You are on page 1of 58

INSTITUT PERGURUAN SULTAN ABDUL

HALIM

NAMA PELAJAR : ANG KUI KEOW 820901-07-5522


LAI WAI LING 841013-14-5206
KUMPULAN : KPLI – PC – 1A
NAMA PENSYARAH : PN. MUAZAH
TAJUK : IMPAK TAMADUN ISLAM TERHADAP
KEMAJUAN SAINS
IMPAK TAMADUN ISLAM
TERHADAP KEMAJUAN
SAINS
TOKOH
 1. Abu Ali Muhammad bin al-Hasan
bin al-Haitham al-Basri Al-Misri
 Beliau lebih dikenali dengan nama samaran Ibnu
Haitham/Alhazen.
SUMBANGAN IBNU HAITHAM
i.  TEORI HUKUM PEMBIASAN (fenomena
atmosfera)
• beliau melakukan beberapa penyelidikan dan
percubaan ilmiah berhubung dengan bidang optik.

•“hukum pembiasan”, ialah hukum yang


menyatakan bahawa sudut pembiasan dalam
pancaran cahaya sama dengan sudut masuk.

•beliau berpendapat bahawa cahaya merah di kaki


langit di waktu pagi (fajar) bermula ketika matahari
berada di 19 darjah di bawah kaki langit.
•Sementara cahaya warna merah di kaki langit di
waktu senja (syuruk) akan hilang apabila matahari
berada 19 darjah di bawah kaki langit selepas
jatuhnya matahari.

•Dalam fizik moden, hukum ini dikenali dengan


nama “hukum pembiasan Snell” yang bersempena
nama ahli fizik Belanda, Willebrord van Roijen
Snell.
 
ii. TEORI PENGLIHATAN(optik)
• Ibnu Haitham telah menggabungkan teori dan
eksperimen dalam penyelidikannya.

•Beliau telah mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang


dan imej dan banyak lagi fenomena optik yang penting.

•Beliau menolak teori Ptolemy dan Euclid yang


mengatakan bahawa manusia melihat benda melalui
pancaran cahaya yang keluar dari matanya.

•Menurut Ibnu Haitham, bukan mata yang


memberikan cahaya tetapi benda yang dilihat itulah
yang memantulkan cahaya ke mata manusia.
 
a. Cermin kanta cekung dan cermin kanta
cembung
• Ibnu Haitham menggunakan mesin lathe (larik)
untuk membuat cermin kanta cekung dan cermin
kanta cembung.

• Beliau mengkaji Aberasi Sfera (cermin sfera


dan cermin parabolik ) bahawa dalam cermin
parabola kesemua cahaya dapat tertumpu pada
satu titik
iii. TEORI BIASAN CAHAYA
• Dalam teori ini beliau telah menggunakan segi
empat halatuju pada permukaan biasan beberapa
abad sebelum Isaac Newton memperkenalkannya
di dunia Barat.

•Beliau juga percaya kepada prinsip masa


tersingkat bagi rentasan cahaya (Prinsip Fermat).
AHLI BIDANG FALSAFAH

• Ibnu Haitham ialah seorang ahli falsafah Aristo.


Sahabat beliau ialah Ibnu Sina dan al-Biruni.

• Beliau mendahului Kant lebih tujuh abad lamanya.


Teori yang dilabelkan dari Kant sebenarnya datang
dari beliau iaitu: “bahawa untuk mencapai kebenaran
hendaklah dengan mengetahui pendapat-pendapat
yang berunsur kepada kenyataan yang dapat
digambarkan dengan akal rasional”.
 
iv. BIDANG ASTRONOMI
• Beliau melanjutkan pendapat ilmuwan Yunani tentang
proses pengubahan langit abstrak menjadi benda-benda
padat.
•Dalam karya astronominya, beliau melukis gerakan
planet-plenet, tidak hanya dalam terma eksentrik dan
episiklus, tetapi juga dalam satu model fizik.
•Pendapatnya banyak mempengaruhi Dunia Pemikiran
Barat pada zaman Johannes Kepler.
•Tiga abad kemudian karya ini ditukar dalam bentuk
ikhtisar oleh astronomi muslim iaitu Nasiruddin at-Tusi.
v. BIDANG FIZIK
• Ibnu Haitham telah mengkaji tentang gerakan
yang membawa beliau menemui prinsip intersia dan
statik.

• Beliau telah mengasaskan dan menjadikan optik


menjadi satu sains baru.

• Banyak kajian beliau telah mendahului dan diikuti


oleh Francis Bacon, Leonardo da Vinci, dan
Johannes Kepler.
 
KARYA AGUNG IBNU HAITHAM
  Beliau telah menulis tidak kurang daripada 200
judul buku,di antaranya ialah:
-Maqalah fi hayat al-Alam(astronomi), Kitab fi al-
Minasit(kamus optik), Fi al-Maraya al-Muhriqah bi al-
Dawair(cermin yang membakar), Maqalah fi Daw al-
Qamar(cahaya dan gerakan langit), Zawahir al-
hasaq(gejala senja), Fi Kayfiyat al izlal, Fi al-Asar
Allazi al-Qamar, Fi ad-Dawar,Fi Misahat al-
Mujassamah al- Mukafi, Fi Irtifa al-Quth, semua itu
adalah tentang kajian ilmu fizik dan astronomi.

Karya-karya tersebut adalah berhubung dengan ilmu


fizik dan matematik, iaitu di antara ilmu yang sangat
dikuasainya, hampir keseluruhannya telah
diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah.
 
    
    Ibnu Haitham juga pernah menulis empat buah
risalah tentang ilmu cahaya dan ilmu ukur. Risalah-
risalah tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Jerman dan telah tersebar dengan meluas di Eropah
sejak tahun 1907M.

 Al-Munadzir adalah satu daripada karya Ibnu


Haitham yang teragung tentang bidang kajian optik dan
buku tersebut pernah menjadi rujukan kepada para ahli
kaji optik selepasnya. Karya ini diterjemahkan oleh
Witelo pada tahun 1270M dan kemudiannya diterbitkan
oleh F. Risner pada tahun 1572M dengan nama
Thesaurus Opticae.
IBN SINA
SUMBANGAN IBN SINA

Beliau telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam


bidang perubatan dan ilmu perubatan psikosomatis
"psychosomatic medicine".

Beliau telah memperkembangkan ilmu diagnosi


melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk
mengenalpasti (dalm masa beberapa detik sahaja)
ketidakseimbangan humor yang berkenaan.

 Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih lagi


dipraktikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di
Pakistan, Afganistan dan Parsi yang mana mereka
menggunakan ilmu perubatan Yunani
 Kaedahnya bukan sahaja membilang denyutan di
tempat yang dirasa tetapi mutunya yang pelbagai
merangkumi:
i.Kuat atau denyut yang lemah
ii.Masa antara denyutan
iii.Kandungannya lembap (moisture content) diparas
iv.kulit berhampiran denyutan itu dan lain-lain lagi.
Ibn Sina menyedari kepentingan emosi dalam
pemulihan. Apabila pesakit mengalami sakit jiwa
disebabkan perpisahan dengan kekasihnya, beliau
boleh mengetahui nama dan alamat kekasihnya itu
melalui cara berikut:
"Untuk menyebut namanya beberapa kali dan
mengulanginya, jari hendaklah diletakkan di atas
denyutan (pulse) dan apabila denyutan itu terrjadi tidak
teratur atau hampir-hampir berhenti, seseorang itu
hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara
yang demikian, nama jalan, rumah dan keluarga akan
disebutkan. Selepas itu, kata Ibn Sina "jika anda tidak
dapat mengubat penyakitnya melainkan dengan
menemukan si pesakit dengan kekasihnya, menurut
peraturan syariah, maka buatlah".
Sina juga merupakan seorang doktor perubatan
pertama yang mencatatkan bahawa penyakit paru-paru
adalah (pulmonary tuberculosis) adalah suatu penyakit
yang boleh berjangkit (contagious).

 beliau menceritakan dengan tepat tanda-tanda


(symptoms) penyakit kencing manis (diabetes) dan
masalah yang timbul darinya.

Beliau amat berminat dalam bidang yang berkaitan


dengan kesan akal ke atas jasad serta telah banyak
menulis mengenai gangguan psikologi.
Karya Ibn Sina
 menghasilkan sebanyak 250 buah karya yang masih
kekal sehingga ke hari ini, termasuklah 116 buah karya
dalam bidang ilmu perubatan.

Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan


terdapat juga yang ditulis dalam bahasa Parsi.

 "Al-Qanun fit Tibb" merupakan karyanya yang


termasyhur dan kerap kali dicetak di Eropah pada
zaman Renaisans dan telah menjadi bahan rujukan
yang utama di Universiti-universiti Eropah sehingga
abad ke 17.
SUMBANGAN IBN SINA TERHADAP BIDANG PENULISAN -
i.AL-QANUN FIT TIBB (Peraturan Perubatan)
mengandungi 14 jilid,menurut beliau perubatan adalah
satu cabang ilmu mengenai kesihatan dan sakit pada
tubuh badan manusia. Tugas doktor ialah untuk pemulihan
atau penjagaan keadaan keseimbangan yang disebut
kesihatan, yakni tugas doktor adalah pemulihan dan
penjagaan kesihatan.
Selaras dengan patologi unsur-unsur Hiprocates
(Yunani), tokoh perubatan muslim menganggap bahawa
tubuh badan manusia mengandungi empat unsur iaitu:
1. darah
2.lendir
3.hempudu kuning
4.hemmpudu hitam
Dunia alam dibahagikan kepada empat unsur juga iaitu:
1.api (darah)
2.udara (hempudu kuning)
3.air (lendir)
4.tanah (hempudu hitam)
Setiap unsur badan mempunyai dua sifat berikut :
1. darah - panas dan lembap
2.lendir - dingin dan lembap
3.hempudu kuning - panas dan kering
4.hempudu hitam - dingin dan kering.
Campuran keempat-empat unsur tersebut yang akan
menentukan keadaan kesihatan. Sekiranya seimbang maka
sihatlah badan dan sebaliknya.
Setiap individu mempunyai campuran humor
berkenaan di mana ia amat unik seperti uniknya
organ-organ dan keadaan tubuh seseorang itu.
Tindakbalas seseorang terhadap stimulan eksternal
yang sama adalah tidak serupa.
Tenaga badan yang akan mempertahankan dan
memperbaiki keseimbangan serta menentukan
kesihatan badan seseorang.
Ubat membantu pesakit tetapi badan sendiri yang
akan melakukan proses ke arah kesihatan manakala
tabii pula yang akan memulihkan sesuatu penyakit
(Nature Cures not the medicine).
Keadaan tubuh atau temperamen setiap individu
akan menentukan bahan makanan yang bermanfaat
baginya.
Ibn Sina turut mencatatkan bahawa penyakit
adalah disebabkan umur, jantina, pekerjaan,
tempat kediaman, cuaca dan musim, makanan dan
minuman, udara dan air, serta aktiviti fizikal dan
mental.
Ini bererti cara perubatan Ibn Sina adalah
merangkumi bahan makanan, udara, aktiviti fizikal
dan mental, rehat dan sebagainya.
Ibn Sina ada menulis mengenai kajiannya
terhadap tumbuh-tumbuhan. Ibn Sina juga ada
merujuk kepada kebolehan bau dan rasa bagi
setiap tumbuhan dengan menekan betapa
pentingnya diagnosis melalui getah tumbuhan.
TOKOH: ABU BAKR MUHAMMAD BIN ZAKARIYA AL- RAZI
(864 -930M)
SUMBANGAN AL-RAZI DALAM ILMU PERUBATAN
beliau merupakan pelopor dalam bidang pediatrik, ilmu
perbidanan dan juga ilmu yang berkaitan dengan mata.
Mengikut kajian yang dibuat salah satu sifat istimewa
dalam sistem perubatannya adalah melalui cara
pemakanan yang betul untuk menyembuhkan
penyakit. Ini merupakan keinginannya yang mendalam
terhadap pengaruh faktor psikologi ke atas kesihatan.
Beliau juga merupakan orang pertama dalam
memperkenalkan penggunaan alkohol untuk tujuan
perubatan.
beliau merupakan seorang pakar bedah dan doktor
yang pertama menggunakan opium (dadah) untuk
tujuan bius.

beliau turut memperkatakan mengenai penyakit


katarak dan merupakan ahli saintis pertama dalam
membincangkan pembesaran dan pengecilan pupil.
Beliau menerangkan mengenai tindak balas anak mata
terhadap otot-otot kecil di mana pergerakkannya
berdasarkan kepada keamatan cahaya.
al-Razi amat menekankan hubungan antara doktor
dengan pesakit. Komen yang positif daripada doktor
boleh memberi semangat baru kepada pesakit seterusnya
membuatkan mereka rasa selesa serta membantu proses
penyembuhan.

beliau turut memberi sumbangan dalam usaha


mengubati penyakit cacar dan campak. Al-Razi
merupakan orang pertama yang dapat membezakan
kedua-dua penyakit ini dan turut sama menjumpai
penawarnya di mana ia telah dicatatkan di dalam buku Al-
Judari Wa-al Habsah.
SUMBANGAN AL-RAZI DALAM BIDANG KIMIA
beliau dianggap sebagai pengasas kimia moden.
Beliau mencipta radas dan mencatatkan dengan
terperinci iaitu lebih daripada dua puluh alat besi dan
kaca.
Beliau mengatakan bahawa seseorang pesakit yang
sembuh dari sakit adalah disebabkan tindakbalas kimia
yang terdapat di dalam badan. Beliau membahagikan
bahan-bahan kimia kepada jenis-jenis yang lebih kecil.
Logam ini dibahagikan menjadi jiwa, tubuh, batu, vitrol,
borax dan garam serta dipisahkannya daripada benda-
benda yang mudah meruap dan yang tidak mudah
meruap.
Beliau telah menolak konsep alkemi Jabir yang
mana ia lebih mirip kepada ilmu batin dan sihir serta
menolak konsep takwil Jabir yang membahagikan
semua benda kepada zahir (yang diluar) dan batin
(yang tersembunyi).

Beliau pernah membuat asid-asid seperti asid


sulfurik yang dinamakannya sebagai minyak vitrol.
In dengan memanaskan minyak vitrol hijau
(hydrated ferrous sulphate).
beliau menggunakan alkohol dalam penyediaan ubat
di mana alkohol ini dibuat melalui penyulingan kanji atau
gula yang telah ditapaikan.

beliau berjaya menentukan graviti spesifik bagi banyak


cecair dengan menggunakan alat timbangan yang khas
dan menerangkan dengan terperinci kaedah-kaedah
untuk meleburkan logam dan proses pengasingan
secara pemejalwapan, penyulingan, penghabluran dan
penapisan.

Beliau juga menerangkan mengenai pelbagai alat


radas kimia untuk tujuan pengujian kimia seperti bikar,
kelalang, oven, lesung, lampu nafta dan pelbagai lagi.
Al-Razi turut memperkenalkan perkara-
perkara berikut ke dalam ilmu Farmasi:
1.Penggunaan ubat untuk melawaskan dalam
membuang air besar secara lembut (mild
purgatives)
2. Pembekaman (mengeluarkan darah) bagi
kes-kes 'apoplexy', (kehilangan deria)
disebabkan kepecahan urat darah di dalam
otak.
3. Penggunaan air sejuk bagi demam yang
melarat.
4.Mencipta seton(sejenis benang) dan
penggunaannya dalam kes-kes luka.
DALAM BIDANG PENULISAN
BERDASARKAN KITAB AL-HAWI FIT TIBB
al-Razi telah menghasilkan 224 buah buku, yang
mana 140 darinya adalah dalam ilmu perubatan.

Sepuluh daripada buku ilmu perubatannya telah


diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.

Buku perubatannya yang termasyhur ialah kitab


'al-Hawi fit Tibb'. Buku tersebut dikeluarkan
sebanyak 9 jilid dan telah menjadi rujukan utama di
perpustakaan Fakulti Perubatan Paris, Perancis
pada tahun 1395M
 kitab 'al-Hawi fit Tibb‘ telah menjadi salah satu
daripada buku-buku rujukan utama di dunia Barat dari
abad ke-12M hingga abad ke-17M, sehingga
menyebabkan al-Razi dan Ibn Sina telah dipandang
lebih tinggi dari Hippocrates dan Galen.

Kitab al-Hawi mengandungi:


1.cara menjaga kesihatan
2.mengubat penyakit melalui cara makanan
3.mengenal tanda-tanda penyakit
Buku al-Hawi telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Latin dan dicetak beberapa kali khasnya pada tahun
1509M di Venice. Tahun1528M, tahun 1578M dan
tahun 1754M di Paris.

Tesis beliau berkenaan cacar dan campak


merupakan suatu kajian sistematis yang sulung sekali
bagi penyakit itu dalam sejarah perubatan.

al-Razi meninggal dunia pada tahun 930M.


Pengaruh Tamadun Islam terhadap
pertumbuhan sains moden di Eropah
Revolusi Saintifik Di Abad Ke-17

Ciri-ciri utama yang mendirikan Revolusi Saintifik:


(i) Perubahan dalam kandungan ilmu sains, terutamanya
astronomi dan mekanik.
(ii) Perubahan dari segi metodologi atau kaedah
pengkajian sains, khususnya penggunaan kaedah ujikaji.
(iii) Perubahan dari segi pandangan alam (world-view),
dari yang bercorak ‘organik’ kepada yang bercorak
‘mekanistik’.
(iv) Organisasi pengkajian ilmu sains: dari aktiviti yang
dijalankan oleh individu kepada kegiatan berbentuk
kumpulan melalui penubuhan persatuan-persatuan
saintifik seperti Royal Society di England (1662), dan
Academie des Sciences di Paris (1666).
Perbezaan-perbezaan penting di antara sains di
abad ke-17 dan sains sebelumnya:
Sains Sebelum Abad ke-17 Sains Abad ke-17

1.Bercorak ‘organik’. Bercorak ‘mekanistik’.

Mementingkan asas dan mementingkan penyelesaian


kesepaduan falsafah. masalah,
walaupun pendekatan ini
mengabaikan
kesepaduan falsafah.
menjawab soalan ‘mengapa’ menjawab soalan ‘bagaimana’ ?
(teleologikal)

Bersifat ‘rasional’ dan kualitatif. Bercorak ‘fungsional’ dan


kuantitatif.
Beberapa teori mengenai perubahan berlaku di
abad ke-17 di Eropah Sains di abad ke-17
dibebaskan dari beberapa kekangan atau
‘constraint’ yang menghalang pertumbuhannya
sebelum ini. Di antaranya ialah:
(a) penentangan terhadap ajaran dan falsafah
Aristotle
(b)kemunculan kepentingan komersial dan teknologi
yang berorientasikan ‘utilitarianisme’ dan
‘pragmatisme’, dan dengan itu mementingkan
kaedah empirikal dan ujikaji.
Perbezaan di antara sistem Ptolemy dan sistem
Copernicus

Ptolemy Copernicus

Bumi adalah pusat alam. Bumi tidak bergerak, tetapi planet-planet


lain termasuk matahari, bergerak
mengelilingi bumi.
Matahari berada di Matahari tidak bergerak, tetapi planet-
"pusat". planet, termasuk bumi, bergerak
mengelilingi matahari.

Menggunakan "equant". Tidak menggunakan "equant", yang


dianggap oleh Copernicus sebagai
melanggar prinsip "uniform circular
motion".
Revolusi Di Dalam Sains Mekanik
1.Teori Gerakan oleh Aristotle:
kelajuan berkadar terus dengan daya penggerak dan
berkadar songsang dengan .Sesuatu objek itu sentiasa
memerlukan daya untuk terusbergerak. Daya yang
tetap/malar akan mengakibatkan kelajuan yang tetap
atau seragam.
Contohnya: gerakan batu yang jatuh ke bumi apabila
dilepaskan dari tangan diterangkan dengan merujuk
kepada sifat semulajadi batu; iaitu kecenderungannya
untuk menduduki tempat semulajadinya (natural place).
Galileo Galilei dan Pengasasan Sains
Moden.
• Beliau mengajar di University of Pisa sebagai Profesor
Matematik dari 1589 hingga 1592.

•Karya-karyanya termasuk De Motu (1590),Dialogue On


The Two Chief World Systems (1632), dan Discourse on
The Two New Sciences(1638).
 beliau telah menggabungkan matematik, hujah
logikal, dan kaedah eksperimen, di dalam merumuskan
sesuatu keputusan. Ini jelas berbeza dengan
pendekatan falsafah dan kualitatif yang digunakan oleh
Aristotle, mahupun pendekatan matematik yang
digunakan oleh pihak Nominalists di Zaman
Pertengahan.
beliau menjalankan eksperimen satah condong
(inclined-plane experiment), bagi mengesahkan
hubungan matematik tersebut. Tujuan beliau
menggunakan satah condong ialah untuk
memperlahankan pergerakan objek tersebut
supaya mudah dibuat cerapan dan ukuran.
Islam di Eropah
Eropah dilanda Zaman Kelam sebelum tiba Zaman
Pembaharuan.
Maksud "Zaman Kelam" ialah zaman masyarakat
Eropah menghadapi kemunduran intelek dan
kelembapan ilmu pengetahuan.
 Menurut Ensikopedia Amerikana, tempoh zaman ini
selama 600 tahun, dan bermula antara zaman
kejatuhan Kerajaan Rom dan berakhir dengan
kebangkitan intelektual pada abad ke-15 Masihi.
"Gelap" bermaksud tiada prospek yang jelas bagi
masyarakat Eropah. Keadaan ini wujud kerana
tindakan dan cengkaman kuat pihak berkuasa agama;
Gereja Kristian yang sangat berpengaruh.
Gereja serta para paderi mengawasi pemikiran
masyarakat serta juga politik. Mereka berpendapat
hanya gereja sahaja yang berkelayakan untuk
menentukan kehidupan, pemikiran, politik dan ilmu
pengetahuan.
Akibatnya kaum cendekiawan yang terdiri daripada
ahli-ahli sains berasa mereka ditekan dan dikawal
ketat. Pemikiran mereka ditolak. Sesiapa yang
mengeluarkan teori yang bertentangan dengan
pandangan gereja akan ditangkap dan didera malah
ada yang dibunuh.
Dalam politik, gereja sering bersaing dengan kuasa-
kuasa kerajaan. Biasanya apa yang berlaku di Eropah
pada abad pertengahan itu ialah kuasa gereja lebih
kuat dan ada kalanya terjadi semacam kerjasama,
Thomas Aquinas (m 1274) seorang ahli falfasah zaman
ini mengeluarkan teori "negara wajib tunduk kepada
kehendak gereja".

St Augustine (m 430) sebelumnya juga berpendirian


demikian. Manakala Dante Alighieri (1265-1321)
berpendapat kedua-dua kuasa itu hendaklah masing-
masing berdiri sendiri, dan mestilah bekerjasama untuk
mewujudkan kebajikan bagi manusia (Joseph H Lynch,
1992, 172-174).
abad ke-12,Cerdik pandai Eropah mula bersikap
lebih berminat untuk tahu dan lebih ghairah
terhadap kebudayaan bangsa Timur Tengah yang
telah lama maju.
Beberapa kota besar di Timur Tengah telah
menjadi kata ilmu pengetahuan seperti Iskandariah,
Harran, Antiok dan Baghdad.
Perbincangan akademik yang melibatkan tajuk
besar seperti metafizik, perubatan, astronomi, etika,
politik, fizik dan seumpamanya dibahas secara
terbuka dan ilmiah.
perkembangan intelektual dan ilmu pengetahuan
di dunia Islam antara kurun ke-9 hingga ke-12.
Di antara pertengahan abad ke-8 dan permulaan
abad ke-13, orang Arab merupakan pemimpin utama
dalam budaya dan peradaban di seluruh dunia. Kedua-
dua bidang ini merupakan perantara untuk memulih,
menambah dan menyebar sains dan falsafah kuno
yang telah memungkinkan pembaharuan di Eropah
Barat." (h 174-175).
Usaha terjemahan dibuat terhadap bahan-bahan
ilmiah dari negara-negara Islam.
Mereka tidak menterjemah bahan-bahan ilmiah itu daripada
bahasa Yunani. Charles Singer, dalam bukunya, "Sejarah
Ringkas Gagasan-gagasan Sains Sehingga 1900" (A Short
History of Scientific Ideas to 1900) menyenaraikan tujuh
alasan mengapa tindakan terjemahan lebih banyak buku
berbahasa Arab. (h 175-176):
Sebelum lebih kurang tahun 1200, ilmu-ilmu Islam lebih
teratur, lebih asli, lebih penting berbanding ilmu-ilmu Rom
Timur.
Bahasa Yunani Rom Timur jauh sekali daripada bahasa
klasik. Bahasa yang digunakan oleh Aristotle sukar difahami
oleh rahib-rahib yang menjaga manuskrip-manuskripnya.
Tetapi bahasa Arab klasik pula mudah difahami oleh setiap
orang berpendidikan tinggi yang bertutur dan menulis bahasa
Arab.
Dalam zaman pertengahan, bahasa dipelajari secara
bertutur dan bukunya daripada tatabahasa Yunani.
Kuasa Kristian Latin tidak mencapai kemajuan di dalam
kedudukan Wilayah Rom Timur. Di pihak lain pula, Islam
sedang berundur di Barat.
Antara penterjemah Barat perintis daripada bahasa
Arab ke bahasa Latin ialah:
Adelard dari Bath (kk. 1090 – kk. 1150)
•menterjemah karya al-Khawarizmi, "Aritmetik", dan
diperkenalkan kepada Barat.
• juga menterjemah karya Euclid daripada bahasa Arab.
•menulis suatu dialog terkenal, "Soalan-soalan Alam
Semula Jadi" (Natural Questions) yang merupakan
sejenis ikhtisar permulaan tentang ilmu sains Arab.
Satu bidang sains di Sepanyol yang lebih progresif
ialah astronomi.
 Sebuah kutub khanah dan akademi ditubuhkan di
Cordoba dalam tahun 970 M dan badan-badan yang
serupa muncul di Toledo dan beberapa tempat lain.
 Ketua ahli-ahli astronomi Sepanyol dikenali oleh orang
Latin sebagai Arzachel.
 Alpetragus adalah seorang daripada ahli astronomi
yang terakhir. Beliau menulis buku teks astronomi untuk
mengganti teori-teori Ptolemy dengan suatu sistem
planet yang benar-benar sepusat dan berjaya
menyediakan cadangan-cadangan kepada Copernicus
(1993, 168-69).
1.Penterjemah terkemuka Gerard dari
Cremona(1114-87).
Beliau menterjemah buku berbahasa Arab ke Latin
tidak kurang daripada 92 buah karya Arab yang
lengkap.
Karya Almagest karya Ptolemy dan Daftar Karya Ibnu
Sina. Daftar karya ini ialah Daftar Karya fi al-Tibb, iaitu
kitab perubatan (1993, 178).
2.Penterjemah cemerlang Eropah -Gundissalines
(1130-1150).
Beliau menterjemah beberapa bab dari kitab al-Syifa'
oleh Ibnu Sina, buku Ihsa al-ulum oleh al-Farabi, Risalat
al-aqli Wa al-Ma’qul oleh al-Kindi, Maqasid al-Falsafah
oleh al-Ghazali, juga beberapa buah buku tentang
astronomi.
3.Penterjemah Herman dari German.
Pada tahun 1240, beliau telah menterjemah ulasan
Ibnu Rusyd terhadap buku Ethica Nicomachaea,
karangan Aristotle.
Pada tahun 1250, beliau menyalin dari bahasa Arab
buku Rheforica oleh Aristotle dengan memakai alasan-
alasan al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd.
Pada tahun 1256, beliau menyalin buku ulasan dari
Ibnu Rusyd terhadap buku, Phoetics, karangan
Aristotle.
4.Michael Scot
Membuat terjemahan ke bahasa Latin, komentar-
komentar beliau tentang buku falsafah Greek seperti
De Caelo et Mundo, De Enima, De Generatione et
Conruptione, Physica, Metaphysica, Metarologica,
Parva Maturalia dan De Substancia Orbis.
5.Robert dari Chester(1110-1160
 merupakan antara orang yang mula-mula
menterjemah al-Quran.

 menterjemah teks alkimia yang mula-mula sekali


terbit dalam bahasa Latin.

 karya al-Khawarizmi Algebra telah berjaya


diperkenalkan kepada orang Latin.

Sewaktu di England, beliau menghasilkan jadual-


jadual astronomi bagi garis bujurLondon berdasarkan
karya al-Battani dan garis lintang pula berdasarkan
karya al-Khawarizmi.
6.Raymond Lull (633-716/1236-1316)
 telah mempelajari bahasa Arab di Majorea dan
falsafah Islam di Bugia di Tunisia.

 menterjemah Asma’al-Husna oleh Muhyi al-Din ibn


Arabi. Beliau juga ada membuat saduran dan
penyesuaian beberapa passage dari Futuhat al-
Makkiyah hingga beliau sendiri boleh menulis hal-hal
berkenaan dengan sufis, akidah dan falsafah.Beliau
memberi inisiatif kepada pihak Kristian supaya
melancar serangan moral menentang Islam.
7. Miguel Asin Palacios
telah mempelajari bukan sahaja buku Tahafut al-
Falasifah oleh al-Ghazali malah lain-lain buku beliau
seperti Maqasid.

Buku Maqasid telah diterjemah ke Latin diberi tajuk


Logika et philosophia Algazelis Arabic oleh
Gundisalvas dan diterbitkan di Venice pada 912/1506.

Buku lain seperti al-Nafs al-Insani juga


diterjemahkan dan diberi judul De Anima Humana (M
M Sharif, A History of Muslim Philosophy, 1966, h
1360).
 Ketika Frederick II memerintah Itali, beliau telah
mendirikan
1. Universiti Naples dan di sini ilmu
pengetahuan dari dunia Islam itu telah
dipelajari.
2. Universiti Paris dibina pada tahun 1236
3. Universiti Bologna dan Oxford di London.
Universti-universiti ini menjadi pintu masuk
ilmu-ilmu dari dunia Islam secara rasmi kepada
masyarakat Eropah pada abad pertengahan.
Usaha-usaha mempelajari falsafah Aristotle serta
sejarah besar ulasan-ulasan teks yang dibuat oleh
orang-orang Islam dari Baghdad dan Sepanyol
dalam bidang-bidang epistemologi, metafizik dan
etika berasaskan pemikiran al-Farabi,Ibnu Gabirol,
Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd.

Kerja-kerja terjemahan diperhebatkan. St Thomas


Aquinas merujuk kepada Ibnu Sina dalam karyanya
Permasalahan yang dipertikaikan mengenai
kebenaran (Guaestiones disputaEae de veritate).
Buku perubatan Ibnu Sina iaitu Qanun Fi al-Tib
dipelajari di Eropah hingga abad ke-17.
Kaum wanita pula yang tertekan oleh pelbagai
diskriminasi telah mendapat ilham dan semangat
baru apabila membaca buku-buku Ibnu Rusyd
mengenai wanita dan hak-hak mereka. Kesedaran
ini telah menimbulkan gerakan feminisme dan ia
dipelopori oleh Dubois di Perancis dan Ockham di
England

You might also like