You are on page 1of 1

FATIN AQILAH BINTI SHA’ARI,

BLOK 3A-T04-U05,
JLN P9G ,
PRECINT 9 ,
62250 PUTRAJAYA ,
WILAYAH PERSEKUTUAN .

PENGURUS SYARIKAT GLOBAL ,

17 FEBRUARY 2011
Tuan ,

PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F29)

Merujuk perkara tersebut di atas . Saya Fatin Aqilah binti Sha’ari ingin memohon jawatan sebagai
Pegawai Teknologi Maklumat (F29) di syarikat tuan sekiranya masih ada lagi kekosongan .

2. Untuk makluman tuan , saya baru sahaja menamatkan pengajian saya yang tertinggi dalam
peringkat Ijazah Teknologi Maklumat ( rangkaian) .Untuk pengetahuan tuan juga , semasa saya masih
lagi menuntut, saya begitu aktif berkaitan dengan bidang yang saya ceburi . Sebagai contoh saya
selalu terlibat dalam membuat tayangan video untuk setiap acara yang diadakan di pengajian saya .
Selain itu juga, saya pernah mendapat tempat ketiga dalam mencipta laman web sendiri yang
sehingga kini masih lagi berjalan dengan jayanya . Selepas saya menamatkan pengajian saya , saya
pernah bekerja selama 3 tahun di TMnet untuk menguji kebolehan saya .Untuk pengetahuan tuan
juga semasa saya bekerja di TMnet, saya telah mendapat anugerah prestasi selama 3 tahun
tersebut .

3. Tujuan saya memohon jawatan di syarikat tuan ialah saya ingin menambah lagi pengalaman
saya dalam bidang pekerjaan yang saya pohon . Selain itu juga, saya ingin merasa suasana bekerja
di tempat lain . Tambahan pula , saya telah mencari maklumat tentang Syarikat Global ini . Apa yang
saya dapati Syarikat tuan begitu berpotensi dan sangat maju sehingga menarik minat saya untuk
menimba pengalaman bekerja di tempat tuan . Sekiranya permohonan saya diterima saya akan cuba
membanting tulang untuk bersama-sama bagi memajukan Syarikat tuan .

4. Bersama ini saya lampirkan resume dan salinan dokumen untuk rujukan pihak tuan . Saya
amat berharap permohonan saya ini dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan . Sekian terima kasih .

Yang Benar

(FATIN AQILAH BINTI SHA’ARI)

You might also like