You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

Di Malaysia perhatian terhadap kecergasan bermula dalam tahun 70-an dengan kewujudan ujian

kecergasan. Dengan kesedaran peranan kecergasan kepada pembangunan negara, Kementerian

Kebudayaan Belia dan Sukan melancarkan program ‘Malaysia Cergas’ pada tahun 1985.

Usaha ke arah ini disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia apabila Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan dijadikan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

pada tahun 1989.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga turut menyumbang ke arah kecergasan dengan kempen

bertema mereka. Antara kempen yang berasaskan tingkah laku ialah 1998-Senaman dan Kecergasan,

2000-Kehidupan Keluarga yang Sihat, 2001- Kesihatan Mental dan 2002-Promosi Persekitaran Sihat.

Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada:

 Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan


 Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor

Kesan Program Latihan Kecergasan Fizikal Terhadap


Kecergasan Pelajar Kursus Diploma Perguruan Malaysia Minor
Pendidikan Jasmani

 Oleh: Lee Ley Hua, Unit Pendidikan Jasmani,

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menentukan sama ada Program Latihan Kecergasan Fizikal (PLKF) dapat
membantu dalam peningkatan tahap kecergasan pelajar Kursus Diploma Perguruan Malaysia
(KDPM)minor Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Kajian juga bertujuan menentukan sama ada
jantina merupakan faktor dalam peningkatan tahap kecergasan melalui PLKF. Peserta kajian terdiri
daripada 19 orang pelajar KDPM minor PJK, iaitu 11 orang pelajar lelaki dan 8 orang pelajar
perempuan. Peserta kajian telah menjalani PLKF selama 3 bulan. Satu Ujian Kecergasan Jasmani
Kebangsaan telah dijalankan sebelum dan selepas PLKF. Keputusan kajian menunjukkan bahawa
PLKF dapat membantu dalam peningkatan tahap kecergasan fizikal pelajar KDPM minor PJK, mana
kala jantina bukan faktor yang mempengaruhi peningkatan tahap kecergasan fizikal pelajar.
Cadangan untuk kajian lanjut juga dihuraikan.

Bersenam merupakan suatu amalan yang baik untuk diri dan perlu dijadikan salah satu daripada
aktiviti hidup yang berterusan. Dengan senaman atau latihan fizikal yang sistematik lagi teratur,
kecergasan fizikal dapat dikekalkan dan dipertingkatkan, seterusnya dapat membantu individu untuk
mengurangkan tekanan hidup dalam pengurusan kehidupan seharian.
Sikap yang baik berhubung dengan keperluan untuk memperoleh dan mengekalkan
kecergasan fizikal dapat dibina dengan berkesan melalui program pembangunan pendidikan jasmani
yang sistematik.

Tingkah laku individu yang sempurna adalah berdasarkan perhubungan antara pergerakan,
emosi dan sosial serta inteleknya. Morgan (1987), menyatakan bahawa perkaitan faktor-faktor di atas
saling bergantung antara satu dengan yang lain. Salah satu faktor boleh mempengaruhi faktor-faktor
yang lain secara positif atau disebaliknya. Banyak kajian dan pemerhatian telah melaporkan tentang
hubungan yang positif antara tret motor dengan pencapaian akademik, tetapi terdapat sedikit sahaja
bukti bahawa intelek dan psikomotor mempunyai korelasi. Walau bagaimana pun bukti ada
menunjukkan bahawa potensi pembelajaran individu boleh diperkukuhkan atau dilenyapkan oleh
tahap kecergasan mereka. Ini bermakna seseorang yang mempunyai kecergasan fizikal yang baik
juga akan mempunyai tahap pencapaian akademik yang tinggi berbanding dengan seseorang yang
mempunyai tahap kecergasan yang rendah (Clarke, 1979)

Daripada dapatan kajian-kajian yang lepas, sangatlah penting untuk memberikan kesedaran
kepada masyarakat umumnya dan pelajar  di maktab khususnya tentang kepentingan kecergasan
fizikal. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kecergasan fizikal guru pelatih dan menentukan
sama ada tahap ini boleh ditingkatkan melalui Program Latihan Kecergasan Fizikal di maktab.

Objektif Kajian

 Soalan Kajian

·        Apakah taburan skor tahap kecergasan pelajar KDPM minor PJK seperti  yang diukur oleh Ujian
Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) ?

·        Adakah Program Latihan Kecergasan Fizikal membawa kesan yang signifikan kepada
peningkatan tahap kecergasan pelajar KDPM minor Pendidikan Jasmani seperti yang diukur oleh
UKJK ?

·        Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan tahap kecergasan antara
pelajar KDPM lelaki dan perempuan minor PJK seperti yang diukur oleh UKJK ?

 Limitasi Kajian

Bilangan peserta kajian ini adalah sedikit sahaja iaitu hanya seramai 19 orang yang terdiri
daripada 11 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Ini adalah kerana ambilan pelajar KDPM minor PJK
pada tahun itu hanya satu unit sahaja. Peserta kajian hanya terdiri daripada kalangan pelajar     
maktab sahaja. Oleh itu dapatan kajian tidak boleh menginferenkan populasi secara umum.

 Kepentingan Kajian

Tahap kecergasan yang baik dapat membantu meningkatan perlakuan kemahiran dalam
sukan serta pengurusan diri yang lebih baik dalam kehidupan harian. Oleh itu, tahap kecergasan
fizikal amat penting bagi pelajar KDPM minor PJK. Kajian ini membantu memperkukuhkan pendapat
bahawa PLKF yang terancang dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal secara umumnya. 

  Definisi Operasi Istilah

1.   Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) – Ujian yang digunakan oleh Kementerian Belia
dan Sukan Malaysia untuk menilai aspek-aspek penting dalam kecergasan fizikal.

2.   Program Latihan Kecergasan Fizikal (PLKF) – Program latihan yang diubahsuai daripada Sports
Medicine, Exercise and Fitness (1988).           
3.   Tahap kecergasan fizikal pangkat emas –   Mencapai   skor 21 ke atas dalam UKJK.

4.   Tahap kecergasan fizikal pangkat perak –   Mencapai skor daripada 15 hingga 20 dalam UKJK.

5.   Tahap kecergasan fizikal pangkat gangsa – Mencapai   skor   daripada 6 hingga   14 dalam UKJK

 Metodologi

 Kajian ini menggunakan suatu ujian fizikal yang dipanggil Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan
(UKJK) untuk memperoleh data dan suatu PLKF yang terancang. Pengumpulan data dalam
penyelidikan ini tertumpu kepada data tentang tahap kecergasan dan kesan PLKF terhadap pelajar
Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur.

 Reka Bentuk Kajian

Di peringkat awal, UKJK ditadbirkan untuk memperoleh skor pra bagi tahap kecergasan. Ini
diikuti dengan PLKF yang terancang selama 3 bulan.(Rujuk Jadual 1) Selepas itu UKJK ditadbirkan
sekali lagi untuk memperoleh skor pasca bagi tahap kecergasan.

 Persampelan

                Peserta kajian ini terdiri daripada 19 orang pelajar KDPM semester 3 ambilan Jun 1999
minor PJK di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada 11 orang pelajar lelaki
dan 8 orang pelajar perempuan.

Instrumen

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan

Enam aktiviti kecergasan yang diuji dalam ujian ini adalah :

·         Bangun tubi

·         Duduk dan jangkau

·         Lompat jauh berdiri

·         x 10M Lari ulang alik

·         Mendagu (L) dan ‘Inclined flexed-arm hang’ (P)

·         Lari 2.4 KM

Instrumen ini diambil dari Kementerian Belia dan Sukan (1987) yang digunakan untuk program
kecergasan jasmani kebangsaan. Berikut adalah penerangan mengenai setiap aktiviti yang diuji dalam
UKJK.

Program Latihan Kecergasan Fizikal

Program latihan ini dirancang untuk meningkatkan tahap  kecergasan keseluruhan peserta kajian.
Latihan aerobik dalam program ini adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan kardiovaskular.
Latihan litar bertujuan untuk meningkatkan tahap kelenturan, ketangkasan, koordinasi, kekuatan dan
kelajuan. Manakala latihan jeda adalah untuk meningkatkan dayatahan anerobik, dayatahan otot,
kelajuan dan keupayaan bagi menampung darah laktik.  Aktiviti dan jumlah masa bagi setiap latihan
dalam PLKF disenaraikan dalam Jadual 1.

 Jadual 1

Program Latihan Kecergasan Fizikal 

    Masa Diperlukan (Min) Jumlah Masa

Hari Aktiviti (Min)


1 ‘Warm up jogging’ dan regangan 5 – 10 5 – 10

Latihan aerobik – jog / lari     

      (3-5Km) 30 – 45 35 – 55

Latihan Litar 15 – 30 50 – 85

Gerak kendur 10 – 15 60 – 100


2 ‘Warm up jogging’ dan regangan 5 – 10 5 – 10

Latihan Jeda dan latihan litar 30 – 60 35 – 70

Gerak kendur 10 – 15      45 – 85


3 Ulang aktiviti hari pertama 60 - 100 60 – 100

   
4 Ulang aktiviti hari kedua 45 - 85 45 – 85

 
5 Ulang aktiviti hari pertama 60 - 100 60–100

Jumlah masa latihan 5 hari seminggu = 4 jam 30 minit hingga 7 jam 50 minit.

Sumber: diubahsuai dari Sports Medicine, Exercise and Fitness (1988)

Pentadbiran Instrumen

UKJK dijalankan sebanyak 2 kali sebagai ujian pra dan ujian pasca. Kedua-dua ujian pra dan
ujian pasca dijalankan pada waktu pagi untuk mengurangkan kesan pembolehubah yang mungkin
berlaku. Peserta kajian dikehendaki menjalani aktiviti memanaskan badan selama lima belas minit
sebelum ujian dan menjalani aktiviti menyejukkan badan selepas ujian. Keputusan ujian akan ditukar
kepada skor mentah berdasarkan norma UKJK seperti dalam lampiran A dan B.

Masa di antara ujian pra dan ujian pasca ialah 3 bulan. Dalam tempoh 3 bulan ini peserta 
kajian mengikuti PLKF yang terancang seperti dalam  Jadual 1. Penyelidik akan memantau latihan
yang diberi kepada peserta kajian sekali seminggu.

Semua aktiviti ujian dijalankan berterusan secara berpasangan. Di mana pasangan peserta
akan mengira dan mencatatkan skor yang diperoleh oleh rakan mereka dan sebaliknya.

Tafsiran data dan perbincangan


Peratus digunakan untuk menggambarkan taburan skor tahap kecergasan pelajar dalam
UKJK. Data yang diperoleh dari ujian pra dan pasca dalam Jadual 2 menunjukkan bahawa 36.8%
peserta mencapai gred emas pada ujian pra di awal semester iaitu bulan Julai. 21.1% memperolehi
gred Perak dan 36.8% mendapat gred  gangsa. Seorang lagi tidak mencapai tahap yang dikehendaki.

Jadual 2

Analisis Ujian Pra dan Pasca untuk Lelaki dan Perempuan

Jumlah mata Pangkat Ujian Pra Ujian Pasca


Bilangan Peratus  % Bilangan Peratus  %
21 ke atas Emas 7 36.8 9 47.4
15 – 20 Perak 4 21.1 8 42.1
 6 – 14 Gangsa 7 36.8 2 10.5
 6  ke - 1 5.3 - -
bawah
Jumlah 19 100 19 100

Ujian pasca yang dijalankan pada akhir semester, iaitu bulan Oktober tahun yang sama
menunjukkan bahawa tahap kecergasan peserta lelaki dan perempuan telah meningkat. Bilangan
peserta yang mencapai pangkat emas meningkat daripada 36.8% kepada 47.4% iaitu daripada 7
orang kepada 9 orang. Bagi pangkat perak pula, terdapat seramai 4 orang telah menunjukkan
peningkatan. Ini bermakna pada ujian pasca 42.1% pelajar telah mencapai pangkat perak. Bilangan
peserta yang mencapai pangkat gangsa  telah menurun daripada 36.8% kepada 10.5% dan tiada
peserta yang berada di bawah tahap yang dikehendaki. Ini menunjukkan bahawa peserta lelaki dan
perempuan KDPM minor PJK telah menunjukkan peningkatan selepas PLKF yang terancang. 

Daripada data yang dipaparkan dalam Jadual 3 mengenai tahap kecergasan peserta lelaki
yang seramai 11 orang, didapati seramai 36% sememangnya sudah mempunyai tahap kecergasan
yang baik di awal semester. Mereka telah memperolehi jumlah mata sebanyak 21 ke atas dan
mencapai pangkat Emas. Peserta yang memperolehi jumlah mata 15 ke atas iaitu pangkat Perak
hanya 18% sahaja, manakala seramai 46% memperolehi jumlah mata 6 ke atas iaitu pangkat
Gangsa.

Jadual 3

Analisis Ujian Pra dan Pasca untuk Lelaki

Jumlah mata Pangkat Ujian Pra Ujian Pasca


Bilangan Peratus  Bilangan Peratus  %
%
21 ke atas Emas 4 36 6 55
15 – 20 Perak 2 18 4 36
 6 – 14 Gangsa 5 46 1 9
Jumlah 11 100 11 100

Pada ujian pasca yang dijalankan pada akhir semester, didapati 55% telah berjaya mendapat
pangkat Emas berbanding dengan 36% pada awal semester. Bagi jumlah mata 15 ke atas pula,
didapati seramai 2 orang telah menunjukkan peningkatan. Ini bermakna selepas program latihan,
seramai 36% telah mencapai pangkat Perak, manakala bagi jumlah mata 6 ke atas telah menurun
kepada seorang sahaja. Ini menunjukkan bahawa hanya seorang  sahaja yang tidak menunjukkan
peningkatan selepas latihan..     

Berdasarkan Jadual 4, Bagi 8 orang peserta perempuan, terdapat 38% yang telah
mempunyai tahap kecergasan yang baik iaitu memperolehi jumlah mata 21 ke atas dan mencapai
pangkat Emas. Hanya 25% iaitu 2 orang yang memperolehi jumlah mata 15 ke atas dan mencapai
pangkat Perak, manakala terdapat 25% yang memperolehi jumlah mata 6 ke atas dan mencapai
pangkat Gangsa. Walau bagaimana pun terdapat seorang peserta 12% yang tidak mencapai tahap
yang ditetapkan. Keputusan ini diperolehi semasa ujian pra pada awal semester.

 Jadual 4               

Analisis Ujian Pra dan Pasca Untuk Perempuan 

Jumlah mata Pangkat Ujian Pra Ujian Pasca


Bilangan Peratus  % Bilangan Peratus  %
21 ke atas Emas 3 38 3 38
15 – 20 Perak 2 25 4 50
 6 – 14 Gangsa 2 25 1 12
6 ke bawah   1 12 - -
Jumlah 8 100 8 100

 Ujian pasca yang dijalankan pada bulan Oktober tahun yang sama telah menunjukkan bahawa
bilangan peserta yang mencapai pangkat Emas tidak berubah iaitu kekal 38%, manakala 50% telah
memperolehi jumlah mata 15 ke atas dan mencapai pangkat Perak. Hanya seorang sahaja yang
masih memperolehi pangkat Gangsa pada ujian pasca.  Rajah 3 menunjukkan perbandingan skor
ujian pra dan pasca peserta perempuan secara grafik. Peratus yang meningkat menunjukkan bahawa
terdapat kesan yang positif ke atas tahap kecergasan pelajar selepas PLKF.

Ujian t digunakan untuk menentukan sama ada PLKF membawa kesan yang signifikan kepada
peningkatan tahap kecergasan pelajar. Analisis ujian-t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
yang signifikan pada p < 0.01 antara skor pra dan pasca UKJK. Dapatan ini menunjukkan bahawa
PLKF memberi kesan yang signifikan kepada tahap kecergasan peserta kajian pada keseluruhannya.
Sungguh pun demikian, perbezaan yang signifikan pada p < 0.05 antara skor pra dan pasca UKJK
diperoleh oleh peserta lelaki sahaja.

 Jadual 5

Keputusan Ujian-t  Antara Skor Pra Dan Pasca UKJK

    Skor Pra UKJK Skor Pasca UKJK  

Jantina n t
min Sisihan min Sisihan
piawai piawai
Lelaki  & 19 16.63 6.46 18.95 4.64 3.027*
Perempuan
Lelaki 11 17.18 5.88 19.18 4.12 2.75ø
Perempuan 8 15.88 7.53 18.63 5.55 1.74

Nota :                      Skor mentah digunakan untuk ujian t       * P < 0.01            øP < 0.05

Ini bermakna PLKF yang dirancangkan itu hanya dapat meningkatkan tahap kecergasan
peserta lelaki sahaja. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan peserta perempuan tidak mengikuti
program latihan dengan sepenuhnya selepas ujian pra. Pemerhatian ini mungkin juga disebabkan
oleh keadaan fisiologi mereka semasa mereka menjalani ujian pasca.

Perbandingan peratus digunakan untuk menentukan sama ada jantina merupakan faktor
dalam peningkatan tahap kecergasan melalui PLKF. Jadual 6 menunjukan bahawa tahap kecergasan
peserta lelaki dan perempuan semasa ujian pra adalah lebih kurang sama sahaja, iaitu di antara 36%
dan 38% mencapai pangkat Emas; 18% dan 25% mencapai pangkat Perak; manakala 46% dan 25%
mencapai pangkat Gangsa. Keputusan ujian pra  telah menunjukkan bahawa tahap kecergasan
kedua-dua peserta lelaki dan perempuan cenderong kepada pangkat Perak dan Gangsa. Sebagai
seorang guru pendidikan jasmani yang cergas mereka sepatutnya memperolehi pangkat Perak atau
pangkat Emas dalam Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan.

Jadual 6

Perbandingan Peratus Ujian Pra Antara Lelaki dan Perempuan

Jumlah mata Pangkat Ujian Pra Perbezaan


Lelaki % Perempuan %
%
21ke atas Emas 36 38 2
15 – 20 Perak 18 25 7
6 – 14 Gangsa 46 25 19
6 ke bawah - - 12 12
    100 100  

Selepas mengikuti PLKF yang dirancangkan selama 3 bulan, ujian pasca dijalankan.
Keputusan ujian pasca dalam Jadual 7 menunjukkan bahawa peserta lelaki yang mencapai pangkat
Emas telah meningkat ke 55% berbanding dengan 36% semasa ujian pra. Manakala 38% peserta
perempuan mencapai pangkat Emas. Bagi pangkat Perak pula, peratus tahap kecergasan peserta
lelaki telah meningkat 2 kali ganda iaitu dari 18% kepada 36%. Peserta perempuan juga
menunjukkan peningkatan iaitu dari 25% kepada 50%. Manakala peratus kedua-dua peserta lelaki
dan perempuan yang mencapai pangkat Gangsa telah menurun dari 46% kepada 9% dan 25%
kepada 12%.

 Jadual 7

Perbandingan Peratus Ujian Pasca Antara Lelaki dan Perempuan

Jumlah mata Pangkat Ujian Pasca Perbezaan %


Lelaki % Perempuan  %
21ke atas Emas 55 38 17
15 – 20 Perak 36 50 14
6 – 14 Gangsa 9 12 3
6 ke bawah - - - -
    100 100  

             Keputusan yang meningkat ini telah menunjukkan bahawa PLKF yang dirancangkan telah
membawa kesan ke atas tahap kecergasan kedua-dua jantina peserta kajian.  Di sini boleh
dirumuskan bahawa tahap kecergasan peserta kajian sama ada lelaki atau perempuan dapat
dipertingkatkan melalui program latihan kecergasan yang terancang.

Ujian t sekali lagi digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan
dalam peningkatan tahap kecergasan antara perlajar lelaki dan perempuan. Daripada Jadual 8,
didapati semua nilai statistik F adalah tidak signifikan. Ini bermakna kedua-dua peserta lelaki dan
perempuan mempunyai varians yang homogen iaitu skor peserta lelaki mempunyai serakan yang
hampir  sama dengan skor peserta perempuan. Oleh itu, ujian t boleh dijalankan. Kedua-dua statistik
t bagi skor pra dan pasca UKJK didapati tidak signifikan pada p<0.05 atau p<0.01. Ini menunjukkan
tiada perbezaan yang signifikan dalam  peningkatan tahap kecergasan antara peserta lelaki dan
perempuan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa jantina bukan faktor yang mempengaruhi
dalam peningkatan tahap kecergasan peserta kajian.  
Jadual 8

Min, Varians & Keputusan Ujian-ujian Kesignifikan Antara Min dan Varians Skor Pra & Pasca UKJK
Lelaki dan  Perempuan.

Skor Lelaki Perempuan Ujian Kesignifikan

n = 11 n=8
Min Varians Min Varians F t
             

Pra UKJK 17.18 34.57 15.88 56.70 0.186 0.43*


Pasca UKJK 19.18 16.97 18.63 30.80 0.424 0.25*

Nota: * Semua nilai t adalah tidak signifikan pada p <0.05 atau p <0.01

                 Ujian F menguji Kehomogenan Varians

                 Ujian t menguji kesignifikan perbezaan antara min.

Bagi pelajar yang mengikuti program pendidikan jasmani, kalau dibandingkan dengan pelajar
pengkhususan lain, mereka perlu menunjukkan kebolehan fizikalnya untuk mencapai objektif sukatan
KDPM minor PJK yang disediakan. Oleh itu, mereka perlu menjaga, mengekal dan meningkatkan
tahap kecergasan mereka melalui PLKF. Ini dapat membantu mereka mencapai prestasi yang lebih
baik di sepanjang pengajian mereka di maktab dan diharap akan berterusan apabila mereka keluar
dari maktab nanti.

Rumusan

Secara keseluruhan dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam skor
tahap kecergasan pelajar KDPM minor PJK seperti yang diukur oleh UKJK. Program Latihan
Kecergasan Fizikal yang dirancang juga telah memberi kesan yang signifikan kepada tahap
kecergasan peserta kajian pada keseluruhannya. Walau bagaimana pun  statistik kajian menunjukkan
bahawa PLKF yang dirancangkan itu hanya dapat meningkatkan tahap kecergasan peserta lelaki
sahaja. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan dalam
peningkatan tahap kecergasan antara peserta lelaki dan perempuan. Ini bermakna jantina tidak
merupakan faktor yang mempengaruhi peningkatan tahap kecergasan guru pelatih.

Cadangan

Peserta Kursus Diploma Perguruan Malaysia yang memohon untuk mengikuti program Pendidikan
Jasmani perlu menjalani Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan. Untuk mengekal dan meningkatkan
kualiti guru pendidikan jasmani, hanya mereka yang mencapai gred perak dan gred emas sahaja
layak diterima untuk mengikuti program tersebut.

Selain daripada itu, program latihan kecergasan yang terancang harus diadakan sepanjang pengajian
mereka di maktab untuk mengekal dan meningkatkan tahap kecergasan mereka. Satu senarai semak
juga hendaklah digubal untuk menyenangkan proses pemantauan latihan tersebut.

Program latihan kecergasan fizikal yang terancang bagi pelajar perempuan perlu dikaji dan
direkabentuk semula supaya program tersebut dapat meningkatkan tahap kecergasan pelajar
perempuan.
BIBLIOGRAFI

 Charles, B. C., & Ruth, L. (1990)  Concepts of Physical Fitness with Laboratories,. California; Wm.C.
Brown Publisher.

Clarke, H. H. (1979)  Applikcation of Measurement to Health and Physical Education . New Jersey:
Prentice-Hall, Inc.

 Dick, F. W. [1980]  Sports Training Principles. London: Lepus Books.

 Giam, C. K., & Teh, K. C. (1988)  Sports Medicine. Exercise and Fitness – A Guide For  Everyone.
Singapore; PG   Publishing.

Kementerian Belia dan Sukan (1988) Buku Panduan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan . Kuala
Lumpur.

 Morgan,  W.P., & Goldston, S.E. (1987) Exercise and Mental Health. New York: Hemisphere.

Montoye, H. J. (1978)  An Introduction to Meassurement in Physical Education . Boston:  Allyn and


Bacon, Inc.

 Rousseau, P. (1989)  Exercise in the Elderly. Postgraduate Medicine 85 (1989):113

 Salmah, A. (1994)  Pergerakan Kreatif Dan Pendidikan. Petaling Jaya; Flo Enterprise.

 Sarjit Singh, B., & Sheikh Kamaruddin S. A. (1987)  Buku Sumber Kecergasan Fizikal Tahap 1 . 
Petaling Jaya; Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia.

 Sarjit Singh, B., & Sheikh Kamaruddin S. A. (1987)  Buku Sumber Kecergasan  Fizikal Tahap 2. 
Petaling Jaya; Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia.

 
 

You might also like