You are on page 1of 19

TATABAHASA DEWAN

SIRI 1: VARIASI BAHASA DAN BAHASA BAKU

Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar


jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin
banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian
juga halnya dengan bahasa Melayu. Dalam rangka Malaysia, di
Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek,
seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka,
dan Johor. Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang
wujud oleh sebab faktor-faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan,
jenis pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza.

Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli


bahasa. Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu, misalnya
bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, mereka mempunyai gambaran
tentang satu kesatuan bahasa, yang walaupun mempunyai berbagai-bagai
kelainan, masih terdiri daripada satu keseluruhan. Daripada beberapa
variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa
tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat
umum bahasa tersebut. Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih
untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard
atau bahasa baku.

Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang


daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang.
Dengan tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan
ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak
variasi yang bersifat bahasa Melayu umum, yang dari segi sejarahnya
berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau. Variasi ini, yang sekarang
dikenal sebagai bahasa Melayu baku, ialah variasi yang digunakan dalam
sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam semua situasi rasmi seperti
dalam ucapan-ucapan, mesyuarat dan persidangan dan dalam media
massa.

(Tajuk akan datang: Ragam Bahasa)

TATABAHASA DEWAN

SIRI 2: RAGAM BAHASA


Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai variasi dan ragam. Secara
umumya ia dapat dibahagikan kepada empat, iaitu:
(i) Ragam bahasa Melayu lisan;
(ii) Ragam bahasa Melayu tulisan;
(iii) Bahasa-bahasa daerah; dan
(iv) Laras-laras bahasa Melayu Moden.

Ragam Bahasa Melayu Lisan

Bahasa Melayu lisan ialah ragam bahasa yang digunakan ketika bercakap
sesama sendiri. Terdapat dua jenis ragam ini, iaitu jenis “cakap mulut”,
yang digunakan antara orang-orang Melayu, dan “bahasa pasar”, ragam
yang digunakan antara orang-orang Melayu dengan kaum atau bangsa lain
atau antara kaum-kaum dan bangsa lain.

Susunan gaya bahasa cakap mulut itu mudah, dengan ayat-ayat yang
ringkas dan perkataan-perkataan yang terpotong-potong atau tertinggal,
misalnya tak untuk tidak, nak untuk hendak, dah untuk sudah, kak untuk
kakak dan sebagainya. Kadang-kadang terdapat penggunaan perkataan
yang tidak pernah digunakan dalam bahasa surat, misalnya kok dan dek,
pulak dan jugak.

Bahasa pasar disebut juga “bahasa kacukan” kerana sememangnya satu


sifat ragam bahasa ini ialah sifat kacukannya. Dalam hal ini banyak
terdapat unsur bahasa-bahasa asing yang digunakan. Bahasa pasar ini
ialah bahasa yang terdiri daripada perkataan-perkataan bahasa Melayu
tetapi dengan jalan bahasa dan susuk ayat bahasa-bahasa lain, seperti
bahasa Cina, bahasa Tamil, dan sebagainya.

Contoh bahasa pasar:


“Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak: tidak lama dia nanti
cukup baik dan sihat. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu
cukup bersih. Nas boleh tunjuk apa macam mahu kasi mandi itu
budak. Lagi satu mesti ingat-ingat kasi itu budak makan dia punya
emak punya susu saja, jangan susu lain. Itu emak punya susu dia
punya makan yang lebih baik sekali, lagi lebih bersih dan senang
boleh dapat, tidak kena belanja.”
(Petikan daripada Pelita Bahasa Melayu)

Setengah-setengah daripada bentuk dan susunan ragam yang bukan


bahasa Melayu ini telah begitu sebati dalam penggunaannya sehingga
orang Melayu sendiri tidak sedar lagi akan keasingannya dan menyangka
bahawa betuk-bentuk itu ialah bentuk-bentuk bahasa Melayu tulen,
misalnya apa mahu, boleh bikin, kasi tahu, banyak mahal, sedikit masa,
jagan bilang sama dia, itu macam, saya punya adik, dan sebagainya.

(Tajuk akan datang: Ragam Bahasa Melayu Tulisan (Bahasa Surat)


TATABAHASA DEWAN

SIRI 3: Ragam Bahasa Melayu Tulisan (Bahasa Surat)

Ragam bahasa Melayu tulisan ialah variasi bahasa Melayu yang digunakan
dalam konteks tulisan. Susunan variasi ini lebih lengkap, tersusun, tinggi,
dan halus sifatnya, dengan beberapa perkataan dan frasa yang jarang-
jarang digunakan dalam bahasa Melayu lisan. Demikian juga beberapa
bunyi dilafazkan berbeza sedikit daripada variasi lisan, misalnya bunyi r.
Variasi bertulis ini menggunakan juga sistem imbuhan yang lengkap dan
sempurna, dan jarang-jarang perkataan dipotong-potong seperti yang
berlaku bagi variasi bahasa Melayu lisan. Datang dari mana? Dan Anda
tinggal di mana? tidak pernah mejadi Datang mana? Dan Tinggal mana?,
misalnya.
Bahasa Melayu jenis bahasa surat ini digunakan hanya dalam konteks
menulis dan dalam situasi-situasi formal. Jika bentuk ini dibawa dalam
perbualan biasa, kesannya agak janggal dan akan menjadi bahan tertawa.
Mengikut Za’ba, “jika ia orang Melayu dihitungkan dia mengada-ngada dan
jika ia bukan orang Melayu maka dihitungkan dia orang yang tidak biasa
bercampur dengan orang-orang Melayu”.

Bahasa-Bahasa Daerah

Yang dikatakan bahasa-bahasa daerah atau loghat atau dialek ialah jenis
bahasa yang digunakan dalam percakapan di sesuatu daerah atau bahagian
negeri yang mempunyai pelat sebutan yang khas bagi daerah itu yang
berbeza pula daripada sebutan-sebutan umum yang digunakan di negara
ini. Antara ciri-ciri yang menjadikan satu bahasa daerah berbeza daripada
yang lain termasuklah kepelatan bunyi sebutan, gaya lagu sewaktu
menuturkannya, dan perbezaan dari segi perkataan dan ungkapan-
ungkapan tertentu.

(Tajuk akan datang: Laras Bahasa Melayu Moden)

TATABAHASA DEWAN

SIRI 4: Laras Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu dapat memperkatakan apa sahaja bidang ilmu dan kegiatan
selaras dengan kemajuan dunia masa kini. Pada peringkat universiti
hampir semua bidang ilmu diajarkan dalam bahasa Melayu, daripada bidang
sastera, ekonomi, undang-undang, dan pertanian hingga kepada bidang
kejuruteraan, fizik, perubatan, dan psikologi. Demikian juga dalam konteks
mata pelajaran di sekolah-sekolah dan institusi-institusi lain; semuanya
dapat diperkatakan dalam bahasa Melayu.

Dalam bidang perhubungan sehari-hari, bahasa Melayu digunakan dengan


luasnya untuk memperkatakan apa sahaja hal dan keadaan yang perlu
diperkatakan, daripada yang sebiasa-biasanya kepada yang tinggi-tinggi
dan rumit sifatnya. Bahasa Melayu luas juga digunakan sebagai bahasa
surat-menyurat rasmi, dalam perbincangan di Parlimen, dan sedang
diusahakan untuk digunakan dengan luasnya di mahkamah-mahkamah dan
sektor swasta.
Kesimpulannya, bahasa Melayu pada masa ini ialah satu bahasa yang
berpotensi tinggi, yang benar-benar menjadi alat perhubungan penutur-
penuturnya, alat untuk menyampaikan buah fikiran dan perasaan. Dalam
menjalankan tugas-tugas ini, bahasa Melayu telah banyak mengalami
perubahan, membuat penyesuaian dari segi bentuk dan gaya, selaras
dengan perkara yang diperkatakan dan suasana tatkala memperkatakan
benda atau hal-hal tertentu. Perkataan-perkataan yang digunakan
berbeza, bergantung pada benda yang diperkatakan, sama ada tentang
proses fizik, penyakit tertentu, falsafah, seni bina atau perlawanan
badminton.

Kalau kita membaca sesuatu petikan dan bertemu dengan perkataan-


perkataan seperti separuh masa pertama, jaringan gol kedua, dan
tendangan yang kuat, maka jelas perkara yang diperkatakan itu ialah
sukan, khasnya bola sepak. Dan jika terdapat perkataan-perkataan seperti
saham, indeks perusahaan, dan pelabur, maka jelas bahasa ini merupakan
bahasa Melayu yang sedang menghuraikan satu aspek bidang ekonomi,
iaitu pasaran saham.

(Tajuk akan datang: Morfologi)

TATABAHASA DEWAN

SIRI 5: MORFOLOGI

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk
bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang
bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada
berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan
dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam
golongan yang sama. Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji
struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem.


Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau
yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang
terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri
sendiri dalam ayat.

Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih.


Perkataan ajar, misalnya, terdiri daripada satu morfem, tetapi perkataan
mengajar pula mengandungi dua morfem, iaitu meng- dan ajar. Ada
perkataan yang mengandungi lebih daripada dua morfem.
Morfem boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah morfem
yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem
yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan
sekolah dan laut ialah morfem-morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam
bersekolah dan –an dalam lautan ialah morfem-morfem terikat, oleh
sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar.

Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah


proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa
itu. Dalam kebanyakan bahasa proses pembetukan perkataan melibatkan
pengimbuhan.

(Tajuk akan datang: Imbuhan)

TATABAHASA DEWAN

SIRI 6: IMBUHAN

Imbuhan dimaksudkan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada


bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.
Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut:
awalan,
akhiran,
sisipan, dan
apitan.

Bentuk Contoh
Pengertian
Imbuhan
Awalan Imbuhan yang ditambah pada ber- berjalan
bahagian hadapan kata dasar ter- terambil

Akhiran Imbuhan yang ditambahkan -an lautan


pada bahagian belakang kata -kan panjangkan
dasar

Sisipan Imbuhan yang diselitkan di -em- g + em + uruh


antara unsur-unsur kata (kata dasar guruh)
dasar

Apitan ke-...-an kedudukan


Imbuhan yang ditambahkan pe-...-an pedalaman
serentak pada hadapan dan
pada belakang kata dasar

Catatan:
Penjelasan lebih lanjut berhubung imbuhan ini akan dihuraikan dalam bab
Kata Kerja, insya Allah.

(Tajuk akan datang: PERKATAAN )

TATABAHASA DEWAN

SIRI 7: PERKATAAN

Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang
terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa.
Perkataan dapat dijeniskan sebagai berikut:
kata tunggal,
kata terbitan,
kata majmuk, dan
kata ganda.

Kata Tunggal

Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk
kata dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata
dasar yang lain. Contohnya:
itu
bakal

Kata tunggal terbahagi kepada dua jenis. Jenis pertama, kata tunggal yang
merupakan unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat.
Misalnya:
(i) Itu?
(ii) Bakal!
(iii) Saya.

Jenis kedua ialah kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri
tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk
melaksanakan tugas nahunya. Sebagai contoh, bentuk-bentuk condong
dalam contoh-contoh yang berikut ialah kata tugas:
(i) di mana?
(ii) untuk siapa?
(iii) ke Johor

Kata akronim tergolong juga ke dalam kata tunggal. Kata akronim ialah
perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan
beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh.
Contohnya:
(i) MARA - Majlis Amanah Rakyat
(ii) pawagam - panggung wayang gambar

Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang
mendapat atau menerima imbuhan, baik awalan, sisipan, akhiran atau
apitan. Misalnya:
mendukung (men + dukung)
dipukul (di + pukul)
makanan (makan + an)
biarkan (biar + kan)
mengakui (meng + aku + i)
pertunjukan (per + tunjuk + an)
gemuruh (g + em + uruh)

Kata Majmuk

Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau
lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna
tertentu. Misalnya:
air mata
meja makan
kerani kanan
bedahari kehormat
sudut tepat

Kata Ganda

Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau
mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara
keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan
atau tanpa imbuhan. Misalnya:
kanak-kanak
lelaki
bertubi-tubi
membohong-bohongi
memperkecil-kecil
(Tajuk akan datang: PEMBENTUKAN KATA)

TATABAHASA DEWAN

SIRI 8: PEMBENTUKAN KATA (a. Kata Tunggal)

Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada


bentuk bersifat tunggal, ada yang dibentuk hasil proses pengimbuhan,
pemajmukan, dan penggandaan.

Bentuk Kata Jenis/Keterangan Contoh


Bentuk Kata (i) Satu suku kata yu, ru, am, cat, wang, bah,
Tunggal amat terhad tin, bin, lap, sen, roh, jong,
antaranya pinjaman dan, stor, pruf, dril, gred,
daripada bahasa- skel, brek, krim, trak, draf,
bahasa asing dram.
(ii) Dua suku kata aku, uda, apa, itu, ela, esa,
banyak dalam bahasairi, ubi, ibu, aib, air, aur,
Melayu ais, adik, emas, ubat, alas,
ikan, izin, orang, usang,
ulat, ekor, undi, abdi,
ambil, embun, dua, jua,
jauh, liar, jala, beta, kapal,
jarum, lampu, janji,
bangsal, sunting.
(iii) Tiga suku kata cuaca, tiada, biawak,
agak kecil siamang, usia, semua,
pola-pola susunan deria, tempua, keruan,
konsonan-vokalnya sekian, mengkuang,
agak banyak bankuet, utara, aroma,
banyak daripadanya ijazah, angkasa, menteri,
kata pinjaman ilmiah, akaun, belalang,
tempurung, belanja,
sempurna, kelongsong.
(iv) Empat suku kata dan biduanda, sederhana,
lebih laksamana, sentiasa,
kebanyakannya kata bidadari, salasilah,
pinjaman sentimeter, singgahsana,
mesyuarat, universiti,
kosmopolitan,
maharajalela.
Selain kata-kata seperti di
atas, kata akronim juga
tergolong ke dalam jenis kata
tunggal.

Akronim ialah kata singkatan Bernama – (Berita Nasional


yang terbentuk dengan Malaysia)
Gapena – (Gabungan Penulis
menggabungkan huruf awal Nasional)
suku kata atau gabungan Mara – (Majlis Amanah Rakyat)
kombinasi huruf awal dan suku ubahsuai – (ubah sesuai)
kata daripada satu rangkai kugiran – (kumpulan gitar
kata, dan ditulis serta rancak)
dilafazkan sebagai kata yang
wajar.
Kata akronim boleh ditulis
dengan tiga cara:

(i) Akronim yang terbentuk TH – (Tabung Haji)


daripada gabungan ABIM – (Angkatan Belia
beberapa huruf awal Islam Malaysia)
rangkai kata yang
disingkatkan,
keseluruhannya ditulis
dengan huruf besar, jika
kata nama khas.
(ii) Akronim yang terbentuk tabika – (taman bimbingan
daripada gabungan huruf kanak-kanak)
ubahsuai – (ubah sesuai)
awal dan / atau suku kata kugiran - (kumpulan gitar
ditulis dengan huruf kecil rancak)
keseluruhannya, jika bukan purata - (pukul rata)
kata nama khas.
(iii) Jika akronim yang Bernama – (Berita Nasional
terbentuk daripada Malaysia)
Gapena – (Gabungan Penulis
gabungan huruf awal dan / Nasional)
atau suku kata itu menjadi Mara – (Majlis Amanah Rakyat)
kata nama khas, kata itu Pernas – (Perbadanan Nasional)
ditulis bermula dengan Intan – (Institut Tadbiran Awam
huruf besar. Negara)
Petronas - (Petroleum Nasional)
Proton - (Perusahaan Automobil
Nasional)
(Tajuk akan datang: PEMBENTUKAN KATA (b. Kata Terbitan))
TATABAHASA DEWAN

SIRI 9: PEMBENTUKAN KATA (b. Kata Terbitan)


Bentuk Kata Jenis/Keterangan Contoh
Bentuk Kata Kata terbitan dihasilkan
Terbitan melalui proses pengimbuhan.
Berdasarkan kedudukannya
pada kata dasar, imbuhan
dapat dibahagikan kepada
empat jenis:
(i) awalan, yang hadir
sebelum kata dasar;
(ii) akhiran, yang hadir
sesudah kata dasar;
(iii) apitan, yang hadir
secara mengapit kata
dasar, iaitu dua
bahagian imbuhan hadir
serentak di awal dan
akhir kata dasar;
(iv) sisipan, yang hadir di
celahan kata dasar.
1. Kata terbitan berawalan
awalan kata nama pe- (pelari, perakus)
pem- (pembawa, pembuat)
pen- (pendatang, pendua)
peng- (penggali, penggubal)
penge- (pengebom,
pengetin)
pel- (pelajar)
per- (perasap, perbara)
pe- (pesara, pesakit)
ke- (ketua, kelipat)
juru- (juruukur, juruwang)
maha- (mahasiswa,
mahaguru)
tata- (tatabuku, tatabahasa)
pra- (prasejarah, prakata)
sub- (subkelas, subsistem)
supra- (suprakelas,
supranasional)
eka- (ekabahasa, ekawarna)
dwi- (dwibahasa, dwifungsi)
awalan kata kerja me- (melawan, merasa)
mem- (membawa,
membilang)
men- (mendaki, mendakwa)
meng- (menggali,
menggiling)
menge- (mengecat,
mengekod)
memper- (memperisteri,
memperhamba)
ber- (berjalan, berganti)
be- (beraja, berasa)
bel- (belajar, belunjur)
ter- (terjebak, terbentuk)
di- (diatur, ditimbang)
diper- (diperisteri,
dipercepat)
awalan kata adjektif ter- (terbesar, terputih)
te- (teruncing, terendah)
se- (secantik, secerah)
2. Kata terbitan berakhiran
akhiran kata nama -an (pakaian, jahitan)
-wan (sasterawan,
angkasawan)
-man (budiman, seniman)
-wati (seniwati)
-isme (nasionalisme,
sosialisme)
-in (hadirin, muslimin)
-at (hadirat, muslimat)
-ah (sultanah, ustazah)
akhiran kata kerja -kan (buatkan, gunakan)
-i (turuti, duduki)
3. Kata terbitan berapitan
apitan kata nama pe-...-an (pelaksanaan,
perasaan)
pem-...-an (pembuatan,
pembinaan)
pen-...-an (pentakrifan,
pendapatan)
peng-...-an (penggunaan,
pengguguran)
penge-...-an (pengehadan,
pengesahan)
per-...-an (persalinan,
perkuburan)
pel-...-an (pelajaran)
ke-...-an (kelainan,
kelebihan)
apitan kata kerja me-...-kan (memainkan,
melukakan)
men-...-kan (mendermakan,
mentakrifkan)
mem-...-kan
(membaharukan,
membaikkan)
meng-...-kan
(menggunakan,
menggandakan)
menge-...-kan
(mengepinkan,
mengecamkan)
ber-...-kan (beralaskan,
berlaukkan)
di-...-kan (dibiarkan,
digunakan)
me-...-i (melalui, memasuki)
men-...-i (mencurigai,
mendendami)
mem-...-i (membaharui,
membohongi)
meng-...-i (menganggotai,
menggauli)
di-...-i (didekati, dimulai)
diper-...-kan
(diperdengarkan,
diperlihatkan)
diper-...-i (diperingati)
memper-...-kan
(memperdengarkan,
memperjuangkan)
memper-...-i
(memperingati)
ke-...-an (kehausan,
kepanasan)
apitan kata adjektif ke-...-an (keinggerisan,
kearaban)
4. Kata terbitan bersisipan
sisipan kata nama -el- (kelengkeng, telunjuk,
kelabut)
-er- (keruping, seruling,
serabut)
sisipan kata adjektif -el- (kelebak, selerak,
gelembung)
-er- (serabut, gerigi)
-em- (gemilang, semerbak,
gemerlap)
-in- (sinambung)

(Tajuk akan datang: PEMBENTUKAN KATA (c. Kata Majmuk))

TATABAHASA DEWAN

SIRI 10: PEMBENTUKAN KATA (c. Kata Majmuk)

Bentuk Kata Jenis/Keterangan Contoh


Bentuk Kata Berdasarkan jenisnya, ia
Majmuk dipisahkan kepada tiga
kelompok:
(iv) terdiri daripada gambar rajah
rangkaian kata bebas biru laut
tengah hari
kuning langsat
Perdana Menteri
Duta Besar
Naib Canselor
Ketua Setiausaha Negara
(v) berbentuk istilah khusus model linear
garis pusat
pita suara
kertas kerja
batu kapur
(vi) mendukung maksud kaki ayam
kiasan (simpulan bahasa) buah hati
bulan madu
tumbuk rusuk
makan angin
1. Bentuk yang telah
mantap:
mantap sebagai satu antarabangsa
perkataan yang utuh; beritahu
dieja sebagai satu bumiputera
perkataan jawatankuasa
kakitangan
kerjasama
setiausaha
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
warganegara
pesuruhjaya
Terdapat sejumlah perkataan
dalam golongan kata tertentu
yang secara lazim dieja
bercantum:
kata nama peribadi
peribahasa
hulubalang
dinihari
perikemanusiaan
kata adjektif sukacita
dukacita
kata sendi nama kepada
daripada
kata hubung apabila
manakala
padahal
darihal
barangkali
kadangkala
apakala
walhal
kata tanya bagaimana
2. Penggandaan kata majmuk
melibatkan alat-alat tulis
penggandaan unsur balai-balai raya
pertama sahaja suku-suku kata
jirim-jirim organik
Naib-Naib Canselor
Ketua-Ketua Menteri
Satu kecualian: pesuruhjaya-pesuruhjaya
yang melibatkan warganegara-warganegara
bentuk yang telah tandatangan-tandatangan
mantap; jawatankuasa-jawatankuasa
penggandaannya setiausaha-setiausaha
melibatkan
keseluruhan unsur
3. Pengimbuhan kata majmuk
(i) apabila kata majmuk campur aduk  bercampur aduk
menerima imbuhan yang litar selari  berlitar selari
merupakan awalan atau ambil alih  mengambil alih
akhiran sahaja, ejaannya temu bual  ditemu bual
daya serap  daya serapan
tetap terpisah
(ii) apabila kata majmuk campur aduk  mencampuradukkan
menerima imbuhan yang daya serap  kedayaserapan
garis pusat  menggarispusatkan
merupakan apitan, satu padu  menyatupadukan
ejaannya menjadi urus niaga  diurusniagakan
bercantum

Peringatan: Kata majmuk tidak menggunakan sempang (-), kecuali ketika


penggandaan pada kata ganda.

(Tajuk akan datang: PEMBENTUKAN KATA (d. Kata Ganda))


TATABAHASA DEWAN

SIRI 11: PEMBENTUKAN KATA (d. Kata Ganda)

Bentuk Kata Jenis/Keterangan Contoh


Bentuk Kata Terdapat tiga jenis
Ganda penggandaan:
1. Penggandaan penuh
menggandakan
keseluruhan kata dasar
sama ada kata dasar itu
mengandungi imbuhan
ataupun tidak
penggandaan penuh yang pulau-pulau
terjadi pada kata dasar buku-buku
yang tidak ada imbuhan cantik-cantik
menggandakan seluruh minum-minum
kata dasar mata-mata
kata nama yang pemimpin-pemimpin
mengandungi imbuhan pelatih-pelatih
juga boleh digandakan persatuan-persatuan
sepenuhnya, iaitu kehendak-kehendak
termasuk imbuhan sekali
2. Penggandaan separa
menggandakan
sebahagian kata dasar
sahaja
kata dasar boleh
merupakan kata tunggal
ataupun kata terbitan
penggandaan boleh
berlaku di hadapan atau
di belakang kata dasar
Penggandaan separa yang laki  lalaki  lelaki
berlaku pada kata dasar tunggal jari  jajari  jejari
lazimnya melibatkan siku  sisiku  sesiku
pengulangan suku kata rambut  rarambut  rerambut
pertamanya, dan letak langit  lalangit  lelangit
gandaannya pada bahagian
hadapan kata dasar. Vokal
dalam bentuk gandaan itu
mengalami proses pelemahan
menjadikannya vokal e pepet.
Penggandaan separa yang di belakang kata dasar:
berlaku pada kata dasar yang berlari-lari
berimbuhan hanya mencari-cari
menggandakan kata dasar berturut-turut
utama dan tidak melibatkan terdiri-diri
imbuhannya sekali. sepandai-pandai
berlaku terhadap di hadapan kata dasar:
golongan kata kerja dan kasih-mengasihi
kata adjektif cinta-mencintai
boleh terletak di kejar-mengejar
belakang atau di hadapan tolong-menolong
kata dasar untuk kata bantu-membantu
kerja tertentu
3. Penggandaan berentak
menggandakan kata
dasar mengikut rentak
bunyi tertentu dalam
kata dasar itu
seluruh kata dasar
digandakan
bunyi-bunyi tertentu
diulang atau diubah
Penggandaan berentak boleh
dibahagikan kepada tiga
jenis:
(i) penggandaan berentak sayur-mayur
pengulangan vokal kuih-muih
(penggandaan yang selok-belok
mempunyai ciri-ciri lauk-pauk
persamaan pada bunyi-bunyi
vokal tertentu, iaitu terdapat gotong-royong
ciri-ciri keharmonian vokal) cerai-berai
(ii) penggandaan berentak gunung-ganang
pengulangan konsonan bukit-bukau
(penggandaan yang mempuyai mandi-manda
ciri-ciri persamaan pada batu-batan
bunyi-bunyi konsonan
tertentu) bolak-balik
(iii) penggandaan berentak anak-pinak
bebas (penggandaan yang saudara-mara
tidak mengandungi ciri-ciri lintang-pukang
persamaan pada bunyi vokal titik-bengik
atau konsonan)

Peringatan: Kata ganda menggunakan sempang (-), berbeza dengan kata


majmuk yang tidak menggunakannya.

(Tajuk akan datang: GOLONGAN KATA)

You might also like