You are on page 1of 41

1.

0 ARAS KEMAHIRAN TAKSONOMI BLOOM

Bil. Aras Kemahiran Deskripsi Kemahiran

1. Pengetahuan Kebolehan kognitif untuk mengingat semula atau mengenal


pasti elemen spesifik yang terdapat dalam kandungan
sesuatu maklumat yang dipelajari.

2. Kefahaman Kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan


pengetahuan tanpa situasi baru dan tidak memerlukan atau
memperlihatkan tentang implikasi terhadap pengetahuan
tersebut.

3. Aplikasi Kebolehan kognitif yang menggunakan prinsip dan


generalisasi pada satu masalah dan situasi baru. Masalah
dan situasi itu hampir atau sebahagiannya baru kepada
pelajar.

4. Analisis Kebolehan kognitif untuk memisahkan sesuatu set


komunikasi kepada elemen-elemen sehingga suatu bentuk
pertalian antara elemen-elemen itu dapat dilihat dengan
jelas.

5. Sintesis Kebolehan kognitif yang menggabungkan elemen-elemen


untuk membentuk suatu set komunikasi.

6. Penilaian Kebolehan kognitif yang paling tinggi untuk membuat


pertimbangan dengan menggunakan kaedah dan kriteria
yang piawai untuk menentukan kesesuaian, ketepatan,
kecekapan, keberkesanan tentang sesuatu nilai, makna,
pendapat, penyelesaian, prosedur, produk dan lain-lain.

2.0 ARAS KEMAHIRAN DAN KATA TUGAS

Bil. Aras Kemahiran Kata Tugas Kehendak


1. Pengetahuan  Mentakrifkan  Meluahkan semula maklumat.
 Menyatakan  Proses mengingat kembali
 Menghuraikan fakta/pemerhatian/prosedur/idea/
 Memperihalkan takrif.

 Melabelkan  Proses menulis balik ingatan

 Memadankan tentang sesuatu perkara.

 Memilih
 Menyenaraikan
 Merekodkan
 Menjadualkan
 Menulis semula
 Mengenal

2. Kefahaman  Menjelaskan  Menunjukkan pemahaman


 Menerangkan tentang maklumat.
 Membezakan  Menjelaskan idea daripada satu

 Menganggarkan bentuk komunikasi kepada satu

 Menghuraikan bentuk yang lain; idea dijelaskan


secara terus.
 Memberikan contoh
 Mentafsirkan idea yang tersirat
 Menulis semula
pada komunikasi asal kepada
 Merumuskan
bentuk lain.
 Membincangkan
 Ekstrapolasi yang melibatkan
 Melaporkan
kebolehan membuat pentafsiran
 Mengumpulkan
melangkau maklumat yang
terdapat dalam komunikasi seperti
membuat ramalan, inferensi dan
anggaran.

Bil. Aras Kemahiran Kata Tugas Kehendak


3. Aplikasi  Menunjukkan  Menggunakan maklumat untuk
 Mengira menyelesaikan persoalan/isu.
 Menjalankan  Menggunakan maklumat untuk
 Menyediakan menyelesaikan masalah.
 Mengaitkan
 Menyelesaikan
 Menggunakan
 Mengilustrasikan
 Mengukur
 Menyusunkan
 Melukiskan
 Melakarkan
 Menentukan
 Mengkelaskan
 Membinakan
 Menghasilkan
 Mengubahsuai

4. Analisis  Mengesan  Dapat membezakan sesuatu,


 Mengenal pasti perincian atau memecahkan
 Membezakan sesuatu kepada komponen-

 Membandingkan komponen yang lebih kecil secara

 Mengkategorikan khusus dan mengaitkan


komponen-komponen itu antara
 Menganalisakan
satu dengan yang lain.
 Membincangkan
 Membuktikan
 Mengemukakan
 Mencadangankan
 Meramalkan
 Membuat
kesimpulan
 Menyarankan
Bil. Aras Kemahiran Kata Tugas Kehendak
5. Sintesis  Menyatukan  Mengkaji bahagian-bahagian atau
 Mencipta komponen-komponen dalam
 Menerangkan sesuatu perkara dan kemudian
 Menghuraikan menyepadukan, mencantumkan,
 Membentuk menggabungjalinkan semula
 Menyusun semula bahagian-bahagian itu untuk
 Merancang membentuk sesuatu yang baru.
 Menulis semula
 Merumuskan
 Merekabentukkan
 Menghasilkan
formula
 Menstrukturkan
 Mengesahkan
 Memperkukuhkan
 Merundingkan
 Menggabung
jalinkan
 Mengkategorikan

6. Penilaian  Mengkritik  Menilai sesuatu perkara


 Menjustifikasikan (melibatkan pertimbangan).
 Mentafsirkan  Melihat sesuatu dengan
 Mengulas menggunakan pemikiran yang

 Menggredkan objektif dan logis, iaitu


menggunkan kriteria untuk
 Menilai
menilai/membuat pertimbangan.
 Merumuskan
 Menterjemahkan
 Mengaitkan

3.0 MAKNA KATA KERJA

Bil. Kata Kerja Penerangan


1. Takrifkan Memerlukan hanya satu penyataan yang setara (takrif).

2. Apakah yang Memerlukan takrif dengan sedikit ulasan yang relevan tentang
dimaksudkan dengan keertian atau konteks istilah berkenaan.

3. Nyatakan Memerlukan jawapan yang ringkas dan padat. Tidak memerlukan


hujah atau alasan. Jika adapun hanya sedikit sahaja.

4. Senaraikan Memerlukan sebilangan perkara, tanpa huraian dalam bentuk


senarai.

5. Gariskan Memberikan asas-asas sahaja, jawapan ringkas.

6. Lakarkan Memerlukan lukisan tangan yang ringkas; bagi gambar rajah,


perkadaran dan kejelasan perincian penting perlu diberi
perhatian; bagi graf, bentuk dan/atau kedudukan lengkung perlu
betul secara kualitatif sahaja.

7. Lukiskan Memerlukan gambar rajah, graf atau lukisan yang lebih jitu
(mengikut skala bagi graf).

8. Galurkan Memerlukan huraian mengikut kronologi/kejadian /ruang/proses


tertentu.

9. Jelaskan /Terangkan Memerlukan penyataan yang merupakan taakulan/ sebab-


musabab atau sedikit rujukan kepada teori, bergantung pada
konteks.

10. Huraikan dengan Ditafsirkan secara lebih umum, iaitu calon mempunyai budi bicara
memberikan sebab- yang lebih luas tentang sifat dan penyusunan bahan yang hendak
sebab dimasukkan dalam jawapan.

Bil. Kata Kerja Penerangan

11. Perihalkan /Huraikan Memerlukan penjelasan (menggunakan gambar rajah di mana-


mana yang sesuai) tentang perkara-perkara utama bagi tajuk
yang dinyatakan; biasanya merujuk kepada fenomena tertentu
atau uji kaji tertentu. Setakat mana huraian diharapkan hendaklah
ditafsirkan berdasarkan nilai markah yang ditunjukkan.
12. Bandingkan Melihat yang sama dan yang berbeza tentang dua perkara yang
dikemukakan.

13. Bincangkan Memberikan huraian yang kritis tentang isu yang dikemukakan,
misalnya antara yang terlibat, baik-buruk, pro-kontra, pengaruh
sedikit sebanyak dan sebagainya.

14. Cadangkan Memerlukan cadangan tentang perkara yang diminta (digunakan


dalam dua konteks; tidak terdapat jawapan yang unik atau
merujuk kepada suatu situasi ‘baru’).

15. Mengapakah Perihal dan sebab/hujah/ulasan bagi sesuatu situasi yang


diberikan.

16. Carikan Istilah umum yang boleh ditafsirkan sebagai hitung, tentukan,
dapatkan dan lain-lain.

17. Hitungkan Digunakan apabila jawapan berangka dikehendaki. Pada


umumnya jalan kerja hendaklah ditunjukkan terutamanya apabila
dua langkah atau lebih terlibat.

18. Tentukan Biasaya digunakan apabila kuantiti berkenaan diperoleh secara


penghitungan, menggantikan nilai-nilai terukur atau diketahui bagi
kuantiti-kuantiti lain ke dalam satu rumus piawai.

19. Tunjukkan Memberikan langkah/sebab yang membawa kepada sesuatu


keputusan/fenomena yang diberikan atau membuktikan sesuatu.

Bil. Kata Kerja Penerangan

20. Ramalkan Tidak memerlukan jawapan yang diperoleh secara ingatan tetapi
dengan membuat perkaitan yang logis antara maklumat-
maklumat yang lain. Maklumat demikian mungkin keseluruhannya
diberikan dalam soalan atau mungkin bergantung pada jawapan
yang diperoleh dalam bahagian awal soalan. Juga memerlukan
jawapan yang ringkas dan padat tanpa penyataan sokongan.

21. Deduksikan Digunakan dengan cara yang sama seperti ramalkan kecuali
sedikit penyataan sokongan dikehendaki, misalnya rujukan
kepada suatu hukum/prinsip atau taakulan yang perlu hendaklah
dimasukkan dalam jawapan.

22. Setujukah anda Memerlukan penyataan pendirian calon dengan hujah dan alasan
tentang sesuatu isu.

23. Sejauhmanakah Menilai peranan sesuatu faktor dalam sesuatu proses atau
fenomena berbanding dengan faktor lain.

24. Ulaskan Membuat rumusan/kesimpulan dengan alasan daripada


fakta/data dan sebagainya.

25. Nilaikan Memerlukan penggunaan lebih daripada satu kriteria.

26. Analisiskan Memecahkan sesuatu komunikasi petikan, perenggan, carta,


data dan sebagainya kepada bahagian-bahagiannya dan
menghuraikan perkaitan antara bahagian-bahagian itu.

27. Bagaimanakan Menunjukkan sebab musabab bagi sesuatu fenomena atau


menjelaskan sesuatu proses yang terlibat dalam sesuatu hasil
terakhir.

4.0 PENJELASAN KATA KERJA

Bil. Kata Kerja Respons Yang Diharapkan

1. Analisiskan Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara


yang dikomunikasikan.

2. Anggarkan Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan


keadaan yang ditetapkan dengan menggunakan ciri–ciri suatu
pengetahuan tertentu.

3. Apakah Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik.

4. Bagaimanakah Memerihalkan/memberi penerangan tentang cara/


keadaan/langkah/kejadian.

5. Bandingkan Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih


perkara.

6. Berapakah Memberi kuantiti.

7. Bezakan Menyatakan kelainan/ketidaksamaan antara 2 atau lebih perkara.

8. Bilakah Menyatakan masa atau waktu.

9. Binakan Membuat sesuatu menggunakan kaedah atau alat tertentu.

10. Bincangkan Memberi penerangan daripada pelbagai aspek atau lebih


perkara.

11. Buktikan Menyatakan kebenaran dengan dalil/contoh/fakta.

12. Cadangkan Memberi pandangan/idea/pendapat dengan mempertimbangkan


perkara positif atau negatif.

13. Carikan Memberikan nilai tanpa atau dengan hitungan ringkas.

14. Cerakinkan Menghuraikan sesuatu kepada bahagian.

Bil. Kata Kerja Respons Yang Diharapkan

15. Definisikan Memberikan keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna
suatu perkataan khusus, istilah atau terminologi.

16. Hitungkan Memberikan jawapan dengan kaedah pengiraan.

17. Hubungkaitkan Membuat suatu pertalian berdasarkan beberapa ciri atau faktor.

18. Huraikan Memperihalkan/menceritakan sesuatu dengan panjang


lebar/terperinci secara teratur.

19. Interpretasikan Memberikan maklumat atau makna lain bagi sesuatu komunikasi.

20. Jelaskan Memberi penerangan tentang sesuatu supaya mudah difahami.

21. Kelaskan Mengumpulkan kepada sesuatu kumpulan berdasarkan kriteria


atau ciri tertentu.

22. Kemukakan Memberi pendapat sama ada menyokong/ membangkang.

23. Kenal pastikan Memberi petunjuk atau makluman terhadap suatu benda atau
penyataan yang dikenali atau dicam dengan jelas.

24. Labelkan Menandakan dan/atau memberikan panggilan yang spesifik


terhadap suatu rujukan pada rajah, graf, carta, ilustrasi dan
sebagainya.

25. Lakarkan Memberikan persembahan berbentuk rajah/gambar rajah/peta


secara kasar dan tidak memerlukan perincian.

26. Lukiskan Memberikan persembahan berbentuk rajah/gambar rajah/graf


bagi menggambarkan suatu benda atau perkara dengan
menggunakan alat dan mengikut ukuran atau skala tertentu.

27. Membuat hipotesis Mengemukakan penyataan yang boleh diuji akan kesahihannya.

Bil. Kata Kerja Respons Yang Diharapkan

28. Mengapakah Memberi sebab.

29. Namakan Memberikan panggilan yang spesifik terhadap suatu


benda/istilah/terminologi/proses.

30. Nyatakan Memberikan jawapan yang spesifik tanpa memerlukan


penerangan lanjutan/huraian/sokongan.

31. Organisasikan Membuat sesuatu berdasarkan apa yang telah dirancang.

32. Pamerkan Menunjukkan persembahan terhadap penguasaan suatu perkara.

33. Ramalkan Memberikan suatu nilai yang dijangkakan berdasarkan pola atau
corak tertentu.

34. Reka bentukkan Membuat garis kasar, pelan tindakan dan melaksanakan
sebagaimana perancangan.

35. Rekodkan Mencatatkan dapatan kajian/eksperimen/pemerhatian mengikut


format.

36. Ringkaskan Memberi penerangan yang lebih padat daripada penyataan


asalnya dengan mengekalkan kandungan utama penyataan asal
itu.

37. Rumuskan Membuat sesuatu kesimpulan dengan mempertimbangkan


beberapa perkara.

38. Sarankan Memberi pandangan/idea/pendapat dengan mempertimbangkan


perkara positif atau negatif.
39. Selesaikan Membuat suatu keputusan untuk mengatasi sesuatu masalah.

40. Senaraikan Memberikan beberapa fakta, ciri, konsep, teori dan sebagainya
secara spesifik/berbentuk poin tanpa memberi hubungan,
perkaitan atau penerangan lanjutan bagi setiap satunya.

Bil. Kata Kerja Respons Yang Diharapkan

41. Siapakah Mengenal pasti individu dalam konteks tertentu.

42. Susunkan Membuat sesuatu urutan dengan menggunakan kaedah atau


prinsip tertentu.

43. Syorkan Memberi pandangan/idea/pendapat dengan mempertimbangkan


perkara positif atau negatif.

44. Tafsirkan Menerangkan maksud ayat dengan terperinci.

45. Takrifkan Memberikan keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna
suatu perkataan khusus, istilah atau terminologi.

46. Tentukan Membuat sesuatu keputusan selepas mengambil kira beberapa


perkara sebagai asas pertimbangan.

47. Terangkan Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu


dengan sebab.

48. Terjemahkan Menukarkan suatu bentuk komunikasi kepada suatu bentuk


komunikasi lain tanpa mengubah dan memerihalkan makna
komunikasi tersebut.

49. Tuliskan Memberi maklumat yang khusus/spesifik.

50. Ubahsuaikan Membuat sesuatu perubahan dengan menggunakan kaedah atau


prinsip tertentu.

51. Ukurkan Memberi kuantiti dengan unit yang boleh diperoleh daripada
sesuatu alat pengukur.

52. Ulaskan Memberi pandangan/pendapat/komen/kritik.


5.0 CONTOH PENGGUNAAN KATA KERJA

Bil. Kata Kerja Contoh Soalan Markah

1. Takrifkan Takrifkan istilah pembelahan nukleus dan 2


pelakuran nukleus.

2. Apakah yang Apakah yang dimaksudkan dengan guna 5


dimaksudkan dengan tenaga dan guna tenaga penuh?

3. Berikan Berikan tiga sebab utama mengapa 5


perkembangan guna tenaga penuh diberi
perhatian dalam ekonomi.

4. Jelaskan Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 6


imbangan air

5. Dengan bantuan gambar Dengan bantuan gambar rajah berlabel, 6


rajah jelaskan dengan ringkas istilah cerun
cembung, cerun cekung, dan cerun
kompleks.

6. Jelaskan bagaimana Jelaskan bagaimana bandar raya boleh 9


mengubahsuaikan keadaan atmosfera
setempat.

7. Nyatakan Nyatakan bentuk-bentuk hakisan 8


permukaan di cerun-cerun bukit.

8. Perihalkan Perihalkan keadaan-keadaan yang boleh 10


menghasilkan pemeluwapan wap air dalam
atmosfera.

9. Huraikan Huraikan penghasilan asid nitrik daripada 10


ammonia melalui proses Ostwald.

Bil. Kata Kerja Contoh Soalan Markah

10. Bandingkan Bandingkan peranan agama dalam proses 25


memperkukuhkan asas kekuatan
pemerintahan Islam antara zaman
Kesultanan Melayu Melaka dengan zaman
Khalifah al-Rasyidin.

11. Bincangkan Bincangkan pengaruh saiz penduduk 15


bandar terhadap tahap pencemaran udara
di bandar-bandar di Malaysia.

12. Galurkan Galurkan tahap-tahap utama peluasan 25


imperialisme Jepun di Tanah Besar Asia
dari tahun 1868 hingga tahun 1945 dan
kesan impelialisme terhadap pertumbuhan
nasionalisme tempatan.

13. Tuliskan Tuliskan persamaan berimbang bagi tindak 1


balas antara etanamina dengan asid
hidroklorik cair.

14. Lakarkan Lakarkan graf yang menunjukkan 2


bagaimana tenaga pengikat per nukleon
berubah dengan nombor jisim.

15. Lukiskan Lukiskan keluk kos purata jangka panjang 10


bagi sebuah firma. Mengapakah keluk itu
berbentuk demikian?

16. Terbitkan Terbitkan ungkapan bagi hasil darab 2


keterlarutan, Ksp, barium hidroksida.

6.0 ANALISIS MENGIKUT ARAS TAKSONOMI

Questions 1-2
Read the dialogues below carefully and choose the most suitable occupation mentioned from
the list given below. Write down the question number in the brackets next to the answer.
Choose only one answer for each question.

Baca dialog yang diberi dengan teliti dan pilih pekerjaan yang paling sesuai daripada senarai
yang diberi di bawah. Tuliskan nombor soalan di dalam kurungan yang disediakan di sebelah
jawapan. Pilih satu jawapan sahaja bagi setiap soalan.

1.

Analisis

2.

Analisis

Questions 3-7

Look at the picture carefully. Based on the picture and the passage given, fill in the blanks with
your own words. You must write only one word for one blank.
Lihat gambar dengan teliti. Berdasarkan gambar dan petikan yang diberi, isikan tempat
kosong. Kamu hendaklah menulis hanya satu perkataan bagi tiap-tiap satu tempat kosong.

Aplikasi

3
Last weekend, Latiff invited __________ friends to help pluck mangoes at his house. The
4
boys were very happy to __________ 5
him. There were many mangoes on the __________.
6
Two __________ the boys used bamboo sticks while the other two used ladders to pluck the
7
mangoes. Latiff’s sister, Lina, collected __________ mangoes that fell on the ground and put
them in a basket.

Soalan 8 hingga Soalan 9

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat di bawah.
8. Pelancong barat lebih suka _______________ di bawah matahari.

A. dijemur.
B. terjemur.
Pengetahuan
C. berjemur.
D. menjemur.

9. Perhimpunan itu telah dihadiri oleh orang ramai termasuk beberapa orang
_______________.

A. penama.
B. bernama. Pengetahuan
C. penamaan.
D. kenamaan.

10. Di antara pendekatan-pendekatan berikut, yang manakah paling berkesan digunakan


untuk menyerap nilai-nilai murni dalam jiwa kanak-kanak?

A. Budaya sekolah.
B. Asuhan di rumah. Penilaian
C. Aktiviti kokurikulum.
D. Pengajaran di sekolah.

Soalan 11 hingga Soalan 12

Pilih ayat yang paling sesuai sebagai jawapan kepada soalan yang bergaris.

Aplikasi
11. Apakah yang merunsingkan fikiran kamu?

A. Fikiran dia runsing kerana kekurangan belanja.


B. Fikiran saya runsing kerana kekurangan belanja.
C. Ya, fikiran saya runsing kerana kekurangan belanja.
D. Memang benar fikiran kamu runsing kerana kekurangan belanja.

12. Siapakah pemenang pertandingan memancing itu? Aplikasi

A. Yang memenangi pertandingan memancing itu ialah Jasman.


B. Saya rasa Jasman yang memenangi pertandingan memancing itu.
C. Saya pasti Jasman akan memenangi pertandingan memancing itu.
D. Yang akan memenangi pertandingan memancing itu ialah Jasman.

Soalan 13 dan Soalan 14

Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada soalan yang bergaris.

13. Fahmi pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang sakit.

A. Fahmi berada di hospital?


B. Ke manakah Fahmi pergi? Kefahaman

C. Siapakah yang pergi ke hospital?


D. Apakah tujuan Fahmi pergi ke hospital?

14. Murid-murid itu mengkaji kitar hidup rama-rama. Kefahaman

A. Apakah yang dikaji oleh murid-murid itu?


B. Benarkah murid-murid itu mengkaji kitar hidup rama-rama?
C. Bagaimanakah murid-murid mengkaji kitar hidup rama-rama?
D. Mengapakah kitar hidup rama-rama dikaji oleh murid-murid itu?

Soalan 15 berdasarkan Jadual 1

Jadual 1
Bongkah Bilangan Permukaan Bilangan Bucu
Rata
Piramid tapak segi empat 5 5
sama
Silinder 2 0
Kubus 8 6
Kon 1 1

15. Muthu mencatatkan ciri-ciri bongkah seperti dalam Jadual 1.

Antara berikut, bongkah yang manakah cirinya silap dicatatkan?

A. Kon.
B. Kubus. Analisis
C. Silinder.
D. Piramid tapak segiempat sama.

Soalan 16 berdasarkan Jadual 2

Jadual 2
Barang Kuantiti Jumlah Harga
Baju 2
Topi 1 RM 12.50

16. Jadual 2 yang tidak lengkap menunjukkan barang yang dibeli oleh Encik Lam. Pada
asalnya Encik Lam ada RM 345. Selepas membeli barang-barang di atas, wangnya
masih ada sebanyak RM180.

Berapakah harga sehelai baju yang dibelinya itu?

A. RM 55.00
B. RM 76.25
Sintesis
C. RM 82.50
D. RM 152.50

17. Antara pasangan bahan dan pelarut berikut yang manakah boleh diasingkan melalui
proses penurasan?

Bahan Pelarut

A. Natrium Air
B. Gula Air
Pengetahuan
C. Batu kapur Alkohol
D. Klorofil Alkohol

Soalan 18 berdasarkan Rajah 1


Rajah 1

18. Rajah 1 terdiri daripada petak-petak segi tiga sama sisi yang sama besar. Rozi
dikehendaki melorek 12% daripada keseluruhan rajah itu. Bahagian berlorek pada
rajah menunjukkkan hasil lorekan Rozi.

Antara berikut, pernyataan yang manakah benar?

A. Rozi terlebih lorek 2 petak.


B. Rozi terlebih kurang 2 petak.
Sintesis
C. Rozi terkurang lorek 2 petak.
D. Rozi terkurang lorek 7 petak.

19. Yang manakah pernyataan berikut tidak menerangkan ciri reptilia dengan betul?

A. Semua reptilia berbulu.


B. Semua reptilia bertelur.
Analisis
C. Semua reptilia berdarah sejuk.
D. Semua reptilia bernafas dengan paru-paru.

Soalan 20 berdasarkan Rajah 2

2.3 km 4.92 km

Stesen 1 Stesen 2

300 m
Stesen 3

Rajah 2

20. Rajah 2 menujukkan satu peta jalan mencari harta karun. Chong bermula dari Stesen
1 dan sepatutnya terus ke Stesen 3, tetapi dia telah tersesat selepas Stesen 2 dan
sampai di tempat bertanda M. Chong kemudian berpatah balik ke Stesen 2 dan terus
ke Stesen 3.

Berapakah jumlah jarak, dalam km, yang Chong lalui?

A. 7.22
B. 7.28
Analisis
C. 7.52
D. 7.82

21. Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi?


Kefahaman

A. Penggunaan kaedah oleh ahli sains untuk menjalankan kajian sains.


B. Alat komunikasi yang dicipta untuk kegunaan manusia berkomunikasi.
C. Kemudahan dalam kehidupan seharian yang didapati daripada hasil ciptaan
ahli-ahli sains.
D. Penggunaan pengetahuan sains untuk membantu mengatasi had keupayaan
manusia.

Soalan 22 berdasarkan Penyataan 1

P – Tidak berkaki
Q – Badan bersisik
R – Badan berbulu
S – Badan berbentuk silinder
Penyataan 1

22. Maklumat di atas menunjukkan sifat fizikal haiwan.

Antara sifat fizikal berikut yang manakah boleh digunakan untuk mengelaskan cacing
dan ular dalam kumpulan yang sama?

A. P dan S sahaja.
B. P dan Q sahaja.
Sintesis
C. P, R dan S sahaja.
D. Q, R dan S sahaja.

23. Antara berikut siapakah yang memberi sumbangan dalam teknologi pengangkutan?

I. Karl Benz
II. Guglielmo Marconi
Pengetahuan
III. Alexander Graham Bell
IV. Wilbur dan Orville Wright

A. I dan II sahaja.
B. I dan III sahaja.
C. II dan IV sahaja.
D. III dan IV sahaja.

Soalan 24 berdasarkan Penyataan 2

Kangkong Belalang Katak Ular

Penyataan 2
24. Maklumat di atas menunjukkan satu rantai makanan. Apakah akan berlaku jika ular
ditambah dengan banyaknya dalam rantai makanan ini?

U Katak berkurang
S Belalang berkurang Aplikasi
T Kangkung berkurang

A. S dan T sahaja.
B. S dan U sahaja.
C. T dan U sahaja.
D. S, T dan U sahaja.

Soalan 25 berdasarkan Jadual 3

Jadual 3
Masa/Minit 0 4 8 12 16 20
Suhu/°C 29 42 55 68 81 94

25. Jadual 3 menunjukkan suhu air yang dipanaskan. Berapakah bacaan suhu air
tersebut pada minit ke - 24?

A. 94 °C
B. 100 °C
C. 107 °C Kefahaman
D. 120 °C
Soalan 26 berdasarkan Jadual 4

Jadual 4
Waktu Suhu udara kandang haiwan Suhu udara kandang haiwan
Y/°C Z/°C
7 pagi 28 28
9 pagi 27 30
11 pagi 28 33
1 petang 27 37
3 petang 28 33
5 petang 27 30

26. Jadual 4 menunjukkan maklumat penyiasatan tentang perubahan suhu udara


kandang haiwan Y dan kandang haiwan Z pada masa yang berlainan.

Tuliskan satu inferens yang boleh dibuat untuk menerangkan perbezaan udara pada
kandang haiwan Y dan kandang haiwan Z.
Sintesis

____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

Nyatakan corak perubahan suhu udara pada kandang haiwan Y. Penilaian

____________________________________________________________________

Soalan 27 berdasarkan Rajah 3


Rajah 3

Jadual 5
Jenis permukaan Masa yang diambil/saat
Berpasir 5
Berminyak 3

27. Rajah 3 menunjukkan sebuah bongkah ditolak dari kedudukan X ke kedudukan Y.


Jadual 5 di atas menunjukkan masa yang diambil bagi pergerakan bongkah dari X ke
Y. Apakah yang dapat dirumuskan tentang pergerakan bongkah itu?

A. Berterusan jika tiada halangan.


B. Lebih laju di atas permukaan kesat. Sintesis
C. Lebih lambat di atas permukaan licin.
D. Lebih lambat di atas permukaan kesat.

28. Aishah menyidai pakaian yang telah dibasuh di ampaian.


Antara keadaan berikut yang manakah membantu mencepatkan pengeringan pakaian
itu?

I. Sejuk
II. Panas
Aplikasi
III. Berangin
IV. Mendung

A. I dan II sahaja.
B. I dan III sahaja.
C. II dan IV sahaja.
D. III dan IV sahaja.

29. Antara berikut yang manakah sumber?

A. Fosil.
B. Artifak. Pengetahuan
C. Laporan.
D. Manuskrip.

30. Jangan peduli jemputan Ali kerana dia _______________ sahaja.

A. cakar ayam
B. cakap angin
Aplikasi
C. cakap kosong
D. ajak-ajak ayam

Soalan 31 berdasarkan Rajah 4


Jenis Tumbuhan

Rajah 4

31. Rajah 4 menunjukkan carta palang ketinggian tumbuhan P, Q, R dan S yang telah
ditanam berasingan.

Antara berikut pasangan tumbuhan yang manakah sesuai di tanam pada masa yang
sama dalam satu tempat untuk mengurangkan persaingan?

A. Q dan P
B. R dan S
C. Q dan S Kefahaman

D. P dan R

Soalan 32 berdasarkan Rajah 5


Rajah 5

32. Antara organisma berikut yang manakah melakukan pembiakan yang sama jenis
dengan organisma dalam Rajah 5?

A. Lalang.
B Setawar.
Pengetahuan
C Keembung.
D Paku pakis.

33. Apakah aktiviti yang membezakan antara Zaman Logam dengan Zaman Neolitik?
A. Memungut hasil hutan.
B. Menghasilkan tembikar.
Kefahaman
C. Mengusahakan tanaman.
D. Menjalankan perdagangan.

Soalan 34 berdasarkan Penyataan 3

Menjana kuasa elektrik


Membekarkan air untuk kegunaan harian penduduk
Pernyataan 3

34. Sungai manakah memainkan peranan seperti yang dinyatakan di atas?

A. Sungai Perak.
B. Sungai Pahang.
Pengetahuan
C. Sungai Sarawak.
D. Sungai Kinabatangan.

35. Antara perbandingan pembakaran dengan respirasi berikut, yang manakah benar?

Kefahaman

Pembakaran Respirasi

A Menggunakan oksigen. Menghasilkan oksigen.


B. Menghasilkan tenaga. Menyerap tenaga.
C Berlaku di luar sel Berlaku di dalam sel
organisma hidup. organisma hidup.
D Berlaku dalam keadaan Berlaku dalam keadaan
Gelap. gelap dan terang.

Soalan 36 berdasarkan Penyataan 4

Untuk mendapatkan air dalam tanah.


Untuk mendapatkan garam mineral dalam tanah.
Untuk mendapatkan sokongan.
Penyataan 4

36. Maklumat di atas menunjukkan fungsi gerak balas tumbuhan. Antara gerak balas
berikut yang manakah tidak berkaitan dengan fungsi tersebut?

A. Geotropisme positif.
B Fototropisme positif.
Kefahaman
C. Fototropisme negatif.
D. Hidrotropisme positif.

37. 1 meter = _______________ kilometer

A. 0.1
B. 0.01 Pengetahuan
C. 1000
D. 0.001

38. Sebuah segitiga sama sisi mempunyai panjang sisi 10 cm. Luas segitiga ini dalam
cm2 ialah:

A. 25
B. 50
Aplikasi
C. 100
D. 173

Soalan 39 berdasarkan Rajah 6

British mengiktiraf negeri


Kedah sebagai hak Siam
Perjanjian X

Siam membenarkan British


berdagang di Kelantan dan
Terengganu

Rajah 6

39. Berdasarkan Rajah 6, apakah Perjanjian X?

A. Perjanjian Burney – 1829.


B. Perjanjian Bangkok – 1909.
Kefahaman
C. Perjanjian British – Siam – 1902.
D. Perjanjian Sempadam British – Siam – 1899.

40. Siapakah Menteri Pendidikan pertama di Malaysia?

A. Rahman Talib.
B. Tun Abdul Razak.
Pengetahuan
C. Mohamad Khir Johari.
D. Tun Datuk Husein Onn.

Soalan 41 berdasarkan Rajah 7


Sumber cahaya putih Kanta cembung

Skrin putih

Prisma kaca

Rajah 7

41. Rajah 6 menunjukkan susunan radas untuk memerhati sebaran cahaya putih dengan
menggunakan prisma kaca.

Apakah yang kelihatan di skrin sekiranya suatu kanta cembung diletakkan di antara
prisma kaca dan skrin?

A. Titik putih.
B. Titik hitam.
Aplikasi
C. Warna-warna spektrum.
D. Warna merah dan ungu.

Soalan 42 berdasarkan Rajah 8


Udara

Air

Rajah 8

42. Sebuah tabung uji yang ditutup ketat dimasukkan ke dalam sebuah kukus air seperti
ditunjukkan dalam Rajah 8.

Antara berikut yang manakah benar tentang molekul udara dalam tabung uji itu
semasa pemanasan?

I. Tenaga kinetik molekul udara bertambah.


II. Molekul udara melanggar dinding tabung uji dengan lebih kerap.
III. Saiz molekul udara bertambah besar.
Aplikasi

A. I sahaja.
B. I, II dan III.
C. I dan II sahaja.
D. II dan III sahaja.

Soalan 43 berdasarkan Rajah 9


Rajah 9

43. Antara berikut manakah faktor yang mendorong pergerakan penduduk seperti dalam
Rajah 9?

A. Pembukaan petempatan baru.


B. Pembinaan pusat pendidikan tinggi. Aplikasi
C. Peluang pekerjaan dalam sektor industri.
D. Perlindungan daripada ancaman penyakit.

Soalan 44 berdasarkan Penyataan 5


Kedatangan Islam ke Melaka telah disambut baik oleh pemimpin dan rakyat Melaka.

Penyataan 5

44. Berdasarkan Penyataan 5, apakah kesannya kepada kerajaan Melaka pada kurun ke-
15?

I. Islam menjadi agama rasmi.


II. Tulisan Arab dijadikan tulisan jawi.
III. Istana menjadi tumpuan intelektual. Penilaian

IV. Amalan tradisi tempatan dihapuskan.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

45. Barang-barang yang diimport ke Malaysia ialah:

I. Beras.
II. Kereta.
Sintesis
III. Komputer.
IV. Minyak tanah.

A. I, II, III dan IV.


B. I dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.
Soalan 46 berdasarkan Rajah 10

Nilai
kalori/J/100
Jenis makanan
Rajah 10

46. Graf dalam Rajah 10 menunjukkan nilai kalori bagi empat makanan M, N, P dan Q.
Antara makanan berikut yang manakah mungkin M, N, P dan Q?

Analisis
M N P Q
A. Ubi kentang Tomato Gula Mentega
B. Ubi kentang Tomato Mentega Gula
C. Tomato Ubi kentang Gula Mentega
D. Tomato Ubi kentang Mentega Gula

Soalan 47 berdasarkan Rajah 11


Meter

Zon III
4000
3000

Zon II

1500
Zon I

1000

KERATAN RENTAS
SEBUAH KAWASAN PERGUNUNGAN DI MALAYSIA

Rajah 11

47. Antara berikut manakah menunjukkan jenis tumbuhan semulajadi yang terdapat di
kawasan yang digambarkan dalam Rajah 11?
Analisis

Zon I Zon II Zon III


A oak, berangan pain, sprus pokok renek
B oak, berangan pokok renek pain, sprus
C pokok renek oak, berangan pain, sprus
D pain, sprus oak, berangan pokok renek

Soalan 48 berdasarkan Penyataan 6

Felda di Malaysia
Komun di China
Pernyataan 7
Penyataan 6

48. Antara berikut manakah dapat dikaitkan dengan senarai penyataan 6?

I. Petempatan terancang.
II. Industri berat dimajukan .
Sintesis
III. Keluaran pertanian meningkat.
IV. Kawasan luar bandar dibangunkan.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

49. Kuboid berbeza daripada kubus ialah kuboid mempunyai

A. Sisi yang berbeza.


B. Bucu yang lebih kecil.
Analisis
C. Isipadu yang lebih besar.
D. 6 permukaan yang berbeza.

Soalan 50 berdasarkan Rajah 12

Pusat graviti bongkah


kayu
60 N

90 cm

1.5 m

Rajah 12

50. Rajah 12 menunjukkan satu bongkah kayu terletak di atas sekeping papan ringan RT
yang hujungnya diletakkan di R. Daya 60 N digunakan untuk mengekalkan papan itu
dalam keadaan mengufuk.

Berapakah berat bongkah itu? [Berat papan ringan diabaikan]

A. 75 N
B. 100 N
Sintesis
C. 120 N
D. 150 N

Soalan 51 berdasarkan Rajah 13


Peranan Empat Orang Syahbandar di Melaka

Menguruskan Menguruskan Menguruskan Menguruskan


pedagang dari pedagang dari pedagang dari pedagang dari
Gujerat Pulau Jawa China Pegu

Rajah 13

51. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada maklumat dalam Rajah 13?

I. Keseragaman sistem pencukaian.


II. Kebajikan pedagang asing diutamakan. Sintesis
III. Kesibukan Melaka sebagai pusat perdagangan.
IV. Kebijaksanaan pemerintahan mengendalikan perdagangan.

A. II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

52. Antara berikut yang manakah boleh dikaitkan dengan tarikh 21 Jun?

I. Musim panas di hemisfera utara.

Penilaian
II. Matahari berada di garisan Sartan.
III. Siang lebih panjang di hemisfera utara.
IV. Matahari tengah malam di kutub selatan.

A. I, II dan III sahaja.


B. I dan IV sahaja.
C. III dan IV sahaja.
D. I, III dan IV sahaja.

53. Allah S.W.T. Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana dalam mengurus dan
mentadbirkan alam ini.
Analisis

a. Terangkan dua contoh membuktikan Allah S.W.T. Maha Berkuasa.


b. Nyatakan kelemahan ciptaan manusia berbanding dengan ciptaan Allah
S.W.T

54. Terangkan dua kelebihan orang yang sentiasa membaca al-Quran.

Aplikasi

55. Iman boleh bertambah dan berkurang. Terangkan dua amalan yang dapat
meningkatkan iman.
Penilaian

56. Jelaskan pengertian al-Quran.

Pengetahuan

57. Mengapakah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur?

Kefahaman
58. Yang manakah di antara persamaan metamatik berikut ialah persamaan kuadrat?

A. 3x = 9
B. √x=9
Kefahaman
C. 5 + 6x = 2x2
D. 5x + 6 = 2x

59. Hasan jarang lewat datang ke sekolah. Maksud perkataan lewat ialah

A. cepat.
B. tepat.
Kefahaman
C. lebih.
D. lambat.

You might also like