You are on page 1of 3

Apakah Zakat Maal alMustafad itu thabit?

Zakat yg thabit dgn nas yg jelas ialah zakat emas, harta perniagaan, pertanian dan
ternakan. Manakala zakat pendapatan ialah zakat Mal alMustafad yg diperkenalkan
(istilahnya) oleh Dr alQaradawi dalam tesis PhDnya sebagai 'Maal alMustafad' yg
bermaksud harta perolehan/pendapatan yg meliputi gaji, upah, imbuhan, bonus, honorary,
pencen, subsidi dan ganjaran (fringe-benefits) dan lain-lain.

Zakat Mal Mustafad ini adalah produk ijtihad. Adakah ia wajib dan sesuai untuk
masyarakat hari ini akan diterangkan (Fiqh Zakah, 490). Ia sebenarnya berasal dari
Syaikh Muhammad alGhazali rh (Syaikh Muhammad alGhazali, alIslam wal Audho' al
Iqtisyodiyah, ms 104)

Sekarang mari kita lihat bagaimana Dr Qardhawi membuat istinbat dan akhirnya
berijtihad Zakat Pendapatan Penggajian dan upah para pegawai ini diwajibkan zakat.
Dalil1 Naqli: a. AQ 2: 267 (Wahai orang2 beriman, belanjakanlah sebahagian daripada
hasil usaha kamu yg baik-baik)

alImam asySyuyuty (alItqaan) berpendapat al kasb dalam ayat ini menurut bahasa ialah
mencari/mengumpul harta atau wang utk membiayai sara hidup diri dan keluarga,
melunas hutang dan simpanan) Inilah juga pendapat Ibn Katheer, alBidayah:13/54;
alSyaibani, alIktisab,:57)

Madzhab Syafi'iy menetapkan ayat ini bukan ada kewajiban zakat cuma infaq dan
sedeqah sunat sahaja, manakala madzhab Imam Abu Hanifah mentafsirkan ayat ini
sebagai kewajiban Zakat bagi semua punca pendapatan. Jadi idea zakat pendapatan ini
dipelopori oleh madzhab ahli ra'yi di Kufah.

b. AQ 9: 103 (Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka dgn zakat itu kamu
membersihkan dan mensucikan mereka)

AlDardir, syarh alkabeer:1/461; alQardhawi: Fiqh-Zakah/489 mentafsirkan ayat ini fiqh


almaqosid atau illat zakat bukan merugikan pembayar zakat, malah berfungsi
mengembangkan harta itu secara semulajadi disamping mensucikan jiwa2 mereka.

c. 2: 254; 8: 03

Sumber kedua: asSunnah, athar dan sunnah Khulafa' almuslimin

Assunah banyak sekali dan kalimah umum yg digunakan oleh asSunnah ialah
'AGHNIYA' (kekayaan) dan AMWAL (harta)

Misalnya HR Imam Abu Isa atTermidzi," Tidak akan kurang sesuatu harta disebabkan
zakat"
Athar:

Yang pertama mewajibkan zakat mustafad ialah Amir Mu'awiyah bin Abu Sufyan ra
(alMuwatta'/168); diperluaskan di zaman Khalifah rasyad Umar bin Abdel Aziz ra
(Subulus Salam:4/78); juga fatwa Ibn Abbas ra (Subulus Salam, ibid)

Dalil QIAS

Teras zakat menurut AQ dan asSunnah ialah harta (amwal) dan kekayaan (aghniya'),
maka pendapatan kaum professional yg lebih tinggi pendapatannya dari petani sudah
tentu wajar sekali dikenakan zakat. Tujuannya utk membersihkan harta dan pemilik harta
itu. Alangkah tidak kena sekali, petani padi dizakatkan, golongan korporat dan yg bergaji
besar dilepaskan!!

Firman Allah SWT (Mereka bertanya kepadamu tentang apa yg mereka nafkahkan?
Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan") AQ 2:219

Zaman silam, sektor pertanian dan ternakan adalah sektor yg menjadi tonggak ekonomi
negara dan masyarakat, tapi kini sektor lain (pembuatan, perkilangan, servis, komunikasi,
IT, pengangkutan, pelancungan) yg menjadi teras ekonomi, maka sudah tentu zakat
beredar dan menganjalkan hukumnya utk memberi makna keanjalan fiqih Islami terhadap
perubahan zaman, masa dan realiti. (Qardhawi, FZ, ibid)

Malaysia menerimapakai Zakat Mal alMustafad pada pindaan Akta Cukai Pendapatan
1967 (Akta Bil 05) Tahun 1967: Seksyen 6A (3). Akta ini akan dipinda lagi bagi
mewajibkan kepada semua orang Islam yg bergaji dan cukup syarat2nya bila diluluskan
dan diwartakan kelak. Baitul Mal Wilayah Persekutuan (sekarang PPZ) adalah badan
pertama yg diwartakan untuk memungut cukai pendapatan mustafad secara sukarela.

Penutup: Walaupun madzhab ahli Hadis dan Salafiyah menolak zakat mal almustafad
(dan menetapkan hanya sedeqah sunat dan Infaq sahaja), tapi majma' fiqih sedunia
menerimapakai Fiqh Hanafi yg diperkemaskan oleh Tesis Dr Qardhawi utk mewajibkan
zakat Mal alMustafad (gaji dan upah). Hujah Dr Qardhawi adalah kuat dan disandarkan
kpd Fiqh alMaqosid (ruh syara') dan Fiqh alWaqe'(Realitas fiqh yg anjal). Malaysia
menerimapakai qarar (keputusan) ini sejak 1967.

Fatwa Zakat Pendapatan

Tajuk : Zakat Gaji & Pendapatan Profesioanl


Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-31 & Muzakarah (khas) Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan.
Tarikh : 9 Disember 1992 & 22 Jun 1997
Keputusan :
A. Umat Islam boleh mengeluarkan zakat daripada gaji dan Jabatan Hasil Dalam Negeri
hendaklah memberi rebet zakat ke atas jumlah yang dibayar itu.
B. Pendapatan profesional diwajibkan zakat kerana ia termasuk dalam zakat perniagaan.
Muzakarah (khas) Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 Jun 1997.

Muzakarah bersetuju bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi
orang yang layak mengeluarkan zakat.

You might also like