You are on page 1of 4

Soalan : Peranan keluarga dalam pembangunan modal insan.

Dalam era globalisasi tanpa limitasi ini, negara Malaysia kini sedang pesat membangun dari
sehari ke sehari. Persoalannya, apakah faktor yang mendorong pembangunan ini? Sebenarnya,
pembangunan negara adalah sejajar dengan pembangunan modal insan kelas pertama yang
berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi. Modal insan ini lahir daripada generasi muda
kita yang berwawasan tinggi. Generasi yang berwawasan memiliki sikap-sikap positif seperti
dinamik, proaktif, beriltizam dan berdaya saing. Tetapi apakah pula rahsia pembentukan
generasi berwawasan yang mendukung pembangunan modal insan di negara ini? Dalam hal ini,
keluarga memainkan peranan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk dipikul demi
merealisasikan hasrat negara untuk melahirkan lebih ramai modal insan yang cemerlang dalam
pelbagai aspek.Generasi hari ini merupakan pemimpin masa hadapan. Mereka mesti
menyediakan diri dengan ciri-ciri kepimpinan dan memantapkan ilmu serta kemahiran. Di sini
jugalah keluarga khususnya ibu bapa memainkan peranan untuk memimpin tangan dan
membantu anak mereka dalam mengharungi kehidupan dengan cara yang paling efektif sekali.
Hal ini demikian kerana keluarga merupakan pihak yang paling dekat dengan anak-anak. Ibu
bapa seharusnya menunjukkan teladan yang baik terhadap anak-anak kerana segala perbuatan
dan tingkah laku ibu bapa pasti akan diikut oleh anak-anak mereka. ‘Di mana tumpahnya kuah
kalau bukan ke nasi’ merupakan peribahasa yang relevan dengan isu ini. Sudah menjadi lumrah
hidup manusia, anak-anak sememangnya akan akan memperhatikan dan meniru gerak tari ibu
bapanya. Jika sumbang gerak tari ibu bapanya maka sumbanglah juga gerak tari mereka.
Justeru, ibu bapa perlu bersikap optimistik tidak kira dalam apa-apa keadaan demi memastikan
anak-anak sentiasa berada di landasan yang betul dan seterusnya melahirkan anak yang
sentiasa bersikap positif.Selain itu, ibu bapa turut memainkan peranan untuk mewujudkan
suasana yang harmoni dalam keluarga. Hal ini demikian kerana suasana yang harmoni dapat
mengelakkan anak-anak daripada terlibat dengan gejala negatif. Apabila suasana ini dapat
diwujudkan ikatan silaturahim antara keluarga akan lebih utuh. Hal ini seterusnya dapat
mengelakkan gangguan emosi dalam kalangan anak-anak dan seterusnya membendung anak-
anak daripada tergelincir dari landasan yang benar. Setiap hari di dada akhbar kita dapat
melihat bahawasanya remaja kini kebanyakannya terlibat dengan masalah sosial yang menjadi-
jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Justeru, ibu bapa dan keluarga harus membimbing
dan memantau anak-anak supaya tidak terjebak ke dalam sesawang negatif dan
menghancurkan usaha untuk membina modal insan.Peribahasa Melayu ada mengatakan,
‘kepapaan menajamkan akal manusia, kekayaan menumpulkan akal manusia’. Peribahasa ini
memberi maksud yang sangat jelas bahawa ibu bapa tidak harus melimpahkan kemewahan
terhadap anak-anak kerana kemewahan dan kekayaan akan menyebabkan anak-anak lalai
dalam menjalani kehidupan. Sebaliknya anak-anak lebih suka berfoya-foya dan mengabaikan
tanggungjawab utama mereka iaitu menuntut dan menimba ilmu. Sememangnya, ibu bapa
harus bijak menguruskan kewangan anak-anak mereka dan mendidik mereka bagi
mengelakkan mereka tergolong dalam golongan yang lalai dan rugi.Di samping itu, ibu bapa
harus mengikuti perkembangan pembelajaran anak-anak dan sentiasa memberi sokongan
kepada mereka. Dalam hidup ini, setiap manusia yang memperoleh kejayaan pasti pernah
menemui kegagalan pada suatu ketika dahulu. Dalam hal ini, jika anak-anak gagal dalam
sesuatu perkara misalnya peperiksaan, ibu bapa tidak seharusnya menghukum mereka
sebaliknya memberi dorongan dan menasihati mereka. ‘Pengalaman ialah ibu segala kejayaan’
merupakan peribahasa Jepun yang sangat sesuai dengan isu ini. Sebaik-baiknya kegagalan
yang pernah dihadapi itu dijadikan pengalaman dan sejarah yang tidak boleh diulang kembali.
Jelaslah di sini bahawa, dorongan dan sokongan ibu bapa dapat mendidik anak-anak untuk
mengawal emosi mereka dan seterusnya membentuk modal insan yang cemerlang dari aspek
emosinya.Seterusnya, didikan agama merupakan aspek yang paling penting bagi membentuk
generasi yang bersih dari segi rohani dan jasmani. Dalam hal ini juga ibu bapa ialah pihak yang
bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai agama dalam diri anak-anak mereka. Hal ini
demikian kerana dengan pengetahuan agama yang menebal dalam diri, anak-anak dapat
membezakan perkara yang benar dan batil. Anak-anak juga lebih terdorong untuk melakukan
kebaikan dan secara tidak langsung dapat menyuntik semangat mereka untuk berusaha dengan
gigih demi mencapai matlamat. Perkara ini juga dapat membina disiplin diri anak-anak dan
melicinkan usaha untuk menambah bilangan modal insan dalam negara kita.Natijahnya, ibu
bapa dan keluarga memainkan peranan yang begitu penting dalam pembentukan modal insan
dalam kalangan anak-anak mereka. Bahawasanya, gabungan nilai-nilai murni, ilmu
pengetahuan dan kemahiran serta disiplin diri yang tinggi boleh melahirkan generasi
berwawasan yang menjadi akar kepada pembangunan modal insan kelas pertama yang
cemerlang dari aspek fizikal, mental dan emosi. Dalam hal ini, ruyung perlulah dipecahkan
untuk menikmati sagunya. Oleh itu, ibu bapa tidak boleh berputus asa berusaha untuk mendidik
anak-anak menjadi insan yang berguna dalam masyarakat, bangsa dan agama serta membatu
merealisasikan satu agenda penting negara iaitu melahirkan generasi berwawasan yang
menjadi penggerak kemajuan negara.
Soalan
Ibu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak mereka jadi insan yang berguna. Bincangkan usaha-
usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan mereka itu tercapai.

Setiap ibu bapa di dunia ini pastinya mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang
berguna. Baru-baru ini,berita tentang kejayaan adik Nur Madihah yang mendapat 20A dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia sekali
gus menjadikan beliau sebagai contoh bagi anak-anak muda untuk mencapai kecemerlangan
dalam pendidikan. Sehubungan dengan itu, usaha ibu bapa memainkan peranan penting untuk
memastikan harapan mereka itu tercapai.
Pertamanya, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak
mereka sejak kecil lagi,seperti pepatah Melayu µmelentur buluh biarlah dari rebungnya¶. Hal ini
demikian kerana, anak-anak yang mempunyai didikan agama yang sempurna akan terang hati
dan lebih mudah untuk memahami sesuatu mata pelajaran yang diajar. Buktinya, mereka tidak
mudah melakukan perkara negatif dan sentiasa sedar akan kepentingan ilmu pengetahuan dalam
kehidupan. Oleh itu,hal sebegini akan menguatkan pegangan anak-anak dalam kehidupan dan
sentiasa ingin memajukan diri demi menjadi modal insan yang sempurna.
Selain itu,ibu bapa perlu menyediakan semua keperluan dan kemudahan yang berkaitan
dengan pendidikan kepada anak-anak mereka. Segala pertolongan daripada ibu bapa akan dapat
membantu meningkatkan proses pembelajaran anak-anak mereka di rumah khususnya. Sebagai
contoh,penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting. Ibu bapa harus menyediakan tempat
belajar yang strategik serta mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk anak-anak mereka.
Dengan hal ini,anak-anak mereka dapat belajar secara efektif dan berkesan.
Di samping itu juga,adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyokong setiap
penglibatan dan aktiviti anak-anak yang menjurus ke arah kebaikan serta kecemerlanganmereka
dalam pendidikan. Hal ini demikian kerana ibu bapa yang memperuntukkan masa dan perhatian
untuk anak-anak biasanya akan berjaya melahirkan insan yang berkualiti. Ibu bapa dapat
member kata-kata peransang serta bimbingan sama ada secara formal atau melalui tindakan dan
percakapan. Contohnya,ibu bapa dapat memberikan mereka hadiah sekiranya anak-anak mereka
berjaya mendapat tempat pertama dalam kelas. Dengan cara ini,anak-anak mereka akan berasa
lebih yakin dan bersemangat untuk belajar.
Ibu bapa juga hendaklah sentiasa memantau setiap aktiviti dan pergerakan anak-anak mereka.
Hal ini penting bagi menjamin disiplin anak-anak agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan
penyakit sosial yang kian berleluasa. Antaranya ialah melepak dan ponteng sekolah. Ibu bapa
perlu sentiasa bertanya keadaan mereka di sekolah dan mengambil tahu setiap perkara yang
mereka lakukan. Janganlah bersikap lepas tangan terhadap perkara seperti ini.
Justeru,pemantauan daripada ibu bapa amat penting dalam merealisasikan impian mereka untuk
menjadikan anak-anak mereka orang yang berjaya.

Konklusinya,semua pihak khususnya ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha
membentuk modal insan dalam diri anak-anak selaras dengan visi kudsi mantan perdana menteri
Malaysia,Tun Mahathir Mohammad dalam mencapai Wawasan 2020. Dalam pada
itu,pembentukan modal insane amat penting bagi melahirkan barisan pemimpin yang berwibawa
dan berkaliber pada masa yang akan datang. Hal ini membolehkan Negara kita duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi dengan Negara-negara maju yang lain
Tajuk:
Jelaskan peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang.
Contoh Jawapan:
Pada alaf baru ini, ibu bapa memberi peranan yang penting kepada masyarakat dan negara. Media
cetak mahupun media elektronik sering menyiarkan isu ini. Dalam kalangan ibu bapa dalam
masyarakat ini selalu diberi perhatian oleh orang ramai terutamanya kerajaan. Menurut Perdana
Menteri Malaysia ke-5 Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi memberitahu bahawa membentuk
masyarakat penyayang amat penting sekali. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah yang boleh
diambil untuk membentuk masyarakat penyayang.
Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada anak-anak.
Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini kerana, ibu
bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidup dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya
meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka pada alaf globalisasi ini. Sebagai  contoh,
ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka semasa cuti sekolah untuk mengeratkan hubungan dan
mengurangkan tekanan anak-anak dalam aspek pembelajaran serta ibu bapa. Jadi, impian ibu bapa
atau negara untuk membentuk masyarakat penyayang akan tercapai jua.
Sejajar dengan itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada anak-anak semenjak kecil
lagi. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sebaliknya, ibu bapa mengagung-
agungkan kemodenan sehingga mengabaikan anak-anak dalam didikan agama. Hal ini kerana,
mereka beranggapan didikan agama tidak penting dalam arus kemajuan teknologi satelit masa kini.
Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Misalnya,
menggalakkan anak-anak mengikut kelas kifayah supaya anak-anak akan menjadi insan yang
berakhlak mulai. Di samping itu, mereka seharusnya memberikan pengajaran yang baik kepada anak-
anak mereka ketika anak-anak itu masih dalam buaian lagi. Jelaslah, hasrat ibu bapa dalam
melahirkan generasi yang berguna akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.
Malahan, ibubapa haruslah menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada anak mereka.
Penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting. Begitu juga dengan hubungan ayah dan ibu
yang mesra tanpa sebarang masalah sudah pasti akan memberi keselesaan kepada anak untuk
menjadi manusia yang penyayang. Ringkasnya, sikap ibubapa yang sebegini mampu melahirkan satu
generasi muda yang penyayang di negara ini.
Seiring dengan itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak.
Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai buruk. Contohnya, menjadi penagih
dadah, pencuri, perogol dan sebagainya. Hal ini jelas, mereka akan mengalami kesempatan wang dan
tekanan emosi. Bak kata pepatah “ bagaimana acuan, begitulah kuihnya”. Hal ini demikian, ibu bapa
perlu menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak sejak kecil lagi. Umpamanya, mengamalkan
tabiat rajin membaca buku di hadapan anak-anak. Lama-kelamaan tabiat ini dalam kalangan generasi
muda akan mengikut tabiat yang positif ini. Ringkasnya, peranan ibu bapa amatlah besar dalam
melahirkan masyarakat yang berguna pada alaf globalisasi ini.
Tuntasnya, semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dan pihak swasta.
Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang terpenting untuk memupuk masyarakat penyayang.
Justeru, peribahasa “bagai aur dengan tebing” hendaklah diamalkan oleh semua warganegara
Malaysia terutamanya generasi muda sejak belakangan ini.

You might also like