You are on page 1of 55

CTU551 - TAMADUN

CHINA
Saturday, January 9, 2010
Ringkasan Tamadun China
5.1 Latar belakang Tamadun China

i. Sejarah ringkas kelahiran Tamadun China


Zaman Pembinaan
Zaman Keagungan
Zaman Peralihan
Zaman Moden

5.2 Masyarakat dan budaya dalam Tamadun China

i. Bangsa/Etnik Utama China


Han (Cina)
Man (Manchu)
Hui (Cina Muslim)
Ming (Monggol)
Tzang (Tibet)

2. Budaya dalam Tamadun China


Kekeluargaan
Adat resam perkahwinan
Pembentukan keluarga
Menghormati nenek moyang
Sosial
Semangat kerjasama
Pendidikan
Peperiksaan Am Kerajaan
Politik
pemikiran Confusius
Pemikiran Taoisme
Legalisme

5.3 Kepercayaan, pandangan semesta dan nilai-nilai murni dalam Tamadun China 
1. Kepercayaan dan pandangan semesta
Tian
Di
Dao
Yin Yang

2. Nilai-nilai murni dalam Tamadun China


Wu Lun (5 Hubungan)
Zhong Yong
Ren
Datung

5.4 Pencapaian dalam pelbagai bidang

i. Pencapaian dan sumbangan Tamadun China


Sains dan Teknologi
Magnet
Kompas
Percetakan
Kertas
Bahan Letupan
Ilmu Pengetahuan
Perubatan
Fizik
Kimia
Farmasi
Astronomi
Pertanian
Kesenian
Kaligrafi
Senibina

5.5 Tamadun Islam di China

1. Sejarah Islam di China


Faktor Penerimaan Islam
Perkembangan Islam

2. Tokoh Islam di China


Laksamana Cheng Ho/Zheng He
Yusuf Ma Zhu
Yusuf Ma Dexing

3. Sumbangan Islam di China


Astronomi
Matematik
Pelayaran
Perubatan
Pembinaan
Kesenian

5.6 Interaksi Tamadun China dengan tamadun lain dan relevansinya di Malaysia

i. Tamadun China dan realiti di Malaysia :


Amalan dan budaya masyarakat Cina Malaysia
Aspek Perniagaan
Aspek Budaya
Aspek Ilmu Pengetahuan
Jatidiri
Posted by Abu Hasan at 5:24 AM 0 comments 

TAMADUN CINA

17.1 PENGENALAN: ASAL-USUL DAN LATAR BELAKANG

Sebagai mana tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil), tamadun Mesopotamia atau
Sumeria (Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates), tamadun India (Lembah Sungai
Indus), dan tamadun Yunani (Eropah), tamadun Cinajuga merupakan salah sebuah
tamadun yang tertua dan berkesinambungan sehingga masa kini di atas muka bumi ini.
Tamadun Cina memiliki sifat-sifat terbuka dalam interaksinya dengan tamadun-
tamadun dunia lain, integratif dan dinamik walaupun pernah dicabar oleh tamadun-
tamadun lain dan mengalami perubahan- perubahan dalam proses perkembangan yang
panjang. Namun, jauh daripada terserap oleh tamadun lain, tamadun Cina
mengekalkan identitinya sebagai suatu tamadun berkesinambungan dan kekal pada
keseluruhannya.

17.1.1 Kebudayaan Yangshao

Tamadun Cina dipercayai bermula kira-kira pada milenium ke-6 Sebelum Masihi (SM).
Bagaimanapun, berdasarkan bukti-bukti penemuan arkeologi antara kebudayaan-
kebudayaan Neolitik (Zaman Batu Baru), yang paling awal dan mempunyai ciri
tersendiri disebut Yangshao berdasarkan namatinggalan kampung jenis tradisi
kebudayaan ini yang terletak di Yangshao di provinsi Shaanxi. Tapak terawal
petempatan Yangshao yang dibangunkan sepenuhnya itu pula mula muncul pada
milenium ke-5SM di Banbo, Xi'an di provinsi Shaanxi. Tapak- tapak tradisi kebudayaan
Yangshao ini dijumpai di teres-teres berhampiran cawangan-cawangan Sungai Wei dan
Huanghe (The Yellow River) dan ini menunjukkan kawasan terletaknya pusat
peradaban Cina. Di kawasan ini, selama berkurun-kurun lamanya tanah pasir halus
yang dimendapkan oleh angin telah menjadi tanah loes yang subur, lembap serta
mudah untuk dikerjakan terutama dalam bidang pertanian. Keadaan bentuk geografi
ini telah mendorong dan menggalakkan pembangunan petempatan manusia dan
kegiatan pertanian.

Berdasarkan tinggalan arkeologi, didapati bahawa orang Yangshao menetap di


perkampungan kecil dengan kegiatan bertani, memelihara babi, membuat tembikar
berlukisan (paintedpottery) dan menanam mayat si mati dalam tanah perkuburan yang
khas. Makanan asasi atau ruji orang Yangshao ialah bijirin (milet) dan ia kekal diet
asas rakyat biasa di bahagian utara negara China. Satu lagi unsur tradisi dan
kesinambungan ialah peranan orang Cina dalam bidang penternakan binatang seperti
babi (dan kemudiannya ayam) sebagai diet tambahan. Asas teknologi pertanian yang
diubahsuaikan secara turun-temurun ini, juga menyumbang terhadap asas
pertumbuhan ekonomi dalam tamadun Cina.

Selama lebih kurang 5,000 tahun lamanya iaitu kira-kira 6 mileniumSM, kebudayaan
atau tamadun Yangshao ini telah berkembang serta terbentang di bahagian-bahagian
tengah dan ulara negara China, dan kemudiannya diganti secara beransur-ansur oleh
kebudayaan Longshan.

17.1.2 Kebudayaan Longshan dan Zaman Gangsa

Kebudayaan Longshan muncul sejak pertengahan kurun ke-2SM dan Zaman Gangsa
Awal (Bronze Age) lewat milenium ke-2SM atau awal milenium pertamaSM merupakan
kebudayaan yang lebih maju berbanding kebudayaan Yangshao. Tamadun Longshan
diberi nama berdasarkan penemuan tapak arkeologi di Longshan, di provinsi
Shandung. Manakala pusat-pusat penting peradaban Zaman Gangsa terletak di Lembah
Sungai Yangzi di provinsi Jiangxi dan juga di Sanxingdui, di provinsi Sichuan.

Berbanding tembikar bertanda tali pintal (cord-marked) dan yang berlukisan,


tembikar Longshan (terutamanya tembikar hitam) bergantung kepada gaya dan bentuk
sebagai daya penarik estetiknya dan jarang dijumpai lukisan hiasan seperti yang ada
pada bekas-bekas Yangshao. Kualiti tembikar Longshan yang lebih tinggi mutunya
menunjukkan penggunaan mesin peroda tembikar

(potter's -wheel) dalam pengeluarannya. Ciri-ciri peradaban pertanian Longshan


termasuk penanaman bijirin dengan menggunakan penyodok dan sabit.

Dalam Zaman Gangsa pula, gangsa dinilaikan sebagai simbol elit kuasa diraja dinasti
Shang (1766SM-1122SM) dan tukang-tukang gangsa dihormati sebagai ahli masyarakat
yang penting di negara ini. Logam gangsa dihubung kait dengan bekas-bekas ritus
(ritual vessels) atau untuk upacara keagamaan selain digunakan untuk membuat
loceng dan senjata. Penggunaan gangsa tersebar meluas di kalangan kaum bangsawan
yang lebih rendah taraf statusnya di sepanjang tempoh dinasti Zhou (kk 1123-221SM).
Artifak-artifak halus termasuk lampu dan patung-patung kecil, kesemuanya diperbuat
daripada gangsa secara berterusan sepanjang era empayar tersebut. Namun begitu,
pembangunan teknologi besi sejak lebih kurang 500SM telah mengehadkan
perkembangan kegunaan gangsa untuk tujuan umum.

Dinasti Shang memperlihatkan dengan ketara mengenai satu fasa pembangunan yang
baru iaitu kemunculan peradaban melalui kelahiran ciri-ciri bertamadun antaranya
pembentukan negara-kota, penggunaan sistem tulisan, peningkatan pengkhususan
pekerjaan dan organisasi masyarakat yang lebih kompleks. Peradaban Shang berpusat
di bahagian utara He'nan, yang ditemui dua tapak arkeologi di Zhengzhou dan Anyang
yang memberikan maklumat sejarah mengenai dinasti dan tamadun ini. Namun
begitu, tarikh tepat peradaban Shang dan dinasti Shang masih tidak dapat ditetapkan.
Walaupun tahun 1766SM-1122SM adalah tarikh yang diterima secara tradisi, namun
terdapat bukti- bukti yang menyokong pendapat bahawa dinasti Shang bermula kira-
kira 1600SM dan berakhir pada tahun 1027SM.

Selain penemuan inskripsi di atas tulang oracle dan kulit kura-kura (tortoise shells)
dan bekas-bekas yang diperbuat dengan gangsa rata yang ditarik oleh kuda, tembok-
tembok mengelilingi ibu kota-ibu kota dinasti Shang, hasil penemuan arkeologi ini
memperlihatkan perbezaan-perbezaan utama antara peradaban Shang dengan
peradaban-peradaban Neolitik sebelumnya.

17.2 UNSUR-UNSUR ASAS TAMADUN CINA

17.2.1 Alam Sekitar yang Mencorakkan Tamadun Cina

Tempoh Neolitik di negara China mempunyai kedudukan yang unggul dalam sejarah
perkembangan peradaban Cina kerana dalam tempoh terdekat ini, aktiviti-aktiviti
pertanian telah dimulakan. Pusat utama kebudayaan Yangshao tersebar di sekitar
dataran tinggi Loes, menggalakkan penanaman bijirin, bersesuaian dengan keadaan
cuaca gersang di bahagian timur negeri China.

Tapak kebudayaan Hemudu terletak di bahagian bawah Lembah Yangzi, di selatan


Teluk Hangzhou, provinsi Zhejiang. Benih-benih padi telah ditemui di sekitar tapak
tersebut, yang menandakan bahawa ia adalah tapak awal sawah

padi ditanam secara meluas. Cuaca lembap dan panas dengan lokasi geografinya yang
rendah menyumbang terhadap kejayaan penanaman sawah padi di kawasan ini.

17.2.2 Sistem Pertanian Purba

Ternyata asal-usul peradaban pertanian purba di negara China memperlihatkan


kesanggupan manusia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan lokasi
geografi yang berbeza (di kedua-dua dataran loes tinggi dan lembah Sungai Yangzi),
dan menghasilkan apa yang disebut Kebudayaan Milet (Bijirin) dan Kebudayaan Sawah
Padi yang wujud secara berasingan di bahagian utara dan selatan China. Kedua-dua
jenis kebudayaan tersebut telah mengasaskan peradaban pertanian di negara China
untuk selama beberapa ribu tahun. Faktor- faktor tersebut juga membantu menjawab
persoalan (dari perspektifsejarah) kenapa pembangunan berbentuk pertanian begitu
dititikberatkan oleh dinasti- dinasti Cina yang lepas.

Berbanding negara-negara kelautan yang memiliki kawasan pedalaman yang terhad,


wilayah-wilayah di negara China adalah luas sekali. Ini ditambah lagi dengan dataran
pedalamannya yang luas tanpa wujudnya halangan-halangan semula jadi yang
menghalang atau membatasi hubungan rakyat telah memudahkan integrasi dan
keseragaman politik, ekonomi, kebudayaan dan ketenteraan. Berdasarkan lokasi
geografi negara China, di bahagian timurnya menghadap ke lautan, di bahagian barat-
laut dirintangi oleh gurun yang luas dan di barat daya iaitu Dataran Tinggi Qinghai-
Tibet yang terluas di dunia (dengan ketinggian 4,000 hingga 5,000 meter secara
purata) telah membentuk satu zon yang separuh tertutup dari dunia luar. Alam sekitar
sedemikian bersama daerah pedalamannya yang luas telah mencorakkan sikap bangsa
Cina yang berdikari, peramah serta cintakan pendamaian. Keyakinan diri pula
membolehkan mereka menerima dan mengasimilasikan sebarang kebudayaan luar
yang dibawa masuk ke dalam negara China. Mengenai peranan dan kepentingan
sungai, pengaliran sungai yang kebanyakannya menghala ke kawasan timur atau
selatan, di samping musim panas yang jauh lebih panjang berbanding dengan keadaan
di utara telah menggalakkan pergerakan penduduk, terutamanya para petani untuk
menetap di bahagian selatan China. Seiring dengan pola pergerakan ini,
perkembangan kebudayaan juga turut menghala ke kawasan selatan.

Berbanding dengan bilangan penduduk yang agak besar sejak dinasti Qin (221SM-
206SM) dan Han (206SM-220TM), tanah yang sesuai untuk dijalankan kegiatan
bercucuk tanam itu adalah terhad. Tekanan kekurangan tanah ini telah
mengakibatkan tanah diusahakan secara maksimum. Bagaimanapun, pendapatan
danpada hasil tanaman ini sekadar untuk menampung kehidupan mereka. Namun,
sikap terikat dengan tanah, bekerja keras dan berpuas hati dengan segala yang sedia
dimiliki mereka telah

mencerminkan psikologi bangsa yang merindui kampung asal dan ontakan tanah air.

17.2.3 Bahasa dan Sistem Tulisan Cina

Berdasarkan perbandingan dari segi bahasa, dengan bahasa-bahasa lama ("kuno'i


mencatatkan sejarah kerana penggunaannya yang meluas di zaman silam, tetapi
bahasa Cina pula merupakan satu-satunya bahasa yang masih kekal, hidup dan
berkembang dan digunakan sehingga masa kini.

Mengenai sistem tulisan, tulisan Cina yang dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah
dicipta berdasarkan kaedah xiang xing (lambang bergambar), zh'shi (lambang
petunjuk), huiyi (lambang petunjuk fikiran) dan xing sheng (gabungan bentuk-bunyi),
bersamaan dua kaedah yang berfungsi memperluaskan erti atau penggunaan sesuatu
hurufCina, iaitu zhuanzhu (mutual semantik transfer) dan jiajie [loan character).
Kesemua kaedah tersebut dikenali secara tergolong sebagai liushu (six principles of
writing).

Selain sebutan bunyi dan maksud, setiap tulisan Cina mempunyai bentuk yang
istimewa. Bentuk tulisan Cina inilah yang telah menyumbang terhadap perpaduan
bangsa Cina dan pembentukan kebudayaan Cina yang agung di dunia. Ini adalah
kerana sungguhpun terdapat banyak diaiek di China yang sebutannya mungkin jauh
berbeza antara satu dengan yang lain, tetapi orang Cina hanya perlu mempunyai satu
sistem tulisan yang tunggal yang boleh digunakan oleh semua orang Cina sebagai
bahasa pengantar untuk berkomunikasi. Maka bahasa Cina telah menjadi faktor
unifikasi utama dan amat penting bagi rakyat Cina dan tamadun Cina.

Selain bangsa Cina, tulisan Cina juga digunakan oleh bangsa-bangsa lain di Asia
terutama di Asia Timur seperti negara Jepun, Vietnam dan Korea. Walaupun mereka
mempunyai bahasa tersendiri namun tulisan Cina juga digunakan sebagai sebahagian
daripada tulisan mereka.

17.2.4 Pembentukan Bangsa Tionghoa

Dari aspek kenegaraan, China merupakan sebuah negara besar yang mengandungi
masyarakat yang berbilang kaum. Menurut sejarahnya, melalui proses peredaran
zaman dan kerjasama antara semua kaum, maka terbentuk suatu bangsa Tionghoa
dalam erti kata nation (rninzu) yang moden, yang mengandungi pelbagai kaum di
negara China.

Melalui penemuan arkeologi dan catatan-catatan sejarah purba negara China yang
begitu banyak menunjukkan bahawa terdapat suku-suku yang berbilang kaum pada
zaman Neolitik dan zaman purba yang berikutnya. Di kalangan suku-suku im mereka
tiru-meniru, berkahwin campur, bersengketa dan berperang, dan berintegrasi,
sehingga menjadi satu suku bangsa yang kuat. Seterusnya, mereka memimpin suku-
suku kecil di sekitar wilayahnya dan

mendirikan negara yang berbentuk primitif. Perkembangan ini merupakan asas kepada
struktur pembentukan bangsa Tionghoa.

Menurut para sarjana China, terdapat tiga kumpulan bangsa yang terbesar pada
zaman purba Cina iaitu pertama, kumpulan Yan-Huang yang diwakili Yan Di dan Huang
Di yang dikatakan berasal dari kawasan loes di Provinsi Shaanxi di bahagian barat
China; kedua, kumpulan Feng-Yang yang tersebar di sekitar dataran-dataran yang
terletak di bahagian timur China dan ketiga, kumpulan Miao-Man yang terdiri dari
suku-suku bangsa di Selatan China. Hasil daripada integrasi ketiga-tiga kumpulan
bangsa utama yang tersebut di atas, di samping suku-suku bangsa yang lain selama
beberapa ribu tahun maka terbentuklah suatu entiti bersepadu yang diberi nama
bangsa Tionghoa (Zhonghua minzu) pada hari ini.
17.2.5 Pandangan Semesta dalam Tamadun Cina

Pemujaan nenek moyang dan Tian di samping kepercayaan primitif, iaitu animisme
iaitu pemujaan binatang, tanaman, matahari, bintang, sungai serta kuasa-kuasa lain
yang dipercayai wujud dalam alam semula jadi, telah wujud di kalangan masyarakat
Cina sejak zaman silam lagi.

Konsep Tian atau langit sebagai makhluk unggul {supreme being) yang menguasai
nasib seseorang telah wujud sejak dinasti Zhou (kkll23SM-221SM). Namun, Tian juga
membawa maksud prinsip tertinggi dalam alam semesta serta dalam konteks etika
Konfusianisme.

Dalam kitab Daoisme iaitu Daodejing pula, Tian disamakan dengan Daa Konsep Dao
secara harfiah bermaksud jalan {the way). Dalam kitab ini juga, Dao dianggap prinsip
agung yang merangkumi keseluruhannya {all embracing), tempat asal-usul semua
makhluk. Dao diibaratkan sebagai ibu yang melahirkan serta memupuk makhluk
sejagat {wanwu) dan ia juga merupskanprimordial (bentuk permulaan), dengan semua
makhluk berasal dan akan kembali pada akhir hayat mereka.

Di samping konsep Dao, kitab Yijing (The Books of Changes) pula menggunakan konsep
Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad (ultimate reality). Menurut kitab
ini, tiada sebarang batasan bagi diri Taiji. Menerusi perubahan Taiji, terhasillah dua
kuasa dwikutub (bipolar) Yin dan Yang. Fasa pertukaran bergilir-gilir dua kuasa
dwikutub pula menghasilkan lima unsur {wuxing) yang menjadi asas kepada
kewujudan semua benda {material). Manifestasi kuasa Yin dan Yang serta lima unsur
tersebut disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam
tanpa pengakhirannya. Ini disebabkan kesemua fenomena tersebut akan berubah
kepada kutub yang berlawanan apabila mencapai peringkat kemuncak. Perubahan
yang berterusan ini diibaratkan sebagai pergerakan Dao.

Konsep perpaduan antara Tian dengan insan {tian-ren hey!) pula terbentuk
berdasarkan sesuatu pernyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada

Tian. Disebabkan hubungan antara insan dan Tian yang begitu rapat maka segala
kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi akan menghasilkan manifestasi
fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai isyarat atau tanda kemarahan
Tian dan amaran kepada kerajaan berkenaan. Konsep yang menggabungkan aliran
pemikiran Yin-Yang dengan falsafah sosiopolitik Konfusianisme ini dikemukakan oleh
Dong Zhongshu (kkl79SM-kkl04SM), seorang pujangga Konfusian di zaman dinasti Han.
Konsep ini terus mempengaruhl tradisi pemikiran orang Cina sehingga masa kini dalam
proses perkembangan ketamadunannya.

Prinsip kesederhanaan atau zhongyong (The Golden Mean) pula merupakan pemikiran
moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. Prinsip ini merupakan
norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian
sejagat sekiranya ia dihayati dan diamalkan sepenuhnya. Dalam kitab The Doctrine of
Mean dinyatakan bahawa pencapaian tahap pemusatan (centrality) dan keseimbangan
akan mendatangkan keharmonian alam semesta dan bumi ini, dengan kesempurnaan
hidup semua makhluk terpelihara.

Tahap pencapaian keharmonian masyarakat yang paling ideal ialah datong (The Grand
Unity). Datong merupakan Utopia Konfusian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung.
Jalan Agung ini dipercayai hanya akan dapat dicapai apabila segala objek atau benda
di dunia ini dikongsi atau dibahagi oleh semua pihak dengan adil serta saksama, tanpa
membazir dan digunakan demi kepentingan umum. Ini termasuklah yang tua akan
dijaga dan yang muda dipelihara dengan sempurna di samping tiada perbuatan
maksiat, mencuri atau pemberontakan yang berlaku di atas muka bumi tersebut.
Walaupun matlamat tersebut amat sukar untuk dicapai, namun Utopia Konfusian ini
tetap menjadi pegangan bagi masyarakat Cina. Usaha berterusan untuk
merealisasikan matlamat ini memaparkan ciri- ciri keyakinan diri, nilai-mlai murni
serta ketabahan hati yang mendorong mereka agar menghala ke Jalan Agung yang
dicita-citakan itu.

17.2.6 Falsafah dan Agama Cina

Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan (state) yang merangkumi aspek- aspek


falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam pengajaran Konfusius
(551SM-479SM). Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik
yang diterbitkan atas nama Konfusius. Seperti yang terkandung dalam kitab Analects,
pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang
mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (/;) dan ketaatan
kepada ibu bapa (xiao). Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral
dan bersikap mulia (junzi). Mencius (372SM-289SM), salah seorang pujangga agung
Konfusianisme telah menegaskan sifat semula jadi manusia yang baik ketika
dilahirkan. Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat
jenis sifat

yang baik, iaitu perikemanusiaan (ren), kewajaran (yi), kesusilaan (li) dan keanfan
(zhi).

Buddhisme diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (kk 563SM- 483SM) di India
pada kurun ke-6SM dan kemudiannya disebar ke negara China pada kurun Masihi yang
pertama. Bagaimanapun, selepas disebarkan Buddhisme ke negara China, agama ini
telah mengalami pelbagai pengubahsuaian dan sehingga menjadi suatu sistem
keagamaan yang menyerapkan ciri-ciri kecinaan sehingga ia dikenali sebagai
Buddhisme Cina. Namun begitu, asas pengajarannya tetap berkekalan iaitu
penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada
pelbagai masalah manusia. Hawa nafsu bagaimanapun, dapat dihindarkan dengan
mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan (middle way) yang
mengelakkan din daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut
perasaan menurut ajaran Gautama Sidhartha Buddha. Jalan Lapan Lapis Mulia yang
mengandungi lapan aspek penting dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama,
panna (kebijaksanaan) yang meliputi pemahaman yang betui {Right Understanding)
dan pemikiran yang betui (Right Thought); kedua, samadhi (penumpuan) yang
meliputi pengucapan yang betui (Right Speech), tindakan yang betui (RightAction) dan
cara hidup yang betui (Right Livelihood); dan ketiga, sila (moral) yang meliputi usaha
yang betui (Right Efford), pertimbangan yang betui (Right Mindfulness), dan tumpuan
yang betui (Right Concentration).

Daoisme pula diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina iaitu Lao Zi yang dilahirkan
pada tahun 604SM dan Zhuang Zi (kk 369SM-2865SM) yang berpendapat bahawa
pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei (non-action) atau melakukan perbuatan
secara spontan dan tanpa sebarang usaha. Daoisme terbahagi kepada dua cabang yang
utama iaitu pertama, pemikiran falsafah Dao (daojia) dan aliran keagamaan Dao
(daojiao). Kitab Daoisme iaitu Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi
aliran keagamaan Dao kerana kebanyakan ayatnya yang nngkas, penuh dengan
konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek
metafizik Dao. Dao iaitu jalan (the way} yang mempunyai pengertian bahawa punca
segala penjelasan yang tidak dilahirkan (unproduced) dan tidak dapat diperikan
(inexpressible). Tahap pencapaian pengamalan Dao yang tertinggi ialah kembali
semula dan bersatu dengannya.

Moisme diasaskan oleh Mo Zi (kk 479SM-381SM). Antara konsep penting dalam


pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian'ai), mengecam sikap
suka berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan
golongan cerdik pandai (shangxian). Disebabkan penegasan aliran ini kepada sikap
mengejar kepentingan (gongli), pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang
dikemukakan oleh aliran Konfusianisme. Aliran Moisme menitikberatkan konsep nama
dan penganalisisan mengenainya dan ini bermakna, aliran ini telah mempelopori
analisis logik di negara China.

Legalisme pula diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi dan dilaksanakan
semasa China di bawah pemerintahan dinasti Chin. Legalisme mengutamakan
pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Legalisme
menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada
pemerintahan teladan seperti yang disarankan oleh Konfusius. Aliran ini telah
mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.

17.2.7 Institusi Politik dan Sistem Pemerintahan

Pemikiran politik tradisional Cina asasnya telah terbentuk sejak tempoh sebelum
dinasti Qin (221SM-209SM). Antara aliran pemikiran politik yang terutama ialah
Konfusianisme, Daoisme, Legalisme dan Moisme. Pusat pemikiran politik
Konfusianisme berasaskan perhubungan sesama manusia (renlun) yang
berperikemanusiaan dan bermoral.
Pemikiran politik aliran Daoisme pula cenderung kepada fahaman anarki dalam erti
kata moden pada masa kini. Pengikut pemikiran Daoisme menafikan bulat-bulat
peranan institusi politik, sistem moral dan tatasusila yang begitu dititikberatkan oleh
Konfusianisme. Sebaliknya Daoisme mencadangkan gaya pemerintahan tanpa
menguatkuasakan sebarang usaha yang keras (wuwel) dan juga kehidupan secara
primitifyang mengharmonikan diri dengan alam semesta. Pemikiran ini cuma menjadi
penawar hati kepada mereka yang gagal dalam kerjaya sebagai pegawai kerajaan dan
orang yang tidak berpuas hati dengan kenyataan hidup, tetapi tidak mendatangkan
impak yang besar kepada sistem politik negara China.

Aliran pemikiran yang memberi kesan sebenar kepada tempoh sebelum dinasti Qin
yang huru-hara dan mengalami perubahan besar dari segi masyarakat dan politik
China ialah Legalisme. Kedua-dua teori dan perlaksanaan Legalisme berjaya
membawa pembaharuan yang menggantikan sistem pemerintahan feudal bercirikan
pelbagai negeri atau jajahan (multistate) kepada sistem pentadbiran commanderies
dan counties (junxian zhi) iaitu kerajaan birokratik terpusat (centralized
bureaucractic government memperoleh kuasanya. Sistem birokrasi ini telah
menyumbang kepada pengekalan pentadbiran dan kestabilan politik di sepanjang
sejarah ketamadunan China.

Aliran pemikiran politik Moisme pula menegaskan penyelarasan peraturan dan


pembentukan kekuasaan pusat (shangtong) itu, walaupun selari dengan kehendak
lapisan pemerintah, namun pengajarannya yang menggalakkan berjimat-cermat
(jieyong) dan melantik sesiapa yang berkelayakan dan berkemampuan (xuan xian yu
neng) ke jawatan kerajaan, kadang-kadang sukar hendak dipatuhi sepenuhnya. Oleh
sebab itu, pemikiran politik aliran Moisme kemudiannya diketepikan oleh pihak
pemerintah.

Bagaimanapun, selepas dinasti Qin (221SM-206SM) dan Han (206SM-220 TM), keempat-
empat aliran pemikiran politik telah bersepadu. Namun,

golongan pemerintah China biasanya menonjolkan pemikiran Konfusianisme sedangkan


menguatkuasakan pentadbiran negara menerusi pemikiran Legalisme. Pemikiran
politik aliran Moisme dan Daoisme mungkin memainkan peranan yang membawa
kepada ideologi pembaharuan atau menjadi batu api kepada permulaan satu-satu
revolusi termasuk mewujudkan pemberontakan terhadap pemerintah. Namun begitu,
selepas pihak pemberontak berjaya menguasai dan memimpin negara, ideologi yang
merupakan cantuman Konfusianisme dan Legalisme itu tetap berkesinambungan dan
memainkan peranan yang terpenting dalam sistem pentadbiran negara.

17.2.8 Keluarga dan Masyarakat Cina

Walaupun sistem kekeluargaan masyarakat Cina tradisional dan organisasinya pernah


mengalami pelbagai perubahan namun asas sistem keluarga yang memusatkan kuasa
bapa (patriachy) dan nisab bapa (patrilineat) tetap berkekalan dan berlanjutan
selama beberapa ribu tahun. Sistem kekeluargaan tradisional Cina berasaskan kuasa
bapa ini telah terserap masuk ke dalam pelbagai aspek kehidupan sosial dan
mendatangkan impak yang mendalam terhadap arah perkembangan kebudayaan Cina
dan pembawaan (temperament) bangsa Cina.

Antara ciri-ciri masyarakat yang memperlihatkan pengaruh sistem kekeluargaan Cina


termasuk waris sebelah bapa dan pemerintah yang memusatkan kuasa bapa, kuasa
suami yang tertinggi dan perhubungan suami isteri yang berjauhan, mementingkan
anak lelaki berbanding anak perempuan, mementingkan pertalian darah dan kaum
kerabat keluarga, penguasaan masyarakat berdasarkan pendidikan yang membezakan
nama (mingfen) dan kedudukan sosial, dan kecenderungan nilai yang memuja
autokrasi dan mengagung-agungkan zaman silam.

17.2.9 Orientasi Sistem Nilai dalam Tamadun Cina

Terdapat persetujuan agak ramai di kalangan cendekiawan bahawa tamadun Cina


berorientasikan humanisme, iaitu manusia dianggap mempunyai kedudukan yang
unggul dan memainkan peranan penting dalam alam semesta. Banyak sifat khas
tamadun Cina dan nilai-nilainya, yang akan dinyatakan di bawah adalah hasil daripada
humanisme antaranya transendensi dalaman, sifat sekular, moralisme sebagai
ideologi, personalisme, hubungan manusia dengan alam semesta, institusi keluarga
dan pendidikan diberi keutamaan, serta keharmonian merupakan nilai utama.
Tamadun Cina amat berbeza daripada tamadun- tamadun lain yang berorientasikan
teisme atau kepercayaan kepada satu Tuhan semesta sebagai pencipta dan
pemerintah alam. Sungguhpun tamadun-tamadun berbeza dari segi orientasi pada
peringkat nilai, manusia dapat berinteraksi dan bekerjasama atas nilai-nilai yang
berbentuk sejagat. Walaupun orang Cina menganggap bahawa prmsip-prinsip moral
serta nilai-nilai murni (Dao) berasal daripada Maha Agung (Tian), tetapi manusia
sendiri

mampu menjangkau segala kekangan duniawi lalu mencapai kebijaksanaan dan


kesucian iaitu transendensi bergantung kepada ikhtiar orang perseorangan -
transendensi dalaman. Hal ini dapat dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain yang
berdasarkan teisme dan mementingkan transendensi luaran.

Humanisme menyebabkan cara hidup orang Cina bersifat sekular iaitu memisahkan
urusan duniawi dengan urusan keagamaan. Teokrasi tidak pernah dijadikan agenda
atau pernah muncul sepanjang sejarah China, sebaliknya sisrem politik dan
pemerintahan, sistem pendidikan dan institusi-institusi yang lain dipisahkan daripada
agama. Namun begitu, ini tidak bererti orang Cina tidak ada rasa takut kepada Maha
Agung atau Tian.

Masyarakat dan negara harus diperintah secara beretika. Keabsahan kuasa dan
kewibawaan maharaja, menteri, pemimpin, guru dan ketua keluarga berasaskan moral
yang tinggi sebagai ideologi. Kerajaan dan sistem politik berpadu dengan akhlak.
Berkhidmat dalam kerajaan bermakna dipertanggungjawabkan mendukung akhlak dan
menjadi pegawai kerajaan berakhlak tinggi. Kepentingan moral begitu dipentingkan
sehingga timbul tanggapan menuntut ilmu yang mendalam tidak bermakna sekiranya
tidak berakhlak.

Berdasarkan transendensi dalaman, orang perseorangan harus berusaha sendiri untuk


mempertingkatkan darjahnya dari segi kesarjanaan, kebijaksanaan dan akhlak. Dalam
proses pembinaan diri ini antara aspek yang perlu diberi penekanan ialah disiplin diri,
pengorbanan diri dan harga diri. Orang perseorangan mestilah mempunyai batin atau
dalaman yang murni dan niat yang ikhlas. Adalah nyata bahawa yang mencirikan
minda orang Cina ialah personalisme (penyendirian) dan bukannya egoisme atau
individualisme yang agresif.

Manusia dianggap berkedudukan tinggi iaitu di antara Tian dengan Di (langit dan
bumi). Manusia dapat menyertai dan membantu proses perubahan dalam alam
semesta. Manusia harus sentiasa menjalin hubungan yang harmoni dengan alam
semesta supaya tercapai kesatuan antara kedua-duanya.

Sistem etika Konfusianisme berasaskan pada keluarga yang merupakan institusi sosial
yang terulung dalam tamadun Cina. Negara merupakan lanjutan daripada keluarga.
Hubungan luar keluarga dianggap selaras dengan hubungan dalam keluarga.

Oleh sebab pegangan yang kuat dan teguh kepada humanisme, personalisme dan
moralisme maka pendidikan yang beitradisi panjang diberi penghargaan yang tinggi.
Golongan birokrat dan cendekiawan merupakan kelas sosial yang tertinggi
kedudukannya, dan masyarakat menjunjung tinggi golongan guru dan pekerjaannya.
Ibu bapa sedaya-upaya berusaha untuk membiayai anak- anak kerana pelajaran
merupakan satu-satunya saluran mobiliti sosial dalam masyarakat Cina tradisional.

Keharmonian dititikberatkan dalam sebarang bentuk hubungan sama ada hubungan


antara individu dengan individu, antara individu dengan kelompok, keluarga, komumti
atau institusi, antara kelompok dan juga antara manusia dengan alam semesta.
Keharmonian dianggap sebagai suatu nilai yang bersesuaian dengan humanisme dan
moralisme.

Bab 18

TAMADUN CINA: KESUSASTERAAN, KESENIAN, SAINS DAN TEKNOLOGI CINA

Teo Lay Teen 

Bahasa dan Sastera, Kesinambungan Budaya, Kepelbagaian Genre, Puisi, Nyanyian dan
Muzik, Prosa Klasik dan Vernakular, Fungsi Moral dan Etika, Drama dan Nilai,
Konfusianisme, Fiksyen, Budaya dan Adat resam, Muzik, Lukisan dan Kaligrafi, Seni
Pembinaan, Sifat Berharmoni dengan Alam Semesta, Landskap, Tema Bermspirasi,
Konsep Fengshui, Sains dan Teknologi, Sifat Konservatif, Astrononii, Matematik,
Perubatan, Teori Yin dan Yang, Akupunktur, Kemerosotan Sains dan Teknologi Cina.

18.1 PENGENALAN

Tamadun Cina pada dasarnya merupakan. sebuah tamadun berorientasikan agraria


atau pertanian yang sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca dan sifat geografi dalam
proses pembangunan dan perkembangan. Bagaimanapun, sebagai mana yang telah
dibincangkan dalam bab terdahulu, proses pembangunan tamadun Cina mengambil
masa yang panjang. Tamadun Cina telah melahirkan perkembangan pelbagai aliran
falsafah, organisasi politik secara kompleks, serta sistem pentadbiran dan institusi
sosial yang maju. Bab ini akan membincangkan mengenai beberapa aspek lain yang
tidak kurang pentingnya dalam tamadun Cina iaitu bahasa dan kesusasteraan,
kesenian, sains dan teknologi.

18.2 BAHASA DAN KESUSASTERAAN CINA KLASIK

Sejarah kesusasteraan Cina bermula sekurang-kurangnya seawal kurun ke-14SM dan


pci-kembangannya berterusan sepanjang lebih daripada 3,000 tahun. Perkembangan
kesusasteraan Cina ini tidak pernah menerima gangguan atau sekatan. Sifat ini
khasnya disebabkan bahasa pengantar bagi sastera Cina klasik iaitu bahasa Cina telah
mengekalkan identitinya dari segi lisan dan tulisan "walaupun negara China pernah
diperintah oleh puak asing seperti orang Mongol (dinasti Yuan, 1279-1368) dan orang
Manchu (dinasti Qing, 1644-1911). Tulisan Cina pada dasarnya bersifat grafik dan
bukan fonetik (non-phonetic); dan sifat ini menjadikan bahasa Cina kurang sesuai
untuk digunakan dalam usaha mentranskripsikan bahasa lain. Dengan ini ia tetap tidak
berubah dan seterusnya meninggalkan beberapa kesan terhadap kesusasteraan Cina
dan penyebarannya.

Sifat bahasa Cina yang bukan berabjad-fonetik (alphabetic-phonetic) bermakna huruf-


hurufnya tidak menunjukkan bunyi sebutan. Bahasa Cina boleh disebut dalam kelainan
cara dari segi fonologi mengikut tempat atau mengikut kesesuaian selaras dengan
perubahan zaman-zaman dalam sejarah Cina. Namun begitu, maksud sesuatu huruf
tetap sama tidak kira dalam diaiek apapun ia disebutkan atau dipertuturkan. Maka itu
kesusasteraan Cina dapat dinikmati dan dihayati oleh semua yang mengenali huruf
Cina. Sesebuah karya klasik Konfusius misalnya, boleh dibaca dalam apa jua diaiek
tanpa menjejaskan maksudnya. Sifat bahasa Cina ini mengekalkan kesinambungan
budaya Cina dan membolehkan kesusasteraan Cina klasik terus menjadi aset budaya
masyarakat Cina yang amat bemilai.

18.3 KEPELBAGAIAN GENRE SASTERA CINA KLASIK

18.3.1 Puisi
Antologi puisi Cina yang terawal bertajuk Shijing (Klasik Puisi). Antologi ini
mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan nyanyian rakyat yang wujud
pada tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke-11SMP-771SM) hingga zaman Musim
Bunga Musim Luruh (770SM-476SM) dan dikumpul dari kawasan Lembah Huanghe. la
dipercayai disusun pada lebih kurang masa Konfusius (551SM-479SM). Puisi-puisi dalam
antologi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi
contoh dan member! inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi kemudian.
Shijing bersama empat klasik lain iaitu Yijing (Klasik Perubahan), Shujing (Klasik
Sejarah), Liji (Rekod Ritual) dan Chun qiu (Klasik Musim Bunga dan Musim Luruh),
dikenali sebagai Wujing (Lima Klasik) dan sejak kurun ke-2SM ianya sangat dihormati
oleh sarjana- sarjana Cina. Puisi yang terkandung dalam Shijing pada asasnya
dinyanyikan dengan iringan muzik. Sesetengah puisi, terutamanya puisi kuil juga
diiringi oleh tarian.

Pada keseluiuhannya kebanyakan puisi dalam Shijing mementingkan elemen lirik lebih
daripada elemen naratif. Rima akhir diutamakan untuk mencapai kesan muzik dan
tidak bergantung kepada penggunaan kecantikan retorik. Puisi dalam Shijing
mempunyai fungsi politik dan sosial selain daripada fungsi sastera. la digunakan dalam
pertemuan rasmi; raja dan pegawai diplomatik menyanyikan puisi sebagai pembayang
bagi sesuatu keadaan sebenar atau untuk menyatakan maksud sebenar.

Chu ci (Nyanyian Chu) yang juga berasal dari muzik dan tarian dianggap mewakili
antologi puisi Cina awal dari selatan di sekeliling kawasan Sungai Yangzi. Puisi-puisi
yang berasal dari kawasan selatan ini menunjukkan pola irama yang agak berbeza
daripada Shijing, misalnya baris-bans lebih panjang dan kurang tetap menyebabkan
puisinya lebih sesuai dideklamasikan.

Mulai dari Shijing hmgga ke Chu ci, puisi Cina klasik kian matang dan sempurna.
Dmasti Tang (618-907) menyaksikan kemuncak perkembangan genre ini. Keadaan
politik dan ekonomi yang stabil khasnya pada tahap permulaan zaman ini
menggalakkan perkembangan puisi Cina klasik mencapai tahap keemasan. Puisi yang
telah dihasilkan tiada tandingan dari segi kuantiti dan kualiti. Quan Tangshi (Koleksi
Lengkap Puisi Tang) mengumpulkan jumlah puisi lebih kurang 50,000 buah, hasil
ciptaan dari 2,000 atau lebih orangpenyajak, termasuk penyajak agung seperti Li Bai,
Du Fu dan Bai Juyi. Bentuk puisi utama yang wujud dalam sejarah puisi Cina klasik
seperti jueju (puisi empat baris) dan lu shi (puisi lapan baris) juga telah mencapai
tahap kematangan. Puisi- puisi ini dihasilkan dan ditulis dengan menggunakan
pelbagai terna.

Bagi orang Cina, skop genre shi, yang biasanya diterjemahkan puisi, adalah sangat
terhad. Sebenarnya yang boleh kita klasifikasikan di bawah golongan genre puisi
wujud dalam banyak bentuk selain bentuk shi. Balada misalnya, begitu banyak
jumlahnya. Kebanyakan teks drama juga mengandungi nyanyian dalam bentuk puisi.
Yang harus diberi perhatian ialah sejenis puisi yang timbul dari nyanyian penghibur
dan digubah dalam rangkap berlainan panjang mengikut bunyi atau suit muzik
tertentu dikenali sebagai lirik ci. Di bawah usaha sebilangan penulisan ci yang
berbakat seperti Liu Yong, Su Shi, Li Qingzhao, Zhou Bangyan dan Xin Qiji, bentuk ini
mengambil tempat shi pada zaman pemerintahan dinasti Song (960-1279) untuk
menjadi genre yang paling popular dan representatif.

Ringkasnya, bolehlah kita simpulkan di sini secara keseluruhannya, puisi Cina klasik
mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antara ciri yang hams diberikan perhatian ialah
pertama, puisi Cina berhubungan rapat dengan muzik; kedua, bersifat kompak (padat)
dan singkat, panjangnya kadang-kadang serupa dengan sepucuk telegram; ketiga,
puisi naratif atau deskriptif yang boleh dikatakan panjang mengikut standard sastera
lain di dunia ini sangat kurang, dan epik tidak wujud; dan keempat, puisi mempunyai
fungsi sosial dan politik selain fungsi sastera.

18.3.2 Prosa

Garis pemisah antara puisi dengan prosa kurang jelas. Ini dapat dilihat khususnya
dalam tiga jenis genre. Bentuk fu, genre representatif bagi dinasti Han (206SM-220)
misalnya, menunjukkan sifat puisi bercampur prosa. Ini menjelaskan mengapa/M
diberi label berlainan seperti prosa bersifat puisi (poetic prose), prosa berima (rhyme
prose), rapsodi (rhapsody), puisi bersifat prosa (prose poetry) dalam bahasa Inggeris.
Genre lain dalam kumpulan ini termasukpianwen (prosa selari) iaitu sejenis prosa
berirama iaitu syarat-syarat tertentu khasnya mengenai kecantikan retorik dikenakan,
dan bagu wenzhang (eight-legged essay), yang merupakan kayu pengukur paling
utama dalam menggredkan calon peperiksaan perkhidmatan awam. Prosa jenis bagu
ini mensyaratkan penults perlu mematuhi pelbagai syarat dari segi kandungan dan
bentuk apabila menulis. Prosa jenis bagu begitu dominan dalam bidang penulisan Cina
selama berabad-abad (1487- 1901).

Prosa klasik, atau dikenali guwen, adalah dominan dalam sastera Cina klasik. la
menggunakan bahasa klasik. Terdapat juga prosa vernakular, atau haihuawen, yang
ditulis dalam bahasa pertuturan (percakapan). Prosa klasik berdasarkan standard dan
stall karya pakar zaman purba, khasnya klasik-klasik Konfusius dan karya ahli falsafah
zaman awal sebagai model. Bahasa klasik adalah jauh berbeza dan bahasa pertuturan
sehan-hanan kerana la sukar untuk difahami atau dikuasai. Bagaimanapun, bahasa
klasik telah menjadi medium bagi hampir semua penulisan prosa disebabkan ia adalah
bahasa yang dikhaskan dalam peperiksaan rasmi dan juga kerana penghormatan
tradisional yang ada pada pencapaian budaya zaman dahulu. Prosa vernakular yang
ditulis dalam bahasa sehari-hari itu dipandang rendah. Bahasa percakapan, walaupun
lebih mendekati kegunaan biasa, tidak ditegaskan dalam tradisi Cina, dan dielakkan
dalam penulisan sastera sehmgga kurun ke-13 dan ia mulai diguna oleh penulis drama
dan fiksyen.

Berlainan dengan prosa di Barat, prosa Cina seperti puisi purba, juga mempunyai
rungsi sosial dan politik. Bagi seorang sarjana tradisional, khasnya sarjana Konfusian,
sesebuah prosa yang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika. Satu
daripada tujuan penulisan prosa adalah untuk 'menyampaikan dao', atau menunjukkan
jalan atau cara dari segi moral dan etika.

Zhuang Zi (Zhuang Zi juga nama penulis) boleh dikatakan prosa pra- Qin yang indah
sekali. Manakala Shiji (Rekod Sejarah) hasil Sima Qian, sebuah buku sejarah
mempunyai penulisan prosa yang terbaik sekali bagi zaman dinasti Han (206SM-
220SM). Kecemerlangan Shiji terletak kepada sifatnya sebagai model percantuman
sejarah dan kesusasteraan. Buku ini diberi nilai sastera yang amat tinggi dan
mempunyai pengaruh besar terhadap bukan sahaja prosa, tetapi juga novel dan drama
hari kemudian.

18.3.3 Drama

Drama Cina berkembang agak lewat. Pada dinasti Yuan (1279-1368), prestij tradisi
lama mulai merosot di bawah pemerintahan Mongol, dan kawasan utara China, di
mana penakluk asing mendirikan pusat pentadbiran mereka, menjadi satu
persekitaran yang unik dengan aktiviti sastera yang bukan konvensional seperti drama
berkembang. Drama Cina yang paling menarik ialah jenis zaju, sejenis bentuk sastera
berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada
zaman Yuan. Pelbagai tema dihasilkan dan terkandung dalam karya-karya drama.
Terdapat penulis-penulis yang menghasilkan karya dan menggunakan karya mereka
sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati atau sebagai alat
kritikan. Dengan ini zaju bukan sahaja member! hiburan tetapi juga berperanan
sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat konsensus dan simpati penonton.
Sebagai contoh, drama Dou'er yuan (Ketidakadilan Dou'er) karya Guan Hanqing,
mengkritik kelemahan pegawai Mongol yang menerima rasuah sehingga
mengakibatkan seorang suri rumah dihukum mati tanpa melakukan apa-apa
kesalahan. Karya lain seperti drama Xixiangji (Percintaan Kamar Barat) hasil penulisan
Wang Shifu, menyanjung cinta bebas melalui pelukisan watak utama sebagai berani
menentang tradisi lama dalam hal perkahwinan. Zaju banyak menyokong nilai-nilai
Cina tradisional khasnya nilai seperti zhong (kesetiaan), xiao (penghormatan terhadap
ibu bapa), jie (kesucian seseorang wanita) dan yi (keadilan).

Drama jenis lain yang harus diperkenalkan ialah chuanqi. Chuanqi yang berkembang
semasa zaju, lebih panjang dari segi skop iaitu biasanya berjumlah tiga sehingga
empat puluh adegan (babak) dan lebih fleksibel dari segi muzik dan nyanyian. Selain
chuanqi, kunqu Juga amat menarik. Bentuk drama ini berdominan sejak kurun ke-16
sehingga ke-18 dan merupakan kegemaran golongan pujangga kerana stall
nyanyiannya halus dan muziknya bergaya.

Menjelang lewat kurun ke-18, drama rakyat dan berlainan daerah mula berkembang
dan semakin popular sehingga akhirnya dipentaskan di pentas- pentas di Beijing. Dari
sini, kegiatan drama ini akhirnya melahirkan opera Cina yang menjadi salah satu
kegemaran ramai masyarakat Cina sehingga masa kini.
Seperti yang dibincangkan di atas, prinsip moral Konfusius terkandung di dalam drama
Cina tradisional. Tanggungjawab terhadap ibu bapa dan suami atau taat setia kepada
tuan atau ketua adalah nilai yang berulang kali disalurkan dalam karya-karya drama.
Secara keseluruhannya, drama Cina lebih berkecenderungan menekankan nilai-nilai
etika berbanding agama. Drama bertujuan mendukung kelakuan baik dan memberi
amaran atau berwaspada terhadap perbuatan-perbuatan jahat. Konsep tragedi seperti
yang terdapat di Barat yang menegaskan bahawa manusia tidak berupaya memahami
atau menguasai kuasa alam semesta tidak mendapat tempat dalam drama Cina.
Sesebuah drama Cina yang tipikal akan berakhir dengan mesej yang mengatakan

sesiapa yang berbuat baik akan mendapat ganjaran dan sebaliknya, yang jahat akan
menerima hukuman.

18.3.4 Fiksyen

Disebabkan cerita-cerita yang ditulis adalah dalam bahasa vernakular maka golongan
terpelajar tradisional yang memandang tinggi stall klasik secara rasmi tidak
menganggap fiksyen bernilai untuk diberi taraf sastera. Istilah Cina bagi merujuk
genre ini ialah xiaoshuo bermaksud percakapan kecil, dan percakapan sia-sia.
Ternyata, kedudukan fiksyen tidak setanding dengan puisi atau prosa yang selama ini
bukan sahaja mempunyai fungsi sastera tetapi juga berperanan sebagai pendukung
prinsip-prinsip moral etika dan juga sebagai alat politik. Walau bagaimanapun, pada
zaman awal dinasti Song (960-1279) perkembangan cerita dalam bahasa harian telah
mulai wujud, selanjutnya mencapai tahap kematangan dan kegemilangan pada zaman
dinasti Yuan (1279-1368), dinasti Ming (1368-1644) dan dinasti Qing (1644-1911).

Hasil karya berbentuk fiksyen begitu banyak dicipta dan kebanyakannya merupakan
naratif yang panjang. Sebahagiannya adalah dalam bentuk roman sejarah. Contoh
terbaik ialah Sanguoyanyi (Roman Tiga Negara), sebuah roman berdasarkan cerita
yang telah lama tersebar di kalangan rakyat mengenai perebutan kuasa tiga buah
negara pada akhir kurun ke-2. Roman sejarah seperti Sanguo yanyi mengandungi
maklumat-maklumat dan bahan-bahan yang begitu menarik bagi penulis drama Cina.
Beberapa fiksyen mempunyai nilai yang amat tinggi misalnya Honglou meng (Mimpi
Loteng Merah), yang melukiskan kehidupan dan nasib sebuah keluarga besar pada
zaman dinasti Qing. la merupakan sebuah novel dengan pencapaian sangat cemerlang
kelihatan dari segi perwatakan dan pelukisan gambaran yang mendalam serta
bermaklumat tentang kehidupan dan adat resam orang Cina.

Fiksyen Cina kadangkala digunakan sebagai alat untuk menggambarkan dunia Utopia,
dan menyokong perubahan misalnya, karya Shuihu zbuan (Kisah Pinggir Air). Terdapat
fiksyen mengenai keghaiban seperti Xijouji (Perjalanan ke Barat) dan ada juga yang
merupakan mengenai pornografi seperti/w PingMei (Emas Vas Plum), walaupun buku
ini juga mempamerkan sudut gelap masyarakat Cina yang penuh dengan rasuah dan
keruntuhan moral. Nilai terbesar novel China boleh dilihat dari aspek bahawa
kebanyakannya member! wawasan mendalam tentang budaya dan adat resam orang
Cina pada zaman sesuatu novel itu ditulis.

Bertepatan dengan penerimaan Buddhisme natijah dari interaksi dengan tamadun


India maka terdapat pengaruh unsur-unsur agama ini yang jelas. Fiksyen Cina
berkembang di atas dasar tradisi mencerita {story-telling) zaman lebih awal iaitu
penglipur lara telah meniru format dikir agama Buddha untuk menyampaikan cerita
mereka. Selain daripada cara penyampaian, terdapat juga

fiksyen yang temanya telah diilhamkan oleh catatan agama Buddha. Antara contoh
terbaik ialah Xiyou ji, yang menceritakan dengan penuh imaginasi perjalanan seorang
sami Cina ke India untuk mendapatkan kitab suci Buddha.

18.4 KESENIAN CINA

18.4.1 Muzik Klasik

Muzik Cina klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang
dalam dunia ini. Bukti dokumentasi menunjukkan bentuk muzik Cina yang wujud tidak
terbilang jumlahnya dan aktiviti penciptaan muzik Cina yang awal melibatkan
kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama.
Namun begitu, bahan muzik ini telah hilang dan yang masih dapat dilihat hanya bahan
yang wujud sejak dari zaman dinasti Song, dan Jumlahnya sudah sama dengan jumlah
kesemua bahan sistem muzik utama dalam sejarah Eropah.

Sistem melodi (tune) muzik Cina klasik adalah kompleks. Alat-alat muzik Cina
dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu alat itu
dimainkan. Pada dasarnya bahan-bahan ini termasuk logam, batu, tanah liat, kulit,
sutera, kayu, labu dan buluh. Berdasarkan cara sesuatu jenis alat muzik ini dimainkan
muzik Cina dapat diklasifikasikan kepada kategori meniup, genderang, memetik dan
menggesek.

Mengenai asal-usul muzik Cina, rekod Cina menyatakan bahawa lebih kurang pada
tahun 2697SM, Maharaja Huang Di (maharaja legenda yang dikatakan salah satu
maharaja terawal yang wujud di dalam sejarah Cina) telah menghantar orang untuk
mencari paip buluh. Palp buluh yang dicari ini dikatakan boleh mengeluarkan bunyi
serupa dengan bunyi burung phoenix dengan tujuan mendapatkan muzik yang
berharmoni dengan alam semesta. Perbincangan dan rujukan terhadap muzik juga
terdapat dalam buku-buku klasik seperti Li ji (Rekod Ritual) yang bertarikh pada kurun
ke-2SM dan Shi jing. Tokoh-tokoh seperti Konfusius juga mempunyai minat terhadap
muzik dan menimbulkan teori muzik yang lebih khusus serta prinsip estetik tentang
muzik.

Pemikiran bahawa muzik harus berharmoni dengan alam semesta bukan sahaja wujud
dalam legenda. Dalam bab "Yue ji" (Rekod Muzik) yang terkandung dalam buku Liji
telah direkodkan komen bahawa muzik adalah hasil harmoni langit dengan bumi.
Tanggapan bersifat kosmologi ini memang bukan kepercayaan karut tetapi merupakan
pemahaman mendalam mengenai fungsi budaya muzik dalam dunia manusia.
Konfusius memberi pendapat yang sama, mengatakan bahawa muzik teragung adalah
muzik yang berharmoni dengan alam sekitar, dan melalui harmoni ini dapat
memulihkan keadaan dunia fizikal. Konfusius meletakkan muzik berkedudukan (status)
penting, mengiktiraf peranannya dalam memberikan perkhidmatan dan membuat
sumbangan

terhadap pembentukan dunia yang bersifat teratur dan bermoral. Pada pendapat
beliau, muzik dan pihak pemerintah adalah saling membayangkan atau lengkap
melengkapi. Hanya manusia yang bersifat unggul (superior) dan yang berupaya
memahami muzik mempunyai kelengkapan memerintah. Muzik, melalui pemaparan
enam jenis emosi, iaitu kesedihan, kepuasan, kegembiraan, kemarahan, ketaatan dan
kecintaan dapat mempamerkan sifat benar seseorang. Sifat yang suka berpura-pura
dan menipu tidak mungkin dapat berterusan. Beliau juga menghuraikan tentang
pemilihan muzik yang bersesuaian demi menyempurnakan seseorang berbudi pekerti
dari segi moral.

Kedatangan muzik India melalui penerimaan agama Buddha telah memberikan


kenikmatan muzik yang berlainan. Muzik bercorak Asia Tengah dan Asia Barat,
misalnya muzik dari Iran juga banyak mempengaruhi muzik Cina melalui aktiviti
perdagangan dan penyebaran agama Islam ke China pada abad ke-8. Selain itu, muzik
Cina juga menggabungkan pelbagai corak muzik kaum minoriti dari seluruh negara
China.

Pengaruh muzik Cina pula dapat dilihat terhadap tamadun-tamadun lain terutama
sekali muzik Korea dan Vietnam natijah daripada interaksi antara tamadun. Muzik
Cina tersebar ke Korea sejak zaman pemerintahan dinasti Song (960-1279) dan masih
digunakan serta dikekalkan sebagai muzik sembahyang sehingga masa kini. Manakala
di Vietnam, corak muzik Cina klasik banyak dipelajan dan sebahagian dan peralatan
muzik berasal dari negara China. Cerita yang terkandung dalam muzik Vietnam banyak
diambil daripada sejarah dan legenda Cina.

18.4.2 Kaligrafi

Berbanding dengan bentuk kesenian yang lain, kaligrafi diberi penghormatan yang
paling tinggi di negara China. Kaligrafi dianggap mempunyai keunikan dalam
membayangkan kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan
personaliti. Sebagaimana usaha menghasilkan kaligrafi, untuk memkmati seni im Juga
memerlukan kualiti seseorang yang tinggi dan murni serta sensitiviti estetik yang luar
biasa. Berbanding dengan sent lukisan, contoh kaligrafi lebih tersebar meluas. Dalam
sistem pendidikan lama, salinan spesimen kaligrafi dari pakar kaligrafi yang terkenal
dibuat dalam bentuk buku untuk ditiru oleh para pelajar. Inskripsi dijumpal di mana-
mana sama ada dalam bentuk batu bersurat yang terletak di pintu tembok, kuil-kuil,
papan tanda, gerbang kehormat, tiang bangunan dan di rumah-rumah. Skrol yang
tergantung berpasangan dan mengandungi tulisan sepadan hampir dapat dilihat di
seluruh tempat. Terdapat pakar kaligrafi yang cemerlang dan unggul di antaranya
ialah Wang Xizhi (321-379).

Kaligrafi menggunakan bahan-bahan antaranya dakwat, berus, kertas, dan kadang-


kadang sutera. Dakwat dibekukan dalam bentuk batang pendek dan akan digosok pada
batu dakwat bersama sedikit air sehingga mendapat

kekonsistenan yang betui sebelum menulis. Berus diperbuat daripada bulu kambing,
rusa atau serigala dan adalah tajam di hujung. Kertas yang diguna ialah sejenis kertas
xuan yang mudah menyerap dakwat.

Kaligrafi Cina telah menghasilkan banyak stall tulisan yang telah dikembangkan.
Terdapat enam jenis stail tulisan yang masih digunakan masa sekarang walaupun ada
di antaranya yang hanya digunakan untuk tujuan spesifik. Empat stall tulisan lebih
biasa digunakan masa kini, termasuklah pertama, stall biasa atau kaishu iaitu setiap
pergerakan berus dan garis (stroke) ditulis dengan jelas; kedua, lishu iaitu sejenis
stall yang dikembangkan pada asalnya untuk kegunaan kerani, tulisannya lebih
berbentuk segi empat, dengan pergerakan berus dan garis berdatar lebih panjang
sedikit daripada pergerakan berus dan garis tegak; ketiga, xingshu atau stall berlari
iaitu bentuknya seakan-akan kaishu tetapi tangan seperti berjalan cepat atau
bergerak dengan laju apabila menulis, dengan ini menghasilkan tulisan yang bersifat
kurang teratur; dan keempat, caoshu atau stall rumput yang telah mendapat namanya
berdasarkan rupa bentuk iaitu rumput ditiup angin yang nampaknya berselerak tetapi
pada hal adalah teratur. Jenis kaishu ialah stall yang biasa digunakan dalam buku
cetakan. Caoshu pula hanya dapat difahami oleh pakar kaligrafi yang telah mahir
dalam seni ini dan bukan satu stall yang sesuai untuk kegunaan biasa.

Dari segi teknikal, kaligrafi Cina amat bergantung kepada kemahiran dan imaginasi
seseorang pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk garis yang menarik lalu
menggubah struktur yang cantik berdasarkan garis-garis ini. Usaha ini hams dijalankan
tanpa sebarang percubaan dengan sengaja untuk memperelok atau menggelapkan
stroke-stroke tertentu. Pada masa yang sama seseorang pakar kaligrafi juga perlu
menjaga ruang di antara stroke berseimbangan dan ini merupakan satu teknik yang
hanya dapat dicapai hanya selepas berlatih dalam tempoh masa yang lama.

Inspirasi asas bagi kaligrafi Cina sama dengan semua jenis seni Cina, iaitu alam semula
jadi. Sebagai mana ranting pokok yang hidup adalah bernyawa, setiap garis dalam
sebuah kaligrafi yang halus juga mempunyai tenaga benda hidup. Ini adalah sangat
berbeza daripada garis hurufyang terdapat dalam bahan cetakan, dengan variasi
bentuk dan struktur tidak dibenarkan.

Pakar kaligrafi Cina terutama pakar caoshu, tidak mentoleransikan sifat ketetapan.
Sebuah kaligrafi yang baik bukanlah satu susunan bersimetri bagi bentuk
konvensional, bahkan ia boleh disamakan dengan gerak-geri dalam sebuah tarian yang
dikoordinasikan dengan penuh kemahiran, dengan impuls, momentum, poise sejenak,
dan interaksi yang penuh kekuatan bergabung untuk menghasilkan satu kesempurnaan
seimbang. Kecantikan sesebuah kaligrafi tidak dinilai secara perkataan demi
perkataan tapi dibuat terhadap keharmonian yang ditunjukkan oleh keseluruhan hasil.

18.4.3 Seni Lukis

Dalam tradisi Cina, lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan juga
puisi. Kebanyakan pelukis bukan sahaja mahir melukis tetapi juga merupakan sarjana
dan pakar kaligrafi antaranya Su Dongpo (1037-1101) pada zaman dinasti Song.
Biasanya sebuah puisi yang berkaitan dengan sesuatu lukisan ditulis di sudut ruangan
kosong supaya mencapai tahap 'kesatuan di antara puisi, kaligrafi dan lukisan'. Sebuah
lukisan Cina merupakan kombinasi sent puisi, kaligrafi, lukisan dan juga seni ukir cap
(seal engraving).

Berdasarkan cara penyampaian, lukisan Cina tradisional boleh dibahagikan kepada dua
kategori iaitu pertama, xieyi (bebas tangan/freehand brushwork) dan kedua, gonghi
(menggunakan garis halus dan teliti dengan memberi perhatian kepada butir-butir).
Xieyi merupakan pendekatan asas lukisan Cina. Teori estetik xieyi menitikberatkan
sentimen dan mengabaikan realisme. Aspek seperti perspektif dan cahaya tidak
penting. Qi Baishi, pelukis Cina terkenal pada masa moden misalnya, tidak melukis
udang, serangga, burung atau bunga mengikut rupa bentuk sebenar tetapi hanya
menunjukkan sifat paling penting (essence) objek-objek ini mengikut pengalaman dan
fahaman sendiri. Apabila melukis landskap, jarang pelukis xieyi melukis tempat yang
benar-benar wujud, tetapi mereka hanya meminjam bentuk-bentuk gunung, sungai,
batu, pokok untuk dijadikan alat menyatakan perasaan dan idea mereka. Walaupun
mereka mengelakkan dari memberi gambaran tepat, mereka perlu membuat lukisan
landskap yang digemari mereka sebagai landskap, dan membawa peminat ke dalam
dunia alam semula jadi serta bersatu dengannya.

Dalam lukisan Cina, bahan yang sama digunakan sebagai mana yang digunakan oleh
ahli kaligrafi Cina. Kebanyakan lukisan Cina dilukis dengan menggunakan dakwat
monokrom.

Seseorang pelukis perlu memastikan terlebih dahulu mengenai apa yang ingin
dilukiskan supaya tidak berlaku kesilapan atau kesalahan apabila melukis dan beliau
perlu menyiapkan hasil lukisan dengan penuh keyakinan, kelajuan serta kemahiran
menguasai teknik lukis. Keyakinan dan kemahiran ini hanya dapat diperolehi melalui
latihan yang panjang dan berdasarkan pengalaman. Format lukisan biasanya dalam
bentuk skrol panjang yang digantung secara tegak atau skrol tangan melintang yang
berbeza panjangnya, kadang-kadang sepanjang lima belas meter. Bentuk lain ialah
kipas dan lembaran album.

Kriteria menilai lukisan berdasarkan kriteria sama yang digunakan untuk menilai
kaligrafi. Sesuatu lukisan yang bernilai harus menunjukkan pergerakan berus yang
penuh dengan tenaga (vitality) dan perasaan (expressiveness) serta komposisi yang
bersifat harmoni secara keseluruhan. Bagi seseorang peminat lukisan Cina,
tandatangan pelukis, tulisan, biasanya puisi dan cap merupakan bahagian komposisi
yang juga diperlukan.

Lukisan Cina di peringkat awal dihasilkan oleh tukang-tukang lukis yang tidak
diketahui namanya untuk kegunaan istana dan keluarga feudal.

Bagaimanapun, selepas dinasti Han (206SM-220SM) konsep seni halus (fine art) mulai
wujud sebagai hasil kegemaran waktu lapang bagi golongan atasan yang
berpendidikan. Lama-kelamaan satu tradisi wujud iaitu pelukis pujangga amatur ini
kian terpisah dengan tukang lukis istana dan tukang lukis profesional yang menjual
lukisan mereka untuk tujuan mendapat keuntungan. Sedangkan tukang lukis istana
dan profesional lebih cenderung kepada sifat realisme pelukis pujangga mengabaikan
pencapaian ketepatan dari segi visual (visual accuracy). Dalam lukisan mereka maksud
sebenar disampaikan secara tersembunyi kerana bukan semua maksud hams
dikatakan. Bagi seorang pelukis pujangga, sedikit bayangan adalah mencukupi.
Percubaan untuk menyampaikan lebih daripada apa yang diperlukan akan
menyebabkan sesuatu lukisan itu dikritik sebagai kasar, dan dianggap tidak ada
konsep seni.

Berbanding tema dalam lukisan Barat, tema lukisan Cina adalah terhad dan tidak
dianggap menyeluruh. Subjek seperti peperangan, kekerasan, kematian, kawasan
bandar, sudut gelap dalam kehidupan dan kebogelan jarang menarik minat pelukis
Cina. Bagi orang Cina, seni lukisan bukan dihasilkan dengan maksud untuk
menggambarkan kesemuanya ini dan objek yang tidak bernyawa jarang dilukiskan.
Batu dan sungai dianggap seperti bernyawa dan merupakan manifestasi kuasa yang
tidak dapat dilihat dalam alam semesta. Lukisan yang hanya mementingkan bentuk
juga tidak ada tempat kerana orang Cina tidak menerima lukisan yang bentuknya
cantik tetapi temanya tidak memberikan manfaat dari segi keimanan dan akhlak.

Lukisan landskap merupakan jenis lukisan utama. Lukisan mengenai tumbuh-tumbuhan


dan binatang-binatang juga digeman. Selam itu juga terdapat lukisan potret dan
figura. Dalam konteks ini, perhubungan antara manusia sangat penting dalam negara
China. Jadi satu tema biasa bagi lukisan figura ialah berkenaan dengan para lelaki
yang berbudi bahasa menikmati aktiviti ilmiah bersama atau berkenaan perpisahan
dan pertemuan semula para pegawal kerajaan.

Boleh dikatakan kebanyakan lukisan Cina bersifat simbolik. Buluh menandakan


semangat seorang sarjana yang mungkin dibengkok oleh sebab keadaan tertentu
tetapi tidak boleh dipatah; burung jenjang bersimbolik hidup panjang; dan itik
mandarin yang selalu berpasangan menunjuk kepada kesetiaan suami-isten. Simbol
paling popular yang diambil dan dunia tumbuh-tumbuhan ialah orkid, simbol Konfusian
bagi kesucian dan kehalusan budi pekerti. Bunga plum pada musim sejuk yang
berbunga juga dalam cuaca saiji melambangkan semangat atau kehalusan kualiti yang
tidak akan tunduk dilihat dari segi politik, dan pokok pain tua yang berbonjol-bonjol
mewakili sifat bertahan dalam persekitaran politik yang keras atau semangat usia tua
yang tidak dapat ditakluk. Sifat simbolik ini menjadikan lukisan Cina sebagai satu
perantara paling baik yang membayangkan personaliti, perasaan dan jiwa seseorang
pelukis. Oleh itu, kebanyakan pelukis Cina memberi fokus kepada menyatakan
kesedaran

dalaman terhadap sesuatu lebih daripada cuba menggambarkan objek sebenar atau
menyampaikan rasa realiti (sense of reality) atau objek bertiga dimensi.

Masyarakat Cina yang bersifat pertanian menegaskan manusia harus memahami corak
alam semula jadi dan hidup bertepatan serta secara harmoni dengannya. Dalam
lukisan, terutamanya lukisan landskap, penekanan diberi kepada menggambarkan
kefahaman manusia terhadap alam semula jadi. Pelukis juga suka melukis objek kecil
dalam alam sekitar seperti buluh, burung, tumbuhan, bunga, ikan dan sebagainya.
Kita dapat menyimpulkan aspek lukisan Cina ini sebagai aspek Daois. Bukan semua
lukisan Cina berkecenderungan Daois. Hasil lukisan di peringkat awal misalnya, juga
mempunyai fungsi sosial dan moral. Lukisan potret membayangkan peribadi dan
peranan sosial seseorang. Tukang lukis istana juga melukiskan berkenaan peristiwa-
peristiwa yang dianggap bertuah dan tidak dapat dilupakan. Ini merupakan aspek
Konfusian lukisan Cma.

Mengenai pengaruh dari tamadun lain, seni khat dengan tulisan Arab bercorak Islam
telah bersatu dengan seni kaligrafi Cina untuk menghasilkan sent khat bersifat Cina
beragama Islam. Seni lukis Cina juga dipengaruhi oleh agama Buddha sejak zaman
dinasti Han. Latar belakang dan dewa-dewi yang berwarna-warm diambil daripada
centa dan ajaran agama Buddha masih dapat dilihat di dinding dalam Groto Dunhuang
tinggalan dinasti Tang. Kaligrafi dan lukisan Cina memberi kesan terhadap seni Asia
Timur, iaitu Korea dan Jepun yang masih mengekalkan tulisan Cina kuno sebagai
tulisan klasik mereka. Seni kaligrafi telah disebarkan ke Korea dan Jepun pada zaman
dinasti Tang. Sehingga masa kini, pakar-pakar kaligrafi masih dihormati oleh
masyarakat Korea dan Jepun serta karya kaligrafi dianggap sebagai bahan seni yang
amat bernilai. Lukisan Korea dan Jepun mempunyai kesan corak seni lukis dinasti
Tang. Kesan corak Lingnan shanshui iaitu lukisan landskap sekolah Lingnan dari dinasti
Song banyak terdapat dalam lukisan landskap Jepun.

18.4.4 Seni Pembinaan

Dalam aspek seni bina, tinggalan binaan dan tembok dari zaman dahulu yang masih
wujud sehingga kini sangat berkurangan. Ini disebabkan sebahagian besar bahan-
bahan yang digunakan iaitu kayu tidak dapat bertahan lama kerana pengaruh ikhm
dan cuaca. Ciri utama binaan Cina dapat dilihat dari pelbagai segi antaranya yang
paling jelas lalah kemginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta.
Sejak dari awal lagi, orang Cina mempercayai sekiranya manusia ingin maju ia tidak
harus menimbulkan kemarahan atau cuba menguasai alam semesta tetapi sebaliknya,
harus berusaha untuk mencapai keharmonian dengannya. Pemikiran ini dapat
dinyatakan dengan jelas dalam kepercayaan fengshui (geomancy), iaitu lokasi dan
susunan dalam sesebuah rumah atau kubur selalunya ditetapkan dengan panduan teon
fengshui. Lokasi dan susunan yang

mempunyai fengshui yang buruk, iaitu yang tidak berharmoni dengan alam semesta
akan menjejaskan masa depan sesebuah keluarga.

Dalam seni bina Cina, tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana
semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan
keselamatan. Di peringkat kampung dan desa, kadang-kadang benteng tanah dibina
mengelilingi kawasan tersebut dengan tujuan yang sama. Tembok kota kebiasaannya
mengagumkan dengan ketinggian kebanyakannya dua puluh lima hingga tiga puluh
kaki dan luasnya dua puluh kaki atau lebih. Lilitan tembok sepanjang lima atau enam
batu merupakan suatu yang biasa dan di sesetengah bandar misalnya di Beijing,
tembok lebih tinggi dan meliputi kawasan lebih luas. Tembok kota mempunyai pintu
yang dibuka pada waktu tertentu iaitu waktu fajar dan ditutup pada waktu malam. Di
atas pintu terdapat menara yang tinggmya beberapa tingkat. Tembok kota biasanya
dikelilingi oleh pant penuh dengan air yang dalam dan lebar. Tembok yang terkenal di
negara China dan juga di dunia ialah Tembok Besar China {The Great Wall of China).
Tembok juga dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga untuk memagari
kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman.

Binaan Cina tradisional yang diperbuat dari kayu biasanya kayu berkualiti baik dan
mempunyai rangka yang berbentuk "tiang dan ambang" (post-and-lintel frame), atau
tiang tegak dengan balak melintang di atas. Tiang kayu yang digunakan untuk
menyokong bumbung kadang-kadang dicat dan kayu lintang yang mengikut
keseluruhan binaan biasanya dihiaskan dengan ukiran atau lukisan corak berwarna.

Bumbung binaan Cina adalah menonjol, bercerun curam dengan cucur bumbung yang
melengkung ke atas di sudutnya. Bumbung biasanya dipasang tembikar walaupun
keluarga miskin menggunakan bumbung atas. Bumbung kuil dan istana biasanya
mempunyai tembikar berwarna kilat misalnya, bumbung Tian Tan (Kuil Syurga) di
Beijing yang berwarna kilat biru.

Pavilion dalam bentuk oktagonal untuk tujuan hiasan Juga merupakan satu cin seni
bina Cina. Ciri lain termasuklah pagoda, yang dipengaruhl oleh agama Buddha. Pagoda
hilang hubungannya dengan agama Buddha kemudian, dan kebanyakan pagoda yang
dibina terkemudian adalah untuk tu]\iznfengshui. Pailou Sitnupaifang iaitu gerbang
pada asalnya dibina untuk tujuan memperingati seseorang berdasarkan merit,
misalnya seorang balu muda yang hidup mulia hingga ke usia tua; atau sebuah
keluarga yang hidup bersama untuk beberapa generasi. Jambatan kebanyakannya
dibina dari batu dan ada yang mempunyai lebih dari satu gerbang, adalah ciri lain
binaan Cina.
Bagi orang Cina seni taman berkait rapat dengan seni bina. Taman- taman Cina
bahkan taman-taman diraja atau persendirian, melanjutkan lagi pnnsip binaan dengan
reka bentuk telah diubahsuaikan untuk bersesuaian dengan alam sekitar dan bukan
untuk berdominan. Istana Musim Panas (The Summer Place) di kawasan desa Beijing
mempamerkan kejayaan cemerlang orang Cina

dalam merancangkan susunan binaan yang bersesuaian dengan landskap. Dilihat dari
segi pembinaan, Beijing yang dibina bertepatan dengan statusnya sebagai ibu kota
sebuah empayar boleh dikatakan bandar yang paling mengagumkan.

18.4.5 Seni Cina yang Lain

Hasil area di negara China biasanya tidak diperbuat sebagai objek seni tetapi untuk
tujuan keperluan istiadat, agama atau pengkebumian. Hasil area yang teragung
merupakan patung dewa-dewi agama Buddha yang diukir daripada batu atau kayu.

Seni hias yang paling penting termasuk seni tembikar, seni ukir, sent logam, seni
lakuer, perabot dan tekstil. Hasil tembikar berkilat telah wujud seawal kurun ke-2SM
dan porselin diperkembangkan pada kurun ke-6, lebih awal daripada penemuannya di
Eropah. Pengaruh seni porselin Cina terhadap seni tembikar Eropah adalah sangat
besar.

Secara umumnya, dapat disimpulkan mengenai beberapa aspek-aspek penting dalam


bidang bahasa dan kesusasteraan, dan kesenian dalam tamadun Cina. Pertama,
pencapaian kesusasteraan dan kesenian Cina telah memperkayakan tamadun Cina.
Kedua, kegunaan bahasa Cina telah menyebabkan perkembangan kesusasteraan Cina
berterusan tanpa gangguan. Bagaimanapun, unsur luar seperti kedatangan Buddhisme
menggalakkan interaksi tamadun dan seterusnya membawa pengaruh asing kepada
sastera Cina. Ketiga, kesusasteraan Cina mempunyai fungsi sosial dan politik selain
rungsi sastera. Sastera khasnya sastera yang wujud sebelum pemerintahan orang
Mongol, harus mempunyai tujuan mempertingkat dan menyempurnakan seseorang
individu dan segi moral dan etika. Keempat, sifat harmoni diutamakan. Sastera Cina
menegaskan ciri zhonghe, iaitu harmoni antara emosi dengan rasional, selaras dengan
semangat zhongyong (kesederhanaan) dalam tamadun Cina. Kesenian Cina juga
menunjukkan sifat harmoni dengan alam semesta. Dan kehma, falsafah Konfusius
tidak memberi pengaruh yang kuat terhadap aspek seni Cina. Sebaliknya, seni Cina
banyak memperlihatkan ciri-ciri Daoisme dan Buddhisme. Selain itu, unsur-unsur
budaya pendatang dari kawasan sekitar negara China juga diserap dalam bidang seni.

18.5 SAINS DAN TEKNOLOGI CINA

Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15
sehingga kurun ke-11SM. Di peringkat awal permulaannya, budaya Cina sangat
menghargai kemahiran dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana
kewujudan budaya Cina bergantung kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal
banjir Sungai Kuning. Teknologi yang lain misalnya, teknologi melebur dan menuang
besi ke dalam acuan (eating of iron), pengeluaran

porselin, pembuatan kertas dan loyang, dipercayai telah wujud pada masa yang lebih
awal lagi. Bagaimanapun, berikutan perkembangan sejarah, budaya Cina menjadi satu
dengan golongan elit birokratik begitu dominan. Golongan ini telah membawa kesan
konservatif terhadap inovasi, dan selanjutnya telah menghalang segala pengenalan
teknik baru kecuali teknik itu boleh mendatangkan manfaat secara langsung kepada
seluruh birokrasi.

Interaksi atau hubungan antara China dengan Barat kurang terserlah sehinggalah
kemunculan zaman moden. Namun begitu, wujud pertemuan sekali- sekala yang
berlangsung antaranya pengembaraan Marco Polo pada tahun 1275- 1292. Ini telah
menarik perhatian dunia Barat tentang keunggulan teknologi Cina dan seterusnya
berlaku pemindahan pengetahuan teknologi dan China ke Barat. Ilmu mengenai
sutera, kompas, pembuatan kertas dan porselin di dunia Barat dibawa masuk dari
negara China. Bagaimanapun, para pemerintah China tidak berminat untuk
menggalakkan penciptaan atau perniagaan dan perindustrian serta tidak
menggalakkan perhubungan perniagaan dengan dunia luar. Kesannya, negara China
telah ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi sehingga abad ke-20 yang
kemudiannya, evolusi politik dan pergolakan sosial telah membangkitkan kesedaran
orang Cina tentang kepentingan sains dan teknologi moden.

18.5.1 Bidang Astronomi

Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3SM), orang Cina
telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana
dan komet. Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan
astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan
berterusan sepanjang lebih daripada 2,000 tahun. Sistem kalendar Cina juga adalah
salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di
dunia ini.

18.5.2 Bidang Matematik

Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik. Penggunaan
sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli
matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa
yang lebih lewat. Kebanyakan matematik Cina terkandung dalam karya agong jiuzhang
suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang (kurun ke-2SM). Di dalam buku ini
terdapat misalnya catatan mengenai kuantiti negatif. Ahli matematik Cina juga
mengenai pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan. Kesemua kemajuan
dalam bidang matematik ini kekal digunakan sehingga masa kini.
18.5.3 Bidang Perubatan

Sistem perubatan Cina tradisional bersifat kepurbaan dan adalah bebas daripada
pengaruh asing. Mengikut legenda, ia bermula sejak masa Fu Xi (2953SM?) dan
diperkembangkan seterusnya oleh Shen Nong (?-2698SM?) dan Huang Di (?-2598SM?).

Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin dan
yang dan juga teori lima elemen. Teori yin dan yang mengatakan bahawa
keseimbangan secara harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang akan mempengaruhi
kesihatan badan manusia. Apabila kadar yin dan yang dalam badan manusia kurang
seimbang, kesakitan berlaku. Dalam badan manusia kadar yin dan yang boleh dikawal
dan ini merupakan tumpuan paling utama dalam perubatan Cina tradisional. Teori
lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini
dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal adalah secocok
dengan lima elemen dalam alam semesta. Misalnya, paru-paru dianggap mempunyai
kualiti kayu yang boleh dinyala oleh api. Oleh itu seseorang yang menghadapi
gangguan paru-paru mudah menjadi marah. Berdasarkan dua teori ini doktor Cina
tradisional mengambil berat tentang kepentingan melaraskan semula keseimbangan
harmoni badan seseorang pesakit.

Satu lagi bentuk teori penting ialah teonjing (saluran) dan luo (kolateral) yang
merupakan asas bagi rawatan terapeutik seperti akupuntur dan moxishustion
(membakar daun moxa). Mengikut teori ini, organ dalaman, tangan dan kaki badan
manusia adalah berkaitan dan dihubungkan oleh saluran di mana darah dan qi (tenaga
dinamik) beredar. Apabilaywg atau luo tersekat, darah dan qi tidak dapat mengalir
lancar dan ini akan menyebabkan kesakitan. Dengan ini memastikan darah dan qi
mengalir lancar merupakan asas dan langkah pertama untuk menyembuhkan sesuatu
penyakit.

Akupuntur dan moxihustion sangat penting dalam perubatan Cina tradisional.


Berdasarkan teori jing dan luo, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau
mencucuk jarum logam yang telah disteril, yang panjangnya antara 3 sehingga 24 cm
ke dalam kulit dan tisu di bawah kulit. Salah satu tujuannya adalah untuk
menstimulasikan titik tertentu pada saluran jing dan luo supaya gangguan peredaran
darah atau qi dapat dibetulkan. Pengamalan akupuntur telah bermula sejak kira-kira
2,500SM atau lebih awal dan adalah benar-benar sifat Cina dari sudut perubatan.
Dalam rawatan moxibustion, daun moxa (Artemisia chinensis) dibubuh pada titik
tertentu pada permukaan kulit lalu dibakar.

Bahan yang digunakan sebagai ubat-ubatan sangat luas termasuklah tumbuh-


tumbuhan (herba), binatang dan sumber galian. Terdapat herba zaman purba yang
berjumlah lebih kurang 1,000 jenis. Kegunaan ubat-ubatan dalam rawatan pada
dasarnya ialah untuk memulihkan keseimbangan yin dan yang dan merupakan satu
perkara yang agak rumit. Ini menyebabkan cara mempreskripsi
(menentukan penggunaan ubat-ubatan) bersifat kompleks. Terdapat ubat yang telah
diguna oleh sistem perubatan Barat misalnya rubarb, besi (untuk anemia), dan kapur
barus (champor). Herba mahuang telah digunakan sekurang-kurangnya sepanjang
4,000 tahun di negara China dan sekarang sangat berguna dalam bidang perubatan
Barat untuk merawat penyakit lelah (asthma) dan penyakit lain yang berkaitan.

Buku mengenai perubatan dan farmokologi Cina tradisional sangat berguna dalam
memperkembangkan sains perubatan Cina. Huangdi neijing (Klasik Perubatan
Maharaja Kuning), yang dipercayai dihasilkan oleh sarjana perubatan tidak bernama
pada Zaman Negeri Berperang (475-221SM), merupakan kesimpulan sempurna yang
pertama bagi perubatan Cina tradisional. Bencao gangmu (Farmakopeia Agung) yang
ditulis oleh Li Shizhen (1518-1593) ialah farmakopeia Cina teragung dan mengandungi
52 jilid yang masih dianggap berwibawa sehingga masa kini.

18.5.4 Bidang Optik

Dalam bidang optik, saintis Cina awal telah memberi perhatian kepada penyongsangan
(inversion) imej yang dihasilkan oleh kamera lubangjarum (pin- hole camera), dan
begitu juga pelbagai imej yang dihasilkan oleh kanta cekung (concave- lens). Mereka
juga memahami prinsip fokus.

18.5.5 Bidang Alkimia

Ahli alkimia Cina dalam usaha mereka mencari satu cara yang dapat membuat
manusia hidup selama-lamanya telah menghasilkan sejenis "eliksir kehidupan" (elixir
of life). "Eliksir kehidupan" ini mengandungi bahan-bahan seperti merkuri, plumbum
dan arsenik. Bahan-bahan tersebut kebanyakan adalah bersifat toksik dan ahli alkimia
sedar akan sifat ini. Dalam bidang perubatan moden, penggunaan bahan beracun
adalah biasa. Walaupun tujuan utama adalah untuk mengkaji hasil yang dapat
memanjangkan usia manusia, uji kaji ahli alkimia Cina dalam mencampur pelbagai
bahan, termasuk bahan beracun, telah menyebabkan ciptaan lain yang berguna.

18.5.6 Teknologi Cina

Antara kurun ke-15 sehingga ke-11SM, orang Cina sudah tahu akan teknik pengairan,
pertanian, astronomi, cara membuat kalendar dan penulisan. Seawal lebih kurang
tahun 200SM, mereka telah menghasilkan abah-abah yang diikat pada dada (breast-
strap harness). Ciptaan ini membolehkan kuda membawa muatan yang lebih berat
dengan lebih mudah. la dibawa dari China ke Barat antara kurun ke-7 hingga ke-11
dan adalah asas bagi abah kerongkong yang

digunakan masa sekarang. Kereta sorong (wheelbarrow) yang banyak meringankan


tenaga manusia pula dicipta pada kira-kira tahun 200SM.
Masyarakat Cina juga menyedari mengenai kebaikan tumbuh-tumbuhan dan binatang-
binatang dari segi perekonomian. Dari China, dibawa kain sutera ke dunia Barat
semasa pemerintahan era Roma, dan ulat sutera serta pokok mulberi diperkenalkan di
Eropah pada kurun ke-6. Manakala fosil dikenali buat pertama kali di negara China
kira-kira pada tahun 1050 oleh Zhu Xi, sedangkan di Eropah hanya selepas Leonardo
da Vinci iaitu kira-kira pada kurun ke-15.

18.6 EMPAT PENCIPTAAN AGUNG

Antara pencapaian teknologi Cina purba, yang paling berguna dan berpengaruh dan
segi sumbangan terhadap perkembangan teknologi serta tamadun dunia ialah empat
penciptaan agung iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan
kompas.

Mengenai teknik membuat kertas, ia telah dicipta oleh Cai Lun dengan bahan-
bahannya menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi membuat
kertas ini kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan
Sutera Lama (The Old Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.

Teknologi teknik pencetakan (printing) telah mula diperkenalkan semasa


pemerintahan dinasti Tang (618-906). Antara buku bercetak yang paling awal dan
masih wujud sehingga kini ialah fingangjing (Kitab Sutra Diamond) versi Cina yang
bertarikh 11 Mei 868 yang kini disimpan dan dipelihara di Muzium British di England.
Buku ini dianggap mewakili hasil daripada pengalaman lama orang Cina dalam teknik
percetakan blok (block-printing). Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik
percetakan bergerak (mobile-type printing) dan mula menggunakannya secara umum.
Penciptaan Bi Sheng adalah 400 tahun lebih awal daripada penciptaan yang sama di
dunia Barat yang hanya berlaku pada kurun ke-15.

Bahan letupan (gunpowder) pula telah dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois yang
menemui formulanya dalam uji kaji mencampur saltpetre dengan sulfur dan karbon.
Menjelang kurun ke-7, orang Cina sudah pun menggunakan bahan letupan untuk
membuat bunga api. Bahan letupan mulai digunakan dalam bidang militari pada tahun
906 oleh ketua tentera Tang (618-906). Ilmu bahan letupan dibawa masuk dan
diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-13 dan seterusnya dan situ diperkenalkan
ke negara Eropah.

Kompas juga merupakan salah satu dari empat penciptaan agung dalam tamadun Cina
yang memberikan sumbangan bermakna kepada tamadun dunia sehingga masa kini.
Semasa dinasti Han (206SM - 220SM) sifat-sifat magnet

sudah diketahui di negara China. Antara kurun pertama dengan kurun ke-6, orang Cina
sudah pun menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan (induced
magnetism), dan menjelang kurun ke-8 dan ke-9, ilmu pengherotan (declination) dan
juga kekutuban magnet (polarity) dikuasai. Berdasarkan ilmu pengetahuan ini, orang
Cina telah menghasilkan kompas, yang pada mulanya untuk digunakan di kapal.

18.7 KEMEROSOTAN DAN CIRI-CIRI SAINS CINA

Seperti yang dibincangkan di atas, negara China telah banyak menyumbang kepada
tamadun dunia di bidang sains dan teknologi terutamanya sebelum kurun ke-14. Akan
tetapi, selepas ini sains dan teknologi di China boleh dikatakan mengalami tahap
kemerosotan.

Beberapa ciri yang berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi Cina boleh
dirumuskan seperti berikut iaitu pertama, sifat orang Cina yang pragmatik dan
praktikal. Orang Cina lebih mengutamakan teknologi atau alat- alat penciptaan untuk
tujuan pragmatik atau kegunaan berbanding dengan menjalankan penyelidikan dalam
bidang sains untuk maksud pengetahuan yang bersifat asas dan teoretikal.

Kedua, cara berfikir Cina yang mengutamakan pengalaman. Berdasarkan pengalaman


orang Cina telah mencapai tahap kemajuan yang tinggi mengenai teknologi dan alat-
alat penggunaan seperti kalendar, cara pengairan, abacus, perubatan Cina tradisional
dan sebagainya. Akan tetapi, mereka kurang menjalankan penyelidikan tentang teori
sains secara kritis, analisis dan logik. Mereka jarang mengaplikasikan pendekatan
kuantitatif dan logik terhadap pengetahuan empirik. Mereka berminat akan aspek 'apa'
dan bukan aspek 'mengapa' tentang sesuatu keadaan atau benda.

Ketiga, falsafah Cina yang mementingkan aspek humanisme. Pemikiran Konfusius yang
berasaskan sifat humanisme mengutamakan aspek pembinaan akhlak perseorangan
supaya menjadi individu yang berguna terhadap keluarga, masyarakat, negara dan
dunia. Sehubungan ini, kewajipan sosial seseorang dalam konteks 'lima hubungan
sosial' ditegaskan dalam sistern pendidikan Cina. Akibatnya, para sarjana kurang
berminat terhadap pengetahuan sains, khususnya sains semulajadi (natural science).

Keempat, kesan sistem peperiksaan perkhidmatan awam. Sistem peperiksaan ini


mementingkan aspek falsafah dan etika Konfusianisme dan dengan ini tidak
menggalakkan kemunculan bakat yang mahir dalam bidang sains.

Dan kelima, pendekatan holistik terhadap kehidupan. Pendekatan holistik ini jelas
kelihatan di bidang perubatan Cina yang memandang seluruh bahagian badan manusia
itu sebagai satu, iaitu sebarang bahagian badan tidak

terpisah daripada bahagian yang lain, dan seseorang pesakit diteliti dari konteks yang
luas termasuk sosial dan biologi.

Sumbangan tamadun Cina terhadap tamadun dunia di bidang sains dan teknologi
adalah banyak dan besar. Interaksi antara tamadun di bidang sains dan teknologi
berlaku sejak tahap permulaan dengan pelbagai tradisi sains saling pengaruh
mempengaruhl antara satu sama lain.
18.8 PENUTUP

Kesusasteraan klasik dan kesenian Cina merupakan hasil budaya Cina yang amat
bernilai. Seperti komponen budaya Cina yang lain, kandungan kesusasteraan klasik
dan kesenian Cina adalah sangat kaya dan menarik.

Di bidang sains dan teknologi, walaupun perkembangannya tidak sebegitu pesat


berbanding dengan sains dan teknologi moden, orang Cina telah mempelopori
penciptaan kertas, percetakan, bahan letupan dan kompas yang banyak memberi
manfaat kepada permodenan negara-negara Barat.

Dengan pencapaian-pencapaian penting dalam bidang bahasa dan kesusasteraan,


kesenian, sains dan teknologi dalam tamadun Cina, ini membuktikan bahawa tamadun
Cina merupakan antara penyumbang utama dan penting kepada perkembangan
tamadun dunia. Melalui hubungan atau interaksi antara tamadun, pencapaian-
pencapaian tamadun Cina kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan kepada
tamadun-tamadun lain sehingga sesetengahnya kekal sehingga masa kini walaupun
berlaku proses pembaharuan, perubahan dan penyesuaian menurut zaman.

Bab 19

TAMADUN CINA: INTERAKSI DENGAN TAMADUN LAIN DAN RELEVANSINYA DI MALAYSIA


DAN DUNIA

Cheng Gek Nai 

Zaman Xia, Asimilasi, Bulatan budaya Cina: Korea, Jepun, Vietnam, Interaksi Budaya:
China-Asia Tenggara; China-India; China-Dunia Arab, Amalgamasi, Akulturasi, Proses
Penyesuaian Diri, Dialog Peradaban, Buddhisme di China, Jalan Sutera, Islam di China,
Dampak Barat, Globalisasi Zaman Informasi, Kerelevanan Tamadun Cina di Malaysia.

19.1 INTERAKSI ANTARA TAMADUN: PENGENALAN

Pada zaman Xia (kk kurun ke-21SM hingga ke-16SM), nama seperti Hua, Xia dan
Zhongguo mula digunakan untuk merujuk kepada kawasan di bahagian tengah antara
dua sungai besar, iaitu Huanghe dan Yangzi. Ini menunjukkan penduduk di kawasan
berkenaan telah mempunyai satu perasaan identiti sosial dan budaya, iaitu kesedaran
bahawa dari beberapa aspek budaya mereka adalah satu entiti yang berlainan
daripada kumpulan-kumpulan lain di sekelilingnya. Perasaan identiti ini adalah hasil
daripada satu proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras
atau etnik yang menetap di kawasan tersebut. Proses ini memakan masa beribu-ribu
tahun dan sukar dikesan dalam kebudayaan Xia. Oleh kerana kebudayaan Cina
berpunca daripada kebudayaan Xia maka dapat dianggap bahawa interaksi
kebudayaan Cina dengan kebudayaan lain bermula pada zaman ini. Melalui proses
interaksi antara budaya ini, interaksi pada peringkat tamadun antara China dengan
dunia lain mula terbentuk.

Interaksi antara budaya terus berlangsung sehingga mengakibatkan banyak lagi


kumpulan etnik, yang namanya dapat dikesan dalam rekod sejarah

Cina, telah bergabung atau diasimilasikan dengan orang Xia (kemudiannya dikenali
sebagai orang Han atau Cina). Kawasan yang dipengaruhi oleh kebudayaan Cina terus
berkembang serentak dengan perkembangan tanah jajahan dinasti Zhou (kk 1123SM-
221SM), dinasti Qin (221SM-206SM), dinasti Han (206SM-220 TM) dan zaman
seterusnya. Sistem politik yang berwibawa, kuat dan stabil serta pencapaian tahap
kemajuan yang lebih tinggi secara relatifnya telah mendorong kebudayaan Cina
berkembang ke rantau lain, sama ada di kawasan berdekatan atau jauh. Mengikut
ahli-ahli antropologi, kawasan-kawasan yang dipengaruhi (dilingkungi) oleh sesuatu
kebudayaan dapat dikenali sebagai bulatan budaya. Bagi kebudayaan Cina, bulatan
budayanya meliputi kawasan Korea, Jepun dan Vietnam. Di peringkat luar bulatan
budaya, kebudayaan Cina telah berinteraksi dengan kebudayaan di rantau Asia
Tenggara, India, Tanah Arab dan Parsi (Islam), dan Eropah.

19.2 INTERAKSI BUDAYA CINA DENGAN KAWASAN BULATAN BUDAYA

19.2.1 Interaksi Budaya Cina dengan Korea


Bukti-bukti arkeologi menunjukkan bahawa Korea semasa zaman Neolitik dan Gangsa
(sehingga kk kurun ke-10SM) mempunyai kebudayaan yang sama dengan Provinsi
Liaoning dan Shandong, China. Walau bagaimanapun, orang Korea adalah berlainan
daripada orang Cina dari segi ras dan bahasa. Oleh sebab kedua-dua negeri
berdekatan dan bercorak agraria, kebudayaan Cina amat berpengaruh terhadap
kebudayaan Korea sehingga awal kurun ke-20.

Pada zaman dinasti Shang (kk kurun ke-16SM-ke-11SM) orang Cina telah mengenali
Korea sebagai satu kawasan dan entiti yang tersendiri. Selain kegiatan perdagangan,
orang Cina berhijrah ke Korea kerana melarikan diri daripada peperangan ataupun
penyeksaan politik. Seorang pelarian politik Cina iaitu Wiman, dikatakan pernah
memerintah sebuah wilayah puak Korea iaitu Chosan pada kurun ke-2SM. Pada tahun
108SM, wilayah-wilayah puak Korea termasuk Chosan telah dikuasai dan dijajah oleh
empayar Han. Imigrasi orang Cina, pemerintahan Wiman dan penjajahan empayar Han
telah mempengaruhi orang Korea mirip kepada kebudayaan Cina sepanjang
sejarahnya, sehingga Korea dijajah oleh kuasa Jepun pada tahun 1910.

Antara kurun pertama dengan ke-6, muncul tiga negeri berbentuk sukuan iaitu
Koguryo, Paekche dan Silla yang masing-masing menyatukan sebilangan wilayah puak-
puak. Unsur-unsur kebudayaan Cina telah diserap secara besar- besaran oleh setiap
negeri sukuan ini. Proses perkembangan ini mencapai kemuncaknya apabila Korea
muncul sebagai sebuah negara berfahaman Konfusianisme semasa dinasti Li (1392-
1910) yang memerintah seluruh
Semenanjung Korea. Dari dinasti Sui sehingga dinasti Qing (581-1911), interaksi antara
China dengan Korea tidak terhenti-henti malah sentiasa berkembang. Antara unsur-
unsur kebudayaan Cina yang amat berpengaruh di Korea ialah Konfusianisme dan
Buddhisme. Melalui Konfusianisme, undang-undang dan institusi sosial, budaya dan
politik Cina diterima secara bulat-bulat oleh semua lapisan masyarakat Korea. Klasik
Konfusius begitu terkenal dan bernilai di kalangan golongan atasan dan cendekiawan,
dan pengajian Konfusianisme diiktiraf oleh kerajaan sebagai pengajian yang unggul.
Ketiga-tiga negeri sukuan tersebut mendirikan institusi pendidikan untuk mengkaji
Konfusianisme dan Buddhisme di samping dijadikan bahan pengajaran. Untuk
mengukuhkan kedudukan ini, kerajaan menghantar beratus-ratus pelajar ke negara
China untuk mempelajari Konfusianisme dan memahami sistem pentadbiran China.
Akibat daripada interaksi ini, sistem birokrasi, peperiksaan, perundangan dan
ketenteraan telah dipindah atau dibawa sepenuhnya ke Korea. Setiap tahap
perkembangan Konfusianisme di China, seperti Neo-Konfusianisme yang diketuai oleh
Zhu Xi (1130-1200) di zaman dinasti Song dan Wang Yangming (1472-1528) di zaman
dinasti Ming, telah tersebar dan berkembang ke Korea. Sarjana-sarjana Korea telah
mengikuti, mengkaji, dan mempelajari proses perkembangan ini.

Buddhisme dibawa masuk dan disebar oleh sami-sami Cina yang dikirim oleh
pemerintah-pemerintah negara China. Buddhisme di Korea merupakan agama yang
telah ditafsir dan diubahsuai mengikut kebudayaan Cina. Sebagaimana Konfusianisme,
kemasukan "Buddhisme Cina"disambut baik dan berkembang pesat di ketiga-tiga
negara sukuan tersebut. Pada tahun 392, kerajaan Koguryo mengeluarkan dekri
bahawa semua rakyat harus percaya pada Buddhisme. Paekche pula dikenali sebagai
sebuah negeri yang mempunyai banyak kuil (rumah peribadatan) dan terdapat ramai
sami. Setelah kejayaan menyatupadukan Korea, kerajaan Silla dianggap sebagai
"dinasti Buddha "kerana pemerintahnya menggunakan agama Buddha untuk
mengesahkan atau mengabsahkan kedaulatannya di Korea. Sebagaimana di negara
China, oleh sebab persaingan dan perdebatan antara Buddhisme dan Konfusianisme,
maka Buddhisme juga mengalami jatuh-bangun dalam proses perkembangannya di
Korea. Bagaimanapun, Konfusianisme dan Buddhisme adalah dua unsur yang penting
dalam kebudayaan Korea.

Selain faktor geografi, interaksi budaya antara Korea dengan China dimudahkan lagi
melalui penggunaan bahasa Cina oleh orang Korea sejak kurun ke-5SM sebagai bahasa
perantara untuk mempelajari apa-apa sahaja unsur kebudayaan dari negara China,
terutamanya Konfusianisme dan sastera klasik Cina. Akibatnya, Korea amat kuat
dipengaruhi oleh kebudayaan Cina dalam kedua-dua bidang tersebut. Pada kurun ke-
15 (dinasti Li Korea), sistem tulisan Korea dicipta dengan merujuk kepada hasil yang
tercapai dalam ilmu fonetik Cina. Sehingga kini perbendaharaan kata bahasa Korea
masih penuh dengan istilah-istilah Cina.

Sejak zaman purba, bidang kesenian, sains dan teknologi Cina telah mengalir masuk
ke Korea secara berterusan. Melalui kajibanding, lukisan-lukisan mural dalam kubur-
kubur lama di Korea menunjukkan teknik, gaya dan isi kandungan yang sama dengan
yang terdapat di China. Apabila Buddhisme memasuki Korea, diperkenalkan lagi
unsur-unsur kesenian Buddha dalam sent bina, sent area dan sent lukis. Kesenian
Korea termasuk seni tembikar, seni lukis dan kaligrafi sebenarnya merupakan lanjutan
kesenian Cina. Melalui interaksi ini juga, Korea kuno telah memperolehi pelbagai
teknologi penghasilan (pertanian, pertukangan, perubatan, dan lain-lain), buatan
logam dan kraftangan yang berasal dari China. Teknologi Cina dalam perkilangan
kertas, pencetakan dan pembuatan bahan letupan dibawa masuk ke Korea lebih awal
berbanding dengan negeri-negeri lain, kerana China dan Korea amat berdekatan.
Begitu juga mengenai teknik dan ilmu pengetahuan dalam bidang astronomi,
penggubalan kalendar, perubatan dan lain-lain lagi.

19.2.2 Interaksi Budaya Cina dengan Jepun

Interaksi secara langsung atau tidak langsung iaitu melalui Korea antara Jepun dengan
sesetengah wilayah China telah berlangsung pada kurun ke-2SM, iaitu di zaman Qin
(221SM-206SM). Interaksi di peringkat awal ini telah membawa masuk teknologi
pertanian, pemeliharaan ulat sutera dan pembuatan perkakas best dan gangsa ke
negara Jepun, lalu telah memajukan masyarakat Jepun. Hubungan diplomatik antara
China dengan Jepun telah bermula semasa pemerintahan dinasti Han Timur (25-220).
Pada zaman dinasti Sui (581-618) dan dinasti Tang (618-907), bilangan pelajar dari
Jepun yang menuntut di China agak ramai. Selain melalui diplomat dan pelajar,
pengaliran dua hala yang melibatkan sami, ahli seni, dan pedagang dan imigran telah
mempertingkatkan lagi interaksi budaya China dengan Jepun. Bermula dari zaman
Nara hingga zaman Kesyogunan Tokugawa (646-1867), negara Jepun telah mengalami
satu proses panjang dalam mempelajari pelbagai aspek kebudayaan Cina termasuklah
bahasa, sejarah, falsafah, agama, kesenian, sistem politik dan sebagainya.

Pada zaman Qin (221SM-206SM), orang Cina yang bermigrasi telah membawa masuk
bahasa Cina untuk disebarkan di Jepun. Beberapa kurun kemudiannya, keluarga diraja
dan golongan atasan baru mementingkan bahasa Cina sebagai alat untuk menuntut
ilmu pengetahuan dari negara China. Bahasa Cina terus digunakan oleh orang Jepun
kerana bahasa Jepun ketiadaan sistem tulisan sendiri, dan bahasa Cina adalah bahasa
bersama bagi China dan Jepun buat masa yang panjang. Pada kurun ke-9, Kana, iaitu
sistem tulisan Jepun, dicipta berdasarkan Kanji, iaitu sistem tulisan Cina. Kini kedua-
dua sistem tulisan ini diguna secara bercampur dalam bahasa Jepun. Dalam bidang
persejarahan pula, rekod rasmi yang terawal mengenai sejarah Jepun ialah Nihongi
(Annals of Japan], tergubal dalam bahasa Cina pada awal kurun ke-8. Seterusnya
sehingga awal kurun ke-20, penulisan sejarah rasmi di Jepun semuanya adalah

dalam bahasa Cina. Bahkan, format dan susunan, pendekatan, perspektif dan
orientasi nilai adalah sama dengan persejarahan Cina.

Konfusianisme dibawa masuk dan disebar keJepun pada masa dinasti Jin Barat (265-
316). Perkembangan Konfusianisme diJepun boleh dibahagikan kepada tiga tahap.
Tahap yang pertama meliputi jangka masa antara awal kurun ke-5 hingga akhir kurun
ke-12. Pada tahap ini, akibat peningkatan pengajian mengenai Cina diJepun, maka
tata etika, teori politik, pemikiran dan institusi perundangan dan pendidikan yang
berasaskan ajaran Konfusianisme amat berpengaruh dalam masyarakatJepun. Ajaran
Konfusianisme ini bersendikan prinsip semesta Dao (atau Mishi dalam bahasa Jepun).
Mengikut Dao, semua perkara akan sempurna dengan tidak bersusah payah sekiranya
mematuhi hukum- hukum alam semula jadi. Fahaman Lao Zi (kk kurun ke-6SM) dan
Zhuang Zi (kk 369-286SM) turut bergabung dalam prinsip Dao. Pada kurun ke-7,
pengaruh Konfusianisme begitu kuat sehinggakan Maharaja Jepun terdorong
mengisytiharkan satu dekri untuk mengaplikasi prinsip dan konsep Konfusianisme
terhadap perkara sosial dan etika. Dalam sistem pendidikan, kurikulum pelajaran
klasik Konfusian dan teks Cina digunakan dengan luasnya sama ada dalam bidang
etika, kesusasteraan ataupun dalam bidang matematik dan perubatan.

Tempoh masa antara akhir kurun ke-12 sehingga awal kurun ke-17 merupakan tahap
kedua perkembangan Konfusianisme diJepun. la bermula dengan tersebarnya Neo-
Konfusianisme diJepun dan berakhir dengan wujudnya beberapa aliran falsafah.
Dalam jangka waktu ini, pengajian mengenai Konfusianisme merupakan bahan utama
dalam pendidikan intelektual, dan ahli falsafah Cina pada masa dinasti Song (960-
1279) amat dihormati. Golongan sami mazhab Buddhisme Zen, sama ada keturunan
Cina atau Jepun, giat menyebarkan falsafah Neo-Konfusianisme.

Zaman Edo atau Kesyogunan Tokugawa (1603-1867) dikenali sebagai tahap ketiga
perkembangan Konfusianisme di Jepun. Selaras dengan pemerintahan Syogun
Tokugawa yang bersifat tegas maka adalah bermanfaat bagi pihak kerajaan
memajukan pengajian mengenai Konfusianisme. Pengaruh Konfusianisme menjadi
sebegitu kuat sehingga akhirnya membantu pembentukan minda atau mentaliti Jepun
moden. Pada masa ini terdapat tiga aliran fahaman Konfusianisme iaitu pertama,
Aliran Shushi yang berdasarkan rukun-rukun Zhu Xi (1130-1200), mengkaji dan
mengajar falsafah Rasionalistik, dan diterima secara rasmi oleh Kesyogunan Tokugawa
sebagai ortodoks dan amat berpengaruh; kedua, Aliran Wang Yangming yang
berdasarkan doktrin Wang (1472-1528), seorang ahli falsafah pada zaman dinasti Ming
(1368-1644); dan ketiga, Aliran Kogaku (Pelajaran Purba), yang mementingkan klasik
Konfusian yang asli, dan bertentangan dengan fahaman Zhi Xi dan Wang.

Buddhisme yang diamalkan diJepun ternyata mempunyai banyak ciri- ciri Jepun. Pada
hal, agama Buddha disebarkan pada awal kurun ke-6 dari

China sebagai sebahagian daripada kebudayaan Cina, iaitu yang telah dicinakan.
Agama Buddha mendapat sambutan baik diJepun pada zaman dinasti Sui (581- 618)
dan dinasti Tang (618-907). Mazhab Buddha yang berasal dari China masing-masing
berkembang di Jepun. Putera Shotoku (573-621) menganggap fahaman Buddha sebagai
fahaman yang terunggul di dunia dan mengeluarkan dekri menyuruh rakyat jelata
supaya menganutinya.
Banyak bidang ilmiah dan kesenian Jepun yang menerima pengaruh dari kebudayaan
Cina seperti sent bina, sent lukis, kaligrafi, kesusasteraan dan muzik. Teknologi
pencetakan penghasilan barang lakuer, porselin dan tembikar, kain sutera, kertas,
bahan letupan dan banyak lagi menyebar ke Jepun juga secara berterusan sehingga
kedatangan kuasa Barat pada pertengahan kurun ke-19. Unsur-unsur kebudayaan
China dalam kehidupan sehari-hari pun banyak menyerap dalam pakaian (kimono),
makanan (tauhu, teh dan seni teh, kicap, penggunaan penyepit), permainan (wau,
mahjong), perkebunan, pesta dan perayaan, upacara dan ritus (penyembahan).

19.2.3 Interaksi Budaya Cina dengan Vietnam

Di kalangan negara-negara Asia Tenggara, Vietnam merupakan negara yang kuat sekali
dipengaruhi oleh kebudayaan Cina. Oleh itu, Vietnam dianggap berada dalam bulatan
budaya Cina, sungguhpun pada suatu ketika dahulu pernah dipengaruhi dan dikuasai
oleh kebudayaan Hindu. Kajian etnografi dan bukti arkeologi menunjukkan wujudnya
pelbagai unsur yang terlibat dalam pembentukan orang Vietnam sebagai satu
kumpulan ras atau etnik yang tersendin. Antara unsur-unsur tersebut, unsur Cina yang
dikatakan bermula pada zaman Paleolitik dan Neolitik (kk 8000SM-2000SM) adalah
nyata sekali. Unsur Cina dalam kebudayaan Vietnam amat menonjol kerana kedua-dua
negara berdekatan dan Vietnam merupakan sebahagian daripada empayar China
dalam satu jangka masa yang panjang (111-939).

Melalui interaksi dan penaklukan ke atas Vietnam, kebudayaan Cina amat


berpengaruh secara meluas dan mendalam terhadap sistem bahasa, pemikiran, adat
resam dan sistem nilai orang Vietnam. Sebelum Vietnam dijajah oleh kuasa Perancis,
bahasa Cina telah digunakan dalam bidang pentadbiran, kesusasteraan, persejarahan,
perubatan dan bidang-bidang ilmiah. Melalui bahasa Cina, mstitusi dan sistem
kerajaan serta politik, perundangan, pendidikan dan peperiksaan dari China terus
dipinjam. Konfusianisme merupakan rukun panduan bagi pihak golongan pemerintah
dan semua lapisan masyarakat. Klasik Konfusian dijadikan bahan peperiksaan awam
yang berfungsi sebagai mekanisme untuk pengambilan dan pelantikan pegawai-
pegawai kerajaan. Pendek kata, Konfusianisme amat berpengaruh sebagai suatu
sumber rujukan bagi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan etika sepanjang sejarah
Vietnam sehingga

kedatangan kuasa penjajah-penjajah Barat. Selain Konfusianisme, Buddhisme


merupakan lanjutan daripada Buddhisme Cina di Vietnam.

Sebagaimana Korea dan Jepun, terdapat banyak lag! aspek-aspek budaya sehari-
harian orang Vietnam yang berasal daripada kebudayaan Cina, antaranya pakaian,
makanan, permainan, peralatan muzik, perayaan (Tahun Baru Cina), ritus dan
upacara. Dalam sejarah Vietnam, tidak dapat dinafikan kemunculan juga orang
Vietnam yang memiliki kepandaian dalam menulis puisi Cina dan mahir dalam seni
lukis, seni ukir, seni bina dan kaligrafi Cina.
19.3 INTERAKSI BUDAYA CINA DI LUAR LINGKUNGAN BULATAN BUDAYA: TUMPUAN
TERHADAP ASIA TENGGARA, INDIA, DUNIA ISLAM DAN BARAT

19.3.1 Jalan Sutera: Saluran Interaksi antara Tamadun

Interaksi antara China dengan Asia Barat dan Eropah agak lembap, berbanding
interaksinya dengan Asia Timur kerana dari segi geografi negara China agak terpisah
daripada Eropah dengan padang gurun dan gunung-ganang. Namun demikian, negara
China pernah berinteraksi dengan negara-negara Eropah sehingga ke Rom seawal kira-
kira kurun pertama sebelum masehi melalui saluran perdagangan terutama kain
sutera. Jalan yang menghubungkan antara China dengan kawasan Asia Timur, Asia
Barat Tengah dan Barat, dan Eropah dikenali sebagai Jalan Sutera Lama, manakala
jalan laut yang menghubungkan China dengan kawasan rantau Asia Tenggara, India
dan Afrika dikenali sebagai Jalan Sutera Maritim (Laut).

Jalan Sutera Lamaterbentang arah ke barat dari Chang'an (kini dikenali Xi'an), China
ke Antakya di Turki sejauh lebih 7,000 km. Pembukaan Jalan Sutera Lama ini adalah
akibat usaha empayar Han untuk menerokai kawasan- kawasan di sebelah barat
wilayahnya. Pada zaman dinasti Han (206SM-220 TM), kaum Xiongnu iaitu suatu kuasa
bersekutu nomad yang semakin kuat kekuasaannya di utara China telah menimbulkan
ancaman terhadap perdagangan antara China dengan Arab dan Rom. Untuk mengatasi
ancaman ini, Maharaja Han Wu (140SM-87SM) telah mengirim Zhang Qian pada tahun
138SM ke Bactria dengan tujuan menggembleng sokongan kaum Yuezhi untuk
menentang kaum Xiongnu. Namun begitu, usaha ini gagal dan beliau telah ditangkap
dan terus ditahan selama 10 tahun oleh orang Xiongnu. Akhirnya Zhang Qian kembali
dengan membawa berjenis-jenis tumbuhan (antaranya buah anggur) dan hasil-hasil
semula jadi yang lain, serta maklumat tentang keadaan geografi dan kehidupan kaum-
kaum di Asia Barat, Asia Tengah dan Mesir. Pada tahun 119SM, sekali lagi Zhang Qian
melawat ke kawasan-kawasan barat. Seterusnya, China telah saling utus-mengutus
dengan kerap dengan negara-negara di Asia Tengah dan Asia Barat. Ekspedisi Zhang
Qian berjaya memperluaskan wilayah

empayar China serta mempertingkatkan hubungan perdagangan antara China dengan


kawasan-kawasan barat melaluiJalan Sutera Lama ini.

19.3.2 Interaksi Budaya Cina dengan Asia Tenggara

Mengikut rekod sejarah China, pada zaman Tiga Negara (220-280) negara Wu (222-
280) pernah mengutus satu rombongan ke negeri Funan (Kampuchea) dan negeri-
negeri di Asia Tenggara lain untuk menerokai satu jalan laut ke Rom. Tetapi,
penemuan-penemuan arkeologi menunjukkan hubungan antara China dengan rantau
Asia Tenggara terbentuk lebih awal lagi iaitu pada zaman dinasti Han (206SM-220TM)
ataupun dinasti Qin (221SM-206SM). Hubungan ini semakin berkembang berikutan
peningkatan teknologi pembinaan kapal dan pengemudian di China, dan mencapai
kemuncaknya pada zaman dinasti Tang (618-907) dan dinasti Ming (1368-1644).

Melalui beberapa saluran interaksi seperti pengiriman utusan atau misi diplomatik,
perniagaan dan perdagangan, peperangan dan ketenteraan, dan imigrasi maka
kebudayaan Cina telah meninggalkan banyak kesan terhadap rantau Asia Tenggara.
Selain menjalinkan pertalian rasmi antara negara, misi diplomatik dahulu kala
berfungsi juga seperti perdagangan iaitu saling bertukar barang secara besar-besaran
sebagai hadiah. Justeru itu, dapat dikatakan bahawa melalui perdagangan dan juga
misi diplomatik, China memperkenalkan kepada Asia Tenggara jenis-jenis tekstil
(kain) antaranya kain sutera dan kain kapas, barang yang diperbuat daripada porselin,
tembikar, lakuer atau logam, dan makanan seperti taugeh, tauhu, kicap dan sayur-
sayuran. Barang-barang ini ada yang merupakan bekas dan perkakas untuk dapur,
makanan, rumah, tenun, pertukangan, muzik, dan sebagainya, dan ada yang
merupakan hiasan. Bersama- sama ini, selain pengenalan teknik dan cara memasak
yang baru, diperkenalkan juga teknologi penghasilan barangan (gula tebu, samsu,
kertas, kain, bahan letupan, lilin, kasut, kain, dan sebagainya), pembinaan,
perlombongan, pertanian (padi dan sayur-sayuran) dan pertukangan (emas dan besi)
yang lebih baik dan berkesan, bahkan nilai kerja dan estetik yang baru. Daripada
rantau Asia Tenggara pula, China menerima kemasukan hasil ekonomi antaranya
rempah, produk haiwan dan tumbuh-tumbuhan, dan semuanya dapat memperkayakan
kebudayaan kebendaan negara China.

Melalui saluran interaksi peperangan dan imigrasi, beberapa teknik dan teknologi Cina
telah dibawa masuk lalu disebarkan di rantau Asia Tenggara. Dinasti Yuan (1279-1368)
mengirim ekspedisi tentera yang berperang dengan Myanmar sebanyak tiga kali pada
separuh kedua kurun ke-13. Pada awal kurun ke-14, angkatan tentera Yuan telah
memperkukuhkan kedudukannya di Myanmar selama lebih daripada 20 tahun.
Ekspedisi tentera Yuan pernah melanggar Pulau Jawa pada tahun 1292. Melalui
ekspedisi ketenteraan ini, ramai anggota tentera Yuan kemudiannya mengambil
keputusan menetap di luar negara. Di kalangan

mereka terdapat golongan artisan yang memiliki pelbagai kemahiran dan dipercayai
mereka ini telah memudahkan pemindahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan
teknologi Cina.

Imigrasi orang Cina ke rantau Asia Tenggara secara langsung juga menyumbang
kepada interaksi antara budaya terutamanya pemindahan budaya kebendaan. Pada
akhir dinasti Tang (618-907), dinasti Song (960-1279), dinasti Yuan (1279-1368) dan
dinasti Ming (1368-1644), apabila keadaan politik dan ekonomi menjadi kurang stabil,
sejumlah orang Cina terpaksa bermigrasi ke rantau Asia Tenggara. Selain itu,
menjelang pertengahan kurun ke-19, kuasa- kuasa penjajah Barat di rantau Asia
Tenggara telah membawa masuk dan menggalakkan import tenaga buruh dari India
dan China untuk memenuhi keperluan di sektor perladangan dan perlombongan.
Akibatnya, setlap negara di Asia Tenggara mempunyai satu komuniti Cina yang agak
besar berbanding dengan komuniti Cina seberang laut di luar rantau Asia Tenggara.
Melalui penempatan tetap orang-orang Cina di rantau Asia Tenggara maka satu proses
budaya iaitu amalgamasi (penyatuan) atau perkahwinan campur telah berlaku dengan
penduduk tempatan. Kadar amalgamasi agak tinggi berlaku di Thailand dan Filipina,
manakala di Malaysia dan Indonesia, komuniti peranakan muncul akibat perkahwinan
campur antara orang Cina dengan orang tempatan sejak dua atau tiga kurun dahulu.
Selain amalgamasi, proses akulturasi (pembudayaan), iaitu proses pertembungan yang
membawa kepada saling pinjam- meminjam unsur-unsur budaya berlaku hasil
daripada interaksi antara dua kumpulan etnik, semakin meningkat juga dengan
wujudnya komuniti Cina yang hidup saling berdampingan dengan pelbagai etnik lain di
Asia Tenggara. Proses akulturasi antara orang Cina dengan orang tempatan lebih
melibatkan aspek kebendaan seperti makanan, pakaian, pengucapan dan tingkah laku,
tetapi aspek institusi dan nilai juga turut terlibat. Di Filipina misalnya, banyak unsur
budaya Cina didapati menonjol dalam kehidupan dan pengurusan keluarga, adat
resam perkahwinan, upacara pengkebumian, selain daripada makanan, masakan dan
perkakas dapur. Nilai-nilai dalam kebudayaan Cina seperti keharmonian, integrasi
keluarga, penghormatan terhadap ibu bapa, dimanifestasikan juga dalam kehidupan
keluarga orang Filipina.

Dalam interaksi antara China dengan Myanmar dan China dengan Thailand, Buddhisme
merupakan salah satu komponen penting dalam interaksi ini. Buddhisme di China
merupakan aliran Mahayana manakala di Myanmar dan Thailand merupakan aliran
Buddha Theravada. Sungguhpun demikian, ketiga-tiga pihak yang berinteraksi ini
tetap mementingkan ajaran agama Buddha yang asal. Sesetengah kitab awal
Buddhisme dalam bahasa Sanskrit atau Pali yang sudah hilang atau musnah masih
terdapat dan disimpan di China tetapi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina.
Oleh itu, sami-sami Cina telah menyelamat dan menyumbang kepada pemulihan
kitab-kitab asal ajaran ini. Di

Myanmar, sebilangan konsep Buddhisme berasal-usul China danterdapat rumah


peribadatan iaitu kuil yang sama reka bentuk dengan kuil-kuil di negara China.

Hubungan antara tamadun Cina dengan Asia Tenggara mencapal zaman kemuncaknya
semasa dinasti Ming (1368-1644) berikutan ekspedisi pelayaran Hulubalang Zheng He
(1371-1433). Ekspedisi ini melancarkan pelayaran ke rantau Asia Tenggara, India,
Tanah Arab dan Afrika Timur sebanyak tujuh kali dalam jangka masa 28 tahun (1405-
1433). Ekspedisi Zheng He merupakan ekspedisi pelayaran yang terbesar di dunia pada
masa itu dari segi muatan dan keperluan, bilangan anak kapal dan tugas yang
dilaksanakan. Asia Tenggara berkedudukan strategik bagi China dan negara-negara
Asia Timur untuk berhubung dengan dunia luar melalui jalan laut atau kemudiannya
dikenali sebagai Jalan Sutera Maritim (Laut). Selat Melaka merupakan satu jalan
lintasan yang amat diperlukan untuk menghubungkan dunia timur dengan dunia barat.
Myanmar merupakan salah satu persinggahan yang penting dalam perjalanan ke India
atau kawasan di seberang dan sebaliknya. Melalui Filipina pula, semasa di bawah
kuasa penjajah Sepanyol, China telah membentuk hubungan perdagangan dengan
Amerika Syarikat secara tidak langsung.

Melalui kedudukan yang strategik kerana terletak di pertengahan jalan perdagangan


antara dunia timur dan dunia barat, beberapa tamadun dan agama telah bertembung
dan berinteraksi di rantau Asia Tenggara. Dalam satu jangka masa panjang, Asia
Tenggara secara keseluruhannya pernah dipengaruhi kuat oleh tamadun India yang
berteraskan Buddhisme dan kemudiannya Hinduisme. Kedatangan dan penyebaran
agama Islam di Gugusan Kepulauan Melayu dan kedatangan agama Kristian di utara
Filipina telah memberikan dampak yang mendalam terhadap kebudayaan atau cara
hidup di kedua-dua kawasan ini. Oleh itu, interaksi antara China dengan rantau Asia
Tenggara adalah berbeza daripada interaksi antara China dengan Korea, Jepun dan
Vietnam terutama dari segi pola dan dampak. Malaysia merupakan satu model yang
unik hasil daripada pertembungan dan interaksi antara tamadun di Asia Tenggara.
Satu bahagian akan dikhaskan untuk meninjau kesan dan kepentingan tamadun atau
kebudayaan Cina dalam proses pembmaan negara Malaysia.

19.3.3 Interaksi Budaya Cina dengan India

Tamadun Cina dan tamadun India masing-masing terbentuk semenjak kira-kira 5,000
tahun dahulu dan berkembang sehingga kini di kawasan yang berlainan di benua Asia.
Dalam proses yang panjang ini, kedua-dua tamadun agung tersebut melebarkan atau
tersebar ke kawasan persekitaran, lalu membentuk lingkungan bulatan budaya
masing-masing. Pada kurun ke-2, tamadun Cina telah bertembung dan berinteraksi
dengan tamadun India di rantau Asia Tenggara. Mengikut rekod sejarah China,
hubungan perniagaan dan perdagangan antara China dengan India telah terbentuk
lebih awal lagi iaitu sekurang-kurangnya pada kurun ke-2SM. Pada masa itu yang
menjadi aliran utama tamadun India

ialah kebudayaan Arya. Pada kurun ke-6SM, ajaran Buddha telah muncul di India dan
kemudiannya disebarkan ke kawasan Asia Tengah, Asia Tenggara dan Asia Timur.
Bersama-sama dengan ajaran Buddha, banyak unsur-unsur kebudayaan India, sama
ada berkaitan dengan ajaran Buddha atau tidak, terus tersebar ke China dan
meninggalkan kesan yang tidak dapat dikikis pada pelbagai aspek kebudayaan Cina.
Ciptaan kesusasteraan, seni muzik dan tarian, seni area dan seni mempertahankan diri
dari India diminati lalu dipinjam, diserap ataupun dicontohi oleh orang Cina.
Pertukaran pemikiran, pengetahuan dan teknologi juga berlaku dalam bidang falsafah,
perubatan, sains dan teknologi. Selain itu, terdapat juga bahasa dan ilmu fonetik Cina
yang menunjukkan wujudnya ciri-ciri kebudayaan India.

Agama Buddha yang berkembang pesat di India pada kurun ke-6SM kemudiannya telah
dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China pada kurun pertama (zaman Han
Timur). Namun begitu, amat sukar bagi agama Buddha untuk diterima di China dengan
mudah kerana ajarannya tidak bersesuaian dengan institusi keluarga dan politik serta
tataetika dan moral orang Cina yang berasaskan Konfusianisme. Oleh itu, penyebaran
agama Buddha di China merupakan satu proses penyesuaian diri dengan tradisi budaya
Cina termasuk doktrin Daoisme. Akhirnya agama Buddha menjadi satu sistem
kepercayaan yang menggabungkan unsur-unsur penting kebudayaan Cina, tetapi
prinsip- prinsip asas dan identiti tidak terjejas. Perkembangan agama Buddha di China
adalah merupakan satu contoh dialog peradaban yang gemilang dalam sejarah
ketamadunan manusia. Dalam konteks untuk memahami ajaran Buddha ini, para sami-
sami dan penziarah-penziarah Cina harus melakukan suatu perjalanan yang sukar,
menetap di India dan mempelajari kitab Buddha dalam bahasa Sanskrit. Selain itu,
terdapat juga perdebatan dan perbincangan antara Buddhisme dengan Konfusianisme
untuk selama beberapa ratus tahun di negara China.

Dalam proses berinteraksi ini, antara kerja atau usaha asas yang dilaksanakan ialah
melakukan penterjemahan kitab-kitab Buddhisme dari bahasa Sanskrit atau Pali ke
dalam bahasa Cina. Dalam tempoh masa lebih daripada 700 tahun (68-789), orang
Cina telah dapat menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi berjudul Tripitaka yang
meliputi kandungan kitab Mahayana dan Hinayana (berjumlah 3,673 teks dalam 15,
682 jilid) dan melibatkan hampir 200 orang penterjemah dalam usaha penterjemahan
ini. Antara penterjemah penting yang memberikan sumbangan besar ialah sami Fa
Xian (338-423) pada zaman dinastiJin Timur (317-420) dan sami Xuan Zang (596-664)
pada zaman dinasti Tang (618-907). Kedua-dua sami ini pernah melakukan lawatan ke
India, menetap di situ, mempelajari bahasa Sanskrit dan mengkaji ajaran agama
Buddha. Kerja penterjemahan ini berterusan sehingga kurun ke-13. Sesetengah kitab
Buddhisme asal yang hilang atau kehilangan sebahagiannya kemudian dapat dipulihkan
semula dalam bahasa Sanskrit berdasarkan penterjemahan Cina.

Selain hasil penterjemahan Cina seperti Tripitaka ini dan buku-buku yang ditulis oleh
Fa Xian, Xuan Zang dan sami Cina lain, catatan mengenai pengalaman mereka
mengembara ke India juga merupakan sumber yang bernilai untuk mengkaji sejarah
dan kebudayaan India kuno dan interaksinya dengan tamadun Cina. Tripitaka yang
telah diperkenal dan diterbitkan di Korea dan Jepun menyumbang kepada penyebaran
agama Buddha di seluruh keseluruhan Asia Timurini.

Beberapa jenis peralatan muzik (konghou, pipa) dan struktur muzik yang mengandungi
tujuh nota setiap tala diperkenalkan ke China daripada India atau Parsi. Rekod
sejarah China menunjukkan muzik dan tarian dari India dan Xiyu (kawasan-kawasan
barat China) adalah popular dan terkenal di dalam istana, golongan kelas atasan atau
bangsawan, dan di kalangan tentera.

Di kawasan bahagian barat dan utara China, terutama di Xinjiang dan Gansu, terdapat
banyak groto dengan area Buddha dan mural yang bercorak seni Buddha Gandhara.
Sebagai satu gabungan gaya seni Yunani-Rom dengan kebudayaan etnik India yang
berpusat di Gandhara, seni Buddha Gandhara ini amat kuat dipengaruhi oleh ajaran
Buddha dan ini membanggakan Asia Tengah dan Asia Timur dengan karya-karya yang
cemerlang. Di samping itu, sesetengah kuil Buddha India di negara China
memperlihatkan gaya reka bentuk seni bina Yunani-Rom.
Penciptaan dalam bidang sains dan teknologi orang Cina yang memberi sumbangan
besar kepada dunia seperti senkultur dan penanaman pokok mulberi, pembuatan
kertas, tembikar dan bahan letupan, teknologi pencetakan dan penggunaan kompas,
pasti telah dibawa masuk ke India melalui perdagangan dan pelbagai saluran lain.
Pada zaman dinasti Tang (618-907), teknologi India menghasilkan gula daripada tebu
diperkenalkan ke China.

Menurut rekod sejarah China, Sejarah Dinasti Sui menyenaraikan tajuk 60 koleksi ilmu
astronomi India yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina. Pada zaman dinasti
Tang (618-907) pula, kalendar lunar Cina didapati kurang tepat maka sistem India
diperkenalkan pada akhir kurun ke-7. Salah seorang ahli astronomi India terpenting,
Gautama dan keturunan beliau sebanyak empat generasi telah berkhidmat di Balai
Cerap Tang selama 110 tahun. Melalui kerjasama dan usaha sama antara pakar
astronomi India dan China maka satu sistem kalendar lunar Cina yang baru telah
diperkenal dan dirasmikan pada tahun 727.

Dalam bidang ilmu perubatan, tamadun India dan Cina masing-masing mempunyai
keunggulan tersendiri. Semasa sami Cina, Yi Jing, melawat India pada tahun 671-685
yang bertujuan untuk mempelajari dan mengkaji kitab Buddha, beliau mendapati
perubatan Cina sangat diberikan kedudukan dan penghormatan tinggi di India. Namun
begitu, ahli-ahli perubatan Cina amat tertarik dengan teori dan presknpsi India.
Mengikut Sejarah Dinasti Sui, banyak karya perubatan India diterjemahkan ke dalam
bahasa Cina, manakala dalam

buku-buku perubatan dinasti Tang tercatat juga ubat dan teknik surgeri India dalam
bidang oftalmologi, pediatriks dan ginakologi. Mengikut rekod sejarah, istana Tang
amat menaruh keyakinan pada ahli-ahli perubatan India dan antara ubat yang
diperkenalkan ialah ubat untuk umur panjang.

Kitab-kitab Buddha boleh dianggap sebagai ciptaan sastera yang penuh dengan
pelbagai puisi indah, dongeng dan ibarat untuk menambah daya penarikan doktrin
Buddha dan menerangkan kisah mengenai kehidupan dan perbuatan Buddha. Oleh itu,
kitab Buddha membekalkan banyak bahan untuk panduan dan rujukan kepada
kesusasteraan Cina, lalu memperkayakannya dari segi perbendaharaan kata, tema,
gaya atau genre. Mengikut satu pendapat, perkataan dan frasa dalam bahasa Cina
yang ada kaitan dengan konsep Buddhisme berjumlah 30,000. Corak Bianwen, iaitu
satu genre penulisan naratif yang digunakan untuk menyampaikan dongeng pada
zaman dinasti Tang (618-906) dan ditulis dalam bentuk prosa bercampur dengan puisi,
adalah sama dengan corak sesetengah kitab-kitab Buddha.

Pengajian mengenai fonetik bahasa Cina sukar untuk dilakukan kerana bahasa ini tidak
berabjad. Bermula dari zaman dinasti Sui (581-618), ilmu fonetik bahasa Cina menjadi
semakin maju kerana orang Cina menggunakan pengetahuan dan teknik-teknik
daripada ilmu fonetik bahasa Sanskrit. Fanqie iaitu suatu cara orang Cina
menunjukkan sebutan perkataan, adalah salah satu hasil penting yang berkaitan.
Buddhisme merupakan satu sistem falsafah selain sebagai sistem kepercayaan, dan
antara falsafah India, falsafah Buddha adalah yang paling berpengaruh di China.
Beberapa aliran falsafah Buddha telah dikembangkan di China antaranya aliran
Tiantan, Huayan dan Chan (Zen dalam bahasa Jepun). Kesemua aliran ini memberikan
dampak tertentu terhadap Neo-Daoisme dan Neo-Konfusianisme.

Pada kurun ke-10, kedudukan agama Buddha di India semakin merosot dan akhirnya
kehilangan pengaruh. Selepas itu, agama ini tidak begitu penting lagi dalam interaksi
antara India dengan China. Namun begitu, ini tidak menjejaskan pengaruh Buddhisme
di bulatan budaya Cina. Pada kurun-kurun berikutnya, hubungan India dengan China
semakin meningkat tetapi hanya dalam bidang perdagangan dan diplomatik.
Hubungan ini mencapai zaman kemuncaknya melalui ekspedisi-ekspedisi Hulubalang
Zheng He ke India pada kurun ke-15. Dapat dirumuskan, bahawa sebahagian besar
dialog antara tamadun Cina dengan India berlangsung melalui peranan agama Buddha.

19.3.4 Interaksi Budaya Cina dengan Dunia Islam

Agama Islam dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China melalui dua saluran
jalan pada kira-kira kurun ke-8: pertamanya, melalui peranan pedagang Islam Arab
dan Parsi yang mendarat di selatan China (mereka ini mendirikan masjid) iaitu di
Guangzhou dan Quanzhou; dan keduanya, melalui peranan

pedagang Islam yang menggunakan Jalan Sutera melalui kawasan Parsi dan
Afghanistan. Di peringkat awal, walaupun terdapat cebisan-cebisan tulisan dalam
bahasa Cina mengenai Islam demi memperkenalkan ajaran agama ini kepada orang
Cina tetapi ianya didapati tidak berkesan. Dampak Islam menjadi semakin kuat dan
mendalam beberapa kurun kemudian melalui usaha beberapa tokoh Islam Cina seperti
Wang Daiyu (kkl580-1658), Ma Zhu (kk 1640-1711), Liu Zhi (kk 1660-1730) dan Ma
Dexin (1794-1874). Mereka menghasilkan beberapa karya dalam bahasa Cina
sertaterjemahantentang agama Islam. Mereka tidak sahaja mempunyai kefahaman
yang mendalam tentang ajaran Islam tetapi juga pakar dalam klasik Cina, khasnya
klasik Konfusianisme. Antara mereka, Wang Daiyu ialah tokoh yang pertama
menghasilkan karya tentang agama Islam dalam bahasa Cina. Karya pertama beliau
yang berjudul Zhengiao zhenquan (Anotasi Tulin Ajaran Ortodoks) diterbitkan pada
tahun 1642. Semenjak itu, berpuluh-puluh sarjana Konfusian-Muslim mengikut jejak
langkah Wang Daiyu dalam memainkan peranan penting dan memberikan sumbangan
dalam tradisi keilmuan Islam di negara China.

Melalui penelitian terhadap hasil-hasil karya sarjana-sarjana tersebut, diperlihatkan


beberapa ciri-ciri yang menonjol. Misalnya, demi membolehkan orang Cina memahami
dan menenma agama Islam, Wang Daiyu menggunakan beberapa istilah atau konsep
Konfusian seperti xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), zhong (kesetiaan), shu
(altruisme) dan sebagainya untuk menerangkan ajaran Islam. Liu Zhi pula
menggunakan kata-kata Konfusius dan Mensius yang sesuai untuk menerangkan hukum
syariah agama Islam, dan menganggap shangdi dalam klasik Konfusian seerti dengan
Tuhan Yang Maha Esa dalam Islam. Kedua-dua mereka juga cuba mencantumkan
konsep wugong (lima rukun) dalam Islam dengan konsep wude (lima sifat baik) dalam
Konfusianisme untuk menunjukkan bahawa Islam dan Konfusianisme tidak bercanggah
sama sekali tetapi sebaliknya adalah saling melengkapi. Usaha-usaha penyesuaian ini
tidak menjejaskan prinsip-prinsip asas dan identiti Islam sebagai agama. Pada masa
itu dan sehmgga kirn, agama Islam ditenma dengan baik di negara China. Rakyat
China yang beragama Islam dianggarkan sejumlah 17 juta orang dan terdiri daripada
10 kaum. Kebanyakan penganut Islam berbangsa Cina ini terdapat di kawasan
autonomi seperti Xinjiang, Ningxia dan beberapa wilayah lain di bahagian barat laut
China.

Interaksi budaya antara China dengan dunia Arab, terutamanya dalam perdagangan
barangan dua hala berlangsung dalam tempoh masa yang panjang. Mengikut rekod
sejarah, tentera Cina tewas dalam pertembungan dengan tentera Arab di Sungai Talas
pada tahun 751. Salah satu kesan dari peristiwa ini ialah teknologi Cina dibawa dan
diperkenalkan ke dunia Arab dan kemudian dari sana diperkenalkan ke benua Eropah.
Teknologi membuat kertas merupakan satu contoh yang menonjol dari sana ke
Eropah. Teknologi membuat kertas merupakan contoh yang paling menonjol kerana
tawanan Cina telah mengajar

orang Arab mengenai teknologi ini. Teknologi ini kemudiannya disebarkan dari
Samarkand ke Baghdad dan Damascus, ke Mesir dan Maaghreb, dan akhi-nya ke
Andalusia (Sepanyol) pada kurun ke-10. Selain itu, antara tawanan Cina terdapat juga
tukang sepeiti tukang tenun sutera, tukang emas dan pelukis. Tiga ciptaan Cina yang
penting, iaitu kompas (kk pada kurun ke-13), bahan letupan (pada kurun ke-8) dan
teknologi pencetakan (pada kurun ke-13) juga diperkenalkan ke dunia Arab dan
seterusnya dari sana ke Eropah. Selain itu, teknologi metalurgi (logam dan aloi) dan
barangan Cina lain seperti sutera dan porselin juga sampai ke dunia Arab sebelum
merebak ke Eropah dan Afrika.

Dari dunia Arab pula, selain daripada barangan rempah dan bahan-bahan perubatan,
pelbagai ilmu pengetahuan dibawa masuk dan diperkenalkan ke China secara besar-
besaran sejak zaman dinasti Tang (618-907). Misalnya, Li Xun (kk 855-930), seorang
sarjana Muslim Cina yang berasal dari Parsi, telah menyusun enam jilid Haiyao bencao
(Materia Medica Seberang Laut) yang mencatat sekurang-kurangnya 124 jenis ubat-
ubatan dari Arab. Kaedah rawatan dan perubatan dari Arab atau Parsi juga dibawa
masuk ke China. Dalam bidang astronomi, Jamal al-Din, seorang ahli astronomi Parsi,
telah mencipta tujuh jenis peralatan astronomi serta satu kalendar baru untuk Kublai
Khan pada tahun 1267. Selain itu, seorang Nestorian dari Syria bernama Ai-xue (Isa
Tarjaman), ahli matematik dan astronomi yang juga pakar perubatan dan farmasi,
berkhidmat dengan kerajaan Mongol antara tahun 1250-1308; manakala Alowating
(mungkin ala' al-Din) dan Isumayin (mungkin Ismail) berkhidmat pada tahun 1271.
Rekod sejarah juga menunjukkan bahawa orang Cina mula menggunakan angka Arab
pada zaman dinasti Yuan (1260-1368).
Kesan pengaruh atau dampak Islam terhadap kebudayaan Cina dapat dibuktikan dari
segi fizikal melalui reka bentuk beribu-ribu masjid, dewan membaca al-Quran dan
tanah-tanah perkuburan di seluruh negara China. Secara umumnya, reka bentuk
masjid di China terbahagi kepada dua jenis yang utama iaitu pertama, yang
mengekalkan ciri-ciri reka bentuk masjid Arab, seperti kebanyakan masjid di Xinjiang;
dan keduanya, mirip kepada reka bentuk kuil atau istana Cina tradisional,
terutamanya yang dibina selepas kurun ke-14, dengan menggunakan kayu sebagai
komponen bahan utama seperti masjid Niujie di Beijing. Walau bagaimanapun, hanya
struktur luar sahaja kelihatan menerima pengaruh seni bina Cina tradisional
sedangkan bahagian dalaman masjid di China tidak mengorbankan sama sekali prinsip
asas agama Islam.

19.3.5 Dampak Barat dan Respons China

Pada kurun ke-13, apabila negara China diperintah oleh dinasti Mongol, terdapat
ramai golongan pengembara dan mubaligh yang datang dan ada amara mereka yang
menetap di sini. Marco Polo (1275-1292) misalnya, dikaiakan bertugas sebagai
pegawai di China selama 16 tahun dan rekod pengembaraannva di China

amat mengagumkan orang Barat. Pengalaman Marco Polo dianggap sebagai satu fasa
baru bagi interaksi budaya antara China dengan Barat.

Melalui interaksi awal dengan Barat, agama Kristian dibawa masuk ke China oleh
penganut Kristian Nestorian sebelum kurun ke-7, tetapi ia gagal menarik perhatian
dan minat orang Cina. Pengaruh agama Kristian mulai bertapak pada akhir kurun ke-
16 apabila maharaja dinasti Ming (1368-1644) membenarkan para mubaligh Jesuit
yang diketuai oleh Matteo Ricci (1552-1610) membinagerejasertamenetapdiBeijing
dan bandar-bandar lain. Matteo Ricci merupakan seorang Jesuit dari Itali yang tiba di
China pada tahun 1582. Di waktu itu, revolusi sains baru sedang bermula di Eropah
sedangkan ilmu sains di China sedang mengalami kemerosotan. Beliau berada di China
selama 28 tahun dan menetap di Beijing selama 10 tahun. Dengan matlamat untuk
menyebarkan agama Kristian, beliau menggunakan strategi penyesuaian diri dengan
kebudayaan Cina. Beliau mempelajari bahasa dan sejarah Cina, mengangkat nama
Cina, Li Madou, mempelajari Konfusianisme dan menghormati tradisi Cina termasuk
amalan pemujaan nenek moyang. Ricci juga memperkenalkan ilmu pengetahuan Barat
yang ma)u dalam bidang sains, matematik, perubatan, geografi dan astronomi.
Misalnya, beliau menghasilkan peta dunia baru, mencipta beberapa peralatan
astronomi, menterjemahkan buku- buku mengenai agama, astronomi, matematik dan
sains. Ini menimbulkan kekaguman orang Cina khususnya pegawai-pegawai kerajaan.
Oleh itu, memang diakui kebenaran bahawa Ricci telah memainkan peranan penting
sebagai pembina jambatan budaya baru antara China dengan dunia Barat.

Di negara China pula, Xu Guangqi (1562-1633), seorang pegawai Cina Muslim dan juga
pembantu Matteo Ricci, telah menghasilkan banyak buku sains merangkumi pelbagai
bidang seperti matematik, astronomi, pertanian, ketenteraan dan perubatan. Xu
Guangqi memang boleh dianggap sebagai pengasas sains moden Cina dan juga
penghubung antara sains Barat dengan cendekiawan Cina.

Ternyata bahawa interaksi antara China dengan Barat bermula melalui penyebaran
berbentuk kebendaan termasuk empat ciptaan agung Cina. Akibatnya, orang Barat
sedar akan penting dan perlunya untuk mengadakan hubungan dengan China. Pada
kurun ke-18, minat orang Barat terhadap China, yang mula-mula bertumpu pada aspek
kebendaan seperti sutera dan porselin, telah beralih kepada pemikiran dan
kebudayaan. Misalnya, Francois Voltaire (1694-1778), seorang ahli falsafah dan
pemikir Perancis yang menyanjung tinggi Konfusius sebagai The Sage of Morality, dan
Gottfried W. Leibniz (1646-1716), seorang ahli falsafah Jerman yang memuji
keunggulan akhlak masyarakat Cina. Gottfried W. Leibniz dan sesetengah sarjana
Eropah berpendapat bahawa budaya Cina dan budaya Eropah masing-masing
mempunyai kekuatan yang tidak bercanggah tetapi saling bermanfaat. Misalnya, Barat
lebih maju dalam bidang sains semula jadi, sains pemikiran dan logik, sedangkan
falsafah Cina

mengutamakan kegunaan dan etika dalam pengurusan masyarakat dan negara. Maka
interaksi budaya antara dua pihak ini pasti akan mendatangkan manfaat kepada
kedua-duanya.

Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya peranan mubaligh dan orang Barat


sebelum kurun ke-20 tidak mendatangkan kesan yang kuat terhadap China, kerana
kebanyakan golongan intelektual Cina masih bertanggapan bahawa Barat sebagai
barbarian tidak setanding dan setarafdengan China yang mempunyai tamadun yang
terunggul di dunia. Apabila Yong Zheng ditabal sebagai Maharaja (r. 1723-173 5),
beliau memerintahkan semua mubaligh supaya berpindah ke Macao dan dihalang
masuk ke China, kerana beliau mengesyaki mereka sedang berkonspirasi
menggulingkannya. Oleh yang demikian, pintu ke China telah pun tutup bagi orang
Jesuit dan mubaligh Kristian lain selama 120 tahun sehingga tamatnya Perang Candu
pada tahun 1842. Dasar tutup pintu (isolasi) ini menyebabkan China ketinggalan
zaman dan mengalamai kemunduran pada kurun ke-19.

Sejak pertengahan sehingga ke akhir kurun ke-19, negara China telah mengalami
kekalahan berturut-turut dalam empat peperangan utama dengan kuasa-kuasa asing
seperti Perang Candu (1839-1842), Perang Anglo-China (1856-1860), Perang China-
Perancis (1884-1885) dan Perang China-Jepun (1894-1895). Setiap kali ditewaskan,
kerajaan Qing terpaksa menandatangani perjanjian yang tidak adil dengan kuasa
asing, antaranya membayar berjuta-juta wang ganti rugi, menyerahkan hak milik
kawasan tertentu, membuka pelabuhan tertentu untuk perdagangan, memberikan hak
bidang kuasa luar wilayah (extraterritoriality rights), serta status negara yang paling
diutamakan (most-favoured nation).

Dalam jangka masa setengah kurun tersebut, kekalahan berturut-turut yang amat
memalukan China telah mendatangkan pelbagai reaksi dari golongan intelektual Cina.
Di kalangan mereka ada yang berpendapat bahawa supaya terus hidup, orang Cina
hams mempelajari barbarian untuk mengawal barbarian, khasnya ilmu pengetahuan
Barat dalam bidang ketenteraan dan persenjataan moden. Antara langkah yang
dilaksanakan ialah pelancaran Gerakan Menguatkan Kendiri (Self-Strengthening
Movement) dan penubuhan Biro Penterjemahan. Namun begitu, langkah-langkah
tersebut hanya memperkenalkan modenisasi yang dianggap cetek dan tidak berkesan
manakala perkembangan sistem politik, institusi ekonomi dan sistem pendidikan
diabaikan atau dipinggirkan. Slogan yang terkenal pada akhir kurun ke-19 ialah "Ilmu
Cina sebagai asas, ilmu Barat untuk kegunaan" (Chinese learning as essence. Western
learning for practical use)'yang diutarakan oleh Zhang Zhidong (1837-1909) pada tahun
1898.

Sarjana lain pula seperti yang diwakili oleh Liang Qichao (1873-1929), melancarkan
Gerakan Reformasi 100 Hari (Hundred Days' Reform} pada tahun 1898. Matlamat
gerakan ini bertujuan untuk menasihati Maharaja Qing supaya

mencontohi reformasi institusi dan politik yang dilancarkan di Jepun oleh Emperor
Meiji, yang dikenali sebagai Temulihan Meiji". Namun begitu, usaha gerakan ini
mengalami kegagalan kerana maharaja ketika itu tidak mempunyai kuasa sebenar.
Sementara itu, rakyat Cina telah menunjukkan sikap permusuhan terhadap orang
Barat yang dianggap bertanggungjawab terhadap segala huru- hara yang sedang
berlaku di negara China. Dua tahun selepas kegagalan gerakan reformasi ini seiring
dengan sikap permusuhan maka tercetuslah Pemberontakan Boxer yang
mengakibatkan banyak jiwa terkorban dan harta benda musnah. Kejadian-kejadian
tersebut telah menyebabkan seluruh rakyat Cina hilang keyakinan terhadap
pemerintahan dinasti Qing.

Pada akhir kurun ke-19, Dr. Sun Yatsen (1866-1925) berpendapat bahawa negara China
tidak dapat diselamatkan dengan perubahan sesetengah institusi-institusi sahaja
(tidak menyeluruh) dan penderitaan China hanya dapat diselesaikan dengan tindakan
menggulingkan dinasti Qing. Walaupun pemerintahan dinasti Qing kemudiannya
dijatuhkan melalui Revolusi 1911, cara hidup tradisi dan fahaman lapuk orang Cina
masih berkekalan, dan keadaan negara terus kacau-bilau. Sistem pemerintahan
berbentuk republik diperkenalkan tetapi tidak membawa banyak erti kepada rakyat
kerana negara China masih terus mundur. Oleh itu, golongan intelektual Cina
berpendapat bahawa China tidak akan menjadi negara moden, jika perubahan
pemikiran di kalangan rakyat dan pembelajaran mengenai cara Barat (ilmu Barat)
secara keseluruhan tidak berlaku. Untuk mencapai matlamat ini, diperkenalkan
Gerakan Kebudayaan Baru oleh kalangan intelektual yang menerima pendidikan sama
ada di Jepun, negara Eropah atau Amerika Syarikat. Puncak gerakan ini ialah Gerakan
4 Mei pada tahun 1919 yang mengakibatkan pertentangan sepenuhnya terhadap cara
hidup tradisi lama dan segala ajaran Konfusius. Banyak aliran pemikiran falsafah Barat
telah diserap masuk ke negara China. Berikutan interaksi dengan Barat ini, golongan
intelektual Cina amat tertarik dengan dua ideologi Barat iaitu pertama,
PragmatismeJohn Dewey yang menekankan pendekatan evolusi untuk memajukan
keadaan sosial, dan keduanya, Marxisme yang menekankan pendekatan revolusi yang
berinspirasikan kejayaan peristiwa Revolusi Rusia. Selain itu, dua konsep yang popular
pada masa itu ialah "sains " dan "demokrasi".

Selain perubahan sistem politik, pengaruh Barat telah mendorong tercetusnya banyak
perubahan-perubahan sosial di negara China. Pada tahun 1905, Peperiksaan
Perkhidmatan Awam yang telah berrungsi sebagai tangga mobihti ke kelas atasan
selama berkurun-kurun lamanya telah dimansuhkan. Sistem pendidikan tradisi telah
digantikan dengan institusi-institusi pendidikan Barat. Pengaruh Barat semakin ketara
terutama selepas Gerakan 4 Mei apabila nilai-nilai Barat seperti idea individu,
kebebasan dan persamaan antara lelaki dan wanita tersebar luas. Dalam bidang
bahasa dan kesusasteraan pula, karya- karya berbahasa vernakular telah
menggantikan karya-karya berbahasa klasik yang selama lebih dua ribu tahun telah
dianggap sebagai ortodoks. Sastera moden

yang mencontohi sastera Barat juga menjadi popular. Walaupun pelbagai usaha
dilaksanakan dan perubahan-perubahan berlaku di kalangan orang Cina, namun
keadaan politik pada tahun-tahun selepas Gerakan 4 Mei masih tidak tenteram dan
stabil, maka ini bermakna usaha-usaha pemodenan dianggap masih belum selesai dan
mencapai matlamat.

19.4 TAMADUN CINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA

19.4.1 Prospek Globalisasi: Masalah dan Cabaran


Dari segi persejarahannya, negara Malaysia merupakan satu dataran bagi
pertembungan beberapa tamadun utama Timur dan Barat kerana kedudukannya dari
segi geografi. Akibatnya kini, Malaysia mempunyai sebuah masyarakat majmuk dengan
berbilang kelompok etnik masing-masing mempunyai tradisi budaya yang berakar umbi
dalam tamadun-tamadun yang bertembung itu. Hakikat ini serta implikasi-
implikasinya bagi pembinaan negara perlu disedari dan diambil kira oleh para
pemimpin dan rakyat Malaysia. Oleh itu, sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957,
integrasi nasional diberikan penekanan sebagai satu nilai yang terunggul dalam proses
pembinaan negara. Dalam hubungan ini, pucuk pimpinan negara hendaklah berpegang
kepada integrasi nasional yang harus berasaskan keharmonian antara kaum melalui
interaksi budaya dan dialog peradaban serta keadilan terhadap semua pihak.

Di peringkat global, kemajuan sains dan teknologi telah meningkatkan taraf hidup
manusia pada kurun ke-20 dan awal kurun ke-21 ini yang memungkinkan terbentuknya
zaman informasi (teknologi maklumat). Proses globalisasi dalam zaman informasi ini
turut melibatkan Malaysia. Malaysia dan negara-negara lain akan menghadapi tiga
prospek yang berkaitan iaitu pertama, negara-negara harus bekerjasama untuk
menangani segala masalah dan cabaran yang berbangkit daripada globalisasi; kedua,
interaksi budaya dan dialog peradaban akan menjadi lebih giat dan mendalam; dan
ketiga, satu set ideal, kepercayaan dan nilai yang baru harus dikenal pasti untuk
dipatuhi di peringkat sejagat. Dalam hubungan ini, Wawasan 2020 yang dilancarkan
pada tahun 1991 merupakan cita-cita dan strategi pucuk pimpinan negara untuk
menghadapi tiga prospek globalisasi yang tersebut itu. Pada ketika ini, Malaysia amat
beruntung kerana memiliki satu khazanah yang kaya dengan pelbagai sumber
kerohanian. Sumber-sumber kerohanian sejagat ini harus digali, dikupas dan diberi
pengertian baru dalam konteks semasa. Penemuan-penemuan daripada penelitian
semula ini akan menyumbang kepada perumusan ideal, kepercayaan dan nilai untuk
negara dan dunia sejagat.

Dalam proses globalisasi ini, wujud masalah-masalah dalam zaman informasi.


Walaupun banyak kemajuan yang telah dicapai dalam zaman moden

ini, namun manusia masih menghadapi masalah-masalah yang berkesinambungan


semenjak dahulu dan baru yang lebih mencabar. Antara masalah-masalah tersebut
ialah pertama, pembangunan ekonomi dan kebendaan jauh lebih pesat berbanding
dengan pembangunan kerohanian. Kedua, oleh sebab pengagihan kekayaan yang tidak
seimbang, sebilangan besar manusia masih menghadapi masalah- masalah akibat
kemiskinan dan kemunduran. Ketiga, institusi keluarga dan perkahwinan menjadi
semakin lemah atau longgar kerana diserap oleh unsur- unsur negatifmodenisasi,
mengakibatkan kemerosotan ketenteraman sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan
sesetengah masyarakat moden. Dan keempat, akibat eksploitasi sumber alam secara
besar-besaran, pencemaran alam sekitar dan gangguan keseimbangan ekologi akan
mengancam kehidupan manusia. Masalah-masalah tersebut disebabkan oleh
kemerosotan akhlak dan kelemahan manusia sendiri, seperti kecenderungan kepada
amalan rasuah, sifat tamak haloba, sifat mementingkan nafsu, sifat mementingkan
diri dan sikap materialistik. Justeru itu, dimensi moral dan etika adalah penting dan
harus diambil kira demi mengatasi masalah-masalah ini.

Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam proses pembinaan negara
dan pemantapan tamadun Malaysia terkandung dalam Wawasan 2020. Antaranya, yang
paling utama adalah untuk membentuk sebuah masyarakat dengan sifat-sifat yang
diingini, supaya masalah-masalah pada zaman informasi itu dapat diatasi. Masyarakat
yang diidamkan adalah seperti berikut:

1. Masyarakat yang demokratik, mengamalkan "demokrasi Malaysia" yang mantap,


bermuafakat dan berorientasikan komuniti.

2. Masyarakat yang bermoral dan beretika dengan rakyatnya berpegang kuat pada
nilai-nilai agama dan rohaniah serta mempunyai standard etika yang tertinggi.

3. Masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi, supaya rakyat yang berbilang
kaum bebas mengamalkan tradisi budaya dan ajaran agama masing-masing tanpa
keterasingan.

4. Masyarakat yang berkebudayaan penyayang yang berteraskan satu sistem sosial


yang memegang pada konsep kepentingan kolektif mendahului kepentingan individu,
dan satu institusi keluarga yang teguh supaya kebajikan warganya berkisar pada
keluarga, dan bukan pada kerajaan atau negara.

Dapat dirumuskan bahawa cabaran yang dihadapi oleh Malaysia adalah untuk
mendirikan sebuah negara-bangsa beretika yang terdiri daripada rakyat yang beretika,
yang menempatkan pula dalam keluarga yang beretika.

Pada tahun-tahun 1990-an, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan beberapa konsep


dan rancangan baru untuk merealisasikan matlamat Wawasan

2020. Antaranya, Multimedia Super Corridor (MSC) yang merupakan satu projek untuk
memenuhi keperluan telekomunikasi antara negara dengan dunia pada zaman
informasi ini. Projek ini akan melibatkan banyak pelaburan dalam pembangunan
tenaga manusia demi perkembangan teknologi peraiatan (hardware) dan program
perisian (software). Selain itu, Malaysia memerlukan banyak lagi tenaga manusia yang
terlatih dalam pelbagai bidang demi menmgkatkan produktiviti setiap sektor,
khususnya perindustrian dan perdagangan. Oleh itu, pendidikan negara harus
dipertingkatkan dari segi kualiti dan kuantiti. Sehubungan ini, beberapa inovasi telah
diperkenalkan dalam bidang pendidikan. Inovasi yang agak berkesan ialah sektor
swasta dibenarkan melabur dalam bidang pendidikan terutamanya pada peringkat
tinggi. Melalui usaha bersama sektor awam dan sektor swasta, kini kemampuan sistem
pendidikan Malaysia membekalkan kemudahan-kemudahan untuk latihan dan
penyelidikan telah meningkat berlipat ganda, di samping melatih dan mengeluarkan
sumber tenaga manusia. Dua lagi rancangan inovatif dalam pendidikan ialah sekolah
bestan (smart school) dan universiti maya (virtual university) yang menggunakan
teknologi telekomunikasi dari MSC. Perkembangan ini akan mendatangkan
pembaharuan yang bersifat revolusi dalam pendidikan, lalu menjelmakan cita-cita
Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini dan juga sebuah
negara yang maju pada kurun ke-21.

Sejak Julai 1997, Malaysia dan juga beberapa buah negara di Asia Tenggara dan Asia
Timur mengalami kegawatan ekonomi yang agak teruk. Oleh sebab terdapatnya
banyak faktor luaran yang di luar kawalan negara kita dan dunia, kita mungkin akan
menghadapi prospek kemerosotan yang umum. Justeru itu, Wawasan 2020 mungkin
tidak dapat direalisasikan dalam tempoh masa yang dirancangkan. Walau
bagaimanapun, ideal, kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh rakyat dan pucuk
pemimpin Malaysia tetap tidak berubah, sekiranya Wawasan 2020 terus menjadi cita-
citanva.

19.4.2 Tamadun Cina: Relevansinya di Malaysia dan Dunia

Berdasarkan masyarakat ideal yang digambarkan di atas, Wawasan 2020 terus


menyatakan pelbagai wawasan rakyat Malaysia pada kurun ke-21 dan strategi untuk
merealisasikannya. Nilai-nilai yang harus dioenkan tumpuan dapat dikenal pasti
daripada kenyataan ini. Bahagian ini akan mengenal pasti nilai-nilai itu dan
membandingkannya dengan nilai-nilai dalam tamadun Cina untuk melihat persamaan
dan kaitan antara kedua-dua set nilai itu. Perbandmgan ini dilakukan dengan merujuk
kepada wawasan atau strategi dalam bidang-bidang tertentu iaitu bidang politik,
sosial, psikologi, ekonomi, pendidikar. dan pemeliharaan alam sekitar.

Dalam bidang politik, nilai utama yang diberikan tumpuan ialah integrasi nasional
(perpaduan nasional). Selain itu, yang ditekankan ialah mengenai ideal demokrasi
(khasnya kematangan, kemuafakatan, komuniti sebagai

tumpuan), keamanan dan keharmonian, keadilan dan dedikasi terhadap negara.


Tamadun Cina yang berasaskan humanisme dan moralisme memang menekankan
keharmonian, kesederhanaan, keadilan, ketaatan dan ideal-ideal demokrasi seperti
yang terkandung dalam The Grand Unity sebagaimana yang telah dibincangkan
sebelum ini.

Dalam bidang sosial, yang diidamkan ialah sebuah masyarakat bermoral dan beretika,
berkebudayaan penyayang, bersifat terbuka dan toleransi, bersifat bebas untuk
mengamalkan tradisi budaya dan ajaran agama, bersifat saintifik dan progresif, dan
berasaskan institusi keluarga yang kukuh. Sebagai mana yang telah dibincangkan
sebelum ini, tamadun Cina dalam proses perkembangannya telah menerima banyak
pengaruh agama dan kebudayaan asing kesan daripada interaksi dengan tamadun lain.
Tamadun Cina memang bersifat terbuka dan bertolak ansur. Selain itu, sistem etika
Cina sejak zaman purba berasaskan keluarga semata-mata dan mengutamakan
kebaikan hati (benevolence atau cohumanity) serta keharmonian dalam hubungan
antara sebarang entiti (individu, kelompok, alam). Oleh itu, ajaran Konfusianisme
mungkin memberi banyak implikasi bagi pemupukan kebudayaan penyayang dan
pembangunan masyarakat yang beretika, liberal dan bebas dari segi agama dan
budaya.

Dalam bidang psikologi, rakyat Malaysia harus dibangunkan psikologinya agar selaras
dengan aspek pembangunan yang lain terutama pembangunan kebendaan. Sifat-sifat
psikologis yang diperlukan ialah keyakinan kendiri secara kolektif, iaitu rasa bangga
kerana keahlian dalam masyarakat dan pencapaian masyarakat; bersikap teguh
terhadap pelbagai cabaran; tabah hati mengejar kualiti; dan adanya pembebasan
psikologi (tidak rasa diri kurang penting). Dalam tamadun Cina yang bercirikan
personalisme sebagaimana yang telah dibincangkan, pemupukan kendiri wajar
diamalkan atas premis bahawa manusia berkeupayaan untuk mencapai semaksima
kebaikan dan memberi manfaat. Lanjutan daripada premis ini ialah kepercayaan
bahawa setiap orang tanpa mengira latar belakangnya harus dididik dan boleh dididik.
Selain itu, pemupukan kendiri dalam tradisi Cina bertujuan untuk kepentingan
keluarga, negara dan dunia, dan bukan untuk diri sendiri semata-mata. Nyatalah
bentuk- bentuk pemikiran ini terdapat dalam tamadun Cina yang sememangnya
relevan sebagai pedoman untuk merancang kurikulum dan pedagogi bagi
pembangunan psikologi yang dimgini.
Dalam bidang ekonomi, keadilan dan sikap berpatutan merupakan dua nilai yang
penting. Kedua-dua nilai ini khasnya merujuk kepada pengagihan kekayaan secara adil
saksama dan pekerjaan tidak dikenal pasti dengan ras. Sebenarnya keadilan
pengagihan kekayaan adalah salah satu ideal dalam The Grand Unity. Selain itu,
terdapat banyak nilai dalam tamadun Cina yang patut ditekankan dalam aktiviti
ekonomi. Misalnya, kerajinan, berjimat-cermat, tanggungjawab (komitmen), integriti
dan ketaatan akan memanfaatkan

pertubuhan perniagaan secara langsung; nilai etika seperti keharmonian, kesetiaan,


kesopanan, kepatuhan kepada norma dan peraturan, disiplin din, semangat
bekerjasama dan sebagainya mungkin memberi implikasi yang positif bag! teori
organisasi, tingkah laku organisasi, pengurusan perniagaan dan psikologi
perindustrian.

Dalam bidang pendidikan, pendidikan merupakan kunci pembangunan dan medium


untuk merealisasikan Wawasan 2020. Banyak inovasi dan ciri baru diperkenalkan ke
dalam sistem pendidikan sejak tahun 1990. Kita harus mengambil satu perspektif
perbandingan supaya kebijaksanaan dan fikiran Konfusianisme dan tradisi lain dapat
digunakan dalam segala pertimbangan mengenai perkembangan kurikulum dan
strategi mengajar dan pengajaran. Dalam konteks ini, warisan-warisan tamadun Cina
yang relevan dan menarik hati ialah pertama, kepercayaan optimistik pada potensi
manusia untuk mencapai kecemerlangan individu atau berkelompok; kedua,
pendidikan sentiasa diutamakan; ketiga, kepercayaan bahawa setiap individu harus
dan boleh dididik; keempat, pembentukan keperibadian atau ajaran moral dan etika
diberikan keutamaan; dan kelima, guru harus dihormati dan diberi status sosial yang
tinggi. Nyatalah bahawa warisan-warisan ini adalah berpunca daripada humanisme,
personalisme, intelektualisme dan moralisme dalam tamadun Cina.

Dalam bidang pemeliharaan alam sekitar, isu ini menjadi semakin runcing dan
memerlukan persetujuan konsepsi dan kerjasama di permgkat sedunia. Secara
asasnya, manusia perlu merujuk kepada tradisi yang menekankan serta mengamalkan
hubungan harmoni antara manusia dengan alam semulajadi. Sehubungan ini, tamadun
harus berdialog antara satu dengan yang lain supaya mencapai satu konsepsi yang
rasional mengenai alam, kaitannya dengan manusia dan kewajipan manusia bagi
mengatasi kemerosotan mutu alam sekitar. Mengikut ajaran sama ada Konfusianisme,
Daoisme atau Buddhisme dalam tamadun Cina, manusia berkedudukan setaraf dengan
alam, maka manusia harus berusaha memahami prinsip-prinsip alam semesta (tian)
supaya tercapai satu keadaan yang dikenali sebagai "kesatuan tian dengan manusia".
Fahaman mengenai alam dan keadaan kesatuan ini adalah bersifat transendensi dan
bukan empirik. Walau apapun, keharmonian yang tertinggi darjahnya harus
diusahakan dalam hubungan manusia dengan alam semesta.

19.4.3 Kekuatan Tamadun Cina sebagai Sumber Rujukan


Selain daripada adanya kaitan tamadun Cina, khasnya sistem nilainya dengan Malaysia
dan dunia dalam konteks pembentukan semula sistem etika, perlu ditekankan di sini
bahawa terdapat tiga kekuatan tamadun Cina sebagai sumber rujukan.

Pertama, dan sudut kesesuaian. Ideal Konfusian mengenai penubuhan sesebuah


negara beretika bersesuaian dengan Wawasan 2020. Kedua-duanya mempunyai
konsepsi yang sama mengenai kepercayaan, ideal dan nilai.

Khususnya, keluarga dianggap sebagai satu institusi sosial penting yang seharusnya
dipelihara dan dipertahankan. Tambahan lagi, Malaysia sebagai satu negara-bangsa
moden amat komited terhadap pembangunan pendidikan, berdasarkan kepercayaan
pada perkembangan sepenuh potensi manusia peringkat perseorangan. Dalam hal ini,
ideologi Konfusianisme yang berteraskan humanisme, humanitarianisme,
intelektualisme dan rasionalisme, adalah secocok dengan fikiran pendidikan moden di
Malaysia dan dunia.

Kedua, dari sudut skop yang komprchensif. Sungguhpun Konfusianisme dikembangkan


lebih kurang 2,500 tahun dahulu, konsepsinya mengenai perhubungan sosial, iaitu
Lima Perhubungan (wulun), adalah sahih lagi komprehensifsehingga masa kini. Dalam
Konfusianisme, nilai, sifat moral dan prinsip etika yang berkisar kepada lima
perhubungan sosial adalah penting dan cukup sesuai untuk memberi ilham kepada
mereka yang memikirkan satu sistem nilai yang sewajarnya.

Dan ketiganya, dari sudut kaya dengan wawasan dan kebijaksanaan. Wawasan
Konfusian mengenai masa depan manusia, seperti yang dinyatakan dalam The Grand
Unity amat berkaitan dengan masyarakat global. Pada tahun- tahun kebelakangan ini
terdapat ramai sarjana yang terlibat dalam perbincangan tentang kaitan tamadun
Cina dengan dunia moden dalam pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi,
pendidikan, ketenteraan, pemeliharaan alam sekitar, pengurusan perniagaan,
perubatan dan kesihatan. Pelbagai pendapat tentang keistimewaan atau keunikan dan
juga kelemahan-kelemahan dalam tamadun Cina telah diutarakan. Sebilangan kecil
mereka menegaskan bahawa tamadun Cina yang wujud dan berlangsung beribu-ribu
tahun itu mempunyai unsur-unsur yang kurang sesuai pada masa kini. Namun, pada
keseluruhannya, kebanyakan sarjana percaya bahawa tamadun Cina mempunyai unsur
positif dan kebijaksanaan seperti yang telah dibincangkan. Tegasnya, seperti
tamadun- tamadun lain yang memiliki jangka hayat yang lama, tamadun Cina yang
kaya dengan wawasan dan kebijaksanaan akan terus menjadi satu sumber inspirasi
yang relevan bagi manusia pada kurun ke-21.

Posted by Abu Hasan at 4:18 AM 1 comments 

Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Followers
Blog Archive
 ▼  2010 (2)
o ▼  January (2)
 Ringkasan Tamadun China
 TAMADUN CINA

About Me
Abu Hasan
View my complete profile

You might also like