You are on page 1of 1

 

Struktur Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan aspirasi rakyat
melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang
tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama:

1. Yang Di-Pertuan Agong


2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat

Berikutan pilihan raya umum yang pertama selepas negara mencapai


kemerdekaan, Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Pertama Persekutuan
Tanah Melayu diadakan pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul
Rahman, Kuala Lumpur. Pada tarikh tersebut, Dewan Negara dan Dewan
Rakyat buat julung-julung kalinya bersidang serentak di Dewan Tunku Abdul
Rahman. Aturan Urusan Mesyuarat yang pertama ialah pemilihan Yang Di-
Pertua bagi kedua-dua Dewan tersebut. Ini diikuti oleh majlis mengangkat
sumpah oleh kesemua 38 Ahli Dewan Negara dan 104 Ahli Dewan Rakyat.

Pada 16 September 1963, Malaysia telah terbentuk apabila Sabah, Sarawak


dan Singapura menjadi sebahagian daripadanya. Berikutan itu, nama
Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah bertukar kepada Parlimen
Malaysia. Tarikh tersebut juga mencatat satu lagi sejarah penting apabila
persidangan Parlimen diadakan di bangunan baharunya sendiri yang
tersergam indah dalam kawasan Taman Tasik Perdana dengan keluasan
16.2 hektar.

Kini, keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 ahli bagi Dewan
Negara dan 222 ahli bagi Dewan Rakyat. Parlimen Malaysia akan terus
menjadi institusi yang dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia dan akan
terus menjadi lambang demokrasi berparlimen negara untuk selama-
lamanya.

http://www.parlimen.gov.my/index.php?
modload=sites&action=innerpage&id=5&view=23&uweb=p

You might also like