You are on page 1of 1

MOHD AFIQ SYIMIR BIN SAMSUDIN PISMP MUZIK (B)

INOVASI PEDAGOGI

NAMA INOVASI

Culture Rebell

PENERANGAN DAN PERINCIAN TENTANG INOVASI

Setelah melalui pelbagai rintangan dan kesusahan dalam proses pengajaran & pembelajaran bagi
praktikum pada semester ini, akhirnya saya berjaya merungkaikan persoalan dan kesulitan yang dialami
dengan membuat andaian, kepercayan dan pegangan mengenai tahap kognitif murid di mana saya telah
membuat satu inovasi yang diberi nama Culture Rebel.

Saya mendapati murid lebih suka berbincang secara bising berbanding senyap. Saya selalu memarahi
mereka apabila bising sewaktu menjalankan tugasan secara kumpulan kerana kebisingan mereka akan
mengganggu kumpulan yang lain. Tetapi ada seorang murid bersuara dan beliau mengatakan bahawa,
mereka sudah biasa bising dan dengan berbuat demikian mereka lebih cepat menjawab atau
menyelesaikan suatu tugasan yang diberikan. Jadi saya mengambil keputusan untuk melakukan satu
pemerhatian di mana murid bagi kelas yang berikutnya, saya menyuruh mereka melakukan kerja dalam
keadaan senyap dengan berbekalkan tugasan yang sama.

PENILAIAN KEBERKESANAN INOVASI

Saya dapati perbezaan hasil pembelajaran mereka sangat ketara di mana idea murid yang berbincang
secara bising lebih kreatif dan banyak berbanding murid yang melakukan kerja dengan senyap. Perkara
seperti ini sememangnya sudah dijangka oleh saya. Bagi saya dengan berbincang secara bising dan tidak
formal adalah lebih baik dan berkesan kepada murid. Idea dan pendapat mereka akan bercambah dan
lebih kreatif. Penilaian dibuat berdasarkan topik Penerokaan dalam silibus Pendidikan Muzik KBSR di
mana murid diminta untuk membuat improvisasi terhadap objek terbuang seperti botol, beg plastic dan
sebagainya dengan membunyikan objek-objek tersebut bagi menggambarkan bunyi alam sekitar.

You might also like