You are on page 1of 9

Istiadat Konvokesyen

Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru akan diadakan pada 15 hingga 18 Mac 2011
bersamaan 11 Rabiulawal hingga 13 Rabiulakhir 1432 Hijrah bertempat di Dewan Perdana,
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC): Presint 5, Putrajaya,
Pakaian Akademik

Anda diminta berpakaian kemas iaitu lounge suit atau pakaian kebangsaan dan berkasut kulit
hitam bagi lelaki. Baju kurung atau kebaya atau pakaian lain yang sopan, tidak terlalu ketat dan
haruslah labuh ke bawah paras lutut dan berkasut sarung (bukan tumit tinggi dan bukan selipar)
bagi perempuan. Warna asas bagi keseluruhan jubah graduan adalah sama, iaitu warna Royal
Blue atau biru tua Anda juga diminta mengenakan pakaian akademik iaitu jubah dan topi
(mortar board).

Graduan yang tidak memakai pakaian akademik yang lengkap tidak dibenarkan
menyertai Istiadat Konvokesyen. Semua graduan tidak dibenarkan keluar dewan sehingga
Istiadat Konvokesyen selesai.

Anda dikehendaki berpakaian formal (pakaian kerja) semasa hadir hari pendaftaran dan raptai.
Pihak urusetia mungkin tidak akan membenarkan bakal graduan mendaftar sekiranya tidak
mematuhi etika berpakaian seorang GURU..

Pengambilan Pakaian Akademik

Graduan Tarikh dan Masa Tempat


Program Ijazah Sarjana Muda 15 Mac 2011 Kaunter Pendaftaran
Perguruan (PISMP) Ambilan 2007
8.30 pagi-10.30 pagi PICC, Putrajaya
Program Kursus Perguruan Lepas 17 Mac 2011 Kaunter Pendaftaran
Ijazah
2.00petang - 3.30 PICC, Putrajaya
Ambilan Jun 2009 petang

Urusan pinjaman selepas dari tarikh dan waktu di atas tidak akan dipertimbangkan.

Anda dikehendaki melengkapkan Borang Peminjaman Pakaian Akademik (Lampiran 1) dan


membawanya bersama semasa mengambilan Pakaian Akademik.

Hanya bakal graduan sahaja yang dibenarkan mengambil pakaian akademik, kecuali dalam
kes-kes kecemasan dan kesihatan dibenarkan wakil graduan mengambilnya dengan
membawa borang kebenaran untuk wakil mengambil Pakaian Akademik (Lampiran 2)
LAMPIRAN 1

KONVOKESYEN IPGM 2011

BORANG PENGAMBILAN PAKAIAN AKADEMIK

*Sila lengkapkan borang ini dan bawa bersama semasa mengambil Pakaian Akademik

Nama Penuh :..............................................................................................................................

No Kad Pengenalan :...........................................................

IPG Kampus :...........................................................................................................

No. Telefon :……………………………………………………………………………...

Alamat surat menyurat:………….....................................................................................................

………………………………………………………………………………………………………………

Poskod :......................... Bandar :........................................

Negeri :.................................................................

Tarikh Pinjaman :............................................ Tandatangan :.................................................

**Peringatan Penting

* Hanya borang yang telah diisi dengan lengkap dan bercop sahaja yang dibenarkan untuk
mengambil Pakaian Akademik

* Graduan yang mewakilkan orang lain untuk mengambil Pakaian Akademik hendaklah mengisi
borang kebenaran kepada wakil untuk mengambil pakaian akademik.

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Disahkan oleh :.................…………………………………………

Tarikh :…………........

Saiz : S/ M/ L/ XL (Bulatkan saiz yang dikehendaki)


LAMPIRAN 2
KONVOKESYEN IPGM 2011
KEBENARAN KEPADA WAKIL UNTUK MENGAMBIL PAKAIAN AKADEMIK
(JUBAH DAN TOPI)

Nama : ……………………………………………………………………………………..……………...

No. K.P : …………………………………………………

IPG Kampus : ……………………………………………………………………………………………

Program : ………………………………………………………………

Alamat surat menyurat:………………………………………………….………………………………………..

………………..…………………..……………………………………..……………………………………………

Tarikh : ……………………………………

Urusetia
Konvokesyen IPGM 2011
(u.p : Jawatankuasa Jubah)

Tuan,

KEBENARAN KEPADA WAKIL UNTUK MENGAMBIL PAKAIAN AKADEMIK

Dengan hormatnya, saya seperti nama dan alamat di atas tidak dapat hadir untuk mengambil Pakaian
Akademik.

2. Sehubungan dengan itu, saya mewakilkan penama di bawah ini untuk mengambil Pakaian
Akademik bagi pihak saya.

Nama wakil : …………………………………...

No. Kad Pengenalan : ……………………………………

Alamat :…………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………

No. Telefon : …………………………………….……./(H/P) ………….……………………….

Hubungan : ……………………………………

2. Saya mengaku akan bertanggungjawab di atas tindakan memberi kebenaran ini dan sedia maklum
bahawa pihak IPG akan mengenakan denda sekiranya Pakaian Akademik berkenaan rosak atau hilang.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………
( )
Bayaran Konvokesyen

Semua bakal graduan diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak dua ratus ringgit
(RM200.00). Pembayaran boleh dibuat terus di atas nama PENGARAH INSTITUT
PENDIDIKAN GURU, KAMPUS masing-masing melalui cek/wang pos pada/ tidak lewat dari
5 Mac 2011.

Graduan yang tidak dapat hadir ke Istiadat Konvokesyen juga diwajibkan membuat
bayaran konvokesyen sebanyak satu ratus ringgit (RM100.00). Ijazah/Diploma dan Transkrip
Akademik tidak akan diserahkan kepada mana-mana graduan yang tidak membuat bayaran
tersebut.

Sila bawa bersama salinan slip bayaran/dokumen pengesahan bayaran dari IPG masing-
masing sewaktu hendak mengambil pakaian akademik.

Taklimat dan Raptai

Semua Bakal Graduan diminta hadir ke taklimat raptai konvokesyen mengikut tarikh dan masa
yang telah ditetapkan

Tempat
Graduan Tarikh dan Masa
Program Ijazah Sarjana Muda 15 Mac 2011 Dewan Perdana
Perguruan (PISMP) Ambilan 2007 11.00 pagi PICC, Putrajaya
Program Kursus Perguruan Lepas
17 Mac 2011 Dewan Perdana
Ijazah
4.00 petang PICC, Putrajaya
Ambilan Jun 2009

Istiadat Pengurniaan Ijazah/Diploma dan pengesahan kehadiran

Senarai nama bakal graduan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP), Program
Kursus Perguruan Lepas Ijazah mengikut sesi . Sila klik

Tarikh, Sesi &, Program/Graduan dan IPG Jumlah

16 Mac 2011 PISMP Ambilan Januari 2007* 600

Sesi 1: 8.30 pagi Penerima Anugerah Kecemerlangan


16 Mac 2011 PISMP Ambilan Januari 2007* 690

Sesi 2: 2.30 petang


17 Mac 2011 PISMP Ambilan Januari 2007* 695

Sesi 3: 8.30 pagi


18 Mac 2011 KPLI Ambilan Jun 2009 650

Sesi 4: 8.30 pagi


18 Mac 2011 KPLI Ambilan Jun 2009 650

Sesi 5: 2.30 ptg

*NOTA: Penyampaian Ijazah adalah mengikut Bidang Pengajian bukan mengikut IPG.
Maklumat lanjut giliran mengikut bidang akan dimaklumkan kemudian.

Panduan Dan Tatacara Menerima Ijazah

Semua graduan dikehendaki berkumpul dan melaporkan diri lengkap dengan Pakaian
Akademik di Lobi aras 1 PICC pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan untuk perarakan
masuk graduan ke dalam Dewan Perdana.

1. Semua bakal graduan dikehendaki duduk di kerusi yang bertanda (tagging) di Dewan
Perdana mengikut nombor giliran masing-masing seperti yang tercatat dalam Buku
konvokesyen.

2. Semua bakal graduan dikehendaki berdiri semasa istiadat pengumuman penganugerahan


Ijazah Sarjana Muda/Diploma.

3. Semasa Istiadat pengurniaan/penyampaian, nama graduan akan diumumkan untuk


menerima Ijazah Sarjana Muda/Diploma. Bakal graduan akan bergerak ke hadapan dewan
mengikut barisan. Sila patuhi semua arahan pegawai bertugas semasa Istiadat
Konvokesyen berlangsung.

4.. Apabila nama graduan diumumkan;

graduan diminta berjalan terus ke arah Canselor / Pro Canselor.


tunduk sebagai tanda hormat (penanda ada disediakan di atas pentas).
terima Ijazah Sarjana Muda/Diploma dengan kedua belah tangan.
beri ucapan"Menjunjung Kasih Tuanku" kepada Tuanku Canselor dan "Terima
kasih" kepada Pro Canselor.
undur selangkah dan tundukkan kepala sebelum berjalan turun dari pentas dan kembali
ke tempat duduk asal mengikut laluan yang ditetapkan
bagi penerima Anugerah Kecemerlangan, selepas menerima Ijazah dikehendaki duduk
di tempat duduk yang disediakan dan akan dimaklumkan kelak.

5. Panduan dan tatacara menerima ijazah akan dijelaskan dengan lebih lanjut semasa raptai

Jemputan Kepada Keluarga

Semua bakal graduan hanya diberi satu (1) Pas Masuk untuk 2 orang ahli keluarga sahaja.
Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Pas
masuk dan pelekat kenderaan akan diserahkan semasa anda mengambil pakaian akademik.
Ibu bapa atau ahli keluarga digalakkan memakai batik bagi lelaki dan pakaian formal bagi
perempuan. Pemakaian jean tidak dibenarkan sama sekali.

Ibu bapa atau ahli keluarga yang tidak dapat memasuki Dewan Perdana semasa Istiadat
Konvokesyen berlangsung dijemput ke Dewan? ………………………….untuk menonton siaran
langsung upacara Istiadat Konvokesyen melalui paparan di skrin

Gambar Konvokesyen

Gambar-gambar graduan semasa menerima ijazah akan diuruskan oleh Syarikat Fotografi yang
dilantik oleh IPGM. Syarikat ini akan berurusan terus dengan graduan selepas majlis
konvokesyen. Graduan dan ahli keluarga tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam
dewan semasa istiadat berlangsung.

Pemulangan Pakaian Akademik

Anda hendaklah memulangkan pakaian akademik selewat-lewatnya pada pukul 5.00 petang
pada hari yang sama selepas Istiadat Konvokesyen bagi graduan sesi pagi, dan selewat-
lewatnya pada pukul 12.00 tengahari hari berikutnya bagi graduan sesi petang di kaunter
pendaftaran pengambilan pakaian akademik.

Pengambilan Transkrip Dan Ijazah/Diploma

Bagi Transkrip Akademik, graduan boleh menuntut pada bila-bila masa iaitu setelah dua (2)
minggu graduan disahkan tamat pengajian oleh Senat dengan membuat permohonan secara
bertulis ke IPG Kampus masing-masing.

Transkrip Akademik dan Ijazah juga boleh diambil selepas selesai semua urusan pemulangan
pakaian akademik. Para graduan yang tidak dapat hadir untuk mengambil ijazah dan transkrip
bolehlah mewakilkan orang lain untuk mengambilnya atau ijazah dan transkrip tersebut dipos
oleh IPG Kampus dengan menggunakan borang Kebenaran mengambil ijazah/diploma dan
transkrip (Lampiran 3) dan dilampirkan salinan slip bayaran yuran konvokesyen.

Graduan yang tidak memulangkan pakaian akademik dengan lengkap tidak dibenarkan
mengambil transkrip dan ijazah/diploma. Graduan yang masih berhutang dengan IPG
Kampus juga tidak dibenar mengambil transkrip akademik dan ijazah/diploma masing-
masing.

Transkrip akademik dan ijazah/diploma hanya dikeluarkan satu (1) kali sahaja. Pihak IPG
tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan / kehilangan dan sebagainya ke atas
ijazah/diploma dan transkrip akademik sekiranya tidak dituntut, dituntut melalui pos dan dituntut
melalui wakil yang mengambilnya.
Bayaran akan dikenakan untuk mendapatkan salinan dokumen-dokumen berkenaan yang
hilang atau rosak dengan kadar berikut :

BIL. PERKARA KADAR (RM)


10.00
1 Bayaran Salinan Transkrip

40.00
2 Bayaran Salinan Ijazah/Diploma
LAMPIRAN 3

KEBENARAN WAKIL MENGAMBIL IJAZAH DAN TRANSKRIP / IJAZAH DAN TRANSKRIP DIPOS

Nama : ……………………………………
No. K.P : ……………………………………
IPG Kampus : ……………………………………
Program : ……………………………………
Alamat : ………………………………………………………………………………………………..…..
………………..………………………………………………..………………………………………………………..
No. Telefon : (R)…………………………………… (H/P)..………………………………………

Tarikh : ……………………………………

Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus…………………………………………………………………………………………..

(u.p : Unit Peperiksaan dan Penilaian)

Tuan,

KEBENARAN WAKIL MENGAMBIL IJAZAH DAN TRANSKRIP / IJAZAH/DIPLOMA DAN TRANSKRIP


DIPOS OLEH PIHAK INSTITUT

Dengan hormatnya saya seperti nama dan alamat di atas, memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir
untuk mengambil Ijazah dan Transkrip saya.

2. Sehubungan dengan itu, saya bersetuju supaya * Ijazah/Diploma dan Transkrip saya :-
(potong yang tidak berkenaan)
*Dipos seperti alamat di atas/Diserahkan kepada wakil saya iaitu :-

Nama wakil : …………………………………...


No. Kad Pengenalan : ……………………………………
Hubungan : ……………………………………
No. Telefon : (R)…………………………………… (H/P)..………………………………………
3. Saya sedia maklum bahawa pihak institut hanya mengeluarkan Ijazah/Diploma dan Transkrip
sekali sahaja. Saya mengaku akan bertanggungjawab di atas tindakan memberi kebenaran ini dan tidak
akan membuat sebarang tuntutan terhadap Universiti Pendidikan Sultan Idris sekiranya Ijazah dan
Transkrip berkenaan rosak atau hilang.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

……………………
( )

(Beserta Resit Bayaran Yuran Konvokesyen/pengesahan bayaran yuran konvokesyen)

You might also like