You are on page 1of 11

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR

Sekolah Agama Kerajaan Johor merupakan sekolah-sekolah pendidikan Islam


yang ditadbir terus oleh Kerajaan Johor melalui Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama
Johor. Sekolah Agama Kerajaan Johor diwujudkan atas perintah Duli Yang Maha Mulia
Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar untuk memberi pendidikan agama kepada
kanak-kanak Islam di negeri Johor dengan menggunakan perantaraan Bahasa Melayu
secara percuma bagi memastikan kanak-kanak Islam di Johor mendapat pendidikan
agama yang teratur, sempurna dan dikawal oleh pihak pemerintah. Kini, Sekolah
Agama Johor telah diterima oleh masyarakat Islam Johor sebagai satu keperluan
walaupun di masa yang sama anak-anak mereka mendapat pendidikan agama
menerusi matapelajaran pendidikan Islam yang diajar di Sekolah Rendah dan
Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sehingga tahun 2010 jumlah
murid yang bersekolah Agama Kerajaan Johor ialah seramai 206242 orang yang
melibatkan 4419 orang guru.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN AGAMA JOHOR.

Latar belakang Pendidikan Agama Johor bermula pada tahun 1918 dengan
dikenali sebagai Sekolah Al-quran. Bermula pada tahun 1920 nama Sekolah Al-quran
ditukar kepada Sekolah kitab dengan penambahan matapelajaran Al-quran, Tauhid,
Ibadat dan Tasauf. Pada tahun 1923 nama Sekolah Kitab ditukar kepada Sekolah
Agama Petang dengan penambahan matapelajaran Muamalat, Munakahat, Faraid,
Jenayah, Akhlak, Tarikh (Sirah), Tulisan Jawi dan Bahasa Arab.Pada tahun 1923 Kelas
Darjah Khas telah diwujudkan sebagai satu-satunya lanjutan Sekolah Agama Petang
iaitu setelah tamat darjah Enam Sekolah Agama. Pelajar-pelajar juga boleh
meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi apabila tertubuhnya Maahad
Johor pada tahun 1960. Maahad Johor adalah pusat pengajian IV Thanawi di negeri
Johor. Setelah menggunakan nama Sekolah Al-quran dan Sekolah Petang, bahagian
Pendidikan sekali lagi telah menukar nama sekolah Agama dengan nama Sekolah
Agama Kerajaan Johor pada tahun 1965. Pada tahun 1988, Bahagian Pendididkan
telah menubuhkan satu sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Agama
Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ). Pada tahun 1990, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) telah menubuhkan Kelas Al-quran dan Fardhu Ain (KAFA) seluruh Malaysia
dibawah pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Untuk meneruskan pengajian
ke peringkat yang lebih tinggi, tertubuh Institusi Pengajian Tinggi Islam dan Bahasa
Arab iaitu MARSAH pada tahun 1997. Bermula tahun 1999, penubuhan Sekolah
Rendah Agama Bersepadu (SRAB). Pada tahun 2001, Tadika Agama Johor (TAJ) telah
ditubuhkan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun.

OBJEKTIF PENUBUHAN SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR.

 Mengenal, mempelajari, memahami dan menghayati asas-asas aqidah dan


ibadah serta sentiasa bersyukur kepada Allah.

 Dapat membaca Al-quran dengan baik dan bertajwid serta dapat memahami dan
menghayati pengajaran yang terkandung di dalamnya di samping memahami
dan menghayati pengajaran yang terkandung di dalamnya di samping boleh
menghafaz surah-surah pilihan.

VISI DAN MISI

Setiap Jabatan mempunyai visi dan misi tersendiri demi mencapai matlamat
penubuhan. Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Johor juga mempunyai visi
dan misi tersebut. Visinya ialah “ Menjadi Institusi Pendidikan Agama Yang
Cemerlang ”. Manakala misinya pula ialah “ Menyediakan sistem pendidikan
Agama Bersepadu secara Holistik dan cemerlang untuk membangunkan
ummah berkualiti dan berdaya saing dan menghayati Islam sebagai satu
cara hidup “.

FALSAFAH PENDIDIKAN AGAMA JOHOR

Pendidikan Islam adalah satu prosesyang berterusan bagi pembentukan insan


soleh yang seimbang berteraskan prinsip akidah, syariah dan akhlak bersumberkan Al-
quran, As-sunnah, Ijma’ (kata sepakat ulama’) dan qias (perbandingan) melalui proses
pendidikan yang terancang untuk mengembangkan potensi jiwa, intelek, emosi dan
jasmani sehingga tercerna jiwa kehambaan yang terpadu berbagai upaya dan daya
yang menjadi asas pelaksanaan tanggungjawab kekhalifahan untuk mencapai hasanah
(kebaikan) di dunia dan di akhirat.

FUNGSI BAHAGIAN PENDIDIKAN

Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Johor berfungsi untuk merancang,


mengurus dan melaksana Pendidikan Agama kepada umat Islam di negeri Johor.

SISTEM PEMBELAJARAN SEKOLAH AGAMA

Sekolah Agama Kerajaan Johor sentiasa mengemaskini sistem pembelajarannya


selaras dengan peredaran zaman dan masa. Pada tahun 1923, sekolah agama mula
beroperasi di bangunan-bangunan sekolah agama sendiri atau menumpang di sekolah
kebangsaan.

Untuk memasuki Sekolah Agama Kerajaan Johor terdapat beberapa syarat yang
telah ditetapkan iaitu:-

 Warganegara Malaysia
 Beragama Islam
 Berumur 7 tahun pada tahun berkenaan

Sesi pembelajaran sekolah agama kerajaan Johor adalah mengikut keadaan pelajar
bersekolah kebangsaan atau menengah. Bagi pelajar yang bersekolah kebangsaan
atau sekolah menengah pada sesi pagi, maka pelajar ini akan bersekolah agama pada
sesi sebelah petang, begitulah sebaliknya.

Sesi persekolahan sekolah agama adalah mengikut tahap yang telah ditetapkan
iaitu ia terbahagi kepada dua tahap. Tahap 1 adalah untuk darjah 1,2 dan 3. Mereka
akan mengikuti sesi pembelajaran 1 jam 30 minit sehari dan lima hari dalam seminggu.
Bagi tahap 2 pula adalah untuk darjah 4,5 dan 6. Mereka akan mengikuti sesi
pembelajaran 3 jam sehari dan 5 hari seminggu.
Kurikulum yang diguna pakai adalah Kurikulum Baru Sekolah Agama (KBSR)
yang digubal oleh panel-panel yang dilantik. Kurikulum tersebut merangkumi fardhu ain
dan fardhu kifayah.

STRUKTUR PEMBELAJARAN SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR

Kurikulum dan sukatan Sekolah Agama Kerajaan Johor yang baru telah
digunapakai sepenuhi mulai tahun 2010 berdasarkan Kurikulum Baru Sekolah Agama
Kerajaan Johor. Dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi muslim yang
berkualiti iaitu berilmu, beriman, beramal dan berketrampilan akan tercapai, sesuai
dengan wawasan kerajaan untuk membina negara maju mengikut acuan sendiri.

Oleh itu,penggunaan buku sumber sebagai bahan rujuk dan kurikulum ini
mampu menyumbangkan ke arah melahirkan generasi muslim yang sepadu lagi
seimbang berteraskan akidah, syariah dan akhlak yang menjadi teras dalam pembinaan
Kurikulum Baru Sekolah Agama Kerajaan Johor.

Justeru itu, struktur pembelajaran murid – murid Sekolah Agama Kerajaan Johor
adalah menekankan kemahiran amali yang membimbing murid melaksanakan ibadah
khususiah selain dari kemahiran menguasai aspek keimanan, kemanusiaan,
kemasyarakatan dan kenegaraan.

Pendidikan Agama ini memberi tumpuan kepada pendidikan asas tilawah Al-
Quran, pembentukan akidah, bimbingan fardhu ain, memupuk amalan fardhu kifayah
dan amalan adab yang berteraskan akhlak Islamiah.

Demikian itu, pendidikan akan disampaikan secara berkesan dan mampu


menanamkan asas keimanan dan membentuk peribadi murid yang mempunyai cita-cita
yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu merubah diri
untuk menyumbang kepada asas tamadun bangsa dan negara.

Sehubungan itu, guru perlulah memastikan agar setiap murid menguasai ilmu
yang disampaikan supaya setiap daripada murid mampu membentuk diri menjadi
muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
beramal soleh dan bertakwa selaras dengan falsafah, misi dan visi Sekolah Agama
Kerajaan Johor.

Berdasarkan matlamat untuk menghasilkan murid yang berilmu beriman


berkualiti, beramal soleh dan berakhlak mulia berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah
supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah
mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara, Struktur dan waktu pembelajaran
Sekolah Agama Kerajaan Johor disusun seperti berikut agar semua anak – anak orang
Islam khususnya di negeri Johor dapat mengikutinya.

 Hari persekolahan 5 hari seminggu


 Masa pembelajaran: 7.30 - 12.00 tengahari (sesi pagi) 2.00 - 6.30 petang (sesi
petang)

 Jam pertemuan: Tahap I - 1 jam 30 minit sehari Tahap II - 3 jam sehari

 Tempoh pembelajaran: 6 tahun

 Jumlah murid bagi setiap kelas: antara 20 - 39 orang.

 Kedudukan umur, darjah dan masa belajar:

Tahap Darjah Umur Masa Belajar


1 I 7 tahun 7.30 –9.00 pagi / 2.00 – 3.30 petang
II 8 tahun 7.30 –9.00 pagi / 2.00 – 3.30 petang
III 9 tahun 7.30 –9.00 pagi / 2.00 – 3.30 petang
IV 10 tahun 9.00 – 12.00 tgh / 3.30 – 6.30 petang
2 V 11 tahun 9.00 – 12.00 tgh / 3.30 – 6.30 petang
VI 12 tahun 9.00 – 12.00 tgh / 3.30 – 6.30 petang
LAMPIRAN

PENGIKTIRAFAN HASIL DARI SUMBANGAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM DI


NEGERI JOHOR

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN JOHOR MEMAINKAN PERANAN YANG


BESAR DALAM MEMASTIKAN PENDIDIKAN AGAMA DI JOHOR TERUS
BERKEMBANG

SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR MELAHIRKAN INSAN YANG CEMERLANG


SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR MELAHIRKAN TOKOH TERSOHOR DI
JOHOR DAN MALAYSIA
ANTARA TOKOH ILMUAN YANG DILAHIRKAN OLEH SEKOLAH AGAMA
KERAJAAN JOHOR
PAKAR – PAKAR QARI DAN QARIAH NEGERI JOHOR
RUMUSAN

Apabila anak-anak Johor menerima system pendidikan agama yang seragam,


maka secara keseluruhannya pembentukan minda dan pemikiran mengenai bagaimana
agama itu wajar dibangunkan turut mempunyai kesatuan cita-cita yang serupa.

Oleh itu, banyak negeri-negeri lain yang tertarik untuk melaksanakan sistem
pendidikan agama mereka sebagaimana yang diwujudkan di negeri Johor. Berdasarkan
pandangan pelbagai pihak mengenai sistem pendidikan agama negeri Johor, jelas
kepemimpinan negeri Johor sehingga hari ini berjaya mengekalkan satu sistem
pendidikan agama yang lengkap.

Kepemimpinan negeri hari ini bukan sekadar berjaya mengekalkan sistem


pendidikan agama sedia ada, malah telah menggunakan peruntukan yang banyak bagi
mempertingkatkan kualiti serta memastikan anak-anak orang Islam di Johor terus
mendapat pendidikan yang terbaik dalam usaha mewujudkan sebuah negeri makmur
yang memperolehi keredhaan dan keampunan Allah s.w.t.

Pendidikan agama adalah salah satu khazanah keunikan negeri Johor yang
diwarisi sejak turun temurun dan masih dipertahankan sehingga ke hari ini. Warisan ini
masih diteruskan dan perkembangannya dari semasa ke semasa dari pelbagai aspek
mengikuti keperluan wawasan negara. Kini, negeri Johor memiliki sistem pendidikan
agama tersendiri yang berkesinambungan serta mempunyai arah tuju tersendiri apabila
ia dimulakan daripada peringkat Tadika Agama Johor, Sekolah Agama, Sekolah
Menengah Agama , dan juga Institusi Pengajian Tinggi Agama Johor.

You might also like