You are on page 1of 2

Rabindranath Tagore

Biografi:

Rabindranath Tagore (1861 – 1941) juga dikenali sebagai Gurudev

Lahir di Kalkuta India daripada keluarga Bengali.

Merupakan tokoh penyair, penulis, ahli falsafah, ahli seni dan sasterawan.

Pernah memenangi hadiah nobel dalam bidang sastera(1913)

Mempunyai hubungan persahabatan dengan Mahatma Gandhi

Falsafah pendidikan Rabindranath


Mentafsirkan pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang
berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan seperti aspek fizikal,
intelek, moral dan kerohanian dengan penuh makna.

Memperkenalkan falsafah pendidikan nasionalisme dan internasionalisme

Orang yang berpendidikan bukan sahaja perlu berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan
bebas tetapi perlu juga mendukung sifat nasionalisme yang ideal, mempunyai kecekapan
untuk berkhidmat kepada masyarakat dan Negara serta berpandangan dengan sikap
internasionalisme yang positif.

Sharifah Alawiah Algasoff dalam bukunya falsafah pendidikan(1984), menyenaraikan idea-


idea penting dalam falsafah pendidikan Rabindranath Tagore:

- Pendidikan tubuh badan adalah bertujuan melatih deria dan kecerdasan fizikal
secara am, cekap, dan berkemahiran.
- Pendidikan intelek adalah bertujuan supaya fikiran sentiasa ingin tahu dan cergas,
berpandangan saintifik, jelas, berani, dan bebas.
- Pendidikan kerohanian adalah bertujuan menyedarkan diri melalui bersimpati
sepenuhnya, iaitu kesedaran kerohanian universal yang paling tinggi dan menempusi
semua kehidupan, tumbuhan, haiwan, dan manusia.
- Pendidikan realistik ialah pendidikan yang tidak semata-mata terikat kepada buku
dan berhubung dengan hidup.
- Pendidikan harus hidup dan dinamik, bukan mekanik dan tidak bermaya.
- Pendidikan dalam perkara-perkara semulajadi adalah bertujuan
membentukperkembangan kayak-kanak yang menyeluruh dan sempurna dalam
tahun-tahun awal formatif.
- Pendidikan untuk nasionalisme yang tulen adalah bertujuan menanamkan idel-ideal
dan tradisi negara dan pendidikan ini harus berlandaskan pengetahuan sejarah,
geografi, kesusasteraan, dan keadaan serta keperluan negara pada masa kini,
termasuk juga masalah serta kesilapan dan pencapaian negara, kegagalan dan
kejayaannya.
- Pendidikan untuk internasionalime adalah bertujuan memupuk perhubungan baik,
persahabatan, dan keamanan di antara semua negara di dunia, dan pendidikan ini
harus berlandaskan pengetahuan yang tepat dan tidak berbelah bagi yang diperolehi
dengan cara pengkajian dan perhubungan langsung dengan adat-istiadat dan tradisi,
sejarah dan kebudayaan orang-orang di negara lain.
- Pendidikan untuk perkembangan individu adalah bertujuan membentuk kuasa dan
sikap individu sepenuhnya.
- Pendidikan untuk perkhidmatan social dan kecekapan adalah bertujuan
mengarahkan tenaga-tenaga dan kebolehan individu kepada kebajikan masyarakat
dan negara, dan juga untuk membolehkan individu tersebut agar hidup dalam
masyarakat dan berpegang kepada prinsip bekerjasama, berbaik- baik dan
menghormati antara satu sama lain.

You might also like