You are on page 1of 7

ADAB BERINTERAKSI DENGAN PEMIMPIN

BERAGAMA ISLAM #1
PROJEK BUKU 7: BEGINILAH AHL AL-SUNNAH BERMUAMALAH DENGAN
PEMIMPIN ISLAM

BAHAGIAN A: LIMA ADAB SEBAGAI ASAS DALAM BERINTERAKSI DENGAN


PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM

Dalam Bahagian A ini penulis akan mendedahkan kepada sidang pembaca yang budiman
sekalian mengenai beberapa adab dan kaedah dalam berinteraksi dengan para pemerintah
Islam menurut al-Qur'an al-Karim, al-Sunnah Rasulullah s.a.w yang sahih sebagaimana yang
difahami dan diamalkan oleh generasi awal Islam (al-Salaf al-Soleh).

Sememangnya diketahui bersama bahawa telah wujud begitu banyak aliran dalam Islam yang
mana pada setiap aliran tersebut memiliki manhaj yang saling berbeza-beza di antara satu
dengan yang lain. Perbezaan ini dapat kita lihat daripada pelbagai sudut. Ia bukan sahaja
terhad dalam persoalan akidah dan ibadah, malah juga meliputi pelbagai aspek yang lain.
Termasuk dalam hal ini adalah berkaitan soal politik dan kepimpinan khususnya dalam
konteks adab berinteraksi dengan para pemerintah Islam.

Walau bagaimanapun, di antara sekian banyak aliran yang wujud itu, hanya satu sahaja aliran
yang benar-benar berjalan di atas landasan al-Haq iaitu landasan yang mana telah berada di
atasnya generasi terbaik umat ini iaitu generasi al-Salaf al-Soleh. Aliran yang penulis
maksudkan tersebut tidak lain adalah Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah yang bermula pada zaman
Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a, tabi'in dan tabi' at-tabi'in serta para ulama yang
mengikuti jejak mereka dengan baik sehinggalah ke saat ini.

Hakikat ini sebagaimana yang diisyaratkan oleh ALLAH S.W.T menerusi firman-NYA
seperti berikut (mahfumnya):

Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan
Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, ALLAH
reda kepada mereka dan mereka pun reda kepada ALLAH dan ALLAH menyediakan
bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya.
Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.

Sabda Rasulullah s.a.w:

‫ ْبعُونَ فِي‬:‫َان َو َس‬ ِ ‫ث َو َسب ِْعينَ ثِ ْنت‬ ٍ َ‫ق َعلَى ثَال‬ ُ ‫ْن َو َس ْب ِعينَ ِملَّةً َوإِ َّن هَ ِذ ِه ْال ِملَّةَ َستَ ْفت َِر‬:ِ ‫ب ا ْفتَ َرقُوا َعلَى ثِ ْنتَي‬
ِ ‫أَالَ إِ َّن َم ْن قَ ْبلَ ُك ْم ِم ْن أَ ْه ِل ْال ِكتَا‬
ُ‫ار َو َوا ِح َدةٌ فِي ْال َجنَّ ِة َو ِه َي ْال َج َما َعة‬
ِ َّ‫الن‬.

Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab (Yahudi dan
Nasrani) telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya
kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh
puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk
syurga iaitu al-Jamaah. - Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunan Abu Daud – no: 4429.
Hadis ini adalah hadis sahih. Disahihkan oleh at-Tirmizi, al-Hakim, adz-Dzahabi dan al
Juzani dalam kitab al-Abathil,  jld.1, ms.302, al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah, jld.1,
ms.213, al-Syathibi dalam al-I’tisham, jld.2, ms.698, tahqiq Salim al-Hilali, Syeikh al-Islam
Ibn Taimiyyah dalam al-Majmu’ al-Fatawa, jld.3, ms.345, Ibn Katsir dalam Tafsir Ibn Katsir,
jld.1, ms.390, Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Takhrij al-Kasysyaf, ms. 63, al-‘Iraqi dalam al-
Mughni ‘an Hamlil Asfar – hadis no: 3240, al-Bushairi dalam Mishbahuz Zujaajah, jld.4,
ms.180 dan lain-lain yang banyak jumlahnya.

Dalam riwayat yang lain, ketika baginda s.a.w ditanya tentang siapakah golongan yang
selamat daripada memasuki neraka itu, baginda s.a.w menjawab:

 ‫اَ ْليَوْ َم َوأَصْ َحابِي‬  ‫ َما أَنَا َعلَ ْي ِه‬.

(Iaitu golongan) yang berada di atas jalanku hari ini dan para sahabatku (dalam
beragama). - Diriwayatkan oleh sejumlah sahabat. Dikeluarkan oleh at-Tirmidzi dalam
Sunan at-Tirmidzi – hadis no. 264 bersumberkan daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash.

Penulis mendoakan semoga dengan pendedahan fakta ini sedikit sebanyak dapat membantu
para pembaca yang budiman sekalian ke arah mengenali dengan lebih dekat manhaj sebenar
Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dalam berinteraksi dengan para pemimpin atau pemerintah
Islam.

Adab # 1: Sentiasa Taat Pada Pemimpin

Seorang muslim hendaklah sentiasa mentaati para pemimpin mereka selagi mana ciri-ciri
sebagai seorang muslim masih wujud pada diri para pemimpin tersebut. Ketaatan ini wajib
dicurahkan sekalipun para pemimpin tersebut terkenal dengan ‘sikap menyeleweng’ dari
syariat sebagai seorang yang fasiq atau zalim. Salah satu daripada ciri-ciri seorang Islam yang
dimaksudkan adalah mendirikan ibadah solat. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w pernah
ditanya oleh para sahabat berkenaan pemimpin yang zalim, apakah dibolehkan menjatuhkan
pemimpin tersebut dengan pedang, maka baginda s.a.w menjawab:

َ ‫صالَةَ َوإِ َذا َرأَ ْيتُ ْم ِم ْن ُوالَ تِ ُك ْم َش ْيئًا تَ ْك َرهُوْ نَهُ فَا ْك َرهُوْ ا َع َملَهُ َوالَ تَ ْن ِز ُعوْ ا يَدًا ِم ْن‬
‫طا َع ٍة‬ َّ ‫الَ! َما أَقَا ُموْ افِ ْي ُك ْم ال‬.

Tidak! Selagi mereka mendirikan solat di tengah kamu dan jika kamu melihat pada
pemimpin kamu sesuatu yang kamu benci, maka bencilah perbuatan tersebut akan
tetapi janganlah (kamu) menarik ketaatan (daripadanya). - Hadis riwayat Muslim dalam
Shahih Muslim - hadis no: 1855 dan Ibn Abi 'Ashim dalam Kitab as-Sunnah – hadis no: 1071
dari sahabat 'Auf bin Malik al-'Asyja'i r.a. Disahihkan oleh asy-Syeikh Muhammad
Nashiruddin al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith ash-Shahihah – hadis no: 907.

Berpandukan kepada hadis di atas maka jelaslah pada kita bahawa hukum ketaatan kepada
pemimpin yang beragama Islam itu adalah suatu yang wajib. Ini  kerana ketaatan kepada
mereka juga adalah termasuk dalam ketaatan kepada ALLAH S.W.T dan Rasul-NYA.
Sebaliknya kederhakaan kepada mereka merupakan kederhakaan kepada ALLAH S.W.T dan
Rasul-NYA, Muhammad s.a.w juga. Ini sebagaimana firman ALLAH S.W.T dalam ayat yang
berikut:

Taatilah ALLAH dan taatilah Rasul-NYA dan Ulil Amri (pemimpin) di kalangan kamu.
[Surah an-Nisa: 59]
Perhatikan, dalam ayat di atas kalimah "taatilah" telah digandingkan bersama kalimah
"ALLAH" dan "Rasul-NYA". Sebaliknya kalimah yang sama tidak terdapat pada kalimah
"Ulil Amri" (pemimpin). Sebahagian pihak berpendapat bahawa hikmah di sebalik
pergandingan kalimah "taatilah" dengan kalimah "ALLAH" dan "Rasul" ini adalah
menunjukkan bahawa ketaatan kepada ALLAH dan Rasul-NYA itu adalah sesuatu yang
mutlak. Sementara ketiadaan kalimah "taatilah" pada kalimah "Ulil Amri" itu pula
menunjukkan bahawa ketaatan kepada para pemimpin itu adalah suatu yang tidak mutlak
iaitu hanya terbatas kepada perkara-perkara yang makruf sahaja.

Secara peribadi penulis juga amat bersetuju dengan pandangan ini memandangkan apa yang
dibawa oleh ALLAH S.W.T dan Rasul-Nya adalah merupakan sesuatu kebenaran yang
hakiki. Sebaliknya, perkara yang sama tidak mungkin wujud pada seorang pun pemimpin di
dunia ini melihat kepada hakikat kedudukan mereka sebagai insan biasa yang tidak pernah
sepi daripada melakukan kesalahan dan ketersasulan.

Menyedari akan hakikat inilah, Islam telah menggariskan beberapa kaedah penting dalam
mengatur hubungan antara rakyat dengan para pemimpin Islam agar keistimewaan untuk
sentiasa ditaati dapat diberikan kepada para pemimpin Islam. Keistimewaan untuk sentiasa di
taati ini pula tidaklah hanya terhad kepada para pemimpin Islam yang baik lagi adil sahaja.
Akan tetapi ianya juga turut diberikan kepada mereka yang memiliki sifat-sifat kefasiqan dan
kezaliman selagi mana tidak kelihatan kekafiran yang nyata pada diri mereka sebagaimana
yang telah menjadi dasar perbincangan buku ini.

Kembali kepada surah al-Nisa ayat 59 di atas, Abdus Salam bin Bajas bin Hashir Ali Abd al-
Karim menerusi kitab Mu'amalah al-Hukkam fi Dhauil Kitab wa as-Sunnah, hlmn. 50 berkata
ketika menjelaskan maksud ayat tersebut: Antara perintah ALLAH S.W.T dalam ayat ini ialah
mengenai hal kewajipan kita taat kepada penguasa, dan ALLAH S.W.T mensetarakan
ketaatan  kepada pemimpin dengan ketaatan kepada ALLAH. Ini semuanya menunjukkan
betapa penting posisi pemimpin dan amat agung keadaannya. [1]

Walau bagaimanapun, sebagaimana yang telah penulis tegaskan di atas bahawa hukum untuk
sentiasa taat kepada para pemimpin yang zalim hanyalah khusus kepada mereka yang masih
beragama Islam sahaja. Adapun terhadap pemimpin kafir, maka mereka tidak termasuk di
dalam pengkhususan ini. Malah Islam sendiri amat melarang keras umatnya daripada
mencurahkan ketaatan kepada para pemimpin yang kafir dan menyeru umat Islam agar
berusaha semampu mungkin untuk menggantikan mereka dengan pemimpin yang beragama
Islam. Perhatikan firman ALLAH S.W.T dalam ayat berikut:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi


dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu) sebahagian mereka adalah pemimpin
bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi
pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya
ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. [Surah al-Maidah: 51]

Al-Muhaddith al-Imam asy-Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani r.h (1420H) ketika


mengulas ucapan al-Imam Abu Ja'far ath-Thahawi r.h (321H) yang bermaksud: "Kita tidak
menarik diri dari ketaatan kepada mereka (penguasa) dan kami memandang bahawasanya taat
kepada penguasa merupakan bahagian dari ketaatan kepada ALLAH S.W.T secara wajib”
berkata:
Aku (Syeikh al-Albani) katakan: Termasuk perkara yang jelas  bahawasanya hal tersebut
berlaku secara khusus terhadap penguasa yang Muslim, berdasarkan firman ALLAH Ta'ala:
"Taatilah ALLAH dan taatilah Rasul-NYA dan Ulil Amri (pemimpin) di kalangan kamu."
Adapun bila orang-orang kafir yang memerintah, maka tidak ada ketaatan kepada mereka.
Bahkan wajib untuk mengadakan persiapan yang sempurna baik secara material mahupun
spiritual untuk mengusir mereka dan membersihkan negeri-negeri dari kekotoran mereka.
Sedangkan mentakwil perkataan "minkum" (di kalangan kamu) di dalam firman ALLAH
Ta'ala surah al-Nisa' 59 di atas dengan kata "fikum" (yang maksudnya "taatilah Ulil Amri
yang memerintah di tengah kalian tanpa mengira sama ada dia Muslim atau kafir –pen), maka
ini adalah bid'ah Qadiyaniyah dan makarnya orang-orang barat untuk menyesatkan kamu
Muslimin dan membawa kaum Muslimin untuk taat kepada orang-orang kafir yang berkuasa.
Semoga ALLAH S.W.T membersihkan negeri-negeri kaum Muslimin dari mereka
seluruhnya. [2]

DALIL-DALIL AL-SUNNAH YANG MENUNJUKKAN KEWAJIPAN MENTAATI


PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM SEKALIPUN MEREKA BERSIFAT ZALIM
ATAU FASIQ. 

Terdapat begitu banyak hadis atau atsar para sahabat yang dapat dijadikan sebagai dalil bagi
menunjukkan ketaatan kepada para pemimpin Islam adalah suatu yang diwajibkan ke atas
umat Islam, sekalipun para pemimpin tersebut terkenal dengan sifat kefasiqan dan
kezalimannya di dalam melaksanakan kepimpinannya. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w
bersabda:

َ ‫َص أَ ِميْرْ ي فَقَ ْد َع‬


‫صانِ ْي‬ َ ‫ َو َم ْن ع‬,‫ َو َم ْن أَطَا َع أَ ِمي ِْري فَقَ ْد َعطَا َعنِ ْي‬,َ‫صانِ ْي فَقَ ْد عَصا هللا‬
َ ‫ َو َم ْن َع‬,َ‫ َم ْن أَطَا َعنِ ْي فَقَ ْد أَطَا َع هللا‬.

Sesiapa yang mentaati aku, bererti dia telah mentaati ALLAH dan sesiapa yang
menderhakai aku, bererti dia menderhakai ALLAH. Sesiapa yang mentaati
pemimpinku (yang Muslim) bererti dia mentaati aku dan sesiapa yang bermaksiat
(dalam riwayat yang lain: menderhakai) kepada pemimpinku bererti dia bermaksiat 
kepadaku. - Hadis riwayat al-Bukhari – hadis no: 2957 dan 7137, Muslim – hadis no: 1835,
Ibn Majah – hadis no: 2859 dan lain-lain bersumberkan daripada Abu Hurairah r.a]

Abu Sa'id al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang
bermaksud: Akan ada nanti para pemimpin yang kulit menjadi lunak terhadap mereka
sedangkan hati tidak tenteram, kemudian akan ada pula para pemimpin yang hati
manusia gementar kerana (kezaliman) mereka dan bulu kuduk berdiri kerana (takut)
kepada mereka. Lalu ada yang bertanya: Ya Rasulullah! Apakah tidak diperangi sahaja
mereka? Baginda s.a.w menjawab: Tidak! Selama mereka menegakkan solat. -Maksud
hadis riwayat Ibn Abi 'Ashim dalam as-Sunnah – hadis no: 1069. Hadis ini sahih. [3]

Dari Abu Dzar r.a menceritakan: Rasulullah s.a.w mendatangiku ketika saya di masjid
lalu baginda menyentuhku dengan kakinya dan bersabda: Apakah kamu sedang tidur
di tempat ini? Saya menjawab: Wahai Rasulullah, mataku mengalahkanku. Baginda
s.a.w bersabda: Bagaimana jika kamu diusir dari sini? Maka saya menjawab: Sungguh
saya akan memilih tanah Syam yang suci dan diberkati. Baginda s.a.w bertanya lagi:
Bagaimana jika kamu diusir dari Syam? Saya berkata: Apa yang harus saya lakukan?
Apakah saya perangi dia? Baginda s.a.w menjawab: Mahukah aku tunjukkan jalan
yang lebih baik dari tindakan itu dan lebih dekat kepada petunjuk? – baginda ulangi
dua kali - Iaitu kamu (tetap) dengar dan taat, kamu akan digiring ke manapun mereka
menggiringmu. - Hadis riwayat Ibn Abi 'Ashim dalam as-Sunnah – hadis no: 1074. [4]

Juga bersumberkan dari Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

‫ف‬::‫ كي‬:‫ قلت‬.‫ان انس‬::‫يكون بعدي أئمةال يهْتدون بهديي وال يستنون بسنتي وسيقوم فيكم رجال قلوبهم قلوب الشياطين في جثم‬
‫ فاسمع واطع‬.‫ تسمع وتطيع اال مير وان ضرب ظهرك واخذ ما لك‬:‫اصنع ان ادركت ذلك؟ قال‬.

Akan berlaku selepasku (kewafatanku) pemimpin-pemimpin yang tidak mengikuti


petunjukku dan tidak melaksanakan sunnahku, dan akan bangkit di kalangan kamu
orang-orang yang hati mereka adalah hati syaitan bertubuhkan manusia. Kata
Huzaifah: "Aku bertanya lagi: Bagaimanakah yang patut aku lakukan wahai
Rasulullah sekiranya aku dalam keadaan sedemikian? Baginda s.a.w bersabda:
Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin sekalipun ia memukul
belakangmu dan merampas hartamu. Maka dengarkan dan taatilah!. - Hadis riwayat
Muslim – hadis no. 1847 dari sahabat Huzaifah bin al-Yaman r.a.

Ketika mensyarahkan hadis di atas, al-Imam al-Qurthubi r.h (671H) berkata: Taat kepada
pemerintah adalah wajib dalam semua keadaan, sama ada yang diperintahnya itu bersesuaian
dengan kehendak manusia atau pun sebaliknya, walaupun para pemimpin berkenaan
mementingkan diri mereka dengan membolot harta tanpa memberikannya kepada orang
ramai, bahkan walaupun lebih teruk daripada itu. Ini berasaskan kepada sabda Rasulullah
kepada Huzaifah: Patuh dan taatlah walaupun belakang kamu dipukul dan harta kamu
diambil. [5]

Tidak ketinggalan dalam memberi komentar tentang hadis di atas ialah Dr. Khalid Ali
Muhammad al-Anbariy di mana beliau berkata: Hadis ini adalah yang paling jelas di antara
hadis-hadis yang disebut dalam bab ini, kerana baginda s.a. w telah menyebut sifat-sifat
pemimpin, bahawa mereka tidak mengikut petunjuk Rasulullah dan melaksanakan sunnah. Itu
adalah kemuncak kemungkaran serta penyelewengan dan kekerasan yang paling nyata
dilakukan, di mana mereka tidak mengamalkan ajaran Rasulullah dalam urusan diri mereka,
keluarga dan rakyat jelata. Namun demikian, Nabi s.a.w telah memerintahkan agar mereka
ditaati – yakni bukan pada perkara maksiat sebagaimana menurut hadis-hadis lain dalam bab
"batas ketaatan", malahan sekalipun mereka menyeksa dan merampas harta kamu, sekalipun
begitu keadaannya, tidak harus kamu meninggalkan ketaatan dan mengingkari perintah
mereka. Sesungguhnya kesalahan mereka adalah tanggungan mereka sendiri, yang akan
dihisab dan ditimpa pembalasan pada hari kiamat nanti. [6]

Bahkan, prinsip inilah yang menjadi pegangan seluruh generasi Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah
sejak dahulu sehingga sekarang. Justeru, tidaklah seseorang itu menyelisihi prinsip ini
melainkan dia adalah Ahl al-Bid'ah yang sesat dan terkeluar daripada pegangan Ahl al-
Sunnah wa al-Jama’ah.

Pengarang kitab al-Wajiiz fii ‘Aqiidatis Salafish Shaalih (Ahlis Sunnah wal Jama’ah),
‘Abdullah bin ‘Abdul Hamid al-Atsari menulis: Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah berpandangan
bahawa taat kepada Ulil Amri dalam kebaikan merupakan salah satu prinsip penting di dalam
‘aqidah. Dari sinilah para ulama Salaf memasukkannya ke dalam kategori masalah ‘aqidah. 
Hampir tidak ada buku-buku (yang menjelaskan) tentang (persoalan) ‘aqidah yang tidak
mencantumkan tentang hal ini, menerangkan dan menjelaskannya. Taat kepada Ulil Amri
merupakan kewajipan bagi setiap Muslim secara syar’i. Kerana hal itu merupakan pondasi
yang pokok dalam mewujudkan ketertiban dalam negara Islam. [7]

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h (w.728H) menerangkan di dalam kitabnya yang berjudul
Majmu' al-Fatwa, jld 35, hlmn. 15: Para ilmuwan dan ulama tidak boleh memberi kebenaran
kepada sesiapa pun untuk mengingkari dan menentang para pemimpin dalam apa jua keadaan.
Sepertimana yang diketahui perkara seumpama ini menjadi adat dan amalan oleh Ahl al-
Sunnah dan juga tokoh-tokoh agama sama ada lama ataupun baru. [8]

Dalam keterangannya yang lain, sebagaimana yang dinukil daripada kitab beliau di atas iaitu
Majmu' al-Fatawa, jld. 27, hlmn. 179-180, beliau menegaskan: Termasuk dari ilmu dan
keadilan yang diperintahkan adalah bersabar dari kezaliman dan kejahatan para penguasa
sebagaimana hal ini merupakan salah satu dari pokok-pokok keyakinan Ahl al-Sunnah wa al-
Jama'ah. [9]

Sementara itu,  asy-Syeikh Dr. Shalih bin Fauzan bin Abdillah al-Fauzan menerangkan:
Termasuk pokok-pokok aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah adalah diharamkan keluar
memberontak terhadap pemerintah Muslimin bila mereka (iaitu pemerintah tersebut)
melakukan perbuatan yang menyelisihi syariat selain perbuatan kufur, kerana perintah Nabi
s.a.w untuk mentaati mereka selain dalam perbuatan maksiat selama maksiat itu tidak
menghantarkan mereka kepada kekufuran yang nyata. [10]

Pengarang Kitab al-'Aqidah ath-Thahawiyah, al-Imam Abu Ja'far ath-Thahawi r.h (321H)
berkata ketika menjelaskan prinsip Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah terhadap para pemimpin
Islam yang fasiq dan zalim: Kita tidak boleh keluar (memberontak) dari para imam serta para
penanggungjawab urusan kita (penguasa muslim) sekalipun mereka itu aniaya. Kita tidak
boleh mendoakan keburukan bagi mereka dan tidak boleh juga melepaskan tangan dari
ketaatan pada mereka. Kita menganggap taat kepada penguasa muslim adalah ketaatan kepada
ALLAH yang memang diwajibkan atas kita kecuali mereka memerintahkan kemaksiatan. Kita
juga mendoakan mereka dengan kebaikan dan kesejahteraan.[11]

Dari Qathn Abul Haithami ia berkata bahawa Abu Ghalib bercerita kepada kami, saya berada
di sisi Abu Umamah ketika seseorang berkata kepadanya: "Apa pendapat anda mengenai ayat
(ke-7 dari surah ali-Imran): 

Dialah (ALLAH) yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab suci al-
Qur'an. Sebahagian besar dari al-Qur'an itu ialah ayat-ayat Muhkamat (yang tetap,
tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); iaitu ibu (atau pokok bagi) isi al-
Qur'an. Dan yang lain Mutasyabihat (yang samar-samar dan tidak terang maksudnya)..

Siapakah mereka (yang di dalam hatinya ada zaigh atau kesesatan) ini? Ia berkata: Mereka
adalah Khawarij, - beliau melanjutkan – dan tetaplah kamu beriltizam dengan al-Sawadul
A'zham. Saya berkata: Engkau telah mengetahui apa yang ada pada mereka (pemimpin). Dia
menjawab: Kewajipan mereka adalah apa yang dibebankan kepada mereka (sebagai
pemimpin) dan kewajipanmu adalah apa yang dibebankan kepadamu, taatilah mereka,
nescaya kamu akan mendapat petunjuk. [12]

Asy-Syeikh Abd al-Qadir al-Jailani r.h (561H) ketika menyebut tentang kesepakatan Ahl al-
Sunnah wa al-Jama'ah di dalam mentaati para pemimpin Islam menegaskan dengan katanya:
Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah sepakat bahawa kita harus mendengar dan mentaati para
pemimpin Islam, mengikuti mereka, solat di belakang mereka, baik mereka pemimpin yang
adil, jahat, mahupun zalim, baik orang yang menggantikannya mahupun orang yang
mewakilkannya. [13]

Senafas dengan kenyataan di atas ialah al-Imam al-Nawawi r.h (w.676H) di mana beliau
berkata menerusi kitabnya Syarh Shahih Muslim, jld. 12, hlmn. 540: Berhubung dengan
keluar menentang pemerintah dan memerangi mereka, ia diharamkan menurut ijmak kaum
muslimin walaupun mereka fasiq dan zalim. Hadis-hadis yang telah aku sebutkan amat jelas.
Ahl al-Sunnah sepakat bahawa pemerintah tidak boleh digulingkan disebabkan fasiq
(melakukan maksiat).[14]

Berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h (w.728H) sebagaimana yang dinukil daripada
kitab al-Khilafah wa al-Mulk, hlmn. 14: Apa yang diperintahkan ALLAH dan Rasul-NYA
mengenai taat kepada para pemerintah dan menasihati mereka adalah wajib ke atas setiap
insan sekalipun dia tidak pernah mengikat sebarang janji, sekalipun dia tidak bersumpah
dengan sumpah yang kukuh (bai'ah). Ianya sepertimana wajibnya solat lima waktu, zakat,
puasa haji dan apa saja yang diperintahkan ALLAH dan Rasul-NYA untuk taat. Jika dia
(rakyat) bersumpah untuk taat, itu hanyalah sebagai memperkukuh dan menguatkan apa yang
yang diperintahkan ALLAH dan Rasul-NYA mengenai mentaati para pemerintah dan
menasihati mereka.......... Sesungguhya apa yang yang diperintahkan ALLAH dan Rasul-NYA
mengenai mentaati para pemerintah dan menasihati mereka adalah wajib sekalipun tidak
bersumpah (berjanji) untuk itu, apatah lagi jika dia bersumpah! Apa yang ALLAH dan Rasul-
NYA tegah mengenai menderhaka dan menipu mereka adalah diharamkan sekalipun ia tidak
bersumpah untuk tidak melakukannya.

Syeikh Abu Ustman Ismail bin Abdur Rahman as-Shabuni r.h (449H) iaitu pengarang kepada
kitab ar-Risalah fii I'tiqad Ahl al-Sunnah wa Ashabi al-Hadith wa al-Aimmah au 'Aqidah as-
Salaf Ashabi al-Hadith berkata: Ahl al-Hadis berpendapat bolehnya solat Jumaat, solat dua
hari raya ('Aidilfitri dan 'Aidil'adha) dan solat lainnya di belakang semua imam (pemimpin)
Muslim yang baik dan jahat. Mereka juga berpegang (kepada fahaman) tentang bolehnya
berjihad melawan orang-orang kafir bersama-sama mereka walaupun mereka adalah orang
jahat dan zalim. Tuntutan agar mendoakan mereka dengan kebaikan, taufiq (hidayah),
pembaikan dan keadilan terhadap rakyatnya. Mereka (Ah al-Sunnah) tidak memandang
bolehnya keluar (memberontak) daripada pemimpin mereka dengan pedang (kekerasan)
walaupun mereka melihat bahawa pemimpin itu tidak berlaku adil dan menzalimi mereka.
Mereka berpendapat bolehnya membunuh kelompok manusia yang suka membuat kerosakan
sehingga mereka kembali mentaati pemimpin yang adil. [15]

You might also like