You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR TUN RAZAK,

26900 BANDAR TUN RAZAK, PAHANG.

MINIT MESYUARAT AGONG PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN


KESIHATAN KALI PERTAMA 2011

Tarikh : 24 Januari 2011

Masa : 1.00-3.00 petang

Tempat : Bilik Gerakan SMK Bandar Tun Razak

Kehadiran:

1. En. Mohd Shakari bin Abu Bakar


2. En. Muhammad Hafiz bin Che Ali
3. En. Mohd Nurul Ikhwan bin Zainuldin
4. En. Mohd Hafizon bin Awang
5. En. Ismail bin Meli
6. En. Lokman Hakim bin Mohamed Yusop
7. En. Sanusi bin Abdul Ghani
8. Pn. Hadilla binti Othman
9. Pn. Rahimah binti Yusoff
10. Pn. Rosasdira binti Mustapa
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Nazri B. Salleh selaku penasihat matapelajaran
pendidikan jasmani dan kesihatan sekolah. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi:


1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah
1.2 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru yang sudi hadir
1.3 Menerangkan serba sedikit latar belakang subjek PJPK dan menyatakan tujuan
mesyuarat diadakan.
.

2.0 Pengurusan
2.1 En. Nadzri Mengingatkan para guru yang mengajar subjek PJPK agar menyediakan
fail dan Huraian Sukatan Pengajaran serta Rancangan Pengajaran Harian bagi
tahun 2011
2.2 Selain itu, guru-guru PJPK haruslah menepati masa setiap kali masa P&P subjek
tersebut. Guru-guru hendaklah bijak membahagikan masa setiap kali pelajar ke
padang supaya P&P berjalan dengan lancar.
2.3 En. Nadzri juga menyatakan setiap rancangan pengajaran harian guru mestilah
sama dengan apa yang dilaksanakan pada hari tersebut.
2.4 Pada tahun ini kelonggaran telah diberi kepada guru dan pelajar yang terlibat subjek
PJPK pada hari tersebut iaitu guru dan para pelajar dibenarkan memakai pakaian
sukan sepanjang hari tersebut.
2.5 Sukan dan Permainan amat diutamakan dalam subjek ini bagi melahirkan pelajar
yang aktif, cergas dan sihat sepanjang masa.

3.0 Makluman Ketua Panitia PJPK:


3.1 En. Shakari mengatakan Huraian Sukatan Pengajaran bagi subjek PJPK boleh
didapati dengan En. Hafiz di bilik SUP.
3.2 Guru-guru perlulah mengajar mengikut kesesuaian berdasarkan Huraian Sukatan
Pelajaran tersebut.
3.3 Semua guru hendaklah memberikan latihan kardiovaskular kepada para pelajar
supaya mereka lebih faham kerana mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari.
3.4 En. Shakari juga menerangkan aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan oleh
setiap guru PJPK sebelum dan semasa latihan. Antaranya adalah:
3.4.1 Guru perlulah memastikan pelajar yang terlibat berada dalam keadaan
sihat
3.4.2 Sekiranya terdapat pelajar yang sakit, mereka perlulah diasingkan dan
tidak dibenarkan bersukan sekali.Hal ini demikian kerana bagi
mengelakkan kejadian buruk terjadi.
3.4.3 Guru-guru perlulah memberi galakan kepada setiap pelajar supaya
memakai pakaian sukan setiap kali subjek tersebut. Kepentingan
bersukan perlu didedahkan kepada para pelajar supaya member
kesedaran kepada mereka tentang faedah bersukan.
3.4.4 Guru PJPK mestilah berada bersama pelajar setiap kali subjek tersebut
diajar. Jangan sesekali meninggalkan pelajar tanpa kawalan di padang
kerana sebarang risiko akan ditanggung oleh guru. Sebarang
penggunaan peralatan PJ juga mestilah bersama guru
3.4.5 Kunci bilik PJPK boleh didapati dengan En. Shakari dan En. Hafizon.
3.4.6 Setiap alatan yang digunakan mestilah bersesuaian dengan Rancangan
Pengajaran Tahunan.
3.5 En. Hafiz bertanyakan di manakah boleh didapati semua peralatan sukan seperti net
bola tampar dan barang-barang lain. En. Shakari menjawab dengan menyatakan
semua peralatan sukan boleh didapati di stor bilik sukan. En. Shakari juga
menyatakan setiap penggunaan peralatan sukan mestilah ditulis di pintu bilik stor
sukan semasa PJPK.
3.6 En. Nadzri memesan kepada semua guru PJPK supaya menggunakan peralatan
sukan secara berhemah iaitu keluarkan hanya barang yang perlu sahaja dan tidak
mengeluarkan semua peralatan sukan dalam satu masa.

4.0 Hal-hal lain:


4.1 En. Nadzri menyatakan setiap panitia mempunyai badget dan panitia perlu bijak
menggunakan badget tersebut. Setiap aktiviti yang hendak dilakukan mestilah
membuat kertas kerja terlebih dahulu.
4.2 Guru-guru juga bolehlah mengiklankan kepada pelajar yang berminat untuk mewakili
sekolah dalam acara ping pong. Ia akan diadakan pada 9 Feb 2011.
5.0 Penutup
5.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang hadir dan
berharap dapat bekerjasama dalam melahirkan pelajar yang cergas dan cerdas di
sekolah ini.
5.2 Berharap apa yang telah dirancang akan dilaksanakan dengan jayanya dan
mendapat kerjasama semua pihak.
5.3 Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan surah al-ansr dan tasbih kifarah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.10 petang.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

……………………………. …………………………..

(MOHD NURUL IKHWAN BIN ZAINULDIN) (EN. NADZRI BIN SALLEH)

Setiausaha PJPK, GPK KOKURIKULUM,

SMK Bandar Tun Razak. SMK Bandar Tun Razak.

You might also like