You are on page 1of 2

Beribu-ribu ekor ikan terapung-apung di permukaan sungai” “

“sungai di Pahang telah teruk dicemar”.

Begitulah tajuk-tajuk berita yang acap kali menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar
tempatan. Berita dan paparan media umpama ini bukan sahaja menghiasi dan menguasai
dada akhbar-akhbar tempatan, isu ini juga sering menjadi liputan media massa
antarabangsa dan persidangan utama dunia.

Pencemaran yang berlaku sepanjang dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat
manusia di segenap empat pelosok dunia. Oleh itu, isu pancemaran sungai sudah menjadi
berita basi. Kerajaan pernah mengadakan kempen-kempen seperti “Cintailah Sungai Kita”
tetapi mendapat sambutan yang dingin daripada segenap lapisan masyarakat. Walaupun isu
ini hangat diperkatakan dan meningkatnya kes ibarat cendawan tumbuh selepas hujan,
pernahkah terlintas dalam benak anda apakah yang dimaksudkan dengan “pencemaran
sungai”? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi keempat,
“pencemaran sungai” dapat didefinisikan sebagai perbuatan yang mengotorkan sungai yang
jernih sehingga keruh dengan pelbagai bentuk cara. Fenomena yang terjadi ini pasti ada
sebab-sebab yang munasabahnya kerana kalau angin tidak bertiup, masakan pokok
bergoyong? Tahukah anda faktor-faktor yang menyumbang kepada pencemaran sungai?
Segalanya bakal terhurai tirai bicara dibuka.

Faktor perdana yang menyumbang kepada pencemaran sungai ialah pembuangan sampah
sarap oleh masyarakat. Hal ini ghalibnya dilakukan oleh masyarakat yang tinggal
berhampiran dengan sungai. Mereka membuang apa-apa sahaja sampah sarap yang mereka
ada ke dalam sungai. Fenomena ini boleh dikatakan telah menjadi satu lumrah dalam
kehidupan masyarakat. Pada zaman globalisasi ini, masyarakat telah menganggap sungai
sebagai sebuah tong sampah yang besar.Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan
oleh Jabatan Sungai Malaysia pada tahun 2007, alasan yang diberikan oleh masyarakat yang
membuang sampah ke dalam sungai ialah tong sampah yang sedia ada berada jauh dari
tempat tinggal mereka. Mereka malas untuk membuang sampah sarap tersebut ke dalam
tong sampah yang sedia ada kerana perlu memakan masa yang banyak dan meletihkan
mereka. Oleh sebab itu, mereka mengambil jalan mudah dengan membuangkan sampah
sarap tersebut ke dalam sungai yang jernih itu dan mengakibatkan sungai itu menjadi keruh.
Sampah sarap yang terapung-apung di permukaan sungai itu mempunyai bahan kimia yang
akan menyumbang kepada pencemaran sungai.

Selain itu, punca yang seterusnya ialah pembuangan sisa toksik daripada kilang-kilang ke
dalam sungai. Sisa toksik dari kilang-kilang tersebut akan mencemarkan sungai dengan
menurunkan pH air sungai tersebut. pH air sungai yang rendah amat berbahaya kepada
manusia dan kehidupan akuatik. Hal ini dikatakan demikian kerana jikalau seseorang
meminum air sungai yang pH rendah, kesihatan seseorang itu mungkin terjejas dan yang
memburukkan keadaan lagi ialah mendatangkan kematian yang tidak diingini sama sekali.
Kualiti kehidupan akuatik seperti ikan akan menurun kerana keadaan sungai yang tercemar
tidaklah sesuai untuk ikan-ikan tersebut. Statistik yang sahih lagi tepat yang telah
dikeluarkan oleh Jabatan Air Malaysia pada tahun 2008 jelas menunjukkan kebanyakan
kilang yang membuang sisa toksik ke dalam sungai ialah kilang-kilang besar. Ketika ditanya
tentang sebab mereka mengalirkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai, alasan yang diberi
ialah mereka tidak ada pilihan lain selain mengairkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai
tanpa memikirkan impaknya. Sikap sebegini yang mementingkan diri sendiri ibagai enau
di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis demi kepentingan
bersama.

Faktor yang seterusnya ialah tumpahan minyak oleh kapal-kapal. Hal sebegini telah lama
berlaku di dalam negara kita. Mengapakah hal ini akan berlaku? Sebabnya ialah tong yang
mengisi minyak bagi kapal tersebut telah bocor ataupun pecah. Minyak yang jisimnya kurang
daripada air akan terapung di permukaan air. Masalah ini akan menjejaskan tumbesaran
bagi tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam sungai. Hal ini dikatakan demikian kerana
minyak tersebut akan menghalang sinaran matahari daripada sampai ke tumbuh-tumbuhan
tersebut. Hal ini secara langsungnya akan menjejaskan proses tumbesaran tumbuhan
tersebut kerana tumbuhan itu tidak dapat menjalankan proses pemhasilan makanan. Di
negara lain seperti Jerman dan Australia, masalah tumpahan minyak ini tidak pernah
berlaku dalam negara tersebut kerana mereka mempunyai kapal yang serba canggih dan tong
minyak yang baik sekali.

Apakah kepentingan sungai dalam kehidupan seharian kita? Tidak dapat dinafikan bahawa
sungai memang mempunyai kepentingan tertentu dalam kehidupan seharian kita.
Kepentingan utamanya ialah sungai memainkan peranannya sebagai medium
pengangkutan dan penghubungan. Berbalik kepada sejarah dahulu, pembukaan Terusan
Suez telah memendekkan jarak perjalanan antara Timur dan Barat. Hal ini akan
menjimatkan masa dan memudahkan perhubungan. Kawasan yang tidak dapat dihubungkan
dengan jalan raya dapat dihubungkan dengan menggunakan jalan air. Keadaan ini akan
memajukan sistem pengangkutan di negara kita dengan mempunyai pengangkutan darat,
pengangkutan udara dan juga pengangkutan air. Hal ini dapat meyakinkan rakyat negara
kita agar visi kudsi Wawasan 2020 dapat direalisasikan dan menjadi bumi Malaysia
duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara gergasi yang lain di
persada dunia.

Seterusnya, sungai amat penting kerana membekalkan sumber air dan protein kepada
manusia. Air yang diminum oleh penduduk bumi kebanyakannya datang dari air sungai.
Jikalau air sungai telah tercemar, air sungai tersebut perlu dibersihkan melalui proses yang
merumitkan dan memakan kos seperti yang berlaku di negara Jerman. Sungai amatlah
penting sebagai habitat hidupan akuatik seperti ikan, ketam, dan udang. Tanpa air sungai,
manalah datangnya ikan, ketam dan udang yang kita makan pada hari ini? Ikan, ketam dan
udang membekalkan sumber protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut laporan
yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan,
ketam dan udang adalah amat tinggi. Persis kata jauhari “sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tiada gunanya”. Peribahasa ini mengingatkan manusia supaya tidak
mencemarkan air sungai yang merupakan habitat hidupan akuatik dan merupakan
anugerah istimewa daripada Tuhan yang akan membahagiakan kita pada hari
esok agar kita tidak menyesal pada hari kemudiannya.

Secara kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu ibarat “ke bukit sama didaki,
ke lurah sama dituruni” untuk mengatasi kemelut pencemaran air yang dapat
diibaratkan seperti duri dalam daging kepada masyarakat dan negara. Janganlah kita
membiarkan masalah ini terus bernanah di dalam negara kita. Sebagai khalifah Allah yang
dikurniakan akal fikiran dan bergelar insan kamil, kita bertanggungjawab untuk menjaga
sungai yang merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai ini. Kita haruslah menjauhkan
diri daripada perbuatan mencemarkan sungai agar tidak terjadi fenomena “sudah
terhantuk baru tengadah”. Marilah kita bersama-sama merealisasikan hasrat dan visi
kudsi wawasan 2020. ‘Cintailah Sungai Kita’

You might also like