You are on page 1of 8

KERTAS PERCUBAAN PMR

PAHANG
BAHASA MELAYU (SET 1)
KERTAS 2
MASA : DUA JAM

1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian.


2. Bahagian A terdiri daripada Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki
menjawab kedua-dua bahagian tersebut.
3. Bahagian B tidak mempunyai pilihan.
4. Bahagian C mempunyai lima pilihan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan
sahaja.
5. Bahagian D juga tidak mempunyai pilihan.

Bahagian A (i)
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[20 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang langkah-langkah untuk menangani isu pencemaran sungai .
Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah kata. Anda digalakkan
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sekarang sudah tiba masanya kita mencari pendekatan yang lebih bersepadu dan
menyeluruh dalam menangani isu pencemaran sungai. Kita tidak boleh terlalu bergantung
kepada pendekatan undang-undang. Proses pendakwaan bukan suatu yang mudah.
Pendakwaan memakan masa dan memerlukan kepakaran teknikal di pihak pendakwa.
Ada kalanya penjenayah alam sekitar lebih bijak mencari kelemahan undang-undang dan
akhirnya proses perundangan boleh memihak kepada mereka.

Kita perlu mengubah minda setiap rakyat agar lebih peka dan menghargai alam
sekitar. Selain penguatkuasaan undang-undang, rakyat perlu terus dididik agar cintakan
alam sekitar. Undang-undang mungkin berkesan dalam kes-kes tertentu, tetapi kesedaran
yang meluas dalam kalangan rakyat akan memberikan kesan jangka panjang yang lebih
mantap.

Pada masa ini memang terdapat program kesedaran alam sekitar terutamanya
menerusi media elektronik dan media cetak. Namun demikian, mesejnya seakan-akan
tidak sampai kepada sebahagian besar rakyat. Banyak orang tidak membaca surat khabar
dan mendengar berita atau hanya menonton program televisyen dan membaca ruangan
akhbar yang bercorak hiburan sahaja. Oleh itu, ruangan kesedaran alam sekitar di media
utama perlu diperluas dengan penyampaian yang lebih menarik dan disesuaikan dengan
setiap kelompok masyarakat.
Di peringkat sekolah, pendidikan alam sekitar sebenarnya telah lama diterapkan
dalam beberapa mata pelajaran melalui pendekatan Alam Sekitar Merentas Kurikulum.
Sekolah-sekolah juga digalakkan menubuhkan Kelab Pencinta Alam. Guru-guru
penasihat pula dilibatkan dalam pelbagai aktiviti di peringkat sekolah, negeri dan
kebangsaan. Sekolah-sekolah juga boleh mengadakan program sungai angkat dengan
kerjasama agensi kerajaan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam
Sekitar. Program kesedaran alam sekitar perlu diadakan secara berterusan dan seharusnya
melibatkan semua pelajar.

Kejayaan program ini sangat bergantung kepada komitmen dan kreativiti


guruguru. Mereka perlu peka akan isu semasa tentang alam sekitar untuk menarik minat
dan tumpuan pelajar. Selain itu, proses penghayatan hubungan manusia dan alam sekitar
akan lebih berkesan jika pelajar-pelajar dibawa melihat sendiri realiti sebenar di luar bilik
darjah. Namun ini memerlukan masa pengajaran yang lebih lama di samping
pelaksanaannya yang agak mencabar. Selain pendekatan Alam Sekitar Merentas
Kurikulum, program kesedaran alam sekitar turut boleh dianjurkan oleh agensi-agensi
kerajaan, pihak swasta dan badan-badan bukan kerajaan dengan kerjasama Kementerian
Pelajaran.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana “Atasi Perosak


Alam Sekitar”, oleh Zulkifli Yusop, dalam Utusan Malaysia,
2 Mac 2007.)

Bahagian A (ii) Pemahaman

Berdasarkan petikan bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan


menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud mengubah minda?


[2 Markah]

2. Mengapakah penguatkuasaan undang-undang tidak berkesan untuk menangani isu


pencemaran sungai?
[4 Markah]

3. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu memelihara sungai agar tidak
tercemar? Berikan dua alasan.
[4 Markah]
Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 25 minit]
[20 markah]

Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian kegiatan yang boleh dilakukan pada
masa lapang. Berikan pendapat anda tentang kegiatan yang berfaedah pada masa
lapang. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

KEGIATAN PADA MASA LAPANG


Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 45 minit]
[40 markah]

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan
anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

(a) Kenaikan harga barang memerlukan kita berjimat cermat dalam berbelanja.
Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil dalam berjimat cermat.

(b) Masalah ponteng semakin kerap berlaku di sekolah anda. Anda telah berbual-bual
dengan rakan tentang hal ini. Tulis perbualan anda selengkapnya.

(c) Anda telah dipilih sebagai ketua pengawas sekolah. Anda dikehendaki
menyampaikan ucapan dalam perhimpunan mingguan. Tulis ucapan anda
selengkapnya.

(d) Otak yang cerdas berpunca daripada badan yang sihat. Huraikan pendapat anda
tentang pernyataan ini.

(e) Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa genggam bara api biar sampai jadi
arang. Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa ini.

Bahagian D
[Masa yang dicadangkan: 10 minit]
[10 markah]

Huraikan puncak cerita dan contoh peristiwa bagi novel yang anda kaji dalam Tingkatan
1 dan puncak cerita dan contoh peristiwa bagi novel yang anda kaji dalam Tingkatan 3.

SENARAI NOVEL TINGKATAN 1


1. Meniti Kaca
Raja Sabarudin Raja Abdullah

SENARAI NOVEL TINGKATAN 3


1. Panas Salju
Talib Samad
JAWAPAN

Bahagian A (i)
1. Kita perlu mengubah minda setiap rakyat agar lebih peka dan menghargai alam
sekitar.
2. Ruangan tentang alam sekitar dalam media utama perlu diperluas dengan
penyampaian yang lebih menarik
3. Sekolah-sekolah perlu digalakkan menubuhkan Kelab Pencinta Alam.
4. Sekolah-sekolah boleh mengadakan program sungai angkat dengan kerjasama agensi
kerajaan.
5. Program kesedaran alam sekitar perlu diadakan secara berterusan dan seharusnya
melibatkan semua pelajar.
6. Guru-guru perlu peka akan isu semasa tentang alam sekitar untuk menarik minat dan
tumpuan pelajar.
7. Program kesedaran alam sekitar boleh dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan, pihak
swasta dan badan-badan bukan kerajaan.

Bahagian A (ii)
1. ... menukar cara berfikir

2. ... proses pendakwaan tidak mudah


… pendakwaan memakan masa dan memerlukan kepakaran teknikal di pihak
...pendakwa penjenayah alam sekitar lebih bijak mencari kelemahan undang-undang
... akhirnya proses perundangan boleh memihak kepada mereka

3. ... supaya hidupan di dalam sungai seperti ikan dan udang tidak mati
supaya sungai kelihatan indah dan menarik minat pelancong

Bahagian B
Pendahuluan :
- masa lapang perlu dimanfaatkan dengan aktiviti yang berfaedah - tidak membuang
masa dengan aktiviti yang negatif

Isi-isi :
- menonton televisyen – meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga – memilih
rancangan yang diminati semua ahli keluarga
- membaca buku – membaca bahan fiksyen atau bukan fiksyen – dapat menambahkan
pengetahuan dan pengalaman
- mengumpul setem – setem dalam negara atau luar negara – setem banyak mempunyai
maklumat
- membuat kraf tangan – jahit suji bilang, tenunan, dan sebagainya – untuk kegunaan
sendiri – boleh dijual juga
Penutup :
- masa itu emas – masa tidak wajar disia-siakan – kita mestilah bijak merancang
dan memanfaatkan masa

Bahagian C

1. Format: Tiada
Pendahuluan
a. harga barang semakin meningkat – tidak boleh berbelanja semberono – perlu
berbelanja secara berhemat
Isi-isi
b. Merancang perbelanjaan – membeli barang-barang yang perlu sahaja –
menyenaraikan barang yang hendak dibeli
c. Membuat kerja-kerja yang boleh dilakukan sendiri – misalnya membaiki paip
yang bocor – mengurang perbelanjaan
d. Menanam sayur-sayuran di rumah – boleh ditanam di belakang rumah – untuk
kegunaan sendiri – boleh dijual jika berlebihan
e. Projek kitar semula – bahan seperti tin minuman dan surat khabar tidak dibuang
– dikumpulkan dan dijual – menambahkan pendapatan
Penutup
f. mengikis perasaan malu dalam berjimat cermat – belanja berhemat hidup
selamat

2. Format: Perbualan
Pendahuluan
a. Memberikan salam – bertanya khabar
Isi-isi
b. Masalah ponteng kerap berlaku – tiada diketahui oleh ibu bapa – mereka patut
mengambil berat tentang anak-anak mereka
c. Pihak sekolah patut mengambil tindakan – merotan pelajar yang ponteng –
menghubungi ibu bapa mereka dengan segera – tindakan kaunseling
d. Masyarakat tidak boleh berdiam diri – melaporkan kejadian ponteng kepada
pihak sekolah – menegur pelajar yang ponteng
e. Pelajar patut tahu matlamat mereka datang ke sekolah – pelajar yang tiada arah
tujuan selalu ponteng
Penutup
f. Gejala ponteng boleh diatasi dengan kerjasama semua pihak – kita perlu
melahirkan generasi yang berguna demi masa depan negara
3. Format: Ucapan
Pendahuluan
a. Kata alu-aluan – mengucapkan terima kasih
Isi-isi
b. Mengucapkan terima kasih kerana dipilih sebagai ketua pengawas – akan
menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab
c. Akan bekerjasama dengan guru-guru – membantu guru dalam memastikan
disiplin sekolah
d. Mengharapkan kerjasama daripada rakan-rakan – disiplin sekolah akan terkawal
jika setiap orang tahu tanggungjawab masing-masing
e. Berharap rakan-rakan pengawas akan dapat membantu – tidak boleh
menjalankan tugas bersendirian – kerja berpasukan amat penting
Penutup
f. Sekolah kita tanggungjawab kita – tugas menjaga disiplin ialah tugas semua
pihak

4. Format: Tiada
Pendahuluan
a. Otak yang cerdas berpunca daripada badan yang sihat - jika kita sakit kita tidak
dapat berfikir dengan baik – kita perlu menjaga kesihatan
Isi-isi
b. Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang – perlu mengambil makanan
berzat dan bervitamin – makan mengikut waktu
c. Selalu bersenam – mengeluarkan peluh – badan sentiasa cergas – bersenam dua
kali seminggu
d. Tidur dan rehat secukupnya – tidak tidur terlalu lewat – mencari masa untuk
berehat setelah penat belajar
e. Tidak merokok dan minum minuman keras – membahayakan kesihatan –
merosakkan otak
Penutup
f. Kita perlu menjaga kesihatan – orang yang sihat mempunyai otak yang cerdas
5. Format: Tiada
Pendahuluan
a. Orang tua-tua menciptakan peribahasa untuk memberikan motivasi – peribahasa
ini mendidik kita akan tidak berputus asa – menjadi kuat dan bersemangat
Isi-isi
b. jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan sabar sehingga mendapat
kejayaan – tidak bersikap hangat-hangat tahi ayam
c. melakukan sesuatu bersungguh-sungguh – merancang dengan teliti – berusaha
sehingga mencapai kejayaan
d. peribahasa ini bersikap tekun dan gigih untuk mencapai kejayaan – tiada
kejayaan yang dicapai dengan mudah – kita perlu menghadapi dugaan dan
rintangan dengan tabah
e. setiap masalah ada jalan penyelesaiannya – jika tidak wajar berasa lemah
semangat – kita perlu mengkaji kelemahan yang ada dan mengatasi
Penutup
f. seseorang akan berjaya jika dia tidak mengenal erti putus asa – tiada kejayaan
tanpa pengorbanan

Bahagian D

Meniti Kaca
• Mahyun dijumpai mati tersepit di celah batang kelapa ketika hujan lebat

Panas Salju
• Pembedahan pemindahan hati Bushrah kepada Nadhirah yang mengambil masa 14
jam akhirnya berjaya

You might also like