CIRI Pelajar Berkeperluan Khas

You might also like

You are on page 1of 13

CIRI-CIRI PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS

SYNDROME DOWN

Sindrom Down disebabkan kelainan pada kromosom. Kromosom adalah merupakan serat-serat
khusus yang terdapat didalam setiap sel didalam badan manusia dimana terdapat bahan-bahan
genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang. Bayi normal dilahirkan dengan jumlah 46 kromosom
(23 pasang) iaitu hanya sepasang kromosom 21 (2 kromosom 21). Sindrom Down yang kerap terjadi
ialah disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 dimana 3 kromosom 21 menjadikan jumlah kesemua
kromosom ialah 47 kromosom. Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan
perempuan).

Apakah yang menyebabkan Sindrom Down?

Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunyai risiko yang
lebih tinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down. 95% Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan
kromosom 21. Keadaan ini disebabkan oleh "non-dysjunction" kromosom yang terlibat iaitu kromosom
21 dimana semasa proses pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku
dengan sempurna. Di kalangan 5% lagi kanak-kanak Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang
dinamakan "Translocation". Keadaan ini biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetik dari
kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah
kesemuanya 46 kromosom. Mekanisma ini biasanya berlaku pada ibu-ibu di peringkat umur yang lebih
muda. Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "mosaic".

Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ciri-ciri fizikal yang unik.

SIFAT PADA KEPALA, MUKA DAN LEHER

Mereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol. Pangkal hidungnya
kemek. Jarak diantara 2 mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam. Saiz mulut adalah kecil dan
saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur.
Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke
belakang. Lehernya agak pendek.
SIFAT PADA TANGAN DAN LENGAN

Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking
membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan
"simian crease".

SIFAT PADA KAKI

Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak
kaki.

SIFAT PADA OTOT

Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan
menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.

Masalah-masalah yang berkaitan:

Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah kelainan organ-organ dalaman terutama
sekali jantung dan usus.

MASALAH JANTUNG

Masalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect
(VSD) iaitu jantung berlubang diantara bilik jantung kiri dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu
jantung berlubang diantara atria kiri dan kanan. Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang
berkekalan (Patent Ductus Ateriosis / PDA). Bagi kanak-kanak sindrom down boleh mengalami
masalah jantung berlubang jenis kebiruan (cynotic spell) dan susah bernafas.

MASALAH USUS

Masalah usus biasanya dikesan semasa awal kelahiran seperti: 


 Salur esofagus yang tidak terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali di bahagian
tertentu esofagus. Biasnya ia dapat dekesan semasa berumur 1 - 2 hari dimana bayi
mengalami masalah menelan air liurnya atau di kesan oleh doktor atau jururawat kerana
mereka tidak dapat memasukkan tiub untuk menyedut air perut semasa baru lahir. 
 Salur usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyempitan yang dinamakan "Hirshprung
Disease". Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum.
Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di
mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar. 
 Salur usus rectum atau bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang tidak terbuka langsung
atau penyempitan yang dinamakan "Hirshprung Disease". Keadaan ini disebabkan sistem saraf
yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari
kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air
besar.

MASALAH PERUBATAN YANG LAIN 

Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah Hipotiroidism iaitu kurang hormon tairoid.
Masalah ini berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down. Kanak-kanak Sindrom Down
mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian lener bolih menyebabkan berlakunya
penyakit lumpuh (atlantoaxial instability) dimana ianya berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom
Down. Sebahagian kecil mereka mempunyai risiko untuk mengalami kanser sel darah putih iaitu
leukimia.

MASALAH PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN 

Kanak-kanak Sindrom Down secara keseluruhannya mengalami kelewatan perkembangan dan


kerencatan akal. Pada peringkat awal pembesaran mereka mengalami masalah lambat dalam semua
aspek perkembangan iaitu lambat untuk berjalan, perkembangan motor halus dan bercakap.
Perkembangan sosial mereka agak menggalakkan menjadikan mereka digemari oleh ahli keluarga.
Mereka juga mempunyai sifat periang. Perkembangan motor kasar mereka lambat disebabkan otot-
otot yang lembik tetapi mereka akhirnya berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar.
AUTISME

Autisme sebenarnya berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘autos’yang bermakna diri atau
seseorang yang merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak memahami perkara-perkara
di sekelilingnya selain daripada dirinya sendiri (Micheal 1990). Autisme juga membawa maksud
keadaan tertentu yang menyebabkan kanak-kanak menuju kearah perkembangan yang tidak menentu.
Kanner menyifatkan kanak-kanak ini sebagai menyendiri dan terasing, berupaya untuk berkomunikasi
dengan pengulangan perrtuturan, tertarik dengan objek bukan hidup serta tidak dapat bertolak ansur
dalam perubahan rutin harian. Menurut Thevarthen, Aitken, Papoudi dan Roberts (1998) perkataan
autisme merupakan gabungan 2 huruf Greek iaitu ‘aut’ yang bermakna diri dan ‘ism’ yang membawa
makna orientasi atau keadaan. Oleh itu autisme boleh didefinisikan sebagai keadaan seseorang yang
tidak biasa dengan dirinya.

Autisme juga merupakan satu kecelaruan yang bercirikan pengasingan diri, tingkah laku,
mencederakan diri , masalah kognitif, masalah bahasa dan kelihatan berumur 30 bulan .(Hallahan dan
Kauffman, 1997). Kesimpulan yang boleh di buat daripada definisi diatas ialah autisme boleh dikatakan
sebagai ketidaksempurnaan dalam perkembangan otak dan bukannya akibat masalah perkenbangan
emosi. Autisme juga merupakan satu fenomena yang serius dan tetap wujud pada mereka . Autisme
boleh wujud sehingga akhir hayat walaupun perubahan tingkahlaku yang positif boleh berlaku.

PUNCA ATAU SEBAB

Sehingga ke hari ini masih belum jelas apa sebenarnya punca autisme. Andaian-andaian seperti
berikut boleh membantu kita dalam usaha kita mengurangkan risiko mendapat anak yang berautisme.
Antara andaian itu adalah:-
 Kekurangan oksigen semasa proses kelahiran
 Proses kelahiran secara paksaan ( vacuum extraction)
 Gangguan neuro transmitter dalam sistem saraf
 Infeksi neurological
 Kegangguan bahan kimia di dalam otak menyekat perkembangan
PETANDA-PETANDA/CIRI-CIRI
 
1. Perhubungan yang tidak beremosi dengan orang lain
 Berseoragan dan suka berjauhan. Kanak-kanak ini mengganggap manusia ini adalah objek dan
hanya akan berinteraksi jika didekati dengan cara-cara yang tertentu dan dengan orang yang
disukai.
 Menolak kehadiran seseorang atau melihat menembusi seseorang itu terutama apabila kita
 bercakap dengannya
 Amat susah hendak bermain dan sikap yang berbeza dengan kanak-kanak lain. 

2. Pemerhatian atau pemeriksaan diri sendiri.

 Adakala kanak-kanak ini memeriksa bahagian-bahagian anggotanya seperti kaki dan


tangannya seolah-olah benda itu baru dan pelik. Proses ini berjalan sehinggalah ke peringkat
remaja.

3. Membuang masa pada sesuatu objek dan tidak menghiraukan fungsi sebenar objek itu
 Suka membawa pelbagai objek kesana- sini. Menunjukkan kemarahan yang amat sangat bila
objek yang dibawa hilang.
 Sangat menyayangi sesuatu objek yang disukainya. Menunjukkan kemarahannya juga jika
objek ini hilang
 Membuat garisan atau corak dengan berbagai objek tanpa menghiraukan fungsi sebenar objek
itu
 Meneliti sesuatu objek dengan cara yang aneh seperti menggigit objek itu, menciumnya,
melihat dengan hairan dan memusing objek itu.
 Permainan yang aneh seperti memusing objek, menggoyangkan tali, menggoncang objek di
dalam tin, mengoyak kertas dan sebagainya.

4. Tidak suka kepada persekitaran yang berubah dan suka kepada kesamaan dari semua aspek.
 Sangat susah untuk mengubah sesuatu rutin contohnya jika kita hendak menukar pakaian yang
baru, makanan yang lain, mengubah jalan dan hendak menyuruh makan ubat.
 Menolak penerimaan belajar perkara-perkara yang baru.
 Menunjukkan kemarahan jika perabot-perabot didalam rumah diubah-ubah.
5. Bersifat aneh terhadap sesuatu penerimaan deria.
 Tidak menunjukkan tindak balas kepada percakapan atau bunyi-bunyian.
 Menutup telinganya jika dengar sesuatu bunyi atau bila kita bercakap dengannya
 Bersikap seperti orang pekak walaupun boleh mendengar dengan baik.
 Tidak ada tindakbalas pada apa yang dilihat
 Menunjuk minat kepada benda yang bergerak.
 Cuba mengelakkan diri atau pandangan bila di suruh melihat sesuatu benda.
 Bersikap seperti orang yang rabun walaupun boleh melihat dengan baik.
 Bersikap aneh terhadap kesakitan, panas atau sejuk. Kanak-kanak ini tidak berasa sakit jika
terjatuh atau mendapat kecederaan dan tidak berasa sejuk jika tidak memakai pakaian di cuaca
yang sejuk.

6. Sikap atau perasaan yang ganjil dan tidak normal.


 Meletus kemarahan yang amat sangat atau mengamuk disusuli dengan jeritan, menangis dan
menendang, menggigit atau sebagainya. Boleh bertukar kepada perkara yang menggelikan
hatinya jika perhatiannya tertarik kepada yang lain.
 Adakala kanak-kanak ini ketawa dan mengilai tanpa sebab.
 Tidak tahu apa erti bahaya.

7. Masalah pertuturan
 Tidak ada pertuturan langsung. Pertuturan mungkin pernah ada tetapi kemudian hilang
tanpa sebab.
 Bentuk perkataan yang tidak sempurna dalam sebutannya seperti ‘ta’ untuk ‘kereta’, ‘cik’
untuk ‘nasi’ dan sebagainya. Sebutan-sebutan seperti begini akan berlarutan hingga dia
dewasa.
 Penggunaan perkataan yang diulang-ulang tanpa menghirau atau mengetahui ertinya
(echolalia)
 Kadangkala menggunakan suara yang luarbiasa untuk menyebut sesuatu perkataan 

8. Masalah mobiliti atau aktiviti-aktiviti am.

 Perlakuan yang terlampau aktif. Mereka berlari kesana sini tanpa letih.Mereka boleh
berjaga lewat malam sambil bermain dengan gembira dan kadangkala menangis atau
menjerit. Adakala mereka terbangun tengah malam dan menangis dan ada juga yang
bermain berseorangan tanpa menghiraukan orang lain. Walaupun mereka kurang tidur,
mereka tetap kelihatan bertenaga di waktu siang.
 Ada juga di antara mereka yang boleh baring dengan kaku tanpa pergerakan untuk
jangka masa yang agak lama.
 Pergerakan yang aneh atau tersendiri seperti menggoyangkan badan, menghentak
kepala kedinding, melompat, menepuk dan mengibar tangannya apabila mereka terlalu
gembira, memusingkan badan,berjalan dengan berjengkit, mengembangkan jari di
depan muka dan suka kepada pergerakan seperti hayunan, goyangan, menaiki kereta
dan sebagainya.

9. Intelek yang luarbiasa walaupun berautisme.


 Keseluruhannya kanak-kanak ini kebelakangan dalam perkembangannya. Mereka
sentiasa didalam pengawasan ibubapa mereka kerana mereka tidak boleh menjaga diri
menjauhi dari bahaya-bahaya. Sungguhpun demikian mereka menunjukkan
keistimewaan didalam beberapa perkara seperti:-
1. Matematik atau kira-kira
2. Jigsaw puzzle
 Menyanyi dan mengingati senikata muzik dan berkeseronokan mendengar semula jenis
muzik.
 Membaca dan menulis.
 Boleh mengingati senarai nombor telefon, haribulan ,nama, sajak dan sebaagainya.
 Mempunyai kemahiran mekanikal yang luarbiasa.
 Bijak menggunakan komputer.
 Lukisan yang cantik 

HYPOAKTIF
HIPERAKTIF
Kanak-kanak hiperaktif, otaknya normal tanpa gangguan. Tetapi kanak-kanak ini
mempunyai masalah darisegi tenaga yang berlebihan menyebabkan kanak-kanak bermasalah
ini suka melakukan sesuatu diluar batasan kanak-kanak biasa. Contohnya suka berari tidak
mengikut masa, melompat semasa belajar, memanjat , cepat bosan dengan aktiviti pelajaran
dan lain-lain. Mereka sangat bermasalah dalam mengawal tingkah lakunya, dan terpaksa
melakukan aktiviti yang lebih agresif untuk mengeluarkan tenaga yang berlebihan itu.

Turutan Sejarah atau Peristiwa Tahun Peristiwa Pada awal kurun ke-20, Kanak-kanak ini
dikenali sebagai hyperkinetic dan dikatakan mengalami kecacatan otak yang minima. Pada
tahun 1980 Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder –III (DSM-III) yang dikeluarkan
oleh Persatuan Psikologi Amerika (APA) telah memperkenalkan istilah Attention Deficit
Disorders (ADD).

Wujud kecelaruan sama ada istilah ini termasuk bersama-sama hiperaktiviti Beberapa tahun
kemudian Istilah ini didefinisikan semula supaya meliputi kedua-dua jenis kategori tersebut dan
dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Hiperaktif juga dipercayai
berpunca daripada gangguan mekanisme sistem saraf. Walaupun faktor genetik, infeksi atau
kerosakan pada otak sering dikaitkan sebagai punca penyakit ini, namun faktor- faktor seperti
masalah di rumah, toksin, kekurangan zat makanan dan alahan kepada makanan mungkin lebih
berpengaruh. Mereka seolah-olah sentiasa cergas dan bertenaga setiap masa.

Berikut adalah beberapa ciri-ciri pelajar hiperaktif:

 Fokus: kana-kanak hiperaktif tumpuannya terhadap sesuatu perkara amat kurang


terutama dalam sesi pembelajaran. Pelajar ini akan cepat bosan dan perhatian mudah
teralih kepada perkara lain. Mereka akan lebih suka buat aktiviti lain, seperti berlari,
melompat dan sebagainya.

 Lebih penurut. Sikap menentang pada anak aktif tidak sekuat pada anak hiperaktif. Dia
masih bisa diberi tahu dan dapat mematuhinya dengan lebih baik. Misalnya, ketika
dilarang untuk tidak merusak mainan dengan memberikan alasannya, anak aktif mau
berusaha mematuhi. Mainan, seperti mobil -mobilan atau boneka akan dimainkan sesuai
dengan fungsinya masing-masing.

 Konstruktif. Ketika diberikan mainan, si aktif akan berusaha melakukan hal sesuai
permintaan. Setidaknya, ia akan berusaha untuk menyusun secara konstruktif
permainan tersebut. Demikian pula terhadap mainan lain, anak aktif mau memelihara
dengan baik benda-benda yang dimilikinya.

 Merasa lelah. Anak aktif umumnya memiliki batas mobilitas. Ketika merasa lelah, dia
akan menghentikan kegiatannya dan beristirahat. Walau begitu, pada beberapa
kasusditemukan anak aktif yang waktu istirahatnya sangat sedikit sehingga kesannya
tidak pernah lelah seperti anak hiperaktif.
 Lebih sabar. Anak aktif punya kesabaran yang lebih tinggi dibandingkan anak hiperaktif.
Misalnya, ketika menyelesaikan puzzle, anak aktif berusaha dengan keras dan sabar
untuk menyelesaikan tugasnya hingga tuntas. Hal ini berkaitan dengan daya kreativitas
yang biasanya tidak dimiliki anak hiperaktif.

 Intelektualitas tinggi. Umumnya, anak aktif punya kecenderungan menjadi anak cerdas.
Ia memiliki tenaga, rasa ingin tahu, dan kesempatan yang lebih besar untuk mengetahui
hal-hal baru. Sebaiknya kesempatan ini dimanfaatkan orang tua untuk menstimulasi
anak dengan sebaik-baiknya.

Kemudian, ciri-ciri anak hiperaktif dapat dilihat antara lain:

 Tidak fokus. Anak dengan gangguan hiperaktivitas tidak bisa berkonsentrasi lebih dari
lima menit. Dengan kata lain, ia tidak bisa diam dalam waktu lama dan mudah teralihkan
perhatiannya kepada hal lain. Misalnya, ketika anak sedang bermain mobil-mobilan
kemudian datang anak lain membawa bola, anak akan langsung mengubah fokus
perhatiannya ke bola tersebut. Anak pun akan berperilaku impulsif, seperti selalu ingin
meraih dan memegang apa pun yang ada di depannya. Tak hanya itu, anak dengan
gangguan hiperaktivitas tidak memiliki fokus jelas. Dia berbicara semaunya berdasarkan
apa yang ingin diutarakan tanpa ada maksud jelas sehingga kalimatnya seringkali sulit
dipahami. Demikian pula pola interaksinya dengan orang lain, anak cenderung tidak
mampu melakukan sosialisasi dengan baik.

 Menentang: Pelajar dengan gangguan hiperaktiv kebiasaanya memiliki sikap menentang


atau membangkang dengan kata lain tidak mendengar cakap orang lain. Contohnya,
pelajar hiperaktif dimarah kerana suka berlari-lari, namun pelajar ini tidak
mengendahkannya dan dia akan terus berlari. Ataupun pelajar itu akan berhenti berlari,
tetapi tidak sampai lima minit, pelajar tersebut akan berlari balik.

 Destruktif: Tingkah laku pelajar hiperaktif adalah bersifat destruktif atau suka merosak.
Ketika menyusun lego misalnya, anak aktif akan menyelesaikannya dengan baik sampai
lego tersusun rapi. Sebaliknya pelajar hiperaktif bukan menyelesaikannya malah
menghancurkan mainan lego yang sudah tersusun rapi. Barang- barang yang ada di
rumah pula, seperti pasu atau barang perhiasan, kecenderungan pelajar bermasalah ini
untuk menghancurkannya juga sangat besar.

 Tidak mudah letih : Pelajar hiperaktiv tidak mudah letih. Sepanjang hari dia akan selalu
bergerak ke sana kemari, lompat, lari, berguling, dan sebagainya.

 Tidak sabar: Pelajar bermasalah ini juga tidak memiliki sifat sabar. Ketika bermain dia
tidak mahu menunggu giliran bermain. Selain itu, pelajar hiperaktif seringkali
mengenepikan kawan bermainnya tanpa alasan yang jelas. Misalnya, tiba-tiba memukul,
menolak dan sebagainya meskipun tidak ada sebab yang harus membuat anak
melakukan hal seperti itu.

 Intelektual rendah: Seringkali intelektual pelajar tersebut berada di bawah tahap kanak-
kanak normal. Mungkin karena secara psikologi mentalnya sudah terganggu sehingga ia
tidak boleh menunjukkan kemampuan kreatifnya. 

CEREBRAL PALSY

KERENCATAN AKAL

DISLEKSIA
 
Adakah kita sedar bahawa di antara murid-murid di sekolah kita ini terutamanya bagi mereka
yang dikategorikan murid pemulihan khas, mungkin menghadapi masalah disleksia. Konsep
disleksia merupakan konsep pendidikan khas yang baru di negara ini, tetapi bukan di peringkat
antarabangsa lebih-lebih lagi dinegara barat dan United Kingdom. Usaha yang bersungguh-
sungguh telah dijalankan dinegara-negara tersebut untuk mengesan murid-murid disleksia
kerana murid-murid ini mempunyai potensi untuk mencapai status professional yang tinggi jika
kesukaran ini dapat diminimakan.
DEFINISI
 
Perkataan disleksia(dyslexia) adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu “dys” bermaksud
kesukaran dan “lexia” bermaksud perkataan. Jika diterjemahkan secara terus bermaksud
kesukaran dengan perkataan bertulis. Istilah lain yang digunakan ialah buta huruf. Perkataan
disleksia telah diperkenalkan oleh Professor Berlin seorang pakar perubatan dan opthamologist
pada tahun 1887.

Mengikut British Psychological Society disleksia merujuk kepada tahap kesukaran yang
amat ketara dari segi kelancaran membaca perkataan atau mengeja. Terdapat juga pakar
pendidikan seperti Payne dan Turner (1999) yang lebih cenderung menggunakan istilah
“Specific Learning Difficulties” ( Masalah belajar spesifik) bagi murid yang menghadapi masalah
belajar Disleksia.

Ciri-ciri pelajar disleksia:

Pemerhatian dapat mengesan kanak-kanak disleksia yang cenderung kearah perkara berikut:-

AM
a) Suka berkhayal dalam kelas
b) Suka bercerita mengenai alam semesta kepada guru-guru dan rakan(planet, kenderaan,
di masa akan dating.
c) Suka matapelajaran sains
d) Sukar memberi penumpuan yang lama
e) Malu untuk bertanya sewaktu guru mengajar
f) Baik dalam bahasa Ingger.
g) Suka ketawa seorang
h) Pelupa
i) Lemah dalam mengingati jalan dan tempat (sense of direction)
j) Lambat dalam memproses percakapan dan penulisan
k) Kosentrasi yang lemah
l) Susah mengikuti arahan

BACAAN

a) Bacaan yang lemah


b) Tidak tahu intonansi
c) Sebutan yang tidak betul
d) Bacaan yang tiada perasaan
e) Lemah dalam kefahaman
f) Tertinggal perkataan bila membaca atau menambahkan perkataan
g) Gagal untuk mengenali perkataan biasa
h) Gagal memahami apa yang dibaca

TULISAN

a) Lambat menyalin
b) Penat bila menulis banyak
c) Kesilapan ejaan yang banyak dalam rencana
d) Kerja tulis lemah banding dengan lisannya
e) Tulisan kotor
f) Keliru huruf yang seakan-akan (b/d, p/g,)

NOMBOR

a) Keliru dengan nombor


b) Keliru dengan symbol + atau x
c) Susah dalam mengingati perkara perkara yang berturutan seperti hari, bulan tahun, abc
dan sebagainya
d) Sifir yang lemah ( Cara tersendiri)

MASA

a.    Susah dalam memberitahu masa


b.   Tidak pandai mengawal masa
c.    Organisasi dan pengurusan diri yang lemah
d.   Susah untuk mengingati tarikh lahir dan
tarikh-tarikh yang penting
e.    Konsep yang amat lemah
 
 

You might also like