You are on page 1of 19

Interaksi Antara Pelbagai

Tamadun
1.Nilai-nilai Universal Antara Tamadun
2. Persamaan dan Perbezaan
3.Contoh-contoh interaksi dalam sejarah
Nilai-nilai Universal Antara Tamadun
1. Berlandaskan idea keagamaan
• Agama membantu memantapkan struktur sosial dan intelektual
sesuatu tamadun.
• Tamadun China yang percaya kepada Tuhan mempunyai
pelbagai aliran anutan seperti Konfucius, Daoisme atau Taoisme
dan Buddhisme. Mereka juga mempunyai satu konsep iaitu tian
yang bermaksud langit yang merujuk kepada dewa yang
terpenting.
• Tamadun India memperlihatkan hal yang sama mengenai
kedudukan agama dan kerohanian yang tinggi dalam
masyarakat. Kepercayaan Hindu menekankan konsep ketuhanan
dan kerohanian.
2. Menekankan aspek kemanusiaan dan institusi
kekeluargaan
• Tamadun Islam yang berasaskan ajaran al-Quran memberi
kepentingan dalam hubungan kekeluargaan. Islam menetapkan
agar umatnya sentiasa menjaga akhlak antara sesama manusia.
• Dalam Tamadun China, keluarga merupakan unit asas. Terdapat
konsep Ren yang bermaksud kasih sayang. Konsep ini merujuk
kepada sifat perikemanusiaan yang dianggap “ekspresi jantung
manusia”.
• Dalam Tamadun Hindu terdapat konsep Ahimsa iaitu belas
kasihan yang boleh membawa kepada tiadanya kekejaman
terhadap sebarang makhluk sama ada manusia ataupun binatang.
3. Menekankan tatacara dan etika dalam kehidupan

• Dalam Tamadun China, terdapat konsep Dao (jalan) dan Li


(Tatasusila). Selain itu, Konfusius juga menekankan konsep
zhong yong iaitu kesederhanaan. Segala perlakuan manusia
perlulah sederhana dan tidak setuju kekerasan sebagai jalan
penyelesaian.

• Dalam Hinduisme pula berpaksikan idea dharma


(tanggungjawab) dan karma iaitu doktrin perbuatan; baik
akan mendapat balasan yang baik. Demikian juga
sebaliknya, buruk dibalas buruk. Masyarakat perlu
mematuhi etika yang ditetapkan agar kehidupan barunya
lebih baik dan mendapat matlamat dalam mencapai mokhsa.
4. Mementingkan kebijaksanaan dalam kepemimpinan
• Politik Islam menggariskan sistem dan corak pemerintahan
Islam seperti asas dalam berpolitik adalah tauhid, risalah dan
khilafah. Selain itu, prinsip politik Islam adalah keadilan,
persamaan, syura dan akauntabiliti.
• Dalam Tamadun China, Konfucius menekankan ajaran moral
kepada manusia, antaranya membantu pemerintah yang baik dan
sifat baik merupakan satu harta yang paling penting untuk
dimiliki oleh setiap pegawai.
• Dalam ajaran Hindu dan Buddha pula, konsep dharma dijadikan
panduan tingkah laku yang wajar dari raja kepada rakyat.
Dharma menekankan nilai-nilai moral seperti mengawal nafsu
dan mengamalkan toleransi.
5. Menghargai alam sekitar
• Islam menekankan hubungan yang harmonis dengan alam dan
melarang sebarang tingkah laku dan perbuatan yang bersifat
fasad. Sehubungan ini, penggunaan alam sekitar dikawal oleh
hukum Islam terutamanya konsep Halal dan Haram.
• Dalam Tamadun Cina, khususnya ajaran Tao, alam di anggap
sebagai “ibu” atau Dao. Ini menunjukkan bumi sebagai entiti
yang perlu dimuliakan.
• Dalam fahaman masyarakat peribumi Malaysia juga terdapat
kepercayaan menghargai dan memelihara alam sekitar. Bagi
mereka alam mempunyai kuasa ghaib. Mereka percaya petir
sebagai penjaga haiwan dan tumbuhan.
6. Mementingkan ilmu dan orang berilmu
• Konsep ulama dalam Islam berkait rapat dengan individu
yang berilmu yang ilmunya itu sempurna dan tercermin
melalui kewibawaan personaliti diri dalam segala aspek.
Ulama menjadi pembimbing umat, penyelesai masalah,
pakar rujuk dan tauladan masyarakat Islam.
• Dalam ajaran Konfusius, terdapat konsep Jun Zhi yang
bermaksud orang yang berilmu dan tahu akan kewajaran
sesuatu. Empat tingkat dalam empat perjalanan hidup
(Asramas) seorang penganut Hindu pula ialah
Bramacarya, Ghastra, Vanaprahastra, Sanayasa.
 
Persamaan dan Perbezaan Tamadun
1. Agama
• Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta.
• Berbeza dengan agama Buddha (tamadun
China), mereka menolak konsep tuhan tetapi
mahu pengikutnya menghindar kemewahan
dunia.
• Bagi agama Hindu (tamadun India) pula,
mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti
Brahman, Vishnu dan Siva.
2.Kebudayaan
Dalam budaya makan
• Masyarakat tamadun Islam, China dan India
menjadikan gandum sebagai makanan ruji mereka
• Dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram.
Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja
selagi bukan makanan dan minuman yang haram
seperti daging khinzir dan arak. Begitu juga dengan
tamadun India, penganut agama Hindu tidak
dibenarkan untuk memakan daging lembu.
3. Etika
• Semua tamadun mempunyai persamaan dalam hal yang
berkaitan dengan alam sekitar. Mereka percaya bahawa alam
sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah
tanggungjawab mereka sebagai manusia.
• Islam menghargai alam sekitar yang merupakan tanda-tanda
kewujudan Allah SWT.
• Menurut doktrin Hindu pula, alam semesta ini terdiri daripada
Jamudvipa.
• Lao Tze telah mengemukakan falsafah tao sebagai kekuatan di
mana manusia cuba menjalin dirinya dengan alam. Konsep ini
serupa dengan konsep Wu-Wei dalam aliran Konfusius yang
mentafsir kehidupan di alam ini adalah hasil dari pergerakan
alam yang berterusan.
4. Pemerintahan
• Rakyat disuruh untuk mentaati pemerintah.
• Kung Fu Tze ( tokoh tamadun China) memberi panduan
kepada pemerintah untuk menjalankan pemerintahan
dengan baik dan mengutamakan kebajikan rakyat.
• Ini juga disarankan oleh ahli falsafah dari tamadun lain
seperti Al-Ghazali, Kautilya dan ajaran Buddha. Di Asia
Tenggara juga menekankan raja itu harus berkelakuan
baik dan bertanggungjawab.
• Muncul konsep Devaraja dan daulat di mana raja diberi
taraf suci dan tertinggi dan dijelmakan sebagai wakil
tuhan. Ini memberi penegasan kepada rakyat supaya
dapat menumpahkan taat dan setia kepada raja.
5. Kemasyarakatan
• Setiap tamadun menyatakan bahawa adalah menjadi
tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap
anggota masyarakatnya.
• Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan
memberi sokongan samaada berbentuk moral atau fizikal.
• Dalam tamadun Islam, perkara penting ialah perpaduan
ummah.
• Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju.
Contohnya, ahli falsafah China, Loa – Tzu menentang
ajaran Kung Fu Tze yang menganjurkan hubungan antara
masyarakat.
6.Ekonomi
• Setiap tamadun menekankan pentingnya etika dalam
menjalankan perniagaan. Tamadun Islam
menggalakkan perniagaan tetapi ada peraturan halal
dan haramnya. Contohnya haram mengambil riba.
Tetapi Kung Fu Tzu, perniagaan ditegah sama sekali
kerana taraf peniaga diletakkan paling bawah kerana
menindas golongan lain.
• Semua tamadun menolak amalan rasuah, penipuan
dan penindasan. Kegiatan ekonomi seperti membuat
kebajikan, bersedekah dan membela golongan
miskin amat digalakkan.
7. Institut Agama
• Masjid merupakan institusi agama Islam yang menjadi
institusi penting dalam pendidikan sama ada berkenaan
ilmu Islam atau informasi setempat.
• Kuil dan candi pula rumah ibadat penganut agama Hindu
dan Buddha. Kuil menjadi pusat pendidikan oleh sami-
sami Hindu dan Buddha.
• Gereja pula berperanan sebagai tempat ibadat penganut
Kristian, pusat pendidikan agama Kristian dan untuk
aktiviti masyarakat setempat.
• Tujuh bentuk seni bina masjid iaitu Maghribi, Andalusia,
Mesir, Turki Saljuk, India, Iran Safawi dan Turki
Uthmani.
Contoh-contoh interaksi dalam sejarah
1. Interaksi Tamadun India dan China
• Sains dan Teknologi
- Dari China - pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan &
kompas
- Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di
India
- Dari India - teknologi India menghasilkan gula daripada tebu, 60 koleksi
ilmu astronomi India telah diterjemah ke bahasa Cina ahli astronomi India
pernah berkhidmat di China sistem kalendar lunar Cina yang baru

• Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian


- Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit -
dipelajari melalui ajaran Buddhisme
- Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan
kepada kesusasteraan Cina- perbendaharaan kata, tema, gaya
- Seni muzik India – alat muzik Cina yg berasal dari India :- pipa dan konghou
2.Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun India
•Bahasa
- Pengaruh bahasa Sanskit, contoh Bhakti = bakti, Bhumi = bumi
- Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang
Tuwo (684 M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat
Karang Berahi (692 M) buktikan pengaruh bhs Saskrit dlm bhs Melayu
kuno yg digunakan ketika itu
- Batu Bersurat Terengganu, selain drp perkataan Arab, turut ditemui 29
perkataan dari bahasa Sanskrit

•Kesusasteraan
- Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana & Mahabharata
Hikayat Seri Rama dpt inspirasi drp E.Ramayana
- Epik Mahabharata diberi wajah tempatan - Hikayat Pendawa Lima,
H.Pandawa, H.Panda Delima & H.Sang Boma
- Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian,
keromantisan, keagungan raja-raja & menyelitkan unsur epik & mitos
- Turut diadaptasikan dlm wayang kulit
3. Interaksi Tamadun Melayu dan Tamadun Cina
• Kebudayaan
- Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi diplomatik
perkenalkan pelbagai tekstil (kain) dari negara China seperti kain
sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam,
serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu.
- Adat memberi ang pau yang bermaksud ‘sampul merah’

• Perubatan dan Teknologi


- Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menyeimbangkan ‘yin’
dan ‘yang’
- Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 jenis
mengubat penyakit seperti asma, anemia dan kanser.
- Teknologi - perlombongan, pertanian dan pertukangan
- Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula,
kertas, kain, bahan letupan, lilin
4. Interaksi China dan Jepun
• Segi agama dan tulisan
- agama Buddha diperkembangkan dalam Tamadun Jepun.
(Agama Shinto)
- Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan
Jepun. (Hiragama Kalakana)
• Perkembangan intelektual dan kesusasteraan.
- Upacara seperti upacara minum teh dan seni taman.
- Struktur pembinaan bandar.
- Ajaran falsafah Konfusianisme seperti penekanan kepada
institusi keluarga.
- Konsep mandat dari Syurga telah memperkukuhkan
kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada
keturunan Dewi Amaterasu.
- Sistem pemerintahan berpusat
Terima Kasih

You might also like