You are on page 1of 2

MINYAK ARGAN

Mengapakah jerawat terhasil?

Jawapannya adalah mudah. Kelenjar sebum yang kebanyakannya terdapat di wajah dan
bahagian belakang badan menghasilkan sebum (cecair berminyak) yang berfungsi
mengekalkan kelembapan kulit. Ianya bertindak seperti bahan pelincir yang mengelakkan
kulit daripada kehilangan kelembapan semulajadi. Kelenjar ini berhubung terus dengan
folikel rerambut. Sebum yang terhasil akan melalui liang folikel ini untuk sampai ke
permukaan kulit. Walau bagaimanapun, masalah akan timbul apabila kelenjar tersebut
menghasilkan sebum melebihi jumlah yang diperlukan. Terlalu banyak sebum dihasilkan
mengakibatkan pori kulit tersumbat, menjadikan bakteria senang membiak di bahagian
tersebut lalu menyebabkan kemunculan jerawat dan bintik hitam.

Minyak Argan

Diekstrak dari buah pohon Argan, minyak ini seringkali disyorkan untuk kejelitaan wajah.
Ini kerana kandungan Vitamin E minyak Argan yang tinggi menggalakkan kulit yang sihat.
Penggunaan kerap telah membuktikan ianya menjadikan wajah lebih berseri dan menawan.
Malahan masalah kulit yang teruk seperti eczema boleh dipulihkan secara efektif dengan
minyak Argan.

Minyak Argan Untuk Masalah Jerawat

Adakah minyak Argan boleh menyembuhkan jerawat? Sudah tentu. Ianya merupakan
rawatan semulajadi untuk menyelesaikan masalah kulit. Kelebihan minyak Argan adalah
sangat banyak dan salah satunya ialah memulihkan masalah kulit seperti jerawat. Untuk
mengelakkan kemunculan jerawat, produk-produk biasa yang terdapat di pasaraya mungkin
tidak berkesan, namun sesiapa pun tidak akan kecewa apabila menggunakan minyak Argan.
Menghilangkan jerawat adalah mudah dengan minyak Argan yang mampu dimiliki semua.

Bagaimana Minyak Argan Memulihkan Jerawat

Seperti yang telah diterangkan, rembesan sebum yang terlalu banyak adalah penyebab
masalah ini. Jadi bagaimanakan minyak Argan mengatasi masalah tersebut? Penggunaan
minyak Argan menghentikan penghasilan sebum yang terlalu banyak, seterusnya
mengurangkan kemunculan jerawat. Dengan kata lain, minyak Argan mengawalatur
penghasilan sebum dan mengelakkan liang pori dari tersumbat, seterusnya mengurangkan
risiko kemunculan jerawat. Penggunaan harian minyak Argan menggalakkan penghasilan
sebum yang terkawal, dengan ini membantu kulit wajah menghilangkan jerawat.
Produk yang mengandungi 100% minyak Argan telah terbukti sangat bermanfaat untuk
individu dengan masalah jerawat. Jika minyak Argan digunakan setiap hari untuk merawat
jerawat, dalam masa 2 minggu sahaja kesan positif ke atas kulit wajah boleh dirasai sendiri.
Pastinya jerawat akan hilang, dan seri wajah akan dikembalikan.

Minyak Argan Untuk Menghilangkan Parut

Bagi sesetengah individu, walaupun jerawat telah hilang, namun ianya meninggalkan parut
yang mencacatkan kulit. Parut kesan jerawat seringkali menyebabkan perubahan warna
kulit kawasan tersebut kepada lebih gelap. Selalunya, ia akan mengambil masa yang lama
untuk kembali ke warna kulit asal. Kajian saintifik mendapati apabila minyak Argan
digunakan setiap hari, ianya akan mengurangkan kesan parut. Oleh kerana kandungan
Vitamin E dan asid lemak utama omega 3 minyak Argan yang tinggi, penggunaan harian
menjadikan kulit semakin lembut dan bebas parut.

Secara keseluruhannya, kulit wajah yang menawan meningkatkan keyakinan diri dan
menyerlahkan personaliti menarik. Ini semua akan dapat dinikmati dengan penggunaan
produk penjagaan kulit yang efektif seperti minyak Argan. Jerawat dan masalah kulit yang
lain tidak akan mengganggu anda sama sekali jika anda menggunakan minyak Argan dalam
rutin kecantikan setiap hari.

Komposisi SecretLeaf Pure Oil Series 01 adalah unik, mengandungi kandungan Vitamin E
dan Asid Lemak Utama (Essential Fatty Acids) yang tinggi, tambahan lagi keupayaan
antioksidan Pure Oil Series 01 telah terbukti jauh lebih baik daripada minyak zaiton.
Kesemua kelebihan ini menjadikan ianya produk anti-penuaan yang sempurna bagi semua
peringkat umur, sama ada anda berusia 20-an mahupun pertengahan 40-an. SecretLeaf
Pure Oil Series 01 berfungsi melindungi kulit dari kesan bahaya persekitaran seperti
pancaran UVA dan UVB dari matahari, dan pada masa yang sama meneutralkan radikal
bebas, mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan mempercepatkan proses pemulihan
parut. Ianya merupakan produk yang terbaik untuk melembutkan kulit yang kering,
termasuklah menyembuhkan kekeringan kulit akibat keratosis pilatoris.

Paling unik, Secretleaf Pure Oil Series 01 bukan sahaja boleh digunakan pada kulit, malahan
ianya adalah produk penjagaan menyeluruh tubuh anda, kerana khasiatnya yang berkesan
memulihkan rambut yang rosak dan bercabang serta menjadikan rambut lebih sihat dan
bersinar. Ianya juga sangat efektif untuk menguat dan memulihkan struktur kuku yang
rapuh serta membantu melembutkan kutikel.

You might also like