You are on page 1of 3

Huraikan Mengenai Pengambilan Guru Muda (Lepasan SPM) ke Institut Perguruan

Pada zaman yang serba moden ini Negara Malaysia kian maju dalam pelbagai
bidang. Salah satu bidang yang sedang menuju ke arah Wawasan 2020 adalah bidang
Pendidikan. Kerajaan Malaysia sangat menumpukan perhatian dalam bidang
pendidikan semata-mata untuk melahirkan generasi minda kelas pertama. Antara salah
satu cara untuk menjayakan usaha tersebut adalah dengan pengambilan guru muda
yang baru sahaja tamat pembelajaran mereka di alam persekolahan. ‘Guru muda’
dalam konteks ini bermaksud para pelajar yang tamat Peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang
perguruan.

Program ini merupakan sesuatu yang harus dialu-alukan oleh rakyat Malaysia
kerana ramai yang berminat untuk menjadi guru tetapi hakikatnya mereka tidak dapat
merealisasikan kehendak mereka disebabkan oleh beberapa faktor. Jika kita melihat
beberapa tahun yang lalu, ramai mahasiswa dan mahasiswi yang berjaya menamatkan
pengajian mereka dalam pelbagai bidang di pusat-pusat pengajian tinggi tidak
mendapat peluang pekerjaan kerana persaingan yang amat tinggi. Oleh kerana itu,
hampir 70 peratus mahasiswa dan mahasiswi yang telah berbelanja beribu-ribu ringgit
untuk menamatkan pengajian tinggi sanggup melangkah ke bidang perguruan semata-
mata untuk mendapatkan peluang pekerjaan supaya tidak mengganggur tanpa
pekerjaan pada masa yang akan datang.

Disebabkan hal ini, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan salah satu


program yang sungguh baik dan berkesan iaitu pelajar-pelajar yang telah menamatkan
peperiksaan SPM dan yang mempunyai minat dalam bidang perguruan dapat
meneruskan pengajian mereka di mana-mana Institut Perguruan di Malaysia. Kursus ini
diperkenalkan pada tahun 2004 dan dikenal sebagai Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (PISMP). Dengan adanya program ini, para pelajar yang tamat peperiksaan
SPM dan yang berminat untuk menjadi guru tidak perlu lagi melanjutkan pelajaran
mereka pada peringkat diploma kerana instiut perguruan menyediakan kursus Ijazah
Sarjana Muda kepada para guru pelatih. Hal ini menjimatkan kos dan masa para
pelajar. Sebagai contoh, jika seorang pelajar yang ingin menjadi guru meneruskan
pelajarannya dalam bidang lain di pusat pengajian tinggi sebelum melangkah ke dalam
bidang perguruan, beliau perlulah menghadiri kursus Diploma Pendidikan yang dikenal
sebagai Kursus Perguruan Lanjutan Ijazah (KPLI). Mereka perlulah meneruskan
pengajian mereka selama setahun lagi di Institut Perguruan supaya mereka dapat
dilatih untuk menjadi seorang guru yang bertepatan dengan visi pendidikan iaitu
melahirkan guru cemerlang dalam konteks jasmani, emosi rohani dan intelek.

Selain itu, dengan pengambilan guru muda, kerajaan Malaysia dapat melahirkan
guru-guru yang berwibawa dan berdisiplin. Seperti yang diketahui oleh kita semua, guru
merupakan salah seorang yang memainkan peranan penting dalam kemajuan negara.
Jika guru-guru tidak melaksanakan tugasan mereka dengan sempurna bilangan buta
huruf dalam kalangan penduduk akan bertambah. Oleh sebab itu, guru-guru perlu
sentiasa berwaspada terhadap tindak tanduk para pelajar kerana merekalah pelita
Negara pada masa yang akan datang. Disebabkan oleh itu, dengan pengambilan guru
muda, kita dapat membentuk para guru yang sempurna dalam masa lima setengah
tahun. Tambahan pula, hal ini dapat juga mengurangkan kekurangan bilangan guru di
sekolah-sekolah khususnya sekolah-sekolah rendah yang terletak di kawasan
pendalaman.

Selain itu, pengambilan guru muda juga dapat membentuk silaturahim sejak
umur yang muda. Guru haruslah sentiasa bergerak dalam sebuah kumpulan tanpa
mengira agama, bangsa dan budaya. Oleh sebab itu, dengan adanya pengambilan
guru muda, secara tidak langsung mereka dapat dilatih untuk mengekalkan
keharmonian Negara dari usia yang muda. Mereka juga dapat bergaul mesra antara
satu kaum dengan kaum yang lain. Hal ini kerana jika dibandingkan dengan para guru
masa kini, guru-guru pada masa dahulu suka untuk bergerak dalam kumpulan yang
sama bangsa, agama dan budaya. Hal ini boleh menghasilkan jurang antara sesebuah
bangsa. OIeh kerana itu, dengan program PISMP kita dapat membentuk guru-guru
yang mementingkan keharmonian antara sesebuah bangsa dan secara tidak langsung
juga menjaga keharmonian Negara.
Seterusnya, pengambilan guru muda ke institut perguruan juga boleh
membentuk insan guru yang berminda kelas pertama. Apabila para pelajar dilatih
selaras dengan kemajuan Negara, mereka perlu sentiasa berwaspada dan
melatih diri mereka untuk bersama maju. Mereka juga perlu sentiasa membuka
minda dan mengetahui setiap peristiwa yang berlaku di dalam dan luar Negara.
Tambahan pula, mereka juga akan sentiasa berusaha untuk menerima ilmu
pengetahuan tanpa mengharapkan para pensyarah di institut. Mereka akan
berusaha sendiri mencari maklumat-maklumat yang dapat mengembangkan ilmu
pengeahuan mereka.

Pengambilan guru muda (lepasan SPM) banyak member faedah kepada


individu dan juga negara. Oleh kerana itu, program ini haruslah digalakkan dan
diteruskan agar dapat merealisasikan Wawasan 2020.

You might also like