You are on page 1of 16

TEORI RASIONAL EMOTIF TERAPI

Tokoh Teori

Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert


Ellis. Beliau dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh,
Amerika Syarikat. Teori ini terbina apabila beliau
mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh
Freud tidak mendalam dan adalah satu bentuk pemulihan
yang tidak saintifik. Pada awal tahun 1955, beliau telah
menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan
tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional
(RET). Semenjak itu beliau terkenal sebagai bapa kepada teori RET dan datuk kepada
teori tingkah laku kognitif.

Meninjau kepada zaman kanak-kanak Ellis, beliau sering mengalami gangguan


kesihatan. Beliau pernah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan nefritis
sebanyak 9 kali. Tetapi Ellis seorang yang bercita-cita tinggi iaitu ingin menjadi seorang
pakar psikologi. Beliau mempunyai kebolehan dalam memberikan perkhidmatan
kaunseling. Oleh itu beliau mula mempraktikkan terapi perkahwinan, keluarga dan
seksual. Pada tahun 1947 hingga 1953 Ellis telah menjalankan kajian secara klasikal
berasaskan psikoterapi. Hasil kajian mendapati bahawa terapi psikoanalisis tidak begitu
menyeluruh dan tidak saintifik.

Ellis berpendapat pendekatan yang dibawakan oleh Freud kurang lengkap kerana
ada individu yang bertambah teruk selepas menjalani pendekatan psikoanalisis. Hipotesis
RET berdasarkan bahawa emosi berpunca daripada kepercayaan, penilaian, interpretasi
dan tindakan daripada situasi kehidupan. Di dalam proses teraputik emosi-rasional, klien
mempelajari kemahiran yang akan digunakan untuk mengenal dan memerangi
kepercayaan yang telah tertanam lama di dalam diri seseorang. Ini disebabkan oleh teori
ini lebih bersifat ‘pendidikan’ daripada perubatan yang direka dalam keadaan di mana
kaunselornya aktif terarah dengan tepat dan mengajar. Ellis terkenal dengan bukunya
yang bertajuk ‘Reason and Emotion In Psychotherapy’ dan bersama-sama dengan Robert
A Harper beliau mengeluarkan buku berjudul ‘A Guide to Rational Living’.
Pendekatan Teori

RET juga dikenali sebagai Terapi A-B-C yang mana merupakan suatu teori yang
mempunyai kelainan dengan teori-teori yang lain terutamanya Teori Psikoanalisis, Teori
Pemusatan Insan, Gestalt dan lain-lain lagi. Ini disebabkan oleh teori ini mementingkan
tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku. Teori ini memberi
penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat
keputusan. Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau mengajar, mengarah dan
mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional.

Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang
tidak rasional. Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat
mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini ia merupakan
satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat semula sistem
kepercayaan yang membuatkan dirinya menderita dengan menggantikan semula dengan
satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri seseorang
individu dan seterusnya kepada orang yang signifikan dengannya.

Prinsip terapi RET boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah yang lain
dalam kehidupan dan juga masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang.
Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan tindakan, bukan hanya mengikut
perasaan. Terapi ini dianggap sebagai satu proses pembelajaran kerana fungsi kaunselor
yang berbagai-bagai. Kadang kala kaunselor bertindak sebagai seorang guru, yang
memberi tugasan kepada pelajar iaitu klien dalam konteks terapi ini.

Teori Ellis ini berasaskan andaian bahawa individu-individu mempunyai


keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional. Tingkah
laku rasional ialah dilihat sebagai keberkesanan dan kemungkinan produktif, manakala
tingkah laku yang tidak rasional pula hasilnya dalam keadaan tidak gembira dan
menghasilkan ‘output’.
Menurut J Blackham dalam Muhd Mansur Abdullah (1997), dua tujuan utama
RET iaitu; pertama mendemonstrasikan pada klien bahawa berkata-kata kepada diri
sendiri itu adalah akibat daripada gangguan; dan kedua, menilai kembali berkata dalam
diri demi menghapuskannya dan menolak semua idea yang tidak logik. Dalam buku-buku
Ellis seperti The Art And Science Of Love, The Intelligent Woman’s Guide To Man-
Hunting, Humanistic Psychotherapy dan The Rational-Emotive Approach banyak
menggambarkan sifat manusia. Misalnya, kemampuan manusia berfikir sesuatu melalui
proses-prosesnya. Ellis menggalakkan manusia supaya menganggap diri mereka adalah
berkebolehan. Dia yakin jika manusia boleh menggunakan rasional mereka dalam
mentadbir diri, maka tidak ada lapangan dalam kehidupan mereka yang tidak boleh
diperbaiki.

Menurut Muhd Mansur Abdullah (1997), dalam melahirkan teorinya Ellis banyak
menggunakan sistem-sistem psikologi dan falsafah iaitu menggabungkan intipati Falsafah
Stoic, Psikoanalisis Freud, Psikologi Individu Alfred Adler dan Orientasi tingkah laku
Pavlov dan Wolpe. Semua sistem itu membantunya meneguhkan lagi teori dan
pendekatannya. Sebab itulah Ellis menekankan: “When people emote they also think and
act. When they act, they also think and emote. When they think, they also emote and act.
To understand self-defeating behavior , one must understand how a person feels, thinks,
perceives and acts”.

Pandangan Teori Terhadap Manusia

Hubungan emosi dan pemikiran adalah berhubung rapat dan tidak boleh untuk
dipisahkan. Oleh sebab itu segala pemikiran dan kepercayaan yang tidak rasional itu
berpunca daripada proses dan pengaruh budaya dan pembelajaran . Menurut George dan
Cristiani (1995) telah mengandaikan bahawa manusia bertindak sebagai penilai,
perunding dan pengawal diri. Gangguan emosi dan tingkah laku akan bermula apabila
manusia menganggap beberapa keutamaan seperti keinginan untuk disayangi, diperakui
kejayaan dan menganggap keutamaan tersebut sebagai keperluan yang utama. RET juga
memandang bahawa manusia dilahirkan dengan beberapa kecenderungan ke arah
perkembangan dan pengiktirafan diri tetapi mereka akan mengkhianatinya disebabkan
oleh kecenderungan untuk berfikir tidak rasional dan contoh-contoh mengalah diri yang
telah mereka pelajari.

Menurut Gerald Corey (1996) pula mendapati bahawa terapi RET berlandaskan
kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran secara
rasional dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira,
berfikir, menterjemahkan diri, sayang menyayangi, berkomunikasi dengan orang lain,
berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga berkecenderungan untuk
merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka menangguh untuk membuat sesuatu,
mengulangi kesilapan, tidak sabar, mementingkan kesempurnaan semata-mata, selalu
menyalahkan diri sendiri, cuba mengelakkan pengikhtirafan dan pertumbuhan potensi.
Fenomena ini meyakinkan terapi ini dapat membantu manusia untuk menerima kembali
diri mereka sendiri setelah melakukan kesilapan dan belajar untuk hidup lebih harmonis.

Hackey dan Cormier (1995) berpendapat bahawa RET, membuat andaian


tentang gangguan emosi manusia adalah disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional.
Hubungan antara emosi dan pemikiran terlalu rapat sehingga tidak boleh dipisahkan
kedua-duanya. Manusia juga dilahirkan dengan suatu potensi untuk berfikiran secara
lurus dan rasional dan juga secara tidak rasional. Manusia sendirilah yang menyebabkan
dirinya merasa terganggu dan gangguan itu bukanlah disebabkan oleh sumber-sumber
luaran tetapi berpunca dari diri individu itu sendiri.

Manusia mempunyai keupayaan untuk mengubah proses-proses kognitif, emotif


dan tingkah lakunya. Mereka boleh memilih untuk bertindak dengan cara yang berlainan
daripada pola tingkah laku yang normal. Mereka juga boleh memilih untuk tidak
membenarkan dirinya terganggu dan boleh melatih diri untuk mengalami gangguan yang
minimun selagi hayat masih ada.
Seperti berita-berita yang disiarkan di dada akhbar yakni,di Shah Alam,seorang
bapa kandung sanggup membunuh anaknya sendiri disebabkan oleh tindakan yang tidak
rasional dan abnormal.(Sinar Harian,18 Disember 2010)

Ee Ah Meng (1991) berpendapat bahawa terapi RET yang dikembangkan oleh


Ellis dalam tahun 1950 an adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa manusia
perlu mengubah cara berfikir supaya boleh memperbetulkan pemikiran yang tidak
rasional. Baginya manusia dilahirkan dalam dunia yang tidak rasional dan manusia
menjadi semakin tidak rasional apabila berada dalam sistem kepercayaan mereka.

Suradi Salim (1996) mengandaikan bahawa manusia berupaya untuk berfikiran


rasional dan tidak rasional. Dalam pemikiran seseorang individu terdapat sistem
kepercayaan yang berkecenderungan untuk berfikir ke arah tidak rasional. Apabila
sesuatu peristiwa terjadi maka individu itu selalu mengandaikan suatu kepercayaan
terhadap peristiwa tersebut sama ada ianya baik atau sebaliknya. Manusia juga sering
mempercayai tahyul yang menyebabkan mereka membuat sesuatu keputusan yang tidak
mengembirakan. Oleh itu kaunselor perlu bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem
kepercayaan individu tersebut supaya menjadi rasional bagi membantunya memperolehi
kehidupan yang lebih harmonis.

Menurut teori RET, seseorang yang bermasalah akan mempunyai suatu sistem
kepercayaan atau suatu ‘belief system’ yang penuh dengan kepercayaan yang tidak
rasional mengenai perkara yang dilihat atau dialaminya. Albert Ellis telah memberikan
beberapa idea tentang pemikiran yang tidak rasional, antaranya adalah seseorang individu
mempercayai bahawa ia mesti disayangi oleh orang-orang penting atau signifikan kepada
dirinya seperti ibubapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Individu juga percaya bahawa ia
mesti membuktikan bahawa ia seorang yang berkebolehan dan berkemampuan.
Seseorang individu juga mempercayai bahawa jika terdapat individu yang lain melakukan
kesalahan atau tidak berlaku adil, maka seharusnya ia dikutuk dan menyalahkan dirinya
dan dilihat sebagai orang yang tidak baik. Masa lampau juga dianggap sangat penting
kerana ia mempengaruhi hidup seseorang individu. Ellis mempercayai bahawa masa
lampau itulah yang akan menentukan perasaan seseorang individu pada masa kini.

Seseorang individu itu juga mempercayai bahawa ia perlu melihat kehidupannya


yang sangat teruk jika ia tidak dapat menyelesaikan masalah kepada kehidupannya.
Individu juga mempercayai bahawa ia perlu berpandangan tidak baik sekiranya ia
dikecewakan, disisih atau tidak dilayan secara adil. Jika berhadapan dengan perkara-
perkara yang merbahaya, seseorang individu mempercayai bahawa ia perlu
memikirkannya dan akan risau tentangnya.

Bagi menerangkan dengan jelas bagaimana gangguan emosi dan fikiran berlaku
maka kita akan menggunakan konsep ABCDE yang telah dinyatakan oleh Ellis iaitu A
ialah penggerak pengalaman activating experience atau peristiwa, faktor sikap atau
tingkah laku yang dialami oleh seseorang. Misalnya gagal dalam peperiksaan. B pula
adalah sistem kepercayaan yang dianuti oleh seseorang person’s belief system. Misalnya,
“saya tidak kelihatan cantik atau hodoh”. Manakala C ialah akibat consequence iaitu
hasil daripada penilaian oleh B ke atas A dan ditafsirkannya. Misalnya, sentiasa keadaan
muram dan tidak bersemangat. D pula adalah kaedah-kaedah untuk berhujah, mengajar,
mencabar dan memperbetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional yang
menyebabkan individu itu mengalami suatu reaksi emosi yang tidak rasional. Misalnya,
“Saya tidak mahu kamu yang menyebabkan saya mengalami kerugian besar dalam
hidup saya”. Dan akhir sekali E ialah menjadi normal dan mempunyai sistem
kepercayaan dan penilaian yang rasional dan positif. Misalnya Saya rasa gembira.

Corey (1996) menjelaskan bahawa konsep ABC dalam teori RET adalah seperti
berikut; Menurut beliau, prinsip asas kepada gangguan emosi adalah sebahagian besarnya
akibat daripada hasil pemikiran tidak rasional dan pemikiran kalah diri. Hasil daripada
pemkiran ini menyebabkan seseorang individu itu suka menyatakan sesuatu dengan
perkataan ‘sepatutnya’, ‘seharusnya’ dan ‘semestinya’. Dari perspektif RET, ramai
terapis telah membuat kesilapan kerana memfokuskan kepada sejarah hidup yang lampau
dan cara tindakan ialah semua peristiwa masa kanak-kanak boleh diubah. Terdapat juga
terapis melakukan kesilapan dengan terlalu menekankan dalam usaha klien mengenal
diri, meluahkan perasaan dan perubahan pemikiran. Keadaan ini mendorong klien
melupakan peristiwa awal kanak-kanak dan menumpukan pemikiran sekarang. Bagi
Ellis cara ini tidak produktif kerana sesuatu yang menyebabkan emosional tidak akan
hilang malah ia akan menambahkan lagi kehebatan perasaan tersebut.
Oleh itu bagi Ellis , terapis dan klien perlu bekerjasama untuk mencabar
kepercayaan tidak rasional yang mengakibatkan gangguan emosional. Mereka perlu
menuju ke arah mengubah perkara yang tidak realiti, tidak matang, terlalu menuntut dan
tidak lojik kepada pemikiran yang logik, matang dan realistik. Persoalannya,
bagaimanakah emosional yang terganggu itu boleh wujud di dalam diri seseorang
individu? Dalam hal ini , Ellis telah menjelaskan bahawa individu yang mengalami
gangguan kerana sentiasa berterusan mengulangi ayat-ayat yang tidak logikal.Misalnya ,
individu itu berkata : “Saya sangat kecewa dengan kegagalan peperiksaan ini.
Kegagalan saya semuanya berpunca dari kesilapan saya sendiri. Saya adalah
merupakan manusia yang paling bodoh”

Gangguan emosi ini menyebabkan wujudnya depresi dan anxieti dalam diri
seseorang. Keadaan ini akan mengakibatkan individu itu akan kekal berpegang dengan
kepercayaan yang tidak rasional itu. Kepercayaan inilah yang perlu dibantu oleh
kaunselor agar klien tersebut dapat merasionalkan dirinya dalam menghapuskan
fahaman-fahaman dan kepercayaan yang tidak rasional yang ada pada dirinya.

Baru-baru ini, laporan- laporan akhbar (Kosmo, 18 Disember 2010; Sinar Harian 18
Disember 2010) telah menyiarkan gadis bawah umur yang mengandung enam bulan
kritikal akibat ditikam sebanyak 19 kali. Oleh kerana,sifat cemburu yang terlalu
mendalam,seorang lelaki yang berasal dari Kota Tinggi. Emosi yang terganggu boleh
mengakibatkan seseorang itu bertindak di luar kesedaran dan tidak rasional.
TEORI PSIKOANALISIS

Tokoh Teori

Sigmund Freud yang terkenal dengan Teori Psikoanalisis


dilahirkan di Morovia, pada 6 Mei 1856 dan meninggal di
London pada 23 September 1939. Gerald Corey dalam “Theory
and Practice of Counseling and Psychotherapy” menjelaskan
bahawa Sigmund Freud adalah anak sulung dari keluarga Viena
yang terdiri dari tiga orang lelaki dan lima orang perempuan.
Dalam hidupnya ia dijaga oleh seorang ayah yang sangat tegas
dan dengan taraf hidup yang miskin, sehingga keluarganya
terpaksa hidup di sebuah rumah yang sempit, namun demikian orang tuanya tetap
berusaha untuk memberikan motivasi terhadap kebolehan intelektual yang tampak jelas
dimiliki oleh anak-anaknya.

Sebahagian besar hidup Freud diabdikan untuk memformulasikan dan


mengembangkan tentang teori psikoanalisisnya. Uniknya, saat ia sedang mengalami
masalah emosi yang sangat berat adalah saat ideanya muncul. Pada umur 40-an ia banyak
mengalami bermacam psikonatik, seperti kematian dan fobia-fobia lain. Dengan
mengeksplorasi makna mimpi-mimpinya sendiri ia mendapat pemahaman tentang
dinamika perkembangan kepribadian seseorang.

Sigmund Freud dikenal juga sebagai tokoh yang kreatif dan produktif. Ia sering
menghabiskan waktunya 18 jam sehari untuk menulis karya-karyanya, dan karya tersebut
terkumpul sampai 24 jilid. Bahkan ia tetap produktif pada usia senja. Kerana karya dan
produktivitinya itu, Freud dikenal bukan hanya sebagai pencetus psikoanalisis yang
menguatkan namanya sebagai intelektual, tapi juga telah meletakkan teknik baru untuk
boleh memahami perilaku manusia.

Hasil usahanya itu adalah sebuah teori kepribadian dan psikoterapi yang sangat
komprehenshif dibandingkan dengan teori serupa yang pernah dikembangkan.
Psikoanalisa dianggap sebagai salah satu gerakan revolusi di bidang psikologi yang
dimulai dari satu kaedah penyembuhan penderita sakit mental, hingga menjelma menjadi
sebuah konsepsi baru tentang manusia. Hipotesis pokok psikoanalisa menyatakan bahawa
tingkah laku manusia sebahagian besar ditentukan oleh motif-motif tidak sedar, sehingga
Freud dijuluki sebagai bapa penjelajah dan pembuat peta ketidaksedaran manusia. Lima
karya Freud yang sangat terkenal dari beberapa karyanya adalah:

1. The Interpretation of dreams (1900),

2. The Psichopathology of Everiday Life (1901),

3. General Introductory Lectures on Psichoanalysis (1917),

4. New Introductory Lectures on Psichoanalysis (1933) dan

5. An Outline of Psichoanalysis (1940).

Dalam dunia pendidikan pada masa itu, Sigmund Freud tidak popular
sepenuhnya. Menurut A. Supratika, nama Freud baru dikenal pertama kalinya dalam
kalangan psikologi akademi pada tahun 1909, ketika ia diundang oleh G. Stanley Hall,
seorang sarjana psikologi Amerika, untuk memberikan sedikit tunjuk ajar di Universiti
Clark di Worcester, Massachusetts. Pengaruh Freud di lingkungan psikologi berkembang
sekitar tahun 1930-an. Akan tetapi, Asosiasi Psikoanalisis Internasional sudah terbentuk
tahun 1910, begitu juga dengan lembaga pendidikan psikoanalisis sudah ditubuhkan di
banyak negara.

Pendekatan Teori

Teori psikonalisis digunakan dalam kaunseling keluarga untuk menyedarkan bahawa


pengalaman masa lampau mempengaruhi diri mereka sekarang. Pengalaman ini wujud
secara tidak disedari. Halangan yang mencengkam keluarga dan ahli-ahlinya secara tidak
sedar dapat dibebaskan supaya keluarga dapat berfungsi berlandaskan kenyataan masa
kini.

Matlamat psikoanalisis adalah untuk membentuk semula watak individu agar segala
tingkah laku terpendam di alam tidak sedar dapat dialami di alam sedar. Selain itu, teori
ini menekankan konsep id, ego dan superego yang menentukan keseimbangan diri
manusia. Matlamat kedua pula ialah mencari pengalaman masa lau bagi memandu dan
membentuk peringkat kefahaman kendiri yang diperlukan untuk membuat perubahan
perwatakan. Antara teknik kaunseling yang diperkenalkan ialah:

a) Analisis mimpi

Ahli-ahli dalam keluarga berbincang tentang mimpi mereka untuk mengesan keperluan
yang tidak /belum dipenuhi. Contohnya seseorang ibu bermimpi selalu diketepikan
mungkin ingin didengari dan diberi penghargaan. Strategi untuk memberi perhatian dan
menghargai ibu perlu dibuat oleh keluarga seperti berbincang dengannya mengenai
percutian, memberi hadiah pada hari perayaan tertentu.

b) Riwayat keluarga

Riwayat hidup keluarga yang diterokai dalam sesi kaunseling dapat memberi
perbandingan pola interaksi dahulu dan sekarang dalam kehidupan keluarga berkenaan.
Ahli keluarga mentaksir teknik ini sebagai keperihatinan dan penerimaan kaunselor tanpa
syarat. Ini mengukuhkan lagi kepercayaan keluarga sebagai klien terhadap kaunselor.
Klien juga diberikan celik akal mengenai riwayat mereka sendiri. Celik akal bermaksud
kesedaran atas punca masalah yang sedang dihadapi. Dengan adanya celik akal , ahli
dapat membetulkan struktur personalitinya terutama ego supaya dapat mengawal id dan
superego supaya beroperasi dengan lebih berkesan dalam realiti kehidupan.

c) Perkaitan bebas

Perkaitan bebas adalah teknik apabila ahli diminta menyatakan apa sahaja yang
tergambar di fikirannya tanpa mengira sama ada ia menyakitkan, tidak logik, ataupun
tidak relevan. Ahli kelompok disuruh membuat perkaitan bebas dengan memberi mereka
sesuatu isu ataupun sekadar membuat perkaitan bebas berkaitan satu sama lain. Perkaitan
bebas sesama ahli dapat dilaksanakan selepas hubungan yang baik terbentuk di kalangan
ahli. Dalam hal ini, perkaitan bebas dilakukan dalam bulatan. Ini memberi peluang
kepada setiap ahli bagi memberi pendapatnya berkaitan setiap ahli dalam kumpulan.
Perkaitan bebas selalunya dilakukan secara spontan dan tidak berstruktur.

Proses pendidikan adalah satu proses yang berterusan. Sejak manusia


dilahirkan ke dunia sehinggalah kita kembali kepada Nya semula, proses pendidikan
ini tetap berterusan dan sentiasa diperlukan bila-bila masa sahaja. Antara matlamat
pendidikan adalah melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia dan berdisiplin
(Sufien,1996). Pelajar yang berdisiplin akan tahu bertanggungjawab mereka kepada
keluarga, sekolah dan masyarakat dan mereka tidak akan bertindak secara agresif.
Pada masa sekarang terdapat pelbagai jenis masalah salah laku pelajar yang
melibatkan pelajar bertindak secara agresif seperti ponteng kelas, penagihan dadah,
vandalisme, gangsterisme, buli, rogol samun mencuri dan banyak lagi. Berdasarkan
statistik yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia, sebanyak 10,402
tangkapan telah dibuat oleh pihak polis yang membabitkan remaja berusia 13 hingga
18 tahun.

Jadual 1 : Penglibatan remaja dalam jenayah sepanjang 1993 – 1995


JENAYAH KEKERASAN 1993 1994 1995
Bunuh 22 11 6
Cuba Bunuh 4 1 1
Rogol 50 66 70
Samun 62 51 58
Mencederakan 112 103 154

JENAYAH HARTA BENDA 1993 1994 1995


Pecah Rumah 539 430 472
Curi Kenderaan 347 325 406
Kecurian-kecurian lain 622 605 728
PERANGKAAN TANGKAPAN REMAJA DALAM BERDASARKAN TIGA TAHUN
KAJIAN
16-18 13-15 10-12
1993 2188 1214 200
1994 2096 983 168
1995 2592 1329 271
. Sumber : Polis Diraja Malaysia

Berdasarkan statistik, pembabitan remaja seawal usia 10 tahun telah berani


melakukan jenayah berat seperti cubaan membunuh tanpa niat, kejadian rogol dan pecah
rumah. Berdasarkan perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pembabitan remaja dalam
jenayah boleh dibahagikan kepada dua iaitu jenayah kekerasan dan jenayah harta benda.
Antara jenayah kekerasan membabitkan remaja bawah umur 18 tahun ialah kes bunuh, rogol,
samun bersenjata api dan mencederakan. Sepanjang tahun benda pila, terdapat 4,474
tangkapan yang telah dibuat untuk tempoh tiga tahun seperti jenayah pecah rumah, kejadian
mencuri kenderaan dan lain-lain jenis kecurian. Keseluruhannya, lebih 12 tangkapan
dilakukan oleh pihak polis membabitkan kedua jenis jenayah ini ialah sebanyak 14 tangkapan
setiap hari membabitkan remaja bawah 18 tahun.

Foziah Abd Rahman (1999) dalam Nor Asikin Idris (2002) menyatakan bahawa jika
masalah salah laku pelajar tidak dipandang serius oleh semua pihak, ia akan membawa satu
implikasi yang kurang sihat kepada para pelajar. Ibu bapa biasanya tidak dapat mengawal
anak-anak mereka yang telah mengalami keruntuhan moral yang teruk. Tingkah laku mereka
sudah menjadi satu gangguan dan keadaan ini dikenali sebagai gangguan tingkah laku atau
penyelewengan tingkah laku.

Namun begitu laporan- laporan akhabar (Harian Metro, 25 Mac 2004; Berita Harian
25 Mac 2004) menunjukkan peningkatan jumlah jenayah juvana yang dilakukan oleh pelajar
sekolah seperti gangterisme, pergaduhan, rogol, seks bebas dan buli telah sedikit sebanyak
menjejaskan peranan sekolah sebagai pembentuk jati diri dan pendidikan generasi masa
hadapan negara. Ini ditambah lagi dengan kejadian jenayah serta perlanggaran displin yang
serius terjadi di dalam kawasan sekolah (Utusan Malaysia, 25 Mac 2004). Masalah ini perlu
ditanggani dengan segera dan sebaik mungkin kerana ia bukan sahaja menjatuhkan imej
sekolah sebagai institusi pembentuk jati diri dan pendidikan anak bangsa. Tetapi juga akan
memberi impak kepada survival dan kemajuan negara di masa hadapan.
Suasana persekolahan memainkan peranan penting di samping peranan ibu bapa dan
persekitaran dalam membentuk identiti pelajar. Ketidak selesaan dengan suasana
pembelajaran dan persekolahan mendorong pelajar bertindak secara agresif. Kelemahan
sistem pendidikan yang lebih menekankan kepada keputusan peperiksaan dan prestasi
sekolah lebih memburukkan keadaan dan ditambah lagi dengan pelbagai program yang
dianjurkan pihak sekolah. Suasana ini akan membangkitkan kebosanan pelajar terutama jika
pelajar yang kurang berminat dan lebih teruk lagi jika pelajar itu mempunyai masalah di
mana ianya akan menjurus kepada perlakuan agresif pelajar.

Perkembangan sistem pendidikkan juga mengundang masalah disiplin pelajar.


Prestasi pelajar semakin merundum sedangkan kuantiti pelajar semakin meningkat. Dalam
senario pendidikan sekarang ini terdapat masalah-masalah disiplin yang tidak terkawal.
Masalah ini semakin berleluasa dari hari ke hari masalah melibatkan pelajar bermasalah di
sekolah meningkat ketahap yang membimbangkan berikutan bebeapa kes sejak kebelakangan
ini. Bermula dengan kejadian membakar bilik guru sekolah di Shah Alam, membakar bilik
darjah di Rawang, Selangor, tiga puluh pelajar membelasah seorang rakan mereka sehingga
cedera dan menerima jahitan sehinggalah kepada pertengahan Jun 2000, (Utusan Malaysia,3
Julai 2000). Berlaku peristiwa sehingga seorang pelajar tahun satu di sebuah sekolah rendah
di Pandan Indah, Ampang cedera teruk di belasah rakan (Berita Harian, 14 Julai 2000).
Seorang pelajar perempuan di Kedah mengalami kecederaan di bibir setelah dipaksa
meminum air kencing yang dimasukkan ke dalam botol minumannya, (Berita Harian, 43
Ogos 2000). Terbaru seorang pelajar sekolah rendah membakar meja guru, (Harian Metro,
11 Ogos 2007) dan dua orang pelajar perempuan digantung sekolah dan kedua-duanya
melarikan diri dari rumah bersama kakaknya. (Harian Metro, 12 Ogos 2007). Ini
menunjukkan kes agresif pelajar semakin merebak sekali gus membimbangkan semua pihak
yang terlibat dengan sistem pendidikan di Malaysia.

Pelajar yang melakukan tindakan ini sebenarnya lebih berpihak kepada menjaga
kepentingan dan kebajikkan diri sendiri. Agresif boleh dikategorikan sebagai satu kesalahan
Juvana yang melibatkan golongan remaja berumur 13 hingga 18 tahun dan jika dibiarkan
akan menjadi satu kesalahan yang serius bila dewasa kelak. Antara tindakan agresif pelajar
yang sinonim dengan pelajar ialah buli, gangsterisme, vandalisme, ponteng sekolah dan
dadah. Permasalah pelakuan agresif yang menyalahi dan melanggari norma-norma yang
terpelihara dalam masyarakat adalah merupakan salah satu persoalan yang semakin
meruncing serta memerlukan satu set kaedah penyelesaian yang berkesan (Jawatan kuasa
Progran Gejala Sosial Kebangsaan, 1995). Lee Lam Thye (1997) dalam wawancara di
Mingguan Malaysia 8 Julai 1997 menyatakan kebanyakkan remaja yang berusia 15 hingga 21
tahun terlibat dalam gejala vandalisme. Laporan yang dikeluarkan oleh Unit Displin Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia, terdapat 53 jenis salah laku yang dilakukan oleh golongan
pelajar. Daripada jumlah itu, sebanyak 4,035,876 kes berlaku di sekolah rendah dan
selebihnya di sekolah menengah.

Tindakan agresif seperti membuli pula banyak berlaku di kalangan pelajar sehingga
membawa kepada kematian. Antara tindakan agresif pelajar ini seperti pada 26 Februari
2001, seorang pelajar lelaki tingkatan dua di Sekolah Rancangan Khas Agama dan Sekolah
Menengah Kebangsaan Sri Kukup, Pontian, Johor, telah dibelasah oleh tujuh orang pelajar
tingkatan tiga di asrama sekolah itu. Pada 31 Januari 2002, seramai sembilan orang pelajar
tingkatan tiga Sekolah Menengah Syed Putra, Behor, Perlis, cedera selepas bergaduh dengan
pelaja rsenoir di asrama sekolah. Pada 27 Julai 2003, seorang pelajar Sekolah Pertukangan
Perantis Tentera Darat, Si Rusa, Port Dickson, patah tulang rusuk dan mengalami pendarahan
di paruparu apabila di belasah kira-kira 30 orang pelajar senior. 11 Ogos 2003, pelajar
tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik batu Pahat, Johor, Mohd Hafizi Jumhari telah
rosak sebelah buah pinggang selepepas dibelasah teruk oleh sekumpulan pelajar yang tidak
puas hati. Pada 28 Mac 2004, seorang pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Agama
Dato’ Kelana Petra Maamor, Ampangan, Seremban, Muhammad Farid Ibrahim telah
meninggal dunia setelah dibelasah teruk. Dalam kes ini, didapati pelajar yang melakukan
kegiatan ini lebih bersifat melepaskan perasaan mungkin kerana dendam atau perasaan tidak
puas hati dan seterusnya mendorong mereka melakukan agresif.

Tindakan agresif pelajar meninggalkan banyak kesan negatif dan memberikan impak
yang besar dari aspek dalaman dan luaran samada pelajar maupun masyarakat. Aspek
dalaman ialah diri pelajar sendiri dan keluarga. Aspek luaran ialah pihak sekolah, rakan,
masyarakat sekeliling dan negara. Faktor-faktor yang mendorong pelajar bersikap agresif
ialah peranan institusi keluarga, sekolah, pengaruh rakan, keadaan persekitaran, budaya
negatif dan semangat kekitaan yang longgar. Ibu bapa seharusnya membekalkan didikan
agama dan moral yang sempurna kepada anak-anak. Di samping itu, ibu bapa harus
menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Pelajar memerlukan perhatian yang lebih
dari ibu bapa terutama bagi pelajar peringkat remaja kerana mereka mudah terjerumus ke
jalan yang salah disebabkan oleh pelbagai faktor.

KESIMPULAN
Secara umumnya dapat dilihat peranan utama kaunselor dalam konteks intervensi
masalah keluarga ialah bertujuan untuk membantu pasangan suami isteri dan keluarga
yang bermasalah bagi mencari jalan mengeratkan hubungan kasih sayang dan kemesraan
di samping mengelakkan berlakunya kes perceraian yang membawa risiko timbulnya
pelbagai masalah. Justeru itu kaunseling dilihat sebagai salah satu terapi yang dapat
mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh pasangan suami isteri yang menghadapi
masalah dalam rumahtangga.
Namun perlu diingatkan dan difahami di sini ialah tentang keberkesanan proses
kaunseling ini tidak harus diletakkan sewenang-wenangnya di atas tanggungjawab
kausnelor seorang. Keberkesanannya adalah sesuatu yang subjektif dan ianya
memerlukan kerjasama daripada kedua-dua pihak yang terlibat dalam sesuatu proses
kaunseling iaitu kaunselor dan klien. Perkara inilah yang perlu ditekankan secara lebih
rasional kerana komitmen klien untuk menyelesaikan masalah atau konflik yang dihadapi
adalah perkara yang amat penting. Tanpa kesedaran, kefahaman dan inisiatif klien untuk
melaksanakan sebarang bentuk usaha penyelesaian maka sudah pastinya proses
kaunseling tidak akan memberi sebarang makna. Maka dengan ini wujud peranan
kaunselor dalam membantu klien mendapatkan kefahaman tentang diri dan situasi yang
dialami.
Secara ringkasnya, kerjasama di antara kaunselor dan klien merupakan asas
keberkesanan sesuatu sesi kaunseling dalam mencapai matlamat kaunseling tersebut.
Menerusi proses kaunseling, kaunselor akan menggunakan kemahiran memerhati yang
lebih sistematik, berfikir dengan lebih mendalam dan menumpukan perhatian kepada
maklumat-maklumat yang disampaikan oleh klien. Dengan itu, kaunselor dapat
memahami klien dan sekaligus membolehkan klien memahami dirinya.

You might also like