You are on page 1of 3

FIQRAH AQAL & FIKIRAN

azuddinjudismail@gmail.com

Kita Bernafas
Kita Berjalan
Kita Berkata
Kita Berfikir

Kita tidak perlu berfikir untuk melakukan perkara-perkara diatas!!


Maka mengapa perlu kita berfikir untuk berfikir?

Berfikir adalah sesuatu yang lumrah. Ia terjadi dalam setiap manusia dan dalam setiap ketika
hingga akhir hayat. Golongan yang bijak tidak perlu belajar berfikir untuk berfikir. Kerana
fikirannya begitu. Manakala ada sesetengah orang gagal untuk berfikir dan menggunakan
akal mereka walaupun berluang kali mencuba.

MENGAPA?

KERANA

Berfikir adalah asas kebolehan semula jadi manusia yang berakal. Kebolehan ini juga yang
akan menjamin kebahagian dan kejayaan dalam hidup.

Namun Kebolehan berfikir ini terbatas disebabkan sifat aqal yang ada pada manusia. Ia juga
dipengaruhi oleh beberapa unsur yang perlu difahami agar kebolehan berfikir ini menjadi
aset penting dalam diri kita.

Malaysia melahirkan ribuan graduan peringkat PhD namun hingga kini tiada satu bahan
rujukan untuk membantu rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu untuk BELAJAR
MENGGUNAKAN OTAK.

Budaya kita sering memperlekeh kebolehan fikiran kita dan unsur-unsur ini di tambah
dengan gelaran Loyar Buruk, Otak Udang dan sebagainya. Kita juga sering marah apabila apa
yang ada dalam kotak fikiran kita gagal difahami oleh orang lain. Kita gagal menterjemah
kefahaman kita maka kita mudah mengherdik dengan mengatakan "Tak Tahu Pakai Otak
Apa??"

Apa rasanya jika anak kecil bertanya "Ayah, kita beli TV dapat manual kan, mana manual
cara nak pakai otak Ayah?"

Jika perkara ini terjadi, kita ada 2 alternatif samada untuk menjelaskan dengan penuh
keinsafan ATAU kita marah pertanyaan itu dengan nada tinggi. Ini mematikan budaya ingin
tahu dan kreativiti dalam Orang Melayu itu sendiri.
Kefaham kepada perkara yang membabitkan cara berfikir merangkumi perkara berikut:
1. Aqal
2. Fikiran
3. Otak
4. Kepandaian
5. Kebijaksanaan
6. Nafsu
7. Persepsi
8. Hati.

Perakara-perkara ini akan diterjemahkan agar Orang Melayu dapat mengerti dan
memahami aset yang paling berharga dalam diri kita dan hendaknya dapat menjadikan
Orang Melayu Islam sebagai kuasa pemikir yang disegani oleh Dunia. Kesemua 3 Pemikir
Tersohor Dunia DIPERCAYAI Mendapat ROH Islam

1. Socrates - Pemikir Konstruktif


2. Plato - Peminat Scorates Namun Socrates Tidak Pernah Menyebut Tentang Plato
3. Aristotle - Anak Murid Plato Yang Menjadi Guru Kepada Iskandar Zulkarnain [Alexander
The Great]

Budaya negatif dalam berfikir juga perlu diolah dan digarap agar Budaya Melayu yang
syumul dapat digerakkan untuk maju kehadapan. Kebanyakan pantun tentang ilmu
menjurus kepada persepsi negatif

Contohnya
1. Kura-kura dalam perahu, PURA PURA TAK TAHU
2. Buah Cempedak Diatas Pagar
3. Sorong Papan Tarik Papan
4. Buai Laju-Laju
5. Bangau Oh Bangau

Perkara ini akan diperjelaskan dalam bahagian lain.

Fikiran adalah anugerah yang tertinggi Allah SWT Kurnia kepada manusia kerana apabila
fikiran itu gagal berfungis, kita tidak berakal dan TIADA SATU HUKUM BERJALAN KEATAS
ORANG YANG HILANG AKAL!!!

Jagalah Aset yang ada pada diri kita ini

Pernah suatu masa dahulu, ilmu pengetahuan di cari demi untuk mendapatkan ilmu. Dan
apabila ilmu pengetahuan itu dituntut maka ia perlu dipraktikan. Masyarakat Melayu
menunut ilmu persilatan demi untuk menjaga keutuhan bangsa dan jati diri sebagai orang
Melayu. Seperti juga bangsa Cina mempelajari Shaolin atau Kung-Fu demi untuk
mempertahankan jati-diri dan budaya.
Dalam dunia moden yang pragmatic masakini, ilmu pengetahuan dituntut demi untuk
menjana nilai ekonomi atau kearah pengutuhan kemewahan. Dan dalam pada itu, ilmu
pengetahuan itu juga diharap dapat member faedah kepada manusia dan dunia.

Ilmu pengetahuan yang digarap perlu dipraktikan demi untuk melengkapkan kitaran kerja
atau eko-sistem dalam ekonomi masa kini.

Malangnya Ekonomi bukanlah ilmu sains yang mempunyai hukum dan ketetapan

You might also like