You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU RAKIT

MENGABANG LEKOR
21020 KUALA TERENGGANU

Tel : 09-6698511
Fax : 09-6698513
e-mail : smkbrtea3127@gmail.com

Rujukan Kami : SMKBR 09/01/001(09)


Tarikh : 09 Mei 2010

Pegawai Pelajaran Daerah,


Pejabat Pelajaran Daerah
Kuala Terengganu,
Jalan Pejabat,
20200 Kuala Terengganu
(UP : Pegawai Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan )

PROGRAM SEJENAK BERSAMA PEGAWAI PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN PPDKT SEMPENA


BULAN DISIPLIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU RAKIT, MENGABANG LEKOR.

Dengan hormatnya dan sukacita dimaklumkan, SMK Batu Rakit telah melancarkan program bulan disiplin
peringkat sekolah bermula 03 Mei 2010 dan berakhir pada 29 Mei 2010.

2. Sehubungan itu, tuan dijemput untuk memberi ceramah di dalam slot tersebut sebagaimana
berikut:

Tarikh : 23 Mei 2010 (Ahad)


Masa : 7.45 hingga 9.40 pagi
Tempat : Dewan Sekolah .

3. Pihak sekolah amat berharap agar kehadiran tuan dapat menyempurnakan program tersebut
demi kecemerlangan pelajar pada masa hadapan.

4. Semoga kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
”BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,

(HJH WAN KELSUM BINTI WAN HITAM)


Pengetua,
SMK Batu Rakit, Mengabang Lekor,
21020 Kuala Terengganu.

s.k:
- Pengarah Pendidikan Terengganu
- Fail Timbul

You might also like