerana,

pemerintah -pemerintahnya adalah pro-barat dan dari segi sejarah mereka pernah berada

di bawah naungan British.

Hubungan baik dengan British menyebabkan British memberi kepercayaan

kepada Tuanku untuk menubuhkan Malaysia. Selain itu, British tidak bimbang kerana

selama mereka berada di negeri-negeri tersebut, mereka berjaya mengubah masyarakat

tempatan mengikut acuan mereka. Misalnya Tuanku Abdul Rahman pernah mendapat

pendidikan di barat dan gaya hidupnya juga seperti barat.16 Menurut Soekarno Tuanku

boleh dianggap boneka British.17 Oleh itu, sekiranya berlaku sesuatu Malaysia akan

menyokong kuat Britain berdasarkan hubungan yang pernah terjalin. Demikianlah,

betapa halusnya tindakan British untuk mengekalkan pengaruhnya terhadap negeri-negari

jajahannya walaupun sudah mendapat kemerdekaan.

EKONOMI

Perkembangan ekonomi tidak seimbang dalam wilayah-wilayah Borneo, Tanah Melayu

dan Singapura. Ekonomi Sabah dan Sarawak masih mundur sedangkan perkembangan

ekonomi Tanah Melayu, Singapura dan Brunei sangat memuaskan. Pembentukan

Malaysia dapat memberikan faedah ekonomi bersama bagi negeri-negeri anggota

Malaysia. Berdasarkan negeri-negeri anggotanya, masing-masing mempunyai potensi

sendiri. Misalnya Singapura dengan perdagangan antarabangsa, perusahaan dan


16
Diperoleh pada September 8, 2007 daripadahttp://en.wikipedia.org/wiki/
Tunku_Abdul_Rahman.
17
Syed Othman Syed Omar (1999). Tentera Malaysia Dalam Era Konfrontasi. Bangi: Penerbitan
Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Hal; 28.

7
UPSI sejarah Malaysia 1900-sehingga kini (Lsm 3033)

pelancongan; Brunei dengan hasil minyaknya; Sabah dan Sarawak dengan hasil hutannya

sementara Tanah Melayu dengan hasil galian dan pertaniannya. 18 Dengan kekayaan yang

dimiliki ini maka sumber-sumber tersebut boleh dikembangkan untuk keuntungan negeri

dan juga kerajaan pusat.

SOSIAL

Apa yang dikatakan keseimbangan kaum itu adalah Tanah Melayu ingin

mengimbangkan etnik Melayu dengan bumiputera Sabah dan Sarawak agar wujud

kestabilan. Di Singapura didapati majoriti penduduknya ialah Cina. Menurut dikatakan

80% penduduknya bukan Melayu.19 Hal ini dilihat sebagai satu ancaman ketika

penubuhan Malaysia nanti. Tambahan lagi, pemerhati politik telah mengesan tentangan

rasmi terhadap Mlaysia. Tentangan itu dilakukan oleh pihak pelampau yang bimbang

akan sikap Kuala Lumpur yang anti-komunis.20 Oleh itu sekiranya berlaku sesuatu yang

tidak diduga, peribumu Sabah dan Sarawak akan memihak kepada orang Melayu.

Kenyatan ini diperkukuhkan lagi dengan kata-kata Simanjuntak bahawa:

“ Sekiranya terjadi perbalahan perkauman yang tegang, penduduk peribumi Borneo berkemungkinan

memilih untuk bersekutu dengan orang Melayu yang lebih rapat dari segi keturunan berbanding dengan

orang Cina”.21

18
Azmah Abdul Manaf (2003). Kemunculan Malaysia Moden. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd. Hal;116 .
19
Zainal Abiddin b. Abd. Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd. Yusof b. Ibrahim & etc. (1992). Malaysia:
Warisan Dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal; 245.
20
Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayum A. Jawan (1997). Penubuhan Persekutuan Malaysia Serdang: Pusat
Penerbitan Universiti Putra Malaysia. Hal;64.
21
Azmah Abdul Manaf (2003). Kemunculan Malaysia Moden. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd. Hal; 112.

8
UPSI sejarah Malaysia 1900-sehingga kini (Lsm 3033)

Faktor keseimbangan kaum dan perpaduan ini sebenarnya telah menjadi

kontrovesi. Sekiranya benar-benar ingin mewujudkan sebuah Negara yang kuat mengapa

tidak kita bergabung dengan Indonesia dan Filipina. Indonesia dan Filipina dikatakan

mempunyai warisan dan budaya yang sama dengan Tanah Melayu. Konsep yang sama

telah dilaung-laungkan oleh Ahmad Boestaman dan A. M. Zahari. 22 Mengapa kita

perlu bergabung dengan negeri-negeri jajahan British sahaja? Adakah ini

dikatakan neoklonialisme yang dilancarkan oleh British.

KESIMPULAN

Terdapat pelbagai faktor yang menjadi asas kepada penubuhan persekutuan Malaysia.

Penubuhan Malaysia ini dilihat sebagai lubuk untuk merealisasikan kepentingan orang-

orang tertentu. Kepentingan ini merangkumi faktor politik, sosial dan ekonomi.

Walaupun, ia dikatakan untuk kepentingan sesetengah pihak, tetapi kalau dilihat ia juga

turut memberi faedah kepada yang terlibat.

Tindakan menubuhkan gagasan Malaysia ini juga menjadi isu kontrovesi dan

mendapat tentangan yang kuat dari dalam dan luar negeri dan salah satunya Konfrontasi

Indonesia 1964.23 Halangan-halangan yang timbul ini telah memberi motivasi dalam

merealisasikan pembentukan Persekutuan Malaysia dengan usaha yang berterusan.

Akhirnya pada September 1963, Persekutuan Malaysia telah direalisasikan.

22
Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayum A. Jawan (1997). Penubuhan Persekutuan Malaysia Serdang: Pusat
Penerbitan Universiti Putra Malaysia. Hal; 61.
23
Syed Othman Syed Omar (1999). Tentera Malaysia Dalam Era Konfrontasi. Bangi: Penerbitan
Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Hal; 28.

You might also like