You are on page 1of 17

PERINGKAT-PERINGKAT

PERKEMBANGAN BAHASA
Boleh dibahagi kepada 4 peringkat:

•Peringkat bayi

•Peringkat awal kanak-kanak(2-6 tahun)

•Peringkat kanak-kanak(6-11 tahun)

•Peringkat remaja.
PERINGKAT BAYI
• Bayi sentiasa mengeluarkan bunyi-bunyian,
• Bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa, penjaga dan orang-orang
yang berada di sekitarnya.
• Bunyi dan isyarat pergerakan yang dilakukan oleh bayi pada tahun yang
pertama:
– Menangis: Menangis boleh membawa maksud tekanan terhadap pelbagai
perkara seperti lapar, sakit dan sebagainya.
– ‘Cooing’: mengeluarkan bunyi ‘oo’ seperti ‘coo’ dan ‘goo’. Berlaku antara 1-2
bulan. Bayi selalunya menggunakan bunyi tertentu untuk berinteraksi dengan
penjaganya.
– ‘Babbling’: mengeluarkan bunyi berulang ‘ba,ba,ba,ba’ ‘ma,ma,ma,ma’
– Isyarat: bayi mula menunjukkan isyarat seperti menunding jari, anggurkan
kepala(daripada 8-12 bulan). Mereka mungkin melambai tangan untuk ‘bye,bye’
atau anggukan kepala untuk ‘ya’ dan tunjukkan botol susu untuk meminta susu.
• Bayi selalu mula menyebut perkataan pertama pada usia 10-15
bulan.

• Perkataan pertama bayi adalah perkataan yang penting dan


dekat dengan mereka seperti orang-orang yang terdekat (papa,
mama), kenderaan (kereta, car), mainan (bola), makanan (susu),
anggota badan (mata), pakaian (baju) atau ucapan (bye-bye).

• Secara purata, bayi memahami lebig kurang 50 perkataan pada


usia 13 bulan, tetapi mereka masih tidak dapat menyebutnya
sehingga dalam usia 18 bulan.
• Dalam usia 18 bulan mereka akan dapat menyebut dalam
lingkungan 50 patah perkataan.

• Bilangan ini meningkat sehingga 200 perkataan pada usia 24


bulan.

• Peningkatan perbendaharaan kata yang cepat ini dipanggil


“vocabulary spurt”.

• Pada usia 18-24 bulan, bayi sudah mula menggunakan 2


patah perkataan yang akan disertai dengan pelbagai isyarat
badan dan intonasi suara.
• Penggunaan bahasa mereka sudah merangkumi yang berikut:
– Pengenalan: “Itu kucing”

– Tempat: “Pergi sana”

– Penambahan: “Nak lagi”

– Tiada: “Habis dah”

– Kepunyaan: “Adik punya”

– Pertanyaan: “Mana bola?”

– Arahan: “Bagi papa”, “Mama jalan”

Perkataan yang digunakan masih tidak disertai dengan tatabahasa yang


tertentu
Bagaimana Ibubapa Boleh Membantu
Perkembangan Bahasa Pada Peringkat Bayi

1. Berbual dengan bayi.


2. Gunakan bahasa yang mudah tetapi jelas dan
betul gaya bahasanya.
3. Gunakan intonasi, memek muka dan emosi
yang sesuai dengan bayi.
Peringkat Kanak-kanak (Umur 2-6 Tahun)

• Penguasaan bahasa kanak-kanak berkembang dari 2 patah


perkataan kepada 3-5 patah perkataan.

• Semasa perkembangan bahasa, kanak-kanak kerap


menggunakan gaya bahasa yang salah tetapi pada persepsi
mereka ianya adalah betul sesuai dengan sifat egosentrik
yang masig menguasai kanak-kanak pada peringkat ini.
• Pada peringkat pra sekolah (4 hingga 6 tahun), kanak-kanak mula

lebih sensitif kepada penggunaan bahasa.

• Mereka mula menggunakan peraturan-peraturan tatabahasa yang

mudah seperti kata ganti nama diri (saya, awak, dia), kata arah (luar,

dalam, atas, bawah).

• Dianggarkan perbendaharaan kata untuk percakapan lisan bagi

kanak-kanak 6 tahun mencecah antara 8,000 hingga 14,000 patah

perkataan.

• Mereka juga mula memahami lagu, pantun, bahasa dan ayat yang

kompleks serta boleh bertepuk tangan mengiringi lagu.


• Kanak-kanak berusia 3 tahun mampu bercakap atau bercerita tentang perkara-

perkara yang telah mereka lakukan atau merancang untuk melakukan sesuatu.

• Mereka mula bermain secara main peranan (pretend play).

• Kanak-kanak berusia 2-3 tahun mula menconteng.

• Kebanyaka kanak-kanak 4 tahun boleh menulis nama kendiri, kanak-kanak 5

tahun boleh menulis semula perkataan yang diberikan.

• Kesilapan membezakan huruf yang terbalik seperti ‘b’ dan ‘p’, ‘p’ dan ‘q’ selalu

terjadi pada kanak-kanak pra sekolah.

• Pada masa ini kemahiran motor halus mereka mula berkembang tetapi mereka

masih tidak dapat menulis dengan kemas dan cantik.


Bagaimana Ibubapa Boleh Membantu Perkembangan
Bahasa Pada Peringkat Kanak-kanak

1. Teruskan bercakap dan berbual dengan kanak-kanak.


2. Luangkan masa untuk mendengar percakapan kanak-
kanak.

3. Gunakan bahasa yang mudah dan senang digunakan.

4. Elakkan daripada membandingkan kanak-kanak


dengan rakan sebaya mereka.
Peringkat Kanak-kanak (6-11 Tahun)

• Kanak-kanak pada peringkat ini kurang bergantung kepada isyarat


fizikal semasa bercakap tetapi sudah boleh menggunakan bahasa
untuk menterjemahkan kehendak dan keperluan mereka.

• Gaya bahasa dan percakapan kanak-kanak akan bersifat lebih


analitikal dan kompleks.

• Mereka sudah boleh mengaplikasi, mengkategori dan menganalisa


perkataan.
• Kesedaran metalinguistik juga meningkat pada peringkat ini.

• Metalinguistik membolehkan kanak-kanak berfikir tentang bahasa yang

mereka gunakan.

• Mereka mampu membina komponen dalam ayat menggunakan subjek,

prediket dan kata perbuatan.

• Mereka mula menguasai gaya bahasa yang betul dan sesuai digunakan dalam

keadaan tertentu mengikut budaya setempat.

• Selain mahir bercakap, kanak-kanak juga mula menguasai kemahiran

membaca.

• Mereka boleh membaca perkataan yang mudah dan meningkat kepada yang

lebih kompleks.
• Dengan meningkatnya kemahiran berbahasa dan kognitif, kemahiran

menulis kanak-kanak juga bertambah.

• Kefahaman kanak-kanaktentang pembentukan dan gaya bahasa akan

menolong mereka menulis dengan lebih baik.

• Pada peringkat ini mereka sudah mempunyai kemahiran mengolah

idea dan menterjemahkannya ke dalam bentuk tulisan (membuat aya,

karangan pendek).

• Pada akhir peringkat kanak-kanak mereka boleh merancang, merangka

dan menyemak tulisan dan membuat karangan dan laporan.


• Model tahap kemahiran membaca mengikut
umur yang dicadangkan oleh Chall, 1979.
Aras Umur penerangan
0 0-4 tahun Kanak-kanak mula menguasai kemahiran-kemahiran asas
untuk membaca mereka memahami peraturan dalam
membaca iaitu bermula dari kiri ke kanan. Mereka mula
mengenali huruf, boleh menulis dan membaca nama sendiri.
Dengan sokongan daripada ibu bapa dan guru pra sekolah,
kanak-kanak ini menguasai kemahiran membaca yang asas
1 5-7 tahun Kebanyakan kanak-kanak mula belajar membaca pada
peringkat ini. Mereka mula mengenali suku kata, bunyi
perkataan dan cara menyebut. Mereka mula membaca
perkataan mudah dengan menggabungkan suku kata.
2 7-9 tahun Kanak-kanak mula semakin fasih dalam membaca. Mereka
boleh mengenali perkataan dan membaca ayat.
Walaubagaimanapun, membaca pada peringkat ini masih
hanya di peringkat pembacaan sahaja. Kanak-kanak pada
peringkat ini kadang-kadang hanya membaca tetapi tidak
memahami apa yang dibaca.
3 10-13 tahun Pada peringkat usia ini, kanak-kanak lebih mahir mendapatkan
maklumat dan informasi daripada pembacaan. Mereka mula
membaca dengan kefahaman. Tetapi mereka masih belum
memahami pembacaan yang memerlukan analisa atau yang
melibatkan perspektif yang berbeza. Kanak-kanak yang masih
belum menguasai kemahiran membaca pada peringkat ini,
akan mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran
akademik subjek-subjek yang lain.
4 14 tahun ke atas Hampir keseluruhan pelajar merupakan pembaca yang mahir
pada peringkat ini. Kefahaman mereka tentang bahan yang
dibaca meningkat. Mereka berupaya memahami pembacaan
yang kompleks yang melibatkan pelbagai perspektif. Ini
membolehkan mereka berbincang secara analitikal tentang
kesusteraan, sejarah ekonomi dan politik.
Peringkat Remaja
• Kemahiran bahasa bagi remaja meningkat dengan
penggunaan ayat-ayat yang lebih kompleks.

• Mereka pada peringkat ini mampu menganalisa pelbagai


bentuk dan makna perkataan dalam sesuatu ayat.

• Mereka sudah boleh memahami bahasa yang ironik,


berbentuk kritikal dan abstrak (sajak, puisi, cerpen, laporan
dan sebagainya)
• Kemahiran menulis remaja juga berkembang.

• Mereka boleh menyusun idea sebelum menulis, mengenalpasti

antara pendahuluan, idea-idea utama dan penutup.

• Pada peringkat akhir sekolah rendah mereka sudah berkeupayaan

dalam menulis laporan, membuat refleksi dan menganalisa.

• Mereka juga mencipta dialek mereka sendiri menggunakan slanga

dan jargon semasa berinteraksi sesama mereka.

• Ini juga merupakan salah satu ciri perkembangan sosial remaja

yang ingin mempunyao identiti sendiri.

You might also like