You are on page 1of 2

Pemimpin merupakan seseorang yang bertanggungjawab untuk memikul amanah yang tel

ah dibebankan agar menjadi ketua atau orang yang bertanggungjawab ke atas golong
an bawahannya. Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Setiap daripada kamu adalah PENJAGA, dan setiap daripada kamu BERTANGGUNGJAWAB
ke atas yang DIJAGA"
Tahun ini memperlihatkan dua pemilihan kepimpinan di dua peringkat besar yang bo
leh dikatakan sebagai golongan pemacu negara. Kedua-duanya bakal menjadi perhati
an dan liputan luas oleh media rasmi mahupun media tidak rasmi. Pilihanraya Kamp
us (PRK) dan Pilihanraya Umum (PRU) tahun ini bakal menggegarkan pentas politik
tanah air.
Bulan Februari menjadi sasaran mahasiswa. Beberapa kampus telah mengumumkan tari
kh PRK akan berlangsung pada bulan ini. Jentera mahasiswa juga telah berada di g
arisan perlumbaan, hanya menantikan saat wisel ditiupkan. Pro-Mahasiswa mahupun
Pro-Aspirasi akan mempersembahkan kehebatan masing-masing.
Milik siapakah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau Majlis Perwakilan Mahasiswa
(MPM) pada tahun ini? Pemilihan kerajaan mahasiswa ini menjadi ukuran kepada pen
garuh dan kepercayaan terhadap kumpulan mahasiswa yang bertanding. Benar atau ti
dak, Pro-Mahasiswa tetap akan dilabel sebagai Pro-PR dan Pro-Aspirasi terus dila
bel sebagai Pro-BN.
Jikalau tahun lepas menyaksikan kemenangan yang besar kepada Pro-Aspirasi di beb
erapa buah kampus, begitulah yang terjadi di dalam Kerajaan Malaysia. Tidak dapa
t dinafikan juga, beberapa buah universiti yang dilabelkan sebagai Pusat Pengaji
an Islam atau Akademi Pengajian Islam Terbesar menjadi kubu utama untuk kemenang
an Pro-Mahasiswa.
Bulan Mei, Jun dan Julai menjadi persoalan. Beberapa ahli politik tanah air yang
terkenal mensasarkan PRU akan berlaku pada pertengahan tahun ini. Ini bermaksud
, sejurus beberapa bulan selepas PRK, pemilihan pemimpin untuk negara tercinta b
akal menyusul. Pastinya pelbagai strategi dan perancangan dicaturkan di segenap
peringkat parti-parti politik Malaysia.
Mahasiswa dilihat sebagai golongan perubah yang besar dan dipercayai rakyat pada
PRU beberapa tahun yang lepas mengakibatkan berlakunya Tsunami Politik tanah ai
r. Hal tersebut menyebabkan mahasiswa disekat secara besar-besaran. Gari AUKU di
gunakan untuk memenjarakan mahasiswa daripada berpolitik.
Rentetan daripada itu, beberapa tahun ini senapang Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) dilihat berkesan. Mahasiswa diselami trauma dan takut untuk beraksi dalam
politik kepartian. Anak muda terpelajar ini disia-siakan di universiti masing-ma
sing.
Namun, dunia cepat berubah. AUKU hanyalah AUKU. Keberanian dan kecerdikan mahasi
swa mesti diiktiraf. PRK yang akan menjenguk hanya dalam beberapa minggu ini men
jadi kayu ukur. Mahasiswa tidak perlu terikat dengan idea politik pihak-pihak te
rtentu, tetapi mahasiswa perlu menerima politik. Politik kampus mahupun politik
negara.
Persoalan di sini, adakah bulan lompat ini akan meneruskan lompatannya ke perten
gahan tahun? Apakah pergerakan politik anak muda intelek bernama mahasiswa ini a
kan menjadi cerminan kepada orientasi politik negara? Masyarakat yang bijak mamp
u membaca cerita-cerita politik ini.
Justeru, mahasiswa hari ini mestilah lebih berhikmah dan matang dalam mengatur p
erencanaan politik kampus. Tidak perlu terlalu agresif jika bukan di tempatnya d
an jangan sekali-kali membiarkan kepala kita dipijak. Pastinya, kumpulan hanyala
h jenama, produklah akan merealisasikan kehebatan jenama tersebut. Agenda yang p
erlu dijelaskan, mahasiswa pembawa agenda Islam melalui gerakan mahasiswa bukan
berjuang untuk agenda mahasiswa semata-mata.
Hafizfillah MN

You might also like