You are on page 1of 12

KSSR DUNIA

SAINS DAN
TEKNOLOGI

KUMPULAN 4
(TUMBUHAN)
Tajuk: POKOK AJAIB
Ringkasan:
Di dalam tajuk ini,
murid akan diperkenalkan
dengan bahagian-bahagian
tumbuhan seperti dahan,
pucuk, daun,bunga, buah,
batang dan akar.
Standard Kurikulum:

SAINS HAYAT
4.1 Menganalisis tumbuhan
dan bahagian tumbuhan.
Standard Pembelajaran: 
4.1.2 Mengenal pasti bahagian-
bahagian
tumbuhan iaitu pucuk, daun,
bunga, buah,
dahan, batang dan akar dengan
memerhati tumbuhan sebenar.
Tempoh Masa : 60 Minit
Sumber:
1. Kertas Arahan Guru
2. L Kerja – Penilaian ( Bahagian2 tumbuhan )
3.L Kerja - Pemulihan( Memadankan bahagian tumbuhan)
4.L Kerja – Pengayaan (lukis & label bahagian2 tumbuhan)
Aktiviti:
1. Murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan kecil.
2. Murid diberi kertas arahan oleh guru
3. yang mengandungi senarai bahagian
tumbuhan yang berbeza.
4. Murid dibawa ke kawasan sekolah untuk
mencari bahagian-bahagian tumbuhan
berdasarkan tugasan masing-masing. *
5. Murid kembali ke kelas setelah selesai
melaksanakan tugasan yang diberikan.
6. Murid melakukan aktiviti dalam kumpulan
dengan mencantum bahagian-bahagian
tumbuhan yang diperolehi sehingga
membentuk sebatang pokok yang
lengkap.
7. Murid diminta mempamerkan hasil kerja
kumpulan di hadapan kelas.
8. Guru berbincang dengan murid tentang
hasil kerja semua kumpulan.
9. Guru memberikan lembaran kerja kepada
pelajar untuk menilai pengetahuan
mereka.
10.Guru memulih dan mengukuhkan pengetahuan
murid-murid berdasarkan penilaian yang telah
dilakukan.
11.Murid membuat kesimpulan tentang apa yang
dipelajari.
* Langkah Berjaga-jaga
a)Guru mengingatkan murid agar berhati-hati
semasa memetik bahagian-bahagian tumbuhan.
Nilai Murni
Menyayangi tumbuh-tumbuhan ( Memetik dengan
hanya dengan tujuan yang baik: belajar dan sumber
makanan)
Penilaian:

1.Murid
menyiapkan
lembaran
kerja

2.Soal
jawab
secara lisan
Aktiviti
Pemulihan:
Murid
memadankan
gambar bahagian
tumbuhan dengan
namanya dengan
dipandu oleh guru
Melalui lembaran
kerja pemulihan.
Aktiviti
Pengayaan:

Murid
menyiapkan
lembaran kerja
pengayaan

You might also like